assalamualaikum, wah cik sheila, esok awak ada test sempat lagi nak update blog ea. hehe mintak maaf kepada diri sendiri kerana saya sudah penat mengadap buku selama 2 jam tadi. hikhik bagilah peluang nak mengadap mukabuku dan blog pula.
entry kali ini aku nak tanya pasal pendapat korang semua tentang pakaian bagaimana yang aku patut pakai untuk dinner nanti. aku ada 2 dinner yang di wajibkan pergi, wah dah macam VIP pulak kan sampai banyak sangat dinner. lepas tu pening kepala memikirkan pakaian apa yang sesuai mengikut tema.
dinner pertama bertemakan DENIM. so what should i wear? actually aku ini kurus dan kecik, so aku tak tahu nak pakai macam mana supaya tak nampak terlalu kurus dan kecik. kalau pakai seluar jeans rasa macam biasa je. arghh buntu aku nak pikir. dah behari-hari aku google nak tengok baju macam mana sesuai. tapi semuanya untuk orang yang tinggi-tinggi sahaja..hukhuk sedih saya.
should i wear like this??
or like this?? but i'm too short and kurus lah..huhu
dinner kedua bertemakan MASQUERADE. yang ini lagi pening kepala pikir. dah la aku ini muslimah terakhir. lepas tu celah mana pulak aku nak cari topeng masquerade tu. atoyai. lainlah kalau aku belajar dekat area selangor. ini tak, kat Arau ini manalah nak cari. poning den pikiaq.
suka sangat topeng yang macam ini. simple, tak ada bulu-bulu merak..tapi kat mana nak dapat?
can someone buy for me please..hehe
ataupun nak macam ini..sangat cantik..liplapliplap
so, korang ada idea tak? kalau korang ini bukak bisnes online yang ada jual item-item macam ini suggest lah kat aku ea. aku memang dah tak ada idea. dah la wajib pergi.kalau tak kena sebat! hakhak. mintak tolong ea kwan-kawan bagi idea kepada orang yang kekeringan idea ini. terima kasih.
3 insan terpilih:
kat maner beli topeng
kat maner beli topeng at arau?
Kedai DIY ader jual topeng masqurate
Post a Comment