~CEPAT KLIK LINK INI~

Saturday, February 19, 2011

lawatan ke NAZA di Gurun, Kedah untuk subjek OSHA

assalamualaikum, alhamdulillah akhirnya Arau ni hujan jugak setelah panas yang teramat sejak kebelakangan ini. panas kat Arau ini sangatlah terik dan bahang macam dah kat gurun sahara aku rasa. kalau kat negeri lain takdalah panas macam ini. nak tidur petang-petang pun tak selesa, sebab confirm berpeluh-peluh..eiii tension betul duduk Arau ini. bawalah aku keluar dari sini!!! arghhh

stop cerita pasal panas, sekarang aku nak cerita pasal pemergian aku ke NAZA AUTOMATIVE MANUFACTURING SDN BHD di GURUN, KEDAH. aku bukan keseorangan malah pergi dengan ahli kumpulan aku seramai 4 orang termasuk myself.


here are the place...


me with my group...

kami pergi sana bukan saja-saja nak cari kerja tapi melakukan kerja yang di amanahkan oleh lecturer OSH kami. setiap kumpulan kena cari satu company untuk selidik dan cari serba sedikit maklumat tentang Occupational Safety and Health(OSH) di company mereka. so kumpulan kami decide untuk pergi ke NAZA.

macam-macam dugaan dan cabaran terpaksa kami tempoh untuk dapatkan kelulusan dari NAZA. tapi itu semua tak penting dah, yang penting kerja kami sudah selesai..yihaaaa!! 

appointment kami dengan HR department kat Naza dalam pukul 3petang, dan kami telah sampai di lobby naza pada pukul 2 petang. hhehe, kenalah awal supaya mereka tak tunggu kedatanagn kita. nak jumpa orang yang incharge kami iaitu Encik Fauzi tak boleh sebab dia cakap pukul 3, so kami pergilah sembahyang zuhur dulu.


di hadapan pintu depan NAZA

selepas sembahyang ada masa lagi kami tunggu Encik Fazli di lobby. akhirnya tepat pukul 3 petang dia pun jumpa kami di lobby. aku dah agak dah yang dia ni mesti muda lagi orangnya sebab masa aku call dia dulu suara dia amcam muda lagi. so tekaan aku betullah.hehe

kemudian dia bawa kami ke satu bilik, aku ingatkan office dia, rupanya auditorium lahh..besar pulak tu. kami duduk di depan sekali dah macam tetamu VIP pulak yelah, kami 4 orang je manakala dia berdiri kat depan tunjukkan slide berkaitan dengan apa yang kami akan tanya. 

mula-mula ketua dia iaitu Encik Haji Misbah yang bagi talk pasal OSH ini. selepas itu barulah Encik Fauzi. yang aku ini pulak asyik dikenakan aje dengan encik Misbah sebab aku yang call dia dulu mintak permission. tak pasal-pasal aku di jadikan contoh dia pulak.huhu


tunjuk plant layout..besar giler...


khusyuk mendengar...

Encik Fauzi ini muda lagi tau. baru je berumur 25 tahun. tapi jangan main-main, dia ini EXECUTIVE di HUMAN CAPITAL DEVELOPMENT tau..masih single lagi. kalau nak nombor telefon dia boleh mintak kat aku.haha..

Encik fauzi dan Encik Haji Misbah


Peugeot..pergghh cool gilerrr..

dekat pukul 5.30 petang barulah tamat discussion kami. alhamdulillah apa yang kami mahukan maklumat berkaitan Naza semuanya telah kami dapatkan, tapi ia PNC lah okay. after that, kami mulalah bergambar dengan kereta yang telah kami dapat iaitu PEUGEOT.hehe..jangan jelez, aku dah dapat ambil gambar dengan kereta yang belum dilancarkan lagi tau..kereta PEUGEOT ini siap ada turbo lagi tau. huwawawa meleleh tengok bilalah dapat pakai kereta ini.


my frenz with Peugeot...arghh jatuh cinta dengan kesmartan kereta ini..


Peugeot warna putihh..

 

me with my carrrrrr....this one with turbo!!


ok setelll...

0 insan terpilih:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA