~CEPAT KLIK LINK INI~

Tuesday, February 8, 2011

bas rosak sebelum sempat naik, Sani Ekspress penyelamat segalanya

assalamualaikum, sekarang aku mengupdate blog dalam persekitaran yang sangat panas. macam biasalah bila aku dah mula balik semula ke Arau, panas nye bukan main lagi. bayangkan aku bawak botol air besar yang 800ml punya pergi kelas, boleh habis licin air dia tau. betapa panasnya hatiku cuaca.


petang ini tak ada kelas, nak tidur rasa tak syok pulak, so apa lagi, di sebabkan gua ni blogger tegar so update blog la kejenya. gua aku nak cerita insiden yang berlaku ke atas diri ku pada hari ahad lepas, korang semua dengar baca ye..hehe

alkisah nya aku dah beli tiket nak balik ke Arau pada ahad lepas. malangnya semua tiket dah habis so terpaksa beli tiket untuk bas tambahan berharga rm53. then ahad tu pagi-pagi aku dah mencanguk kat stesen bas shah alam sebab bas aku pukul 10.30pagi. tunggu punya tunggu dah dekat 1 jam rupanya.


stesen bas shah alam

aku yang sudah kegelisahan mulalah tanya akak kat kaunter tu mana bas saya kak oii. dah 1 jam den tunggu tak muncul jugak ini. nasib baik ada emak ngan acik teman sama tunggu. akak tu pun reply soalan aku. dik, sori ea bas rosak tak dapat jalan ari ni. kalau dik nak balik jugak tunggu petang atau malam. kalau tak nak boleh blah boleh refund tiket tu.

masa aku dengar jawapan akak tu aku rasakan dunia bagaikan berputar. cehh padahal aku suka tak payah balik Arau. punyalah ramai orang berkerumun kat kaunter tu marah-marah sebab bas yang di janjikan tak kunjung tiba. kesian pulak kat akak tu.

disebabkan itu aku tanya mak ngan acik macam mana ni. nak balik petang ni atau refund tiket? then diorang suggest refund je tiket tu beli tiket esok atau acik anta. dalam hati aku rasa serba salah kalau nak diorang hantar. kesian pulak kat acik. bukannya dekat Arau tu. jauh woo. memerlukan kami untuk tinggal sehari di sana. hehe


klang sentral
then aku pun refund tiket and dapat balik duit aku yang bernilai rm53. kami pun bergerak pula ke Klang Sentral untuk beli tiket pulang ke Arau hari Isnin. nak tak nak aku terpaksa ponteng 2 kelas pada Isnin itu. ohh sangat sedih rasanya. yelah saya kan pelajar cemerlang..huwawawa..


setelah sampai, semua kaunter aku pergi tanya ada tak tiket ke Kangar semuanya cakap habis. then aku mencuba nasib tanya ke kaunter Sani Ekpress, akhirnya ada juga tiket pada pukul 9.15 pagi. aku terus beli dengan harga rm 47.50. save duit aku..hehe


ini adalah kali pertama aku naik bas Sani Ekpres tau. tak sabar pula rasanya..hehe..dapatlah jugak aku pulang ke Arau untuk meneruskan pengajian ku di sana, walaupun hati berasa berat untuk melepaskan aku pergi tapi apakan daya, perjuangan mesti diteruskan....heheh. okay thats all..next entry aku ceritakan pengalaman aku naik bas Sani Ekpress okay.

0 insan terpilih:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA