~CEPAT KLIK LINK INI~

Friday, February 25, 2011

poligami cara salih yaakob

assalamualaikum..berdasarkan tajuk kat atas itu, its obvious yang aku nak cerita pasal poligami pula pada entry kali ini. seperti yang kita tahu pelakon, pelawak, pengacara dan penyanyi Salih Yaakob mempunyai 3 orang isteri. walaupun dia mengamalkan dasar poligami, itu tidak membawa masalah kepada mereka kerana ia di dasari dengan syariat-syariat islam.


tak semua lelaki mampu mengamalkan poligami yang betul. sebab itu, sekarang ini banyak sangat kes lelaki curang dengan isteri, suami ada skandal lain, suami buang isteri, suami hilang lari dengan wanita lain. semua kes ini sebenarnya boleh di tangani sekiranya si suami tahu bagaimana caranya.

jika mereka ingin mempunyai wanita lain selain isteri mereka, biarlah ikatan yang mereka bina bersama wanita lain itu sah juga. ia boleh di lakukan dengan cara poligami. tapi AWAS kalau suami tidak mampu untuk memberi keadilan kepada isteri-isteri mereka, baik lupakan sahaja.


aku masih ingat lagi kata-kata Salih Yaakob, bagaimana dia melayari kehidupan berumah tangga bersama isteri-isteri dia dengan cukup bahagia sekali. menirut beliau, suami itu adalah imam kepada isteri-isteri mereka, sekiranya suami tidak cukup lagi ilmu agama di dada, elok lupakan sahaja. ini kerana ilmu agama itu sangat penting. suamilah yang sepatutnya membimbing isteri-isteri mereka. bukannya menghancurkan hidup mereka.


kadang-kadang ramai lelaki yang ingin berpoligami tapi tak tahu nak bersikap adil. isteri pertama tidak dapat cukup kasih sayang seperti isteri muda yang lain. sebenarnya seorang suami itu haruslah memberi kasih sayang  yang sama rata kepada isteri-isteri mereka. jika isteri pertama mendapat sebuah kereta kancil, isteri yang lain juga berhak mendapat kereta yang sama. barulah sebuah institusi kekeluargaan itu utuh tanpa ada rasa dengki.

isteri juga haruslah memainkan peranan penting. janganlah biarkan isteri pertama membuli isteri kedua atau sebaliknya. isteri-isteri haruslah menjadi kawan yang baik, tolong menolong dan jangan memberi tekanan kepada suami. sekiranya suami berasa tertekan, tidak mustahil suami mungkin akan mencari yang lain pula.


oleh itu, sekiranya seorang itu menanam hasrat untuk berpoligami, mereka mestilah pastikan ilmu agama mereka cukup, mereka mampu bersikap adil dan mampu membimbing isteri-isteri mereka. jika semua sifat ini tiada dalam diri mereka, elok lupakan sahaja kerana ia mampu meruntuhkan rumah tangga.

0 insan terpilih:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA