assalamualaikum, hari ini aku sangatlah gembira. mana taknya pagi-pagi lagi orang dah cakap tahniah. tahniah sebab apa pun aku tak tahu. lepas dia dah explain panjang lebar siap bersumpah lagi, aku pun yang baru bangun tidur terus terbeliak bijik mata.
bukan sebab ada orang bersalin, atau ada orang nak bagi aku duit 1 juta ke. kalau macam tu bukan setakat terbeliak bijik mata, pengsan pun boleh jadi..hehe..dia cakap tahniah sebab aku dapat DEAN LIST aka ANUGERAH DEKAN untuk semester 6 Diploma in Business Studies.
mula-mula aku tak percaya, sebab sepatutnya keputusan exam keluar 10 hb. dia pulak bagi tahu aku 9 hb. masa dengar dia bercakap tu, aku layan tak layan je, sebab baru bangun tidur and mamai lagi..hehe aku pun pelik jugak, ingatkan dia sekadar nak hiburkan hati aku yang sedang gundah gulana menanti keputusan peperiksaan. tapi bila dia siap bersumpah, aku pun percaya lah. yela, sumpah mana boleh di buat main-main kan. hehe ..alhamdulillah sangat-sangat
okay, korang tahu tak perasaan bila dapat Dean List ni. mestilah happy giler nak mampos kan!! aku rasa macam nak melompat-lompat atas katil time tu. mana taknya, siang malam aku berdoa supaya aku dapat dekan untuk semester ini. akhirnya doa aku di makbulkan jugak. alhamdulillah!! penantian aku selama 5 semester akhirnya berbaloi setelah aku mendapat dekan pada akhir semester 6. yahhooo!!!
aku sebenarnya tak berapa yakin sangat dengan exam hari tu. sebab soalan yang keluar memang tak dijangka. entah lecturer tu rajin sangat buat soalan baru agaknya, sebab dalam past year question tak nampak pun batang hidung soalan yang keluar. disebabkan itulah aku rasa macam tak ada harapan lagi. oh sedihnya rasa.
aku pun taknak mengharap sangat, sebab sebelum ni aku pernah mengharap dapat dekan tapi tak dapat. betapa kecewa nya hati aku ni mengalahkan orang putus cinta. tapi, nasib baik ada orang bagi aku semangat terus aku ambil sebagai iktibar dan berfikiran positif.
tapi, aku masih tak puas hati lagi, sebab bukan aku yang tengok result tu depan mata kepala aku ni. orang lain yang tengok dulu. bila aku nak check balik, link dia dah takda. maybe 10 hb pukul 9 pagi baru dia appear..bila dah tengok depan mata result tu baru aku berpuas hati..hehe
akhirnya aku boleh memegang scroll diploma aku..dan aku di nobatkan sebagai PEMEGANG DIPLOMA!! hehe.. lepas ni tunggu result kemasukan degree pulak..yang itu lagilah cuak.
* tak sabar nak konvo..hehe
3 insan terpilih:
congrate.....
hihihi....
Congrats!
hee~
nk sambung belajar lagi la camni,,
boringnya tak bgelar student da :(
Salam. Tahniah ya. Saya di sini sedang buat asasi sains. Saya memang minat bisnes. Saya sekarang ni di semester 2, dah rasa sangat heartless dengan apa yang saya belajar sekarang sebab belajar dengan tanpa rasa minat. Sebelum saya buat keputusan yang memeranjatkan bg ibu bapa saya, saya nak buat appoinment secara online dengan awak mengenai perjalan bisness studies yang sedang awak jalani skrg. Saya nak tanya 2-3 soalan jer.. kalau awak bersetuju, email saya di popspotter@hotmail.com, ok? Terima kasih.
Post a Comment