~CEPAT KLIK LINK INI~

Saturday, March 31, 2012

sinopsis lagu Bawaku Pergi di haramkan kerana liriknya- Zizan ft Kaka

0 insan terpilih

lagu Bawaku Pergi nyanyian Zizan Razak featuring Kaka telah di haramkan di Malaysia. lagu ini ditulis oleh Malique. ia di haramkan kerana maksud lagu dan liriknya..Malique merasakan mereka bertiga telah di tindas kerana tidak diberi peluang untuk membela diri. tuptup surat dari kerajaan sampai ke tangan Zizan menyatakan lagu ini harus di hentikan penyiarannya. Dalam kenyataan tersebut, Malique turut menjelaskan maksud dan bagaimana lagu Bawaku Pergi itu dicipta.

“Pada tahun 2008, saya menulis lagu Pergi Jauh untuk isteri saya. Lagu itu berkisarkan kami yang berangan-angan untuk pergi bercuti di tepi pantai Bali. Pada tahun 2012 pula, saya menulis lagu Bawaku Pergi sebagai susulan kepada lagu Pergi Jauh.

“Lagu ini berkisar mengenai kehidupan saya yang setelah beberapa tahun berkahwin tapi masih sibuk dengan kerja dan jarang-jarang dapat pulang bersama dengan isteri. Lagu ini dicipta dari sudut pandangan seorang isteri kepada suaminya.

“Sang isteri berangan-angan mahu bercuti ke Tibet atau Nepal sebagai tempat berbulan madu. Kerana itulah datangnya ayat, ‘puncak dunia kita duga’. Setiap orang yang mempunyai asas geografi, akan tahu yang puncak dunia adalah di Himalaya.

“Di situ jugalah wujudnya haiwan mitos Yeti yang dikatakan mendiami tanah tinggi di situ. Mengapa semua ‘pentafsir profesional’ gagal untuk mengulas tentang bait tersebut? Saya selalu mengidam untuk pergi ke Indochina melalui jalan darat, ‘pergi lebih lama, pergi lebih jauh’.

“Saya tiada masa untuk meletakkan diri saya dalam fikiran seorang remaja kerana zaman itu telah lama saya tinggalkan. Saya menulis sebagai seorang dewasa dan jika ada pihak kurang matang yang mendengar lagu saya dan bertindak bodoh, itu bukan hal saya.

Berikutan rungutan itu, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan akan menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menentukan sama ada lagu tersebut wajar diharamkan ataupun sebaliknya.

Friday, March 30, 2012

saya ada haterz

0 insan terpilih
assalamualaikum..

ada orang cakap saya bajet, ada orang cakap saya poyo, ada orang cakap saya perasan cun. sebab itulah saya ada haterz yang selama ni tak pernah wujud pon..tapi saya tak kisah, sebab saya happy dengan hidup saya..saya bukan orang popular. saya bukan secantik Fatin Suhana, se comel Yuyu Zulaikha, sepandai Hanis Zalikha, se popular Maria Elena. saya hanya insan kerdil yang kadang-kadang buat kesilapan. walaupun mereka mengutuk saya, menyatakan saya jahat, giler, slut dan bitch..saya masih melayan mereka dengan baik. saya tak mahu menambahkan haterz saya yang tiba-tiba muncul dengan nombor yang tak dikenali. tiba-tiba menghantar mesej menyatakan saya jahat, musuh saya. walaupun saya sedih, tapi masih mampu bersabar sebab tak semua orang akan sukakan kita. saya akan tetap menerima segala teguran, hinaan dan cercaan dari orang lain. kerana saya hanya insan kerdil yang tak sempurna seperti anda semua. saya minta maaf kepada semua haterz saya. 

Thursday, March 29, 2012

gambar bakal suami Azza Elite-Azlan Zulaily

0 insan terpilih

seorang lagi artis wanita yang akan berkahwin pada tahun ini adalah Azza Elite yang sebelum ni telah berkahwin dengan bekas suami Camelia. iaitu Ehsan. bakal suami Azza yang terbaru ini merupakan seorang pramugara Air Asia iaitu Azlan Zulaily. mereka akan berkahwin pada 1 April 2012.

Gambar suami Azza Elite gambar bakal suami azza elite nikah 1 april 2012

mereka dikatakan tidak akan bertunang kerana tidak mahu menempuh cabaran ketika di alam pertunangan. nampaknya lepas ni Azza everyday can fly lah ibarat tagline Air Asia, Evryone Can Fly..hahaha..

1tX4Q gambar bakal suami azza elite nikah 1 april 2012

semoga perkahwinan Azza kali ini akan berkekalan hendakNya. InsyaAllah kalau betul ini jodoh kita, ia pasti akan berkekalan. Aminn..hurmm macam manalah nak dapat pasangan pramugara ek? kena bertepek kat airport lah keje nyer kan..hahaa

azza dan tunang

gambar tunang Liyana Jasmay-Fathuddin Mazlan

0 insan terpilih

Akhirnya penyanyi lagu Aku Tak Percaya Cinta rebah di atas perasaannya sendiri apabila mengaku yang beliau percaya akan cinta dan telah pun selamat bertunang dengan jirannya sendiri. Sedikit info mengenai tunang Liyana Jasmay 23, tu namanya Fathuddin Mazlan dan kini berusia 28 tahun yang merupakan seorang ahli perniagaan. saat mereka mula berkenalan ialah apabila Fathuddin menegur Liyana dengan mengatakan 'Hai Jiran'..hehe..


yang tengah merupakan Fathuddin


mereka di ramalkan akan berkahwin awal tahun hadapan. semoga hubungan mereka akan berkekalan ke jenjang pelamin. 

Wednesday, March 28, 2012

ramai ajak saya bercouple, dan saya telah menerima/menolak

1 insan terpilih
assalamualaikum..

erkk alhamdulillah. kenyang sudah perut beta lepas melahap charkuewteow marvellous tadi..siap ada 3 ekor udang besar punya haduyai pon..hari ni badan kitaorang semua terasa lemau. nak makan pon malas, sampai satu tahap tak mampu nak berfikir apa-apa lagi. otak lemau terus sebabnya harini kelas pack giler dari pukul 8 pagi sampai 6 petang. dah macam office hour pulak kan. aduyaii pun.

topik kita hari ni pasal kapel. apa itu couple? according to sheila (2012), couple merupakan satu hubungan antara dua manusia yang lahirnya dari mata turun ke hati. hehe..memandai jer aku ni..hurmm apa kena mengena kapel dengan sheila ni? adakah saya sudah menemui cinta baru? jeng jeng jeng..siapakah gerangannya? jeng jeng jeng..! hehe suspen pulak..


actually adalah beberapa orang mengajak saya untuk berkapel..memandangkan sheila sudah menyingle selama 1 tahun lebih jadi itu tidak di kira curang kan..hehe..saya ni bukanlah cantik sangat, banyak sangat kekurangan berbanding orang lain. tapi kenapa diorang nak kapel dengan sheila pulak ek? hurmm..dan apa pula jawapan sheila kepada mereka? adakah saya menerima lamaran itu atau menolaknya?? jeng jeng jeng..! suspen lagi..hehe


untuk pengetahuan semua, sheila telah pun menerima / menolak kesemua lamaran atau ajakan mereka untuk berkapel dengan beberapa sebab ..hehe..sebab-sebabnya adalah :

1) saya tidak bersedia untuk menjalin hubungan dengan sesiapa buat masa ini
2) saya takut akan tersalah pilih pasangan dan dikecewakan lagi
3) saya tak nak perkara lama berulang lagi
4) hati masih belum terbuka untuk menerima mereka (bukan sebab masih simpan ati pada yang lama ok!)
5) tak tahu macam mana nak menerima mereka dalam hidup saya
6) terlalu memilih (hensem atau tak hanya bonus, yg penting iman dan sikapnya)
7) kesemua lelaki itu tak menepati kriteria yang saya mahukan (ini gedik namanya..huhu)
8) saya selesa bila sorang-sorang sebab dah terbiasa (padahal kadang2 sunyi & jeles tengok kapel lain)
9) saya lebih senang berkawan dengan semua orang (ternyata aku seorang yang peramah..haha)


oleh sebab-sebab di atas lah sheila masih tak memiliki pasangan lagi..hehe..sheila tak kisah dah. ada atau tak itu semua urusan Allah. yang penting sabar dan tawakal sahaja..harap-harap kali ini sheila akan berjumpa dengan prince charming yang terbaik di kalangan terbaik!! InsyaAllah.

Sunday, March 25, 2012

gambar Reza Syah Azmeer tunang Irma Hasmie

0 insan terpilih

handsome pulak tunang irma hasmie ni. manis jer..alahaii..bertuah empunya badan. irma pun cantik jugak bila dah bertudung..manis jer..dah ditakdirkan jodoh mereka bertemu di depan Kaabah..subhanallah..bilalah turn sheila nak jumpa jodoh ku ni..kat manalah dia agaknya..tengah buat apa sekarang ni. atas tikar sembahyang kah? di dalam masjid kah? tidur kah? belajar kah? atau dengan perempuan lainkah?? huhu..mintak-mintak dia seorang yang baik dan mampu menjaga sheila nanti..kalau kita tak berjumpa di dunia, kita pasti akan berjumpa dan bersama di syurga..insyallah..

Review 7 Petala Cinta-menangis aku dibuatnya

0 insan terpilih
assalamualaikum..

kelmarin sheila dengan membe pergi tengok wayang dekat Jitra Mall. bosan punya pasal kan, padahal pagi tu dah keluar pergi buat facial..hehe..saje gatal-gatal nak buat..mula-mula nak buat resdung jer, tapi dah alang-alang, buat terus lah facial resdung. membe cakap ada perubahan sikit. makin berseri-seri muka. hahah..i likee!


malam itu kitaorang tengom filem 7 PETALA CINTA. kawan sheila yang beria nak tengok, sheila biasa jer layankan jer. sebab sebelum ni sheila baca dekat facebook ramai kawan komen filem tu tak best sangat. rugi jer tengok. tapi nak tak nak kenalah sheila tengok jugakkan. hehe

first impression tengok filem tu, best sebab muzik dia..then macam sweet jer sebab laki tu panggil perempuan tu Cinta, and perempuan tu panggil lelaki tu Rindu. sweet kann!! filem ni jugak ada masukkan unsur-unsur lawak so takdalah serius memanjang kan.



ingatkan filem ni takdalah sedih sangat. sekali bila sampai satu part dekat titi/jambatan tu, sheila boleh menangis meleleh-leleh bila dengar ayat yang dia ucapkan. sebab tiba-tiba sheila terimbas kenangan lama yang tak patut di kenang. huwawaw..sebab ayat tu selalu sheila ingatkan kat diri sendiri bila sheila tengah bersedih. adoii..

shima anuar


cerita ni ada jugak geramnnya. sebab heroin dalam filem ni dah jadi macam lalang pulak. sekejap dengan lelaki tu, sekejap dengan lelaki ni. eii geram pulak rasanya. tak tetap pendirian. and tak jujur. semua orang dia nak..ermm mungkin sebab dia ikutkan cakap mak bapak dia kot. yang seronoknya tengok filem ni bila tengokkan wajah hero dia iaitu Aeril Zafril..hensem giler kot..i likee!! haha..

ermm tak semesinya kita belajar sekolah pondok atau madrasah kita tak punya perasaan untuk bercinta, bersuka-suka, jeling-menjeling atau berkasih sayang kan. hehe..kepada pasangan yang bercinta dekat luar sana, silalah tengok filem ni..sangat sesuai dan ada jugak sikit pengajarannya. 

DI ANTARA 7 PETALA LANGIT DAN 7 PETALA BUMI ADA 7 PETALA CINTA

Video Awal Ashaari melamar Scha Al-Yahya di Propaganza

0 insan terpilih

seperti yang semua sedia maklum, akhirnya Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya akan berkahwin. sebelum ni kalau tak diorang dah pun berkahwin tapi terpaksa di tunda demi majlis perkahwinan Yusry dan Lisa Surihani. baru-baru ni pula Awal telah membuat kejutan dengan melamar Scha di set Propaganza yang ketika itu sedang bersiaran langsung. nasib baik Scha terima lamaran tu kalau tak malu i..haha..rasa macam over pulak si Awal ni siap nak nangis bagai. padahal dia pun dah tahu yang Scha akan terima lamaran dia kan. sebab yelah kalau tak buat apa diaorang setkan tarikh sidang akhbar tu kan..huhu..apa-apa pun, tahniah di ucapkan sebab berjaya melamar Scha..

Saturday, March 24, 2012

Irma Hasmie dan Reza Syah Azmeer selamat bertunang

0 insan terpilih


Irma Hasmie Diikat Sehingga Julai Ini
SUNGAI BULOH, 24 MAC 2012: Pelakon, Irma Hasmie selamat bertunang dengan ahli perniagaan, Reza Syah Azmeer Datuk Mohd Redzuan, 31, dalam majlis pertunangan yang berlangsung di rumahnya yang terletak di Desa Coafiled, Sungai Buloh, sekitar jam 4.15 petang tadi.

Dalam majlis yang serba ringkas itu, Irma Hasmie yang mengenakan busana rekaan Hatta Dolmat telah menerima sebentuk cincin berlian yang disarungkan oleh Datin Azizah Osman iaitu ibu kepada Reza.

Selain sebentuk cincin, Irma turut menerima tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki berupa buah-buahan, kek, manisan kurma, sejadah,persalinan dan set mandian.

Pihak perempuan turut berbalas hantaran sebanyak sembilan dulang seperti set mandian, persalinan, manisan, kek, sejadah, pencukur, buku-buku keagamaan dan sireh junjung.

Irma dijangka bakal menamatkan zaman bujangnya pada 1 Julai 2012.

Majlis pertunangan itu telah dihadiri oleh keluarga kedua-dua pihak selain rakan-rakan artis seperti Wardina dan Anne Ngasri.



Irma Hasmie Diikat Sehingga Julai Ini

Irma Hasmie Diikat Sehingga Julai Ini

Irma Hasmie Diikat Sehingga Julai Ini

*credit to: murai.com

Friday, March 23, 2012

excited pakai inai macam nak kahwin

0 insan terpilih
assalamualaikum..

minggu lepas housemate sheila baru pulang dari umrah. alhamdulillah rezeki dia dapat jejakkan kai kat bumi Mekah di usia muda. bukan senang nak dapat peluang tu kan. jadi, pulangnya dia dari umrah, adalah dia belikan kami semua coklat dan inai Mekah.

bila sheila dapat inai Mekah tu, terasa excited pulak nak pakai. actually sheila tak minat pakai inai ni. sebab terasa comot je tangan. macam kotor rasanya. berbelas tahun jugaklah tak pakai inai. kalau ada orang kahwin pun, sheila bukannya jenis nak menyibuk sama pakai. hehe

jadi, bila dah dapat inai Mekah ni tersa gatal tangan pulak nak pakai. so, sheila start pakai satu jari dulu. pakai kat jari kelingking. lepas 1 jam sheila pun basuh. Ya Allah, bila tengok warna yang terhasil kat jari tu, bertambah-tambah excitednya..punyalah merah bak delima mekar.! hehhee

esoknya sheila sambung lagi 4 jari tangan kiri. mula-mula nak pakai satu jari je kan, lepas tu jadi 5 jari, last-last disebabkan terlalu addicted nak tengok warna yang terhasil, terus sheila pakai semua jari. hahaha..amik kauu..




Najib contohi Rasulullah S.A.W

0 insan terpilih

* ermm..kemoderatan tu apa ea??

pertama kali buat rawatan resdung-syok pulak

0 insan terpilih
assalamualaikum...

rawatan rokok resdung

minggu lepas sheila buat rawatan resdung. pertama kali buat rasa macam neves sebab takut bila tengok asap rokok resdung tu masuk dalam hidung. kebetulan masa tu sheila rasa macam resdung dah makin teruk, yelah setiap pagi confirm bersin banyak kali, kawasan mata terasa gatal and hidung pon akan gatal bila makan ayam ataupun udang. so sheila decide tuk try buat rawatan ni dekat arau. lagipun tak mahal sangat cuma rm15 jer.

terasa pedih jugaklah kat bahagian hidung tu bila dia buat treatment. sebab orang tu pun cakap area hidung tu teruk sikit compare area lain and ada ulat-ulat keluar dekat hidung tu. tapi memang syok lah buat rawatan resdung ni sebab orang yang buatkan tu pun siap urut-urut kepala kita, terasa macam nak tidur pulak masa tuh..hehe

effect yang sheila dapat lepas buat rawatan tu ialah terasa kawasan hidung lebih licin dari sebelum ni, jerawat yang ada di muka kecut, kulit muka terasa tegang..lagipon kalau kita nak effect tu lebih berkesan kenalah selalu buat rawatan resdung. paling minimum pun 2 kali sebulan..

lagipun sheila buat treatment ni dekat spa dnavechee..siap ada pakej untuk student lagi youuu..kalau nak buat rawatan resdung + jacuzi cuma rm30 jer..hehe..lepas ni nak buat lagilah..gedik-gedik pulak kan..haha..

nak tahu lebih lanjut mengenai resdung, bolehlah lawat website ini..http://rokokresdung.com/

Thursday, March 22, 2012

bukan di culik tapi lari jumpa boyfriend-menyusahkan

0 insan terpilih
assalamualaikum


Gadis ini dikatakan telah di culik ketika keluar bersama adiknya. hati ibu bapa mana yang tidak risau bila kita tahu anak gadis mereka yang masih bawah umur di culik. bimbang perkara sama berlaku seperti Arwah Dirang, kedua ibu bapa ini sepakat membuat laporan polis dan meminta bantuan orang ramai untuk menjejaki anak perempuan mereka sebelum terlambat. belum sempat gadis ini di temui, satu khabar baru mula timbul di mana gadis ini bukan di culik tetapi melarikan diri untuk bertemu dengan kekasih hati yang berumur 26 tahun. 

sheila tak paham dengan perasaan budak-budak zaman sekarang. baru umur 15 tahun dan pandai nak berasa tekanan emosi bagai. itu belum lagi umur 20 ke atas. dah belajar dekat universiti atau kolej. baru kau tahu betapa tekanan nya hidup dengan faktor sekeliling dan belajar lagi. bila kena marah dengan parents mulalah merajuk lepas tu larikan diri menyusahkan orang lain. tak pikir ke perasaan orang tua kita yang selalu bimbangkan anak dia? hurmm tak habis-habis nak menyusahkan.

lagi satu, masih bersekolah lagi dah nak ada pakwe makwe bagai. cubalah fokus dekat belajar dulu. dah dapat result SPM barulah fikir nak kahwin atau cari boyfren. disebabkan perkara macam nilah banyak kes rogol, hilang, bunuh diri berlaku. kepada parents di luar sana, tolonglah awasi anak anda. sebab itu ada pepatah menyatakan menjaga anak perempuan lebih susah dari menjaga sekandang kambing.

GADIS HILANG DI KUANTAN AHAD LEPAS MENGAKU TIDAK DICULIK - POLIS
KUANTAN :
 Gadis yang dikatakan diculik ketika keluar membeli kad tambah nilai prabayar Ahad lepas, Siti Nur Fatihah Mahadi, 15, akhirnya mengaku bahawa dia sebenarnya tidak diculik, kata polis. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang SAC T. Narenasagaran berkata, gadis itu juga mengaku bahawa dia dengan rela hati melarikan diri untuk tinggal di rumah teman lelakinya yang berumur 26 tahun disebabkan tekanan emosi yang dialami.

"Laporan yang dibuat kepada polis dengan mendakwa gadis itu diculik adalah tidak benar kerana dia mengaku dia tidak diculik tetapi melarikan diri dari rumah kerana tekanan perasaan," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Beliau berkata Siti Nur Fatihah ditemui di rumah teman lelakinya di Kampung Merchong dekat Pekan petang Selasa, selepas dikatakan diculik dua lelaki dan seorang wanita semasa bersama adik lelaki dan sepupunya membeli kad tambah nilai prabayar di Taman Tas di sini, Ahad lepas.

Narenasagaran berkata, remaja itu sendiri yang menghubungi kedua-dua lelaki dan wanita berkenaan supaya menghantarnya ke rumah teman lelakinya pada hari dia dilapor hilang oleh keluarganya.

Beliau berkata Siti Nur Fatihah kini dihantar ke Rumah Perlindungan Kanak-kanak Sultanah Fatimah di sini untuk kaunseling dan penjagaan kerana dia tidak mahu pulang ke rumah serta merayu tidak mahu menemui sesiapa. "Kes ini telah selesai dan kami menegaskan bahawa ini bukan kes culik. Mangsa keluar rumah secara sukarela dan tiada unsur paksaan atau kekerasan oleh mana-mana pihak dalam kes ini. Mangsa keluar rumah dengan tujuan hendak menenangkan fikiran dan mahu tinggal sementara dengan keluarga teman lelakinya," katanya.

Ditanya mengenai dua lelaki dan seorang wanita berumur lingkungan 20-an yang sebelum ini dikatakan melarikan gadis itu, Narenasagaran berkata mereka tidak ditahan tetapi akan dipanggil semula untuk memberi keterangan berhubung kes itu. "Mereka tidak melakukan penculikan tetapi polis akan panggil semula kedua-dua lelaki dan wanita itu untuk diambil keterangan," katanya. - BERNAMA

Nombor 1Malaysia gantikan Huruf Alif dalam Al-Quran

0 insan terpilih
assalamualaikum

Quran Logo 1Malaysia Huruf Alif Dalam Ayat Quran Ganti Logo 1Malaysia?

Kami tak pasti apa tujuan & motif memaparkan ayat Quran yang mahu disertakan sekali dengan logo 1Malaysia merujuk kepada gambar di atas. Logo 1Malaysia tertera pada halaman Surah Al Mulk.
Ayat Al-Quran ini telah dikesan berada di sebuah surau Al-Badar yang terletak di kawasan Lembah Pantai. dan ini pula komen dari Ustaz Azhar Idrus..
Ustaz Azhar Idrus Huruf Alif Dalam Ayat Quran Ganti Logo 1Malaysia?
credit to: beritasemasa.com

Wednesday, March 21, 2012

saya nak buat praktikal dekat company Datuk boleh?

0 insan terpilih
assalamualaikum..

hari ini sheila happy sebab orang lain happy dan yang penting semua pun happy, jadi sheila pon happy jugakk..hehe..cuma ada satu benda jer yang sheila runsing and tak happy nak memikirkannya..

semua ni berkaitan satu perkara iaitu PRAKTIKAL ataupun LATIHAN INDUSTRI..sheila dah tak tahu nak buat kat company mana..banyak sangat pilihan..hehe..bila duduk berbincang dengan membe, macam-macam company keluar. contohnya hotel, Sirim, Bank, Sime Darby and macam-macam lagi..tapi apply nyer tak jugak..huhu

untung amik kos Human Resource ini sebab semua company mesti ada. cuma ada atau tak jer praktikal kat situ. tapi sheila dah jumpa satu company dekat Subang. so dekat sikit dengan rumah. public transport pon ada. sheila nk mintak pakcik belikan motor, tapi mak macam tak bagi bawak pulak..hurmm apa guna sheila amik lesen motor and kereta kalau tak bagi bawak kan..huwwawa..sedeyhh..

sekarang sheila kena call dulu company kat subang tu..mintak-mintak dapat lah..lepas ni kena pikir lagi 3 company sebab kita kena apply dekat 4 company..ada suggestion tak nak buat dekat mana? kalau boleh nak buat kat company yang well establish sikit..yelah ada rezeki boleh diserap masuk kan. InsyaAllah..doakan sheila yer..

* malam ni ada meeting pasal praktikal..busy-busy..meeting sana sini..hehe..hope tak menghalang sheila nak dapat First Class Degree tok semester ini..chaiyok!


Sunday, March 18, 2012

harga dan spesifikasi Proton P3-21A - RM62k-rm72k

0 insan terpilih

Pengarah Urusan Proton, Datuk Seri Syed Zainal hari ini mengumumkan yang ProtonP3-21A telah secara rasmi hari ini membuka tempahan (soft launched) di semua bilik pameran Proton. Caranya :

  • Membayar yuran tempahan sebanyak RM500.
  • Harga Proton P3-21A yang ditawarkan : Antara RM62,000 untuk model asas sehingga RM75,000 untuk model Proton P3-21a untuk spesifikasi tinggi
  • ABS, EBD and ESC
  • 7-speed Protronic Paddle-Shift Transmission
  • LED Running Lights, Front & Back Lights, Front Grille
  • Push-Start Button
Model Proton Baru 2012 (Proton P3-21A) dilengkapi enjin 1.6 liter CFE berkuasa, rangka badan (body frame) HPF yang lebih kukuh, transmisi CVT dengan tiga mode pemanduan iaitu ekonomi, sport dan SAT, penganjak pedal (paddle shifter), empat beg udara, ruang bonet seluas 508 liter, butang penghidup enjin start/stop dan pelbagai lagi.
Gambar Demo Proton Baru 2012 (Proton P3-21A)
Proton P3 21A Review Proton P3 21A: Video & Pameran Proton Power of 1 di Bukit Jalil. Harga RM62K   RM75K!!

Proton P3 21A Baru Review Lengkap Didedahkan Lagi!! Proton P3 21A Model Terbaik Proton Setakat Ini?


  1. Auto fold/unfold side mirror - Side mirror akan automatik fold setiap kali alarm kereta diaktifkan, dan automatik unfold selepas kenderaan bergerak selaju 5km. Selain itu ada juga butang untuk kegunaan manual seperti yang ada pada Exora BOLD
  2. Auto Off Rear Demister - Mengelakan tint menggelembung
  3. Follow Home Lamp
  4. Headlamp Warning Buzzer
  5. Trunk Remote Release
  6. Front & Rear Socket 12V - Terdapat di bahagian hadapan dan belakang
  7. Utility Hook - Terdapat pada ruang penumpang hadapan seperti Exora, dan juga di ruang belakang pada area ‘pilar B’
  8. Low Rear Hump - Ruang kaki penumpang belakang tidak lagi sempit dengan kini bonggolan tengah di lantai ruang kaki belakang lebih rendah
  9. Front & Rear Fog Lamp
  10. Anti-Trap Power Windor - Driver side only
  11. Seat Material - Water repellent Fabric. Seat boleh fold 60:40. Material sangat lembut dan selesa
  12. Smart Info Display (SID) - Mempunyai 3 bacaan kilometer, Trip A, Trip B dan Trip C. Terdapat pelbagai lagi maklumat seperti memberi amaran jika bateri pada kunci lemah dan lain-lain
  13. Autolock & Advance Lock System
  14. Magnisium Inside Door Handle
  15. Keyless Entry - Tiada lubang kunci pada keempat-empat pemegang pintu
  16. BOSCH Head-Unit - 2-Din, Touch Screen Monitor, Navigator, Bluetooth, USB, AUX, MP3
  17. YES WiFi Modem - In-car Internet, first ever car in Malaysia, coverage Semenanjung Malaysia
  18. S-Mode (Sport) - Terdapat pada gear column (P-R-N-D-S), S-Mode akan menambah RPM sebanyak 1,000 secara serta-merta untuk pemanduan lebih agresif
  19. BCM - Body Control Module

Review Proton P3-21A – CIRI-CIRI KESELAMATAN

  1. 4 Wheel ABS & EBD with 4 Wheel Disc Brake
  2. TC (Traction Control)
  3. ESC (Electronic Stability Control)
  4. BA (Braking Assist)
  5. 4 AIRBAG - Airbag penumpang hadapan boleh di ON/OFF, untuk keselematan jika Bayi diletakkan di tempat duduk hadapan
  6. 5 STARS Australia NCAP - Orang ramai tidak perlu lagi ragu-ragu tentang ketulenan markah penuh ujian perlanggaran P3-21A ini, kerana prosedur NCAP, pemilihan unit yang akan diuji bukan ditentukan oleh Proton atau syarikat pembuat kereta. Tetapi wakil NCAP dari Austrlia akan datang sendiri ke kilang model tersebut dan memilih sendiri secara rawak unit yang akan diuji. Jadi tiada lagi persoalan tentang markah penuh ujian perlanggaran NCAP. Dan saya sendiri tidak hairan tentang markah penuh tersebut setelah milihat video perlanggaran P3-21A dengan kelajuan 140km/h, bahagian ‘pilar A’ langsung tidak bengkok, terkesan atau sebagainya, ini membuatkan cermin hadapan tidak berderai, hanya retak atas kesan letupan Airbag sahaja. Untuk perbandingan, diantara City, Vios, Forte, Altis & Civic, hanya Civic sahaja yang mempunyai rekod NCAP, iaitu Japan NCAP.


credit to: beritasemasa.com 

UiTM universiti ke-6 terbaik di Malaysia mengalahkan UIA

1 insan terpilih
Senarai Universiti Terbaik Malaysia Senarai Ranking Universiti Terbaik di Malaysia. 45 Pusat Pengajian Disenaraikan!!

Senarai ranking universiti khas di Malaysia telahpun dikeluarkan. Di Malaysia ada pelbagai universiti dan kolej universiti. Kebanyakannya hebat-hebat belaka. 
Universiti sendiri merupakan institusi pengajian tinggi dan pengakajian yang menawarkan ijazah akademik di pelbagai peringkat. Perkataan “University” diambil sebenarnya daripada frasa bahasa Latin, universitas magistrorum et scholarium. Apa maksudnya?
“masyarakat pakar dan pengkaji”

Senarai ranking universiti di Malaysia ini dinilai pada beberapa aspek yang dilihat agak relevan yang mampu mencerminkan kualiti global dan penyelidikan di seluruh dunia bagi tahap yang lebih baik. Antaranya ialah Size, Visibility, Research papers & Scholars.

Senarai Ranking Universiti Terbaik di Malaysia

  1. 428 Universiti Putra Malaysia (UPM)
  2. 437 Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  3. 464 Universiti Sains Malaysia (USM)
  4. 523 Universiti Kebangsaan Malaysia / National University of Malaysia (UKM)
  5. 596 Universiti Malaya – Universiti Malaya (UM)
  6. 626 Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  7. 891 Multimedia Universiti (MMU)
  8. 1222 Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  9. 1341 Universiti Malaysia Perlis (Unimap)
  10. 1411 Universiti Islam Antarabangsa (UIA)
  11. 1598 Universiti Teknologi Petronas (UTP)
  12. 1687 Universiti Tenaga Nasional (Uniten)
  13. 1734 Universiti Utara Malaysia (UUM)
  14. 1777 Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)
  15. 1838 Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
  16. 1842 Universiti Malaysia Sarawak (Unimas)
  17. 2127 Universiti Malaysia Pahang (UMP)
  18. 2185 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  19. 2439 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
  20. 2726 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
  21. 2922 Open University Malaysia (OUM)
  22. 3980 Universiti Teknikal Malaysia Melaka (Utem)
  23. 4083 International Medical University
  24. 4232 Taylor’s University College
  25. 4481 Tunku Abdul Rahman College
  26. 4566 Universiti Pertahanan Malaysia (UPN)
  27. 4644 University of Nottingham Malaysia
  28. 4852 UCSI University
  29. 4977 Monash University Malaysia
  30. 5012 Malaysia Theological Seminary
  31. 5074 Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
  32. 5931 Curtin University of Technology Sarawak Campus
  33. 5931 Universiti Industri Selangor
  34. 6045 Selangor International Islamic University College
  35. 6075 Al Madinah International University
  36. 6163 Wawasan Open University
  37. 6343 Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR)
  38. 6482 KDU College
  39. 6607 Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
  40. 6642 Asia Pacific Institute of Information Technology
  41. 6978 Help University College
  42. 7018 Sunway University College
  43. 7031 INSANIAH University College
  44. 7320 Universiti Sultan Zainal Abidin (Universiti Darul Iman Malaysia)
  45. 7361 Segi College
  46. 8058 Malaysian Institute of Management
Sumber : webometrics
*credit to beritasemasa.com

bangganya sheila sebagai pelajar di UiTM di mana tersenarai sebagai antara 10 universiti terbaik di Malaysia. nampaknya Visi UiTM untuk menjadi yang terunggul akan tercapai tak lama lagi. InsyaAllah. namun, sebagai pelajar, kita tak bolehlah nak malukan nama universiti kita. dan haruslah berbangga dengannya.

cuma yang bagusnya, UiTM menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di universiti. sebab itulah, tidak hairan jika ramai graduan UiTM semakin diminati dan dipilih untuk menjawat sesuatu jawatan. namun, yang tak bestnya, sistem di UiTM masih lagi perlu diperbaiki supaya memudahkan pelajar untuk membuat sesuatu perkara dan bukan menyusahkan.


Saturday, March 17, 2012

Gambar Penuh Kereta Baru Keluaran Proton 2012

0 insan terpilih

Gambar penuh kereta baru keluaran Proton 2012..tapi kalau tengok nombor plat kereta di atas ni adalah P2-321A..pelik pulak rasanya..tapi sekarang keluaran Proton sudah semakin diminati..kereta baru kat atas ni pon sudah seakan-akan Honda City kan..lampu cantik, terasa bawa kereta high class pulak kan..Tahniah Proton!


Cukai Prabayar 6% dikenakan bermula 1 Julai 2012

0 insan terpilih

KUALA LUMPUR, (Bernama) – Kerajaan akhirnya dikatakan membenarkan syarikat telekomunikasi (telco) melepaskan cukai perkhidmatan enam peratus kepada pelanggan prabayar, kata HLIB Research.

“Difahamkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) mengeluarkan memo kepada semua penggiat industri yang mengarahkan telco bersedia dari segi teknikal untuk melancarkannya pada 1 Julai,” kata firma penyelidikan itu.

“Selain insentif cukai jalur lebar yang dilaksanakan tahun lepas, ini akan meningkatkan lagi pendapatan telco dalam jangka panjang,” katanya yang mengekalkan penarafan neutral pada sektor telekomunikasi.

Bahagian penyelidikan Hong Leong Investment Bank (HLIB) berkata ia menjangkakan DiGi akan memperoleh manfaat terbesar jika cakap-cakap ini menjadi kenyataan dengan mengambil kira kedudukan tertinggi (86.6 peratus) pengguna prabayar daripada keseluruhan pelanggan, berbanding Maxis (74 peratus) dan Celcom (77.2
peratus).

Berdasarkan anggaran itu, DiGi, Maxis dan Celcom akan memperoleh kenaikan pendapatan, masing-masing sebanyak enam peratus, empat peratus dan dua peratus, dengan syarat status qou saingan dan penggunaan, kekal. BERNAMA


Friday, March 16, 2012

Gambar Model Terbaru Kereta Proton 2012 (Proton P3-21a)

0 insan terpilih
Kereta Baru Proton 2012 Proton Baru 2012 : Model Terbaru Kereta Proton Bakal Dilancarkan. Apa Harapan Anda?

Selepas pelbagai gambar spyshot dan video yang dipaparkan kepada orang ramai, akhir Proton bakal melancarkan Proton baru 2012 tidak lama lagi.
Dan seperti biasa, sudah menjadi satu tradisi pihak pengurusan Proton apabila mahu melancarkan sahaja model baru Proton, sebelum itu mereka akan banyak masukkan elemen “suprise” di mana syarikat pembuat kereta luar jarang-jarang amalkan. 
Dan untuk pelancaran model Proton baru 2012 ini, mereka telah letakkan Proton P3-21a (kod nama) disebalik kotak hitam untuk mengajak peminat model kereta mereka sama-sama mengintip apa ciri-ciri yang ada disebaliknya melalui lubang-lubang kecil di situ. Erm….
Model Baru Proton 2012 Proton Baru 2012 : Model Terbaru Kereta Proton Bakal Dilancarkan. Apa Harapan Anda?

Varian Proton Baru 2012

  • 1.6 liter Premium CPE
  • 1.6 liter Eksekutif CVT
  • 1.6 transaksi manual (MT)
Variasi Warna Model Proton Baru 2012 (P3-21A)
  1. merah
  2. hitam
  3. putih
  4. coklat
  5. biru
  6. perak
credit to: beritasemasa.com


keputusan Raja Lawak musim 6-Shiro Juara

0 insan terpilih
assalamualaikum..


malam ini merupakan malam terakhir Raja Lawak Musim ke-6..finalis yang tinggal adalah Shiro, 2yol, Cuit, dan Zero..siapakah yang akan menjadi juara? sama-sama kita tunggu surat khabar atau informer dari facebook..hehe..almaklumlah dekat rumah tak ada tv. nk guna tonton.com line berukband tak pantas sangat..hehe

tapi bagi pendapat sheila, meramalkan yang Shiro ataupun Zero akan menjuarai Raja Lawak musim 6 ini..sebab kedua-dua kumpulan ni konsisten lah jugak berbanding kumpulan yang lain..apa-apa pun sheila tetap akan sokong JOZAN..huwawawa


praktikal HR-ada sesiapa nak ambil saya bekerja?

2 insan terpilih
assalamualaikum

minggu kedua pada semester baru memang sangat mencabar. macam-macam benda kena buat. assignment, tutorial, past year question memang tak lari dari kehidupan students. time tulah nak suruh buat short note, time tulah suruh carik information..hurmm..student student.

tapi bagi student Human Resource macam sheila ni, training program, seminar, event itu event ini memang akan sentiasa menghantui kami. sekejap kena handle training, sekejap kena handle seminar. semuanya terletak dekat student HR..adoii..ingat kami ni event manager ker..kami ni Human Resource Executive tau..hehe..excited dengar perkataan executive tu..

yelah bila kami grad nanti, secara automatik kami akan berada di barisan Professional..tapi layak ker sheila nak duduk selevel dengan top managers semua? hurmm..mengikut apa yang lecturer cakap, responsibility sebagai Human Resource Exec atau Officer sangat besar..hal berkaitan keselamatan pekerja, kebajikan pekerja, keadilan pekerja semuanya terletak pada HR. sebab itulah HR merupakan salah satu jawatan terpenting dalam syarikat..hurmm tetibe rasa macam takut dan menyesal pulak kan amik course ni..


praktikal kat mana
apa yang merunsingkan kami sekarang ini adalah berkenaan dengan praktikal..sheila akan bermula praktikal pada 30 julai 2012 hinggan 25 disember 2012..yang menjadi masalahnya sekarang sheila nak praktikal kat mana? kami hanya di benarkan pilih 4 company sahaja..satu company pon sheila tak decide lagi. agak-agak ada tak yang nak amik sheila praktikal kat company korang tu? huhu..leceh betullah nak praktikal ni..kalau tak buat tak boleh ker? huhuhu..fenin fenin..

* nak buat praktikal dekat Araustralia ker kat Selangor yek??

Wednesday, March 14, 2012

Pelajar PPG, KPLI dipertimbang pemberian bauce buku rm200

0 insan terpilih
Pelajar Program Pensiswazahan Guru (PPG) dan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) akan dipertimbangkan untuk mendapat baucer buku bernilai RM200 kata, Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong.

Beliau berkata, perkara itu telah dibincangkan dalam mesyuarat kabinet baru-baru ini dan Kementerian Pelajaran sudah memaklumkan kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk tindakan selanjutnya.

"Sekarang difahamkan KPT sedang menilai perkara itu dan kita harap ia akan dapat diselesaikan dalam waktu terdekat,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri konvokesyen Institut Pendidikan Guru (IPG) Kementerian Pelajaran di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pertanyaan wartawan berhubung rungutan pelajar PPG dan KPLI yang tidak memperoleh bantuan buku tersebut kerana tidak layak.

Justeru itu, Wee berharap KPT akan menyediakan satu standard prosedur berhubung mereka yang layak untuk mendapat baucer tersebut bagi menggelakkan timbul masalah.

Pemberian baucer buku itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Belanjawan 2012.

credit to utusan malaysia

tempat kita akan meninggal dunia-bagaimana nak tahu?

0 insan terpilih
assalamualaikum..

hari Rabu merupakan hari yang tersangat penat nak mampus, tapi nasib baik umur masih panjang lagi so masih mampu bertahan. kelas pada hari Rabu sangat pack, bermula pukul 8 pagi sampailah 6 petang. dan dapat rehat hanya pada pukul 1 hingga 3 petang. terasa macam sudah bekerja pulak bila waktu kelas sama macam office hour. bukan satu hari ajer, tapi setiap hari. nasib baiklah hari jumaat tak ada kelas. hehe


hari ini sheila belajar satu benda baru. ia berkaitan dengan kematian. kalau nak tahu, kita boleh tahu kat mana kita akan meninggal nanti. ia berdasarkan makanan yang di makan oleh ibu kita ketika mengandungkan kita. makanan pertama yang di salurkan kepada kita semasa dalam kandungan merupakan salah satu klu tempat kita akan meninggal dunia.

sebagai contoh makanan pertama yang ibu kita makan adalah kurma. kurma pula berasal dari Mekah. jadi kita suatu hari nanti akan meninggal dunia di Mekah. kalau makanan pertama kita semasa dalam kandungan adalah susu yang diambil dari lembu yang diimport di New Zealand, maka kita akan meninggal dunia di New Zealand..

benda ni bukan kisah bohong tapi benda yang di ceritakan di dalam Al-Quran. jadi, lepas ni bolehlah kita berfikir sejenak apakah makanan pertama yang dimakan oleh ibu kita. kadang-kadang ada yang mengidam macam-macam masa tengah mengandung. ada yang teringin nak makan sate kijang, kijang pula dari hutan. maka hutan lah tempat kita akan di kembalikan kepadaNya..wallahualam..

majlis pertunangan anak datuk najib dibayar rakyat?

0 insan terpilih
Majlis Pertunangan RM409767 Majlis Pertunangan Anak Perdana Menteri RM409,767. Siapa Bayar? Datuk Najib @ Rakyat?

Majlis Pertunangan Anak Datuk Najib dan Rosmah Mansor sahaja dah mencecah RM400,000++. Baru majlis pertunangan. Itu belum, majlis perkahwinan lagi. Mungkin bagi kita rakyat Malaysia merasakan angka tersebut agak keterlaluan, tetapi hakikatnya ini majlis melibatkan anak pemimpin nombor satu negara yang merupakan “Perdana Menteri”.
Bagi Perdana Menteri mungkin kos majlis pertunangan yang berlangsung pada 17 Jun 2011 adalah perkara biasa. Tiada apa yang perlu dihairankan. Masakan tidak :

  • menu yang mirip santapan diraja termasuklah daging panggang Australia
  • makanan-makanan laut
  • dan pelbagai juadah yang diluar kemampuan dan imaginasi rakyat biasa. Hidangan yang “indah-indah” belaka
  • dekorasi dan segala macam sehinggalah majlis pertunangan tersebut berjaya diadakan
  • jadi tolak, campur, tolak campur kesemuanya, akhirnya kosnya melambung sehingga RM400,000++
  • tetapi persoalannya siapa yang membayarnya?




Majlis Pertunangan Shahri la Hotel Majlis Pertunangan Anak Perdana Menteri RM409,767. Siapa Bayar? Datuk Najib @ Rakyat?

Majlis Pertunangan Seri Perdana Majlis Pertunangan Anak Perdana Menteri RM409,767. Siapa Bayar? Datuk Najib @ Rakyat?
Majlis Pertunangan Anak Najib Majlis Pertunangan Anak Perdana Menteri RM409,767. Siapa Bayar? Datuk Najib @ Rakyat?

Majlis Pertunangan Anak Rosmah Majlis Pertunangan Anak Perdana Menteri RM409,767. Siapa Bayar? Datuk Najib @ Rakyat?

credit to: berita semasa.com

Tuesday, March 13, 2012

Surat Peguam Negara bocor-selamatkan kongsi gelap

0 insan terpilih

Surat Peguam Negara VS Datuk Johari Baharom-Kes Tengku Goh

Dan hari kami memperolehi surat yang dihantar oleh Peguam Negara kepada Timbalan Menteri KDN, Datuk Johari Baharom ketika itu selepas “berjaya BPR berjaya menggunakan ugutan, taktik menakut-nakutkan dan menyoal-siasat pemberi maklumat itu berhari-hari sehingga mereka menukar kenyataan sebelum ini.
Peguam Negara Malaysia1 207x300 Surat Peguam Negara Selamatkan Ketua Kongsi Gelap? Kandungan Surat Bocor!!Ketua Polis Negara2 251x300 Surat Peguam Negara Selamatkan Ketua Kongsi Gelap? Kandungan Surat Bocor!!

Peguam Negara VS Ketua Kongsi Gelap : Kenyataan Datuk Hishamuddin Tun Hussein (Menteri KDN)

Datuk Hishamuddin Surat Peguam Negara Selamatkan Ketua Kongsi Gelap? Kandungan Surat Bocor!!Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Husseinmeminta supaya bukti dikemukakan sebelum siasatan dapat dijalankan berhubung dakwaan pembabitan pegawai tertinggi polis, peguam negara dan seorang penjenayah di Johor yang dikaitkan dengan gejala rasuah.
“Buktikan, buktikan. Kalau mereka kemukakan buktikan, kita boleh ambil tindakan.
Sepatutnya pihak polis sudah boleh mulakan siasatan daripada sekarang. Jikalau tidak bermula bagaimana akan ada pengakhirtannya. Sepatutnya menteri sudah boleh mengarahkan pasukannya untuk menjalankan siasatan. Sudah menjadi tugas mereka untuk menjalankan siasatan, mencari dan mengumpulkan bukti.  Di mana bidang tugas Jabatan Siasatan Jenayah? Menteri? Erm….
“Bukan hanya menafikan sahaja, tetapi terus menyiasat untuk mencari kebenarannya”

Komplot Ketua Polis Negara, Peguam Negara “Selamatkan” ‘Ketua’ Kongsi Gelap Johor Goh Cheng Poh 

  1. Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika itu Datuk Seri Johari Baharum, mengarahkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Datuk Ramli Yusuff, menjalankan siasatan dan bertindak ke atas Tengku Goh
  2. Datuk Ramli Yusuff mengumpulkan enam pegawainya untuk menyiasat.
  3. Dan yang memeranjatkan, semasa mereka menjalankan siasatan mereka mendapati ketua mereka (Ketua Polis Negara), Tan Sri Musa Hassan ada kaitan dan terbabit dengan kes berkenaaan.
  4. Tan Sri Musa Hassan dahulu merupakan bekas Ketua Polis Johor yang kemudiannya dilantik sebagai Ketua Polis Negara pada 2006.
  5. Siasatan JSJK mendapati ketika Tan Sri Musa Hassan Musa menjadi Ketua Polis Johor, beliau telah menututp pusat perjudian haram dan melumpuhkan sindiket pinjaman wang haram di selatan negeri itu, tetapi Tan sri Musa Hassan didakwa pada masa yang sama membantu “menyusunkan semula” beberapa sindiket berkenaan yang beroperasi di bawah “payung” Tengku Goh.
  6. Berbekalkan maklumat daripada pemberi maklumat, JSJK telah menangkap Tengku Goh dan beliau dihantar ke Jeli, Kelantan dan diletakkan di bawah tahanan kediaman terhad.
  7. Peguam Negara Tan Sri Tan Sri Abdul Gani Patail (kiri) campur tangan dan beliau didakwa menggunakan BPR untuk mengakses fail sulit (digelar “Cicero”) dalam kes itu
  8. Kalau mengikut prosedur, tiada sesiapa dibenarkan untuk mempunyai akses kepada fail ‘Cicero’ apabila seorang pegawai telah diamanahkan mengendalikan kes berkenaan termasuklah Ketua Polis Negara mahupun Peguam Negara
  9. Tindakan menggunakan BPR (sekarang SPRM) untuk campur tangan dalam kes itu mencetuskan rasa tidak puas hati di JSJK kerana ini adalah campur tangan terang-terangan dalam kerja-kerja polis.
  10. Namun, JSJK tetap diarahkan supaya menyerahkan fail sulit berkenaan kepada Jabatan Peguam Negara, dan hasilnya kertas Cicero berada di tangan BPR.
  11. Berdasarkan maklumat dari fail sulit itu, BPR memburu pemberi maklumat yang maklumatnya digunakan sehingga tertangkapnya Tengku Goh.
  12. BPR kemudiannya menggunakan ugutan, taktik menakut-nakutkan dan menuoal-siasat pemberi maklumat itu berhari-hari sehingga mereka menukar kenyataan sebelum ini.
* credit to berita semasa.com



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA