~CEPAT KLIK LINK INI~

Thursday, September 29, 2011

gambar gaun perkahwinan Memey Suhaiza dan Norman Hakim

0 insan terpilih
gambar sekitar majlis resepsi NORMAN HAKIM DAN MEMEY SUHAIZA..

GAMBAR PERSANDINGAN NORMAN HAKIM DAN MEMEY SUHAIZA

GAMBAR PERSANDINGAN NORMAN HAKIM DAN MEMEY SUHAIZA

GAMBAR PERSANDINGAN NORMAN HAKIM DAN MEMEY SUHAIZA

GAMBAR PERSANDINGAN NORMAN HAKIM DAN MEMEY SUHAIZA

GAMBAR PERSANDINGAN NORMAN HAKIM DAN MEMEY SUHAIZA

GAMBAR PERSANDINGAN NORMAN HAKIM DAN MEMEY SUHAIZA

GAMBAR PERSANDINGAN NORMAN HAKIM DAN MEMEY SUHAIZA

GAMBAR PERSANDINGAN NORMAN HAKIM DAN MEMEY SUHAIZA

GAMBAR MAJLIS RESEPSI NORMAN HAKIM DAN MEMEY SUHAIZA

GAMBAR PERSANDINGAN NORMAN HAKIM DAN MEMEY SUHAIZA

so what's your comment after see all this pictures? in my opinion Memey looks very 'beautiful' and the gown was 'marvellous' hahahha..

cantiklah sangat kan..ini ke baju kahwin yang beratus ribu tu?? eii tolonglahh..ini ker majlis perkahwinan orang melayu?? lagi;ah tolongg..ini ker majlis kahwin yang berjuta-juta tu?? eii tolong tolong tolonggggg!!!

* baju di sponsor dan dibuat khas oleh VERA WANG. seorang fashion designer yang terkemuka di dunia.
* kasut direka khas oleh DATUK JIMMY CHOO. seorang pereka kasut terkemuka di dunia.
* barang hiasan di sponsor oleh RAFFLESIA. satu jenama yang terkemuka di Malaysia.

so korang rasa worth ke beratus ribu ringgit untuk baju dan rupa memey tu?? aku bukan nak cakap apalah, cuma baju tu aku tak berkenan langsung. termasuklah bridesmaid dia, yang over..mekap over..memang tak cantik langsung! aku tak pasti baju itu yang tak cantik atau memey yang pakai tak cantik..hahaha

aku rasa baju kahwin siti nurhaliza dengan elyana lah yang paling cantik setakat ini..korang judgelah sendri ek..atoyaiii..

bukan aku jer yang cakap macam itu, tapi CHEF WAN pun kutuk gak gaun perkahwinan MEMEY ini..

Setakat Berlian and pearls berjuta tu non of the pengantin can take the jewellery pun.Entah2 mlm ni jugak kena telanjang lepas tu Rafelessia ambil la balik simpan.Wedding gown rm500,000 by Vera Wang tu i gelak sungguh mcm Wedding gown biasa yg kecut masuk dlm washing machine depan memey tu yg i wasnt impressed at all likewise her veil mcm beli di globe silkstore! Ala di taja esok pulang la balik.So my honest opinion i really dont know what the fuss about this 12miilion sponsorship is all about.

Tuesday, September 27, 2011

gambar perkahwinan nabil dan nazirah ayub

0 insan terpilih
assalamualaikum

tak lama lagi nabil dan nazirah ayub 23, akan bernikah pada 30 september 2011..manakala majlis resepsi pada 2 oktober 2011..wahh tak lama lagi jer tuu..macam tak sangka jer yang nabil raja lawak tu nak kahwin dah..dulu nabil pernah di gosipkan nbercinta dengan pelakon irma hasmie. tapi jodoh tak kesampaian, hubungan mereka terputus di tengah jalan. 

now, nabil dah ada zira, so buat apa nak tunggu lama lagi..kahwin jelah kann..dengar kata zira itu pramugari, so memang sesuai lah diorang ini. duduk sama rendah, berdiri sama tinggi..pastinya rumah tangga mereka akan sentiasa bergelak ketawa. mana taknya, tengok muka abang bil pun dah boleh nak tergelakk..di harapkan perkahwinan mereka akan berkekalan hinnga akhir hayat. nabil pun harap janganlah buat hal. hehe..

majlis resepsi mereka akan diadakan di I-CITY SHAH ALAM, bertemakan wonderland..wahh mesti seronokkan. ada lampu kelip-kelip banyak sepanjang I-CITY itu, mesti cantik kann!! 


kad kahwin mereka..bertemakan WONDERLAND







cenderahati dari pengantin


baju pengantin mereka di taja oleh butik KAMARINI di Seksyen 7, Shah Alam.

p/s: macam tak sabar jer nak tengok majlis diorang ini. mesti nabil akan tersenyum sepanjang masa kan. sampai tak larat dah nak senyum..and pastinya majlis mereka akan jadi sangat sweet and muweett..ehhe

Monday, September 26, 2011

3 kata by KRU-suka lagu ini juga! aishiteru!

0 insan terpilih
assalamualaikum..


seperti yang di janjikan, hari ini aku nak post lagi satu lagu atau video yang aku suka sangat dengar sejak akhir-akhir ini. this song is by kumpulan KRU. tajuk lagu ini 3 KATA. kalau korang dengar lirik lagu ini macam sweet muweet je tau.. kalau korang tengah kapel sekarang ini bolehlah tujukan lagu ini untuk si dia. bagi aku yang single ini elok dengar sorang-sorang jer..hahaha..okayy..as usual enjoicee and komen for this song okay..




hampir jadi 'teman' artis anggota forteen dulu

0 insan terpilih
assalamualaikum..

sekarang ini dah macam-macam kumpulan muzik mucul di malaysia. ada yang gaya ala-ala korea, kepop-kepop, ada yang ala-ala japan, jepop-jepop..tapi kalau kat malaysia panggilnya mepop-mepop..hehe..sukahati aku jer kan nak letak nama apa..

ok, salah satu kumpulan yang muncul sekarang adalah FORTEEN..actually kumpulan ini di bawah naungan KRU. kira anak didik diorang lah selepas kumpulan ELITE.  kumpulan FORTEEN di anggotai oleh Ameerais, Rizu OIAM, Izue Islam and Ariz.

actually, Rizu atau One ini merupakan kawan sekolah aku. kira dulu aku tiap-tiap hari naik bas sama dengan dia. kalau kat sekolah tu, kira dia penyanyi sekolah lah. bila ada event mesti dia wajib nyanyi. dulu dia suka nyanyi lagu yang irama malaysia sikit..hehe..kira ramailah peminat dia ini..

ikutkan kakak dia pun suka nyanyi jugak. kira diorang selalu berduet masa kat sekolah dulu. kalau tak, aku hampir-hampir jadi 'teman' dia..bukan apa, dulu ada budak kelas aku bagitahu yang dia ini ada suka tengok budak perempuan yang selalu naik bas dengan dia. pastu kawan aku cakap, akulah itu orangnya..sebab masa itu kawan sekelas aku rapat dengan dia. tapi masa itu aku buat bodoh je..haha

kalau tak dah boleh jadi aweks artis kan..hahaha..lantaklah..kitaorang dulu pun tak tegur sangat..cuma senyum-senyum je. hahhaa..lawak dowh ingat kisah dulu..tak sangka sekarang dia dah jadi artis yang berjaya. tak sia-sia dulu selalu buat persembahan kat sekolah..haha..






Sunday, September 25, 2011

please vote for me!

0 insan terpilih
assalamualaikum.. cangrejo, cangrejito

kawan-kawan yang aku sayangi sekalian, aku nak mintak tolong sikit ini..sudi-sudilah korang vote gambar aku ini ea..hehe..itu jer entry untuk hari ini..nak tahu gambar mana yang korang kena like, silalah TEKAN..mekasih kawan-kawan <3 muahh..luv you all lahh..

Saturday, September 24, 2011

150 juta by fynn jamal-aku suka bangat lagu ini!

0 insan terpilih
assalamualaikum..

Smiley Listen Music

sejak akhir-akhir ini aku suka sangat dengar dua lagu ini. aku tak tahulah kenapa..tapi aku suka dengar lirik dia. walaupun macam apa-apa but it's nice to me. maybe some of the lyrics ada kena mengena sikit dengan aku masa dulu-dulu kot..korang nak tahu lagu apa yang aku maksudkan itu? but for this entry aku bagi one video only. next entry aku bagitahu lagi satu lagu yanag aku minat ea..hehe..enjoicee! kalau suka sila komen..




Friday, September 23, 2011

susah payah semester kali ini

1 insan terpilih
assalamualaikum..

sekarang dah dua minggu aku start belajar untuk semester ini di uitm arau perlis. for the first week memang asyik hujan jer memanjang sampaikan berisiko untuk banjir lagi. but, for the second week ini cuaca okay jer. tak hujan, tak panas sangat. cuaca okay okay jer..hehe


sekarang nak pergi kelas kena naik bas. kelas setiap hari start pukul 9 atau 10 pagi. so awal-awal kitaorang dah tercongok kat bus stop di persimpangan dilema jalan. tiap-tiap hari kitaorang akan menjadi orang yang pertama menunggu bas kat situ walaupun kitaorang dah cuba untuk keluar lambat..huhu

onion-head-dp-animated01

memang penat, stress sebab kena tunggu bas di bawah cahaya matahari sambil melihat kereta lalu lalang. sampai satu tahap rasa macam nak tahan jer kereta tu bagi kitaorang tumpang. mana taknya kereta besar-besar tapi yang naik sorang jer. baik buat pahala bagi kitaorang tumpang. lagilah afdhal. huwawa


selalunya kitaorang tunggu bas tak lah lama sangat. adalah dalam setengah jam. so rilex jer..padahal kitaorang selalu menyumpah seranah bas uitm tu sebab datang lambat. rasa macam nak campak jer bas tu masuk longkang tau. geram i!!


itu belum masa tengah hujan..memang berpayung jerlah kat situ. tak ada pulak orang nak bagi kami 4 orang ini tumpang. dah buat muka 5 sen pun takda sapa nak tumpangkan..kalau ada kereta lalu lalang pun cuma tengok jer kami yang cun melecun meletup da vass ini menunggu bas tengah panas tengah hujan.. hisyy tak ada sivik betul. geram geram geram!!


tapi nak buat macam mana kan..susah susah dahulu sennag senang kemudian..hehe..kalaulah ada orang nak bagi aku kereta sebijik ker atau nak bagi pinjam pun kira okaylah untuk satu semester ini. atleast taklah kami demam nanti kena panas, kena hujan..hehe..

onion-head-dp-animated05


Wednesday, September 21, 2011

gambar pra perkahwinan Norman Hakim dan Memey Suhaiza

0 insan terpilih
assalamualaikum.. :)

tahniah di ucapkan kepada pasangan sejoli Norman Hakim dan Memey Suhaiza di atas pra perkahwinan mereka yang di adakan di Frim, KL. tak sabar rasanya nak tengok majlis perkahwinan yang bakal menjadi Wedding Of The Year ini..ini kerana perkahwinan mereka telah ditaja ramai orang termasuk Jimmy Choo yang telah mereka satu pasang kasut khas yang akan di pakai oleh Memey.

manakala Rafflesia akan menaja set barangan kemas pasangan itu..untung tuah badan..walaupun banyak kontroversi telah melanda mereka ekoran kes tangkap khalwat itu, tapi rezeki perkahwinan kerana tuduhan itu telah pun digugurkan..di bawah ini merupakan gambar pra perkahwinan mereka.






Monday, September 19, 2011

gambar pernikahan pelakon terkenal Azad Jasmin dan Eira Syazira

0 insan terpilih
tahniah diucapkan kepada pasangan pelakon Azad Jasmin dan Eira Syazira setelah selamat diijabkabulkan petang tadi di kediaman Eira di Presint 14, Putrajaya. Azad Jasmin atau nama sebenarnya Azad Jasmin John Louis bin Jeffri, 35 sah menjadi suami kepada Eira Syazira 27, dengan sekali lafaz. berikut merupakan gambar pernikahan Azad Jasmin dan Eira Syazira





belajar memandu kereta dan motor hanya rm750.murah beb!

2 insan terpilih
assalamualaikum..

entry kali ini cuma nak beritahu yang aku dah daftar lesenn!! yeeehaa..seronoknyer,,lepas macam-macam halangan yang aku tempuhi nak dapatkan lesen, akhirnya berjaya jugak aku mendaftar di Arau. disebabkan aku belajar di sini, so aku decide nak belajar lesen di sini jugak.

sebelum ini aku nak ambil lesen di Klang sebab dekat dengan rumah aku. lagipun time tu tengah cuti belajar 4 bulan. tapi disebabkan kosnya mahal iaitu rm800 untuk kereta sahaja dan tiada pengangkutan di sediakan, so aku batalkan hasrat itu.

setelah banyak kali niat nak ambil lesen terbantut, akhirnya minggu depan aku dah boleh start belajar. bukan amibil lesen kereta sahaja tau. tapi dengan motor sekali!! wahh amik kau dua-dua aku nak belajar. bukan apa, harga yang ditawarkan untuk belajar memandu kereta dan motor hanyalah rm750!! murah tu bebb!

so apa lagi, aku rembat jelah kan. bukan selalu boleh dapat harga macam itu. kalau kat klang jangan haraplah nak dapat harga tu. kereta pun tak lepas tau. lagi satu yang aku suke, kalau kita gagal pun, cuma bayar rm25 sahaja.! so murah kan!

cu nanti! cuma yang aku risau sekarang ini boleh ker aku bawak motor? dah la seumur hodup aku tak pernah bawak motor. larat ker nanti aku nak tolak. aku dengar diorang sediakan motor Honda Wave 100. so berat ke tak ek? aku ini dah lah kecik comel jer..takut pulak aku kalau motor tu hempap aku ker nanti..isy risaunyerr!

keputusan aku nak ambil lesen ini pun family aku tak tahu.. hehe..aku nak surprisekan diorang..nanti bila aku dah balik cuti nanti baru aku nak tunjuk dekat diorang semua. bukan keter jer, dengan motor-motor sekali aku ada lesenn..haha..

hopefully aku boleh lulus dengan jayanya nanti..aminn! korang semua doakan lah aku..memang dah lama impian aku nak ada lesen ini! okay!

Sunday, September 18, 2011

review filem Raya Tak Jadi ~ tak best!

0 insan terpilih
assalamualaikum

hari khamis lepas, aku dan kawan-kawan ada di penang untuk bercuti. tak cukup cuti semester 4 bulan, ada hati lagi nak cuti di waktu kelas..hahaha..hari isnin nanti kena siap sedia tadah telinga dengan lecturer sebab tak masuk kelas pertama dia..walawehh takutt!

okay!malam jumaat tu, kami semua bercadang nak tengok wayang midnight. mula-mula plan nak tengok cerita Hantu Bonceng, tapi takada yang midnight punya. so deside tengok cerita Raya Tak Jadi.



movie start pukul 12.15 malam. before menunggu itu, kami singgah dekat rumah membe di penang. makan laksa penang, dan rehat-rehat barulah kami bertolak semula ke Queensbay Mall. first time pergi sana memang excited, yelah sebelahnya boleh nampak laut! memang syiokk habis


now aku nak review sikit movie yang aku tengok ni. bagi pendapat aku, score yang aku boleh bagi out of 10 ialah 4..hahaha..teruk tak? sebabnya aku ini memang tak suka sangat tengok cerita melayu dekat wayang..tak layan sangat. sebab aku tahu nanti mesti keluar dekat astro ke youtube ke kan.



Queensbay Mall

tapi disebabkan majoriti nak tengok cerita melayu, so aku ikut kan jelah. disebabkan wayang start kul 12.15 malam, so rata-rata kawan aku semua dah mengantuk. mana taknya, before tu kami memang dah penat sangat. tak cukup rehat. asyik berjalan dari pagi hingga ke malam. tak sempat nak tidur pun.

filem Raya Tak Jadi yang kami tengok pulak memang tak best! walaupun ada Apek dengan Johan, tapi aku rasa macam cerita itu tak ada motif jer..tapi boleh tahan jugaklah orang yang menonton. penuh jugaklah..tapi seriously memang tak best! bukan aku tak support filem kita, tapi dah memang cerita tu tak best..

bila dah habis wayang tu, semua keluar dengan muka sememeh..rupa-rupanya semua kawan-kawan aku tidur masa dalam wayang tu!! atoyaii, rupanya aku sorang jer yang layang walaupun tak best! haha..diorang masa filem tu baru start dah krohh krohh..patutlah aku tengok diorang diam jer..tak bising-bising pon..rupanya semua sudah tertidurr!! nampak sangat cerita tu bosan.

jadi, kepada kamu-kamu yang nak tengok filem Raya Tak Jadi di pawagam, baik batalkan hasrat itu. tunggu jelah masa dia keluar astro nanti..kalau tak, buat rugi duit jer..! hehe..tapi! jangan sekali-kali support pirate aka cetak rompak okay! itu pesanan dari penaja..huhu..adioss


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA