~CEPAT KLIK LINK INI~

Saturday, February 5, 2011

pengunduran Hosni Mubarak di percepatkan supaya ketegangan di Mesir reda

assalamualaikum, selamat petang semua..sekarang aku curi-curi ponteng dari mengecat rumah. penat lah tangan mengecat dari pagi tadi apa salahnya kalau ponteng kejap kan. hehe. 

aku nak cerita serba sedikit tentang isu besar negara kali ini iaitu kes yang berlaku di MESIR. sejak semalam, sudah ramai pelajar MALAYSIA selamat pulang ke ibu negara setelah lama terperangkap di MESIR yang sedang bergolak sekarang. terima kasih diucapkan kepada kerajaan kerana pantas bertindak dengan memindahkan pelajar Malaysia tanpa sebarang bayaran pun.

tetapi, ada sesetengah dari mereka terpaksa mengeluarkan duit sendiri untuk membeli tiket kerana meraka sudah tidak sanggup untuk tinggal lebih lama di sana. ada juga dari mereka sudah siap menempah tiket penerbangan sejak awal lagi malangnya ada sesetengah penerbangan terpaksa di tunda atau di batalkan.


kepada pelajar yang masih berada di Alexandria dan kawasan lain di Mesir, di harapkan dapat bersabar dan menjaga diri masing-masing kerana bantuan pastinya akan sampai kepada mereka. kepada ahli keluarga juga diminta bertenang kerana urusan memindahkan pelajar ini bukannya senang tetapi perlu dilakukan berperingkat. kita sebagai warga Malaysia haruslah berdoa memohon keselamatan mereka di sana.



di harapkan juga kepada kes di Mesir ini akan berakhir dengan cepat kerana semakin lama, semakin ramai yang menjadi mangsa keadaan. sudah pastinya ini akan melumpuhkan ekonomi di Mesir nanti. mereka juga di nasihatkan untuk menjauhkan diri dari kawasan merah kerana itu sangat merbahaya dan terdapat satu kes di mana ada pelajar Malaysia di acukan pistol ke muka kerana merakam gambar rusuhan di sana.

semoga rusuhan ini akan beransur reda dan tiada lagi persengketaan yang berlaku di anatara mereka. sekiranya pengunduran Husni Mubarak ini akan membuatkan rusuhan ini selesai, maka seharusnya Hosni Mubarak ini cepat berundur supaya tiada mangsa yang tidak bersalah terkorban.

rupanya Hosni Mubarak ni dah tua. dah berumur 82 tahun. memang patut lah dia berundur. dah dekat 30 tahun dia pegang pemerintahan di Mesir. patutlah ramai mahukan Hosni Mubarak ini berundur.

0 insan terpilih:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA