~CEPAT KLIK LINK INI~

Saturday, February 5, 2011

tetap aktif mengecat rumah walaupun demam

assalamualaikum, selamat tengah malam kepada semua. kenapa aku update blog tengah malam ini? sebabnya aku tak boleh tidur. aku tengah risau sekarang sebab my encik chenta punya mom kena masuk hospital. darah tinggi melambung sampai 235, itu dah kira tahap bahaya tu tau. so now, my encik chenta tengah otw balik kampung dengan bro dia. hopefully semuanya akan okay..aminn


berbalik kepada cerita aku pula, macam biasalah demam tak kebah-kebah lagi. kira ini dah capai rekod demam untuk 3 minggu yang paling lama. sebenarnya panas badan aku ini dah berkurang, cuma yang tak elok-elok lagi batuknya. rasa macam nak tercabut je tekak aku ini. entah apa masalahnya entah. bila malam aje tekak mula sakit hidung pun mula meleleh..eiii.


tapi itu semua tak mematahkan semangat aku mengecat rumah hari ini..whatt sheila mengecat rumah?? sudah pastinya jadi buruk kan..haha..bertompok-tompok aku kerjakan. tapi kira okaylah kan, aku tolong jugak pakcik aku mengecat rumah daripada duduk goyang kaki tak ada buat apa. hehe..lagipun mungkin akan dapat upah, itu yang aku like tu..wakaka


sudah macam nak sambut raya cina pulak bila kitaorang mengecat rumah. terlebih excited pulak. hehe nasib baiklah rumah tak warna merah kalau tak dah serupa tokong jadinya. aku ingatkan senang mengecat ini, rupanya susah nak mampus. tapi aku rasa tak susah kalau rumah aku ini tak ada banyak shape. biasalah rumah corner lot, banyak sangat bahagian nya and banyak sangat dinding kena cat..atoyaii..lenguh-lenguh muscle saya tau..uhukhuk..

esok aktiviti mengecat tingkap akan bermula kemudian mengecat grill pula. emak aku cakap kitaorang cat rumah 5 kali setahun je. lepas tu biarkan sampai dah naik mengelupas catnya baru tukar. sebab bukan senang nak cat balik rumah ni. mengambil masa seminggu aku rasa. tingkap punyalah banyak, pagar pun banyak, so memang lamalah jawabnya nak siap. 

kepada sesiapa di luar sana yang rasa macam nak berbakti aje pada minggu ini silalah datang ke rumah aku. tolong cat rumah ini. memang tak cukup orang lah sekarang. mana taknya yang buat kerja ini semuanya perempuan, emak aku makcik and akak. nak harapkan lelaki pemalas sangat. pakcik aku sorang jelah lelaki yang tolong. adik aku tu asyik mengonline je. hisy..so, kalau rasa macam nak dapat pahala, tolonglah kitaorang cat ye..hehe..sayonara..!!

ops sebelum terlupa, SELAMAT TAHUN BARU CINA kepada semua blogger berbangsa Cina di luar sana. jangan lupa bagi saya angpau okay..hehe

0 insan terpilih:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA