~CEPAT KLIK LINK INI~

Sunday, February 20, 2011

sawah berapi muncul di Kedah sebab musim bakar jerami sudah bermula

assalamualaikum, hari jumaat yang lepas aku and the gang telah pergi ke Naza di Gurun Kedah untuk melakukan lawatan sambil belajar di sana. kami seramai 4 orang bertolak dengan menggunakan kereta beca kancil milik kawan aku.

nak di jadikan cerita, sepanjang perjalanan, macam biasalah mesti lalu tepi sawah yang terbentang luas kan. aku yang sedikit jakun ini rasa macam tenang sahaja bila lalu tepi sawah walaupun jalan raya yang aku lalu dengan sawah yang terbentang tu dipisahkan dengan sebatang sungai. so dapat bayangkan tak jauhnya sawah dengan aku. argh korang paham ke tak apa yang aku cuba sampaikan ini.hehe


tapi yang tak bestnya, sawah yang sepatutnya berwarna hijau dan kekuningan itu kini sudah bertukar hitam. alamak ini bukan kes beras terbakar macam kat Langkawi itu, tapi penduduk kat kedah ini sudah mula membakar mereka punya sawah.

menurut kawan aku yang serba sedikit arif tentang sawah ini walaupun mereka bukannya pesawah, mereka cakap sekarang ini musim bakar jerami. sebabnya sudah habis musim menuai so diorang bakarlah jerami itu untuk ditanam dengan padi yang baru.


no wonder la sejak akhir-akhir ini panas yang teramat. sampai ke Arau terasa bahangnya. walaupun panas, mereka tetap membakar jerami padi mereka. habis asap memenuhi jalan sampaikan kami tak nampak dah jalan raya. terpaksalah buka lampu kereta walaupun hari masih siang. huhu


aku pun tak tahu macam mana perasaan orang yang duduk dekat dengan sawah padi itu boleh hidup. mana taknya, asap penuhi ruang angkasa, dengan panas yang membara. tapi yang aku peliknya, diorang ini rilex je, even budak-budak atau orang tua. selamba aje duduk dalam kepulan asap yang terhasil. hisy


mugkin mereka sudah biasa, tapi bagi aku, itu luar biasa. hehehehae

0 insan terpilih:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA