~CEPAT KLIK LINK INI~

Thursday, January 31, 2013

susahnya nak mencari kerja, kenalah jadi penanam anggur sementara waktu

0 insan terpilih
assalamualaikum...

hari ini dah masuk 2 minggu sheila jadi penanam anggur yang tegar..hasilnya tetap tak nampak jugak..haishhh bosan betul bila duduk rumah lama-lama..tapi nanti bila dah kerja mulalah bising nak duduk rumah pulak kan..

susah betul nak carik kerja sekarang ni kan..patutlah ramai graduan yang menganggur sekarang ni..salah satu sebabnya terlalu memilih pekerjaan. tapi bagi sheila memang kita patut memilih pon kan..yelah kena carik tempat yang sesuai dan kerja yang sesuai dengan kita. takutlah nanti kena tipu ke...

sheila dah pun banyak hantar resume dekat berpuluh company area shah alam, subang dengan petaling jaya..sheila kena tengok jugak tempat tu senang nak dapat public transport atau tak. yelah buat masa ni tak ada transport sendiri...so kena memilih tempat lah jugak, tak boleh main rembat jer..huhu





macam-macam cara sheila dah hantar resume..first batch sheila pakai post ajer, second batch sheila pakai email jer..third batch tak tahu nak pakai ape dah..huhuu..takpelah mungkin rezki belum ada lagi..sheila selalu cakap kat diri sendiri yang mungkin Allah tengah sediakan tempat terbaik untuk sheila, so kenalah bersabar kan..sheila dah usaha, sekarang kenalah bertawakal dan redha dengan apa yang berlaku nanti..doa-doa lah supaya sheila cepat dapat kerja supaya satu hari nanti sheila dapat senangkan semua orang...Aminn

p/s: kepada sesiapa yang memerlukan human resource executive di tempat anda atau kawan-kawan anda, sulalah beritahu saya..hehehe (promote diri kejap)...lalalalaalala


Wednesday, January 9, 2013

Akhirnya VIVA Telah ku Tempuh dengan Hebatnya..

1 insan terpilih
assalamualaikum..


mungkin inilah entry terakhir sheila di negeri perlis ni..huhuu..sedih nak tinggalkan perlis tak lama lagi..setelah setahun setengah berada dekat sini untuk menghabiskan degree..banyak cabaran dan dugaan sebelum dan selepas berada di perlis yang tak pernah sheila bayangkan untuk belajar sejauh ni..sedih, suka duka semua dekat sini..nasib baik ada kawan yang sentiasa ada susah senang..huhuuu..sedihhh! tapi sebelum tu cheq nak habaq satu cerita dulu..semuanya berkaitan dengan cheq punya thesis and VIVA..





akhirnya azab thesis sudah lepas..last week telah selamatnya sheila mengharungi hari yang penuh bermakna dalam hidup ni..eh2 sheila bukan kahwin atau bertunanglah..azab yang sheila maksudkan adalah Hari Pembentangan VIVA!!


inilah hari yang ditunggu-tunggu oleh kitaorang sebagai pelajar tahun akhir degree..
bila dah lepas Viva, terasa macam dah berjaya dapat degree pulak, padahal result and konvo belum tentu lagi..hehee

walaupun masa hari bersejarah tu, sheila sebenarnya tak terasa pon dah viva..yelah bayangkan kita buat presentation dekat pangkin bangku yang kat kaki lima tu..memang tak terasa ponlah kan nervous tu..huhuu..padahal malam sebelum tu dah kalut bagai buat preparation.menghapal semua definition untuk term dalam data..haishh..tension jugak buat research ni..

note untuk di present kan masa viva..berjela-jela

persiapan malam sebelum viva


1st draft untuk diberi pada advisor dengan examiner..takdalah tebal sangat..hehe
lepas ni kena buat pembetulan sikit and lepas tu dah boleh buat hardcover untuk thesis..yahoo..lepass tu bolehlh start jadi job hunter atau suri rumah tangga..kuikuikui..selamat tinggal Perlis..hehee..InsyaAllah bulan 5 nanti kita jumpa lagi untuk hari bersejarah yang paling ditunggu iaitu KONVOKESYEN!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA