~CEPAT KLIK LINK INI~

Wednesday, June 30, 2010

ney ezzo' giveaway

1 insan terpilih

malam ini nak masuk satu giveaway yang dianjurkan blog ney ezzo..giveaway ini berlangsung selama sebulan iaitu dari 30 jun hingga 1 ogos 2010..

pasti sesiapa yang selalu masuk kontest macam pernah dengar aje kan nama ney ezzo ni..hehe..yelah selalunya kalau ada apa-apa contest ney ezzo akan masuk, so kali ini dia pulak yang nak anjurkan giveway ini..huhu..mest best kan.

jadi apa tunggu lagi..mari pakat ramai-ramai kita join Ney Ezzo' Giveaway ini.ok!

jom join giveaway rusia dan mesir

1 insan terpilih

hari ini nak masuk satu contest dari blog kamiterritory. mereka telah anjurkan satu kontest yang diberi nama Jom Join Giveaway Rusia & Mesir..

bila baca macam best aje kan. so, terpanggil juga nak join. hope i will be the lucky person in this contest..aminn

hadiah yang ditawarkan pun sangat menarik iaitu 5 hadiah misteri dari Rusia dan 5 hadiah misteri dari Mesir. (boleh pilih nak Rusia atau Mesir)

tarik tutup pada 31july 2010 (12.00pm). jadi tunggu apa lagi, jom pakat ramai-ramai join kontest ini..yeehaaa!!!

nak tahu lebih lanjut, pergilah ke blog kamiterritory.

Tuesday, June 29, 2010

tengok piala dunia sambil bunuh anak tiri, Brazil berjaya tumpaskan Chile

2 insan terpilih

Seorang lelaki Texas sanggup membunuh anak perempuan tirinya berusia dua tahun gara-gara kanak-kanak itu enggan berhenti menangis ketika perlawanan Piala Dunia sedang berlangsung.

Hector Castro, 28, memukul kanak-kanak itu beberapa kali menyebabkan tulang rusuk mangsa patah sebelum mencekiknya ketika perlawanan antara Amerika Syarikat dan Ghana sedang berlangsung Sabtu lalu, lapor The McAllen Monitor.

Suspek kemudian menyumbat sebatang skru ke dalam tekak mangsa untuk menunjukkan seolah-olah ia satu kemalangan sebelum memanggil ambulan, lapor akhbar Texas.

Ternyata skru tersebut bukan penyebab kematian dan polis segera dipanggil ke apartmen tersebut di mana empat lagi kanak-kanak yang ada di kediaman itu didapati selamat.

* ihsan utusan

nota: adoii, inilah akibatnya kalau gila bola sangat sampaikan sanggup bunuh anak tiri sendiri..isy2..budak tu bukannya tahu apa pun. jadi kepada semua yang diluar sana, sekiranya kamu semua mahu tengok bola sekalipun, tolonglah jaga atau tengok-tengokkan jugak anak-anak tu.

janganlah syok sangat atau geram sangat bila team yang kita sokong tu kalah lepas tu lepaskan marah tu dekat anak sendiri. orang macam ni patut di rejam dengan bola aje sampai mati..haha..sukahati aku aje.

selain itu, Brazil semakin hampir untuk memenangi Piala Dunia keenam selepas menewaskan musuh satu benua, Chile 3-0 dalam perlawanan pusingan kedua untuk menempah tempat ke suku akhir bertemu Belanda.

Gol-gol Brazil telah dijaringkan oleh Juan, Luis Fabiano dan Robinho


juan


luis fabiano


robinho

* kredit to utusan

nota: akhirnya pasukan brazil semakin hampir menuju puncak (macam akademi fantasia lak) hehe. adakah brazil akan mengulangi sejarah lama ataupun sejarah tak mungkin berulang?? hehe

kalau tengok kepada gambar-gambar di atas sama aje muka diorang ni kan..naik konfius aku tengok..haha..

ok lah, apapun wish team brazil all the best..

Monday, June 28, 2010

UiTM tawar peluang pengajian percuma kepada golongan pekerja

0 insan terpilih

Golongan pekerja yang berminat untukmendapatkan pendidikan tinggi namun tidak berkemampuan kini berpeluang berbuat demikian di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pengajian secara percuma itu akan ditawarkan pada masa terdekat dan pelajar akan mengikutinya menerusi program pengajian jarak jauh dan luar kampus di semua kampus UiTM.

"Tawaran ini merupakan satu tanggungjawab sosial (CSR) UiTM yang diusahakan sendiri oleh universiti itu melalui program 'Mengubah Destini Anak Bangsa'," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pertemuan dengan Penuntut Baru UiTM, di sini hari ini.

Khaled berkata, tawaran itu adalah untuk semua peringkat umur.Mereka yang berminat akan mengikuti satu program pengajian khas sebelumdiserapkan ke peringkat diploma bagi mengikuti kursus bersesuaian pada semester berikutnya bergantung kepada keputusan yang dicapai, kata beliau.


* ihsan utusan

nota: baguslah kalau macam ini. lagipun sekarang dah ramai orang yang bekerja sambil sambung belajar atau membuat PJJ. ini bermakna, ilmu itu sangat penting dalam kehidupan kita tidak kira sama ada kita sudah bekerja bagus dan bergaji tinggi tapi ilmu tetap nombor 1 yang perlu dikejar.

tidak kira ilmu akhirat, ilmu agama, ataupun ilmu dunia, kesemuanya amat penting dalam kehidupan kita. jika kita tidak mempunyai ilmu, maka sesatlah kita nanti..

england boleh kalah, apatah lagi malaysia. ops, malaysia mana masuk piala dunia

2 insan terpilih

Jerman melangkah ke suku akhir dengan penuh bergaya selepas menundukkan England 4-1 dalam aksi pusingan kedua di Stadium Free State, sebentar tadi.

Thomas Mueller muncul wira Jerman apabila menjaringkan dua gol pada minit ke-67 dan 70 sementara Miroslav Klose dan Lukas Podolski masing-masing menjaringkan satu gol pada minit ke-20 dan ke-32.


thomas mueller


miroslav klose


lukas podolski

Gol tunggal England disumbangkan Matthew Upson pada minit ke-37.Jerman akan bertemu pemenang antara Argentina dan Mexico pada peringkat suku akhir.



mathew upson

* ihsan utusan

nota: tak sangka aku england yang dah banyak kali menang perlawanan boleh kalah teruk dengan jerman..tak sangka aku..huhu..walaupun aku bukannya peminat fanatik sangat dengan team england ni, tapi terkejut jugaklah dengan result perlawanan ini..hehe

tapi nak buat macam mana. dah takdirnya macam tu. punah harapan lah buat peminat-peminat atau rakyat england ini..huhu..yang ternyata, piala dunia kali ini memberi kejutan apabila banyak team pilihan tumbang di saat menuju kemenangan..hmm..tak pelah, bagilah can dekat team-team yang tak seberapa ni..huhu

siapa yang menang nanti kita tungguuu. yang pasti maybe bukan team pilihan..hoho..

ikan apa yang paling panjang di dunia mengalahkan buaya-buaya yang ada di dunia ini

5 insan terpilih
banyak-banyak ikan, ikan apa yang paling panjang? nak tahu jawapannya? mestilah ikan yang ditarik-tarik badan dia..haha..ok aku paham, tak lawak pun kan..huhu. kalau korang semua seorang yang bijak pandai, silalah jawab..kalau korang malas nak jawab, korang layan jela gambar ni ea..showtime...







Friday, June 25, 2010

giveaway at F.O.S

5 insan terpilih
hari ini aku tak ada idea nak buat entry, so tengah aku tengok-tengok kat dashboard blog aku ini, bukan kereta ea tetiba aku terjumpa satu giveaway ini. bila dah terjumpa perkataan giveaway tu, aku apa lagi mulalah baca syarat-syarat penyertaannya tanpa segan silu..haha..


kali ini adalah Giveaway at F. O. S.. aku rasa F.O.S tu stands for Firdanii Online Shop.. ini baru first time aku pergi blog F.O.S ni. bila aku tengok barang-barang yang dia jual memang comel-comel and sesuai untuk semua peringkat usia. kalau korang semua tak percaya, meh tengok handmade bag yang diorang telah hasilkan..hehe




dah tengok dah? cantik tak?? mestilah cantik..comel-comel semua, boleh dipakai di mana sahaja untuk apa-apa majlis pun. kalau nak lebih lanjut pergilah blog Firdanii. kalau nak tahu, rekaan blog dia pon cantik and kemas. so sedap mata memandang..hehe..bila mata dah sedap memandang apalagi, kita pun order lah..huhu

jadi apa tunggu lagi, jom lah kita pakat ramai-ramai serbu giveaway ini..hehe..hope aku akan jadi insan yang bertuah masa cabutan bertuah nanti..haha.

ingatan peminat tidak pernah luput setelah setahun pemergian michael jackson

2 insan terpilih




25 jun merupakan tarikh dimana raja pop dunia, michael jackson menghembuskan nafas terakhirnya. ini beerti, hari ini merupakan ulang tahun pertama pemergian beliau. Sepanjang jangkamasa itu, banyak perkara yang berlaku termasuk pergaduhan antara ahli keluarga serta kes undang-undang yang tiada penghujung. Namun, apa yang utama, dalam masa setahun itu, peminatnya masih merasai kehilangannya.



walaupun beliau telah pergi meninggalkan anak, keluarga dan peminat buat selamanya, itu tak beerti populariti beliau akan terus lenyap. Wang terus mencurah-curah dan bayaran dibuat tanpa putus membuktikan jangkaan sesetengah pihak bahawa Michael Jackson (MJ) memperoleh pendapatan lebih tinggi selepas mati memang benar-benar berlaku.

Harta tinggalan MJ kini menjana pendapatan lebih RM802 juta sejak kematiannya dan sebahagian daripada perolehan itu digunakan untuk membayar RM225 juta daripada hutang penyanyi berkenaan.

Pemergian ikon popular itu telah membuatkan kita mengingati betapa berbakatnya figura tersebut. Muzik Michael adalah teman setia bagi hampir seluruh manusia yang membesar bersamanya. Muziknya membuatkan pendengar leka tanpa memikirkan warna kulit penyanyi.

Dilihat dari sudut sosial, Michael telah memecahkan segala sempadan. Tidak keterlaluan untuk menyatakan bahawa Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-44, Barack Obama mungkin tidak akan dipilih sebagai pemerintah jika bukan kerana Michael.

Ketika berusia lapan tahun, Michael sudah perlu bekerja keras tanpa mempunyai peluang untuk menikmati zaman kanak-kanaknya. Maka, dia menghabiskan zaman dewasanya dengan menaiki roller coasterdan menyaksikan kartun Disney.

Kemudian pada usia 47 tahun, dia muncul di mahkamah dengan berpakaian baju tidur untuk kes pencabulan kanak-kanak. Kisah hidup peribadi serta kritikan negatif terhadap Michael sedikit sebanyak mempengaruhi kariernya.

Mungkin berita buruknya membuatkan ramai melupakan seketika bakatnya. Namun, kehilangan permata itu setahun lalu membuatkan kita mengingati semula pengaruh serta impak yang disalurkan menerusi setiap lagu dendangannya.

Seperti kata Michael dalam satu temu bual pada tahun 2007: "Muzik adalah ekspresi saya, hadiah saya kepada semua pencinta di dunia ini. Menerusi muzik, saya tahu saya akan hidup selama-lamanya di hati peminat saya."


dalam banyak-banyak lagu dia aku suka sangat-sangat dengar lagu michael jackson give thanks to Allah..very syahdu..korang dengar lah ea..memang best sangat.

Thursday, June 24, 2010

cabaran: copy dan menang

1 insan terpilih

Copy & Menang : Sungguh mudah, anda perlu copy & paste sahaja untuk memenangi TIGA buah MP3 Player
Untuk maklumat lanjut, layari
www.rkurl.com/117hw
Penaja utama : Raja Kamil,
www.akuseorangblogger.com

Wednesday, June 23, 2010

pelajar ipt boleh tangguh bayar yuran jika tidak berkemampuan

2 insan terpilih


Pelajar yang bakal mengikuti pengajian di universiti boleh memohon menangguhkan pembayaran yuran kemasukan mereka jika tidak berkemampuan.


Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, perkara itu boleh dilakukan menerusi perbincangan dengan pihak universiti.


"Keperluan menjelaskan yuran pendaftaran kemasukan ke universiti seperti yuran sekali seperti wang hemat diri, yuran minggu haluan siswa dan kad matrik tidak harus menjadi halangan bagi pelajar untuk meneruskan pengajian.


"Dalam hal ini mereka tidak perlu khuatir mengenai perkara tersebut. Ini kerana jika mereka mempunyai kesulitan untuk membayar yuran berkenaan perbincangan boleh dibuat dengan pihak universiti,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.


Beliau berkata, keputusan mengenai penangguhan itu akan dibuat pihak universiti selepas perbincangan tersebut.


* ihsan utusan


nota: baguslah macam tu. sekarang ni semua harga barang dah naik, harga buku naik, so harga yuran pun naik..huhu..bukan semua orang latar belakangnya orang berada. ada yang susah sampai tak mampu bayar yuran sekolah atau university.


lagipun kalau apply ptptn pun bukannya dapat time tu jugak, so sementara menunggu duit ptptn masuk, bolehlah belajar dulu. bila duit dah masuk barulah boleh bayar yuran..yuran sekarang pun dah makin naik, jadi dengan inisiatif ini semua pelajar tak payah pening-pening kepala tentang macam mana nak bayar yuran.


Tuesday, June 22, 2010

kalau nak kahwin, tak payah sewa baju mahal-mahal. berbogel pun boleh

3 insan terpilih
sebelum korang semua baca entry ini, aku nak korang mengucap banyak-banyak dulu..huhuu..sebabnya agak sensored sikit.

aku bukannya nak buat entry lucah, cuma nak kongsi picture yang aku dapat dari email ni..hehe..masa aku dapat email ini, aku tak tahu nak cakap apa. aku tak sangka ada jugak orang yang berkahwin pakai baju macam ni. memang jimat kos betul lah.

aku tak pasti jemputan yang datang wedding tu dibekalkan dengan penutup mata atau tak..haha..korang layan jela ea. jangan tengok lama-lama ok. memang seksi beb..haha










double A lucky draw contest

2 insan terpilih
aduhh..kenapa begitu mudah aku nak masuk contest ni..betapa tamaknya aku..haha..ada aku kisah..aku just nak mencuba nasib aje. kalau ada rezeki dapatlah..kalau tak ada, tak pelah..boleh cuba contest yang lain pulak..hehe


kali ini aku nak masuk contest Lucky Draw Double A Contest..caranya mudah saja..just click ini
contest ini dianjurkan oleh Aleng and Azreen..sebab tu dipanggil Double A Contest..hehe. hadiahnya pun menarik iaitu setiap pemenang akan diberi header percuma + topup rm10.

contest ini sangat menarik sebab:

1. Lucky draw ini adalah anjuran dari gabungan dua blogger kreatif yg berlainan jantina =)

2. Lucky draw ini terbahagi kepada 2 kategori; kategori lelaki dan perempuan

3. 2 pemenang bertuah akan dipilih (2 pemenang untuk setiap kategori)


..

..



Syarat-syarat penyertaan :

2) Tulis entry pendek bahawa anda telah menyertai lucky draw ini. (jangan lupa link ke blog Azreen & Aleng )

3) letakkan kedua-dua banner di dalam blog anda (sidebar)

4) Sila tinggalkan link entry anda di dalam komen mengikut jantina (Kategori Lelaki : Azreen, Kategori Perempuan : Aleng )

5) Tarikh tutup penyertaan adalah pada 12 Julai 2010.



hopefully saya akan terpilihh..aminn..

Zai Kulim's 1st Giveaway

1 insan terpilih

hari ini tetiba nak masuk satu kontest lak yang berjudul Zai Kulim's 1st Giveaway..hehe..kontest ini di anjurkan oleh Zai Kulim sendiri and the gang..huhu

cara nya senang sahaja..cube baca ini dulu..

no yang dipilih oleh saya ialah no 10..sebab saya sukee sangat dengan no 10..huhu..

kepada sesiapa yang nak join, jom kita klik ini..

giveaway from selipar jepun pink

0 insan terpilih
aku tak tahu kenapa sejak akhir-akhir ni aku nak masuk giveaway tu, giveaway ni..tamak betull..huhu..masalahnya memang aku minat sangat dengan produk dioarang tu, so bila mereka nak bagi giveaway, apalagi aku joinlah..hehe..memang comel-comel..geram betul aku tengok.


giveaway yang aku nak masuk ni datangnya dari blog selipar jepun pink. name ptung yang kat atas tu plushies..comel giler..boleh buat tido, boleh buat peluk, boleh buat hiasan, boleh bagi kepada yang tersayang..and macam-macam lagilah yang boleh buat..hehe

syarat nak masuk giveaway ni pun simple and senang aje. cuma tinggalkan komen di entry giveaway di blog selipar jepun pink and sebarkan dekat blog masing-masing..simple and easy..huhu

penyertaan hanya sampai 30 june 2010 sahaja..jadi jangan buang masa and rebutlah peluang ni secepat mungkin..jom pakat ramai-ramai kita join..huhu

untuk maklumat lanjut click ini..

Happy Family 1st Giveaway by Djf Closet

1 insan terpilih

another contest yang aku nak masuk ialah Happy Family 1sy Giveaway by Djf Closet. why happy family?? sebab hadiah dia ada something to do with happy and family. hehe

giveaway ini telah dianjurkan oleh Djf Closet sendiri. ia akan berakhir pada 9 july 2010..jadi, jom kita pakat ramai-ramai join giveaway ini..

keputusan akan diumumkan 3 hari selepas tarikh tutup..i can't wait..hehe..so, kalau ada apa-apa masalah atau pertanyaan boleh email ke djfcloset@yahoo.com.

.................................

How to enter?

Follow this easy steps:

  1. Be their follower.
  2. Write about this Giveaway in your blog. Put their link in your entry http://djfcloset.blogspot.com/
  3. Copy & paste the Happy Family Giveaway banner to your sidebar and link it to the Giveaway.
  4. Enter your name, email and your entry's link at their entry’s comment box.

This Giveaway opens to all bloggers (Local). Closing date will be on 9th July 2010.

The result will be announced after 3days from the closing date. If you have any question regarding this giveaway please e-mail them at djfcloset@yahoo.com.

The winner will choose by random pick and have followed all the rules as above.

All the prize will post to the winner.

pertama kali di tag..jakun sebentar

1 insan terpilih


untuk pertama kali sejak pembabitan aku dalam dunia blog ini aku telah di tag..haha..orang lain dah banyak kali aku baru sekali..hehe..jakun sebentar..terima kasih kepada jaya jr kerana telah mengetag saya..hehe

1. apa nama blog dan knp letak nama itu?
KONICHIWA..sebab konichiwa tu maksudnya macam hello.. so hello kepada sesiapa yang datang ke blog ini

3. apa method dlm penulisan anda?
macam2..kaji selidik ada, merapu meraban ada..sukahati aku nak tulis apa..hoho

4. pernah terasa nak hapuskan blog? sebab musababnya?
pernah..baru-baru ini..tapi bukan nak hapuskan lah cuma nk stop sebab dah takda idea..huhu

5. pernah ahli keluarga anda baca blog anda?
pernah..my sister and dia bagi positive komen..terasa seperti mahu baca lagi..bangga..hehe

6. apa perasaan anda bila org kata blog anda buruk sdgkan org lain kata blog anda cantik?
tak kisahla orang tu nak cakap apa..yang penting aku happy..and ada orang datang ke blog aku ni..

7. bila blog anda diberanakkan?
tahun lepas..tak terfikir pun nak buat blog.semuanya gara-gara my lecturer..

8. siapa org pertama yg tahu anda ada blog?
of course la my BEL lecturer. sebab dia yang suruh student dia buat blog..


9. apa perasaan anda bila ada org berkata ttg blog anda d sekolah?
masa kat sekolah takda blog.yang ada blok sekolah aje..haha

10. sepuluh org sterusnya bakal di tag.

  • fay nana
  • top_ex30
  • syuq
  • hanny
  • boey
  • arol
  • kurawk
  • zzff
  • d_na

Monday, June 21, 2010

tembok penjara pudu tidak sesuai dijadikan tapak warisan akan dirobohkan jam 10 malam ini

0 insan terpilih
pada malam ini jam 10 malam, tembok penjara pudu yang berusia 100 tahun, setinggi 4.5 meter dan sepanjang 394 meter yang menghadap jalan pudu akan dirobohkan.




Seandainya tembok itu boleh berkata-kata, mungkin ia akan mengatakan bahawa 100 tahun sudah cukup baginya menyaksikan pelbagai peristiwa suka duka, pahit manis dan kini tiba masa untuk merelakan dirinya tumbang menyembah bumi setelah 14 tahun dilanda kesepian.

Mungkin ia juga akan mengatakan bahawa dirinya yang dahulunya gah dengan mural sepanjang 394 meter yang mencatatkan rekod sebagai yang terpanjang di dunia, kini sudah tidak tidak bererti lagi.

Penjara Pudu atau dahulunya dikenali sebagai Pudu Goal terletak di Jalan Hang Tuah mula dibina pada tahun 1891 di atas tanah seluas 10 hektar. Pembinaan penjara tersebut dibuat secara berperingkat-peringkat dan siap sepenuhnya pada tahun 1895.Tembok penjara yang dibina daripada batu bata yang dilepa dengan simen dan diimport dari negara penjajah Britain, mula dibina pada Februari 1891 dan siap pada Ogos 1892.

Kos bagi pembinaan tembok ini sahaja bernilai RM15,360.90 (harga pada tahun 1800-an).Namun begitu, kedudukannya di dalam kawasan segitiga emas Bukit Bintang yang pesat membangun dengan bangunan pencakar langit dan kesesakan arus lalu lintas terutamanya di Jalan Pudu menyebabkan bangunan penjara ini tidak lagi dapat dipertahankan dan terpaksa akur pada arus pembangunan.

Justeru, apabila Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail mengumumkan cadangan merobohkan tembok penjara Pudu bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pelebaran dan laluan bawah tanah di Jalan Pudu baru-baru ini memberi isyarat bahawa penjara yang menyimpan seribu satu kenangan yang nyata dan misteri itu akan hanya tinggal dalam lipatan sejarah.

Salah satu bahagian penjara yang banyak melakarkan cerita misteri ialah di Blok D yang menempatkan bilik akhir dan bilik gantung yang menyaksikan 180 pesalah menjalani hukuman gantung sampai mati di situ dari tahun 1960 hingga 1993.

Penjara berusia lebih seratus tahun ini juga pernah mencatat sejarah hitam yang tersendiri iaitu pada tahun 1985 apabila dua orang awam, Dr. Radzi Jaafar dan Dr. Abdul Aziz Abdul Majid ditawan oleh enam orang banduan reman yang diketuai Jimmy Chuah. Penawanan berakhir selepas enam hari apabila banduan itu menyerah diri.

Pada tahun 1985 penjara ini juga mencatatkan bilangan banduan yang tertinggi iaitu seramai 6,550 orang pada satu masa yang menyebabkan kesesakan dan memaksa banduan tidur secara bergilir-gilir.Ekoran itu pada 1996 setelah 100 tahun menabur bakti, Penjara Pudu ditutup dan digantikan dengan Penjara Sungai Buluh, Selangor, 36km dari bandar raya Kuala Lumpur.

Kerja-kerja meroboh kompleks penjara itu menimbulkan pelbagai reaksi daripada warga kota terutama bagi mereka yang mengetahui sejarah dan keunikan bangunan tersebut.Bagi Prabu Munusamy, 32, beliau terkilan dengan tindakan tersebut berikutan bangunan penjara itu mampu berperanan sebagai tarikan pelancong.Menurutnya, walaupun bangunan tersebut pernah ”menyimpan” mereka yang melakukan jenayah, namun ia wajar dipelihara kerana mempunyai nilai yang tersendiri.

“Bangunan ini pernah menempatkan penjenayah yang terkenal sejak dulu, jadi sampai hari ini pun ramai orang datang mahu melihat dan mengambil gambar bangunan ini,” katanya.Chew Chong Huai, 52, berkata, tindakan tersebut amat menyedihkan memandangkan bangunan tersebut mempunyai nilai sejarah dan seharusnya dijadikan tapak warisan di tengah-tengah bandar raya ini.“Kalau di luar negara contohnya di China, bangunan bersejarah seperti ini akan disimpan dan dipelihara dan dijadikan sebagai warisan untuk tarikan pelancong,” katanya.

Bagi Irwan Hashim, 32, tindakan merobohkan tembok dan penjara berkenaan bagi tujuan pembangunan adalah tidak wajar tambahan pula bandar raya Kuala Lumpur sudah semakin sesak dengan pembangunan.“Cukuplah pembangunan, Kuala Lumpur ini sudah padat dengan bangunan, kompleks membeli-belah dan sebagainya, janganlah sampai pembangunan memusnahkan warisan kita yang mencerminkan siapa kita,” katanya.

Sementara itu seorang pelancong dari Filipina, Farancisco B. Lopez, 49, berkata, Penjara Pudu sepatutnya dipelihara dan dijadikan tarikan pelancong seperti penjara Alcatraz di California, Amerika Syarikat.“Ini satu pembaziran dan tidak digunakan. Saya diberitahu bahawa bangunan ini merupakan salah satu peninggalan sejarah di negara ini kerana ia dibina pada era (penjajahan) Britain pada tahun 1800,” katanya.

*ihsan utusan.



Walau pun usianya melebihi 100 tahun, Penjara Pudu tidak akan dijadikan tapak warisan kerana tempat itu bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin.

"Keduanya, ia tidak sesuai dijadikan tapak warisan walaupun usianya telah lama,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat ketika menjawab soalan tambahan Fong Kui Lun (DAP-Bukit Bintang) yang ingin tahu sama ada kerajaan berhasrat membina muzium di tapak Penjara Pudu.

Awang Adek berkata, muzium sejarah tidak akan dibina di tapak penjara tersebut dan kerajaan akan meneruskan perancangan pembangunan seperti yang telah diputuskan.Penjara Pudu terletak di Jalan Hang Tuah dibina pada tahun 1891 di tanah seluas 10 hektar. Pembinaanya dibuat secara berperingkat-peringkat dan siap sepenuhnya pada tahun 1895.

Tembok Penjara Pudu sepanjang 300 meter akan dirobohkan tepat pukul 10 malam ini bagi membolehkan kerja pelebaran dan laluan bawah tanah Jalan Pudu dilakukan.Penjara Pudu telah ditutup secara rasmi pada tahun 1996 apabila penjara baru di Sungai Buloh siap.

*ihsan utusan

nota: kalaulah jalan dibuat, pastinya jalan itu akan menjadi jalan maut sekiranya ia di bina di atas tapak blok D..huhu..takotnyer!! walaupun tembok penjara pudu bukan kawasan warisan, tetapi ia mempunyai tarikan dan nilai estetika yang tersendiri.

casing komputer dan laptop yang unik dan comel

5 insan terpilih
setiap apa yang kita miliki pastinya kita mahu barang itu dalam keadaan baik kan. kalau boleh kita nak balutkan dia dengan sesuatu yang menarik, tertarik da bomm sebabnya kita tak mahu barang tersebut tercalar ataupun rosak.

contoh barang yang sering kita balutkan ialah telephone, kad matrik ataupun laptop. sekarang ini pun ada banyak casing yang dijual di kedai-kedai. macam-macam jenis dan gaya. tapi pernah tak kita terpikir nak balutkan komputer kita ini? bukan laptop tapi pc anda.


cool...





macam music box pulak...




wah, kreatif..


smart seyh..


hadiah perkahwinan...


ops seksi..huhuh


mouse yang kuno...


recycle bin..


komponen moto siapa punye la ni..

yang ini pulak casing laptop..comel sangat!!


macam bantal..







arghh comelll!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA