~CEPAT KLIK LINK INI~

Wednesday, September 29, 2010

Monday, September 27, 2010

DiGi iPhone 4 Real

0 insan terpilih
idigi postpaid plans

ok..sekarang aku sudah berada di task yang ketiga..ada lagi satu task yang perlu di sempurnakan. tak sabar rasanya nak habiskan task ini. setiap task sangatlah mencabar..aku harap luck menyebelahi aku kali ini. kalau tak dapat menang iPhone 4 pun takpelah. asalkan aku mencuba. tapi aku nak menang juga. tolong bagi aku menang ye..huhu.oklah, soalan bagi task ketiga ini adalah:

tell us what you love about the DiGi iPhone 4 Plans.

kalau nak tahu, aku memang pengguna setia digi sejak dari dulu lagi. bagi aku, aku lebih berpuas hati menggunakan digi daripada celcom sebabnya kadarnya yang murah, line yang setia ada (orang kuning selalu ikut aku pergi mana-mana tau) dan tak banyak karenah.


buat masa ini aku baru gunakan DiGi Campus dan aku sangat sukakan ia. I Love It..sebabnya memang sangat sesuai untuk student macam aku ini. hanya gunakan rm2 aku dah boleh cakap satu hari. sukahati aku nak gayut sampai bila pun. sampai telinga panas pun boleh. asalkan jangan meletup sudah..hehe

             jangan jadi 
       sampai begini..hehe

sekarang aku nak cerita sedikit pasal DiGi iPhone 4 Plans. kalau kita tengok plan antara DiGi iPhone 4 dengan Maxis iValue Plans, aku rasa DiGi lebih more attractive dari segi pembayaran setiap bulan. kalau kita tengok, setiap bulan bagi DiGi iPhone 4 Plans yang paling murah adalah RM 58/month, manakala bagi Maxis iValue Plans adalah RM100/month. so dari situ DiGi sudah menang and thats why ramai orang sekarang beralih dekat DiGi.

digi iphone rm58


selain itu, DiGi iPhone 4 Plans ada fixed contract period iaitu 24 months manakala Maxis iValue Plans ada flexible contract period whether 12 months atau 24 months. so, itu sudah memudahkan pengguna, tak payahlah pengguna nak pening-pening kepala fikir macam mana nak bayar semua.


jika pengguna bind in contract with DiGi, mereka akan mendapat panggilan, SMS, MMS secara percuma ke seluruh rangkaian. itu yang menarik perhatian aku untuk tetap setia dengan DiGi Plan. 

yang paling penting adalah pengguna akan mendapat internet percuma tanpa ada apa-apa caj tambahan. seperti yang aku katakan dalam task yang pertama, iPhone 4 sangat sesuai bagi mereka yang menjalankan bisnes secara online, mereka boleh update dan check email setiap masa. so ini sudah beri mereka kesenangan kerana internet adalah free jika kita pilih DiGi iPhone 4 Plans!


banyak lagi kelebihan kalau kita pilih DiGi iPhone 4 Plans sebagai rangkaian kita. DiGi sentiasa di hatiku..dengan itu, aku akan stay connected with DiGi dan tidak akan pilih yang lain.. 
I LOVE DiGi..

birthday Mr. Google

0 insan terpilih
Happy 12th Birthday Google by Wayne Thiebaud. Image used with permission of VAGA NY.

hari ini birthday Google lah..yang ke 12 tahun..
budak-budak lagi. baru nak amik upsr..hehe..
happy birthday to you.
.happy birthday to u..
happy birthday to Google,
 happy birthday to you....

otanjobi omedeto gazai masss...

Sunday, September 26, 2010

JajaKraf Giveaway

0 insan terpilih

JajaKraf.com ada buat satu giveaway yang akan berakhir pada 1 october 2010
untuk mengetahui bagaimana nak enter this giveaway 
boleh lihat di blog Tamu JajaKraf
pemenang akan dipilih beradasarkan entri yang terbagus 
dalam mempromote blog Tamu JajaKraf

  

actually Jaja Kraf ada buat terlalu banyak handmade seperti hair clips, pencil case, button, keychain and so on. semuanya sangat cantik, adorable, menarik dan tertarik.
 here are some of the handmade yang Jaja Kraf hasilkan.

sweet hair clip

hairclips yang telah di hasilkan

key chain


 headband

pincushion1
cd case pin cushion

1staid
first aid sewing kit


dsc_00021
love box

clip1
custom made barrette

31
myke totebag

baju kecil

dan banyakkkkkkkkk lagi....

sangat comel dan menarik kan..harga nya pun sangat berpatutan. jadi kepada sesiapa yang nak lihat lebih lanjut lagi boleh pergi ke JajaKraf.com. berbaloi-baloi..

Digi iPhone 4 Play

0 insan terpilih


konichiwa..seperti yang kita tahu  nuffnang digi ada menganjurkan satu contest right. so dalam contest tu kita kena selesaikan 4 task di mana setiap task ada soalan yang perlu di lakukan. sekarang ini aku akan buat the second task which the question is:

Tell us which App from the iTunes App Store that you have seen/tried out is your favourite, and why?



seperti yang kita semua sedia maklum, iPhone 4 ada terlalu banyak apps dan features yang sangat canggih dan terkini. boleh dikatakan iPhone 4 itu sendiri sudah macam komputer, sebabnya gadget tersebut ada khidmat email, facebook, flickr, google and so on. so, kalau boleh tak payah beli computer tapi beli iPhone 4 kerana ianya sudah 2 in 1 between telephone and computer.


apps yang pertama yang aku sangat tertarik, menarik yang memang da bom adalah apps for fun and games. aku kalau beli suatu gadget tu akan tengok dulu fun and games dia. aku nak tengok apa game yang dia sediakan. sebabnya games ini sangat penting dalam kehidupan manusia. kalau tak ada fun and games dalam diri setiap manusia sudah tentunya hidup seseorang itu akan dipenuhi dengan stress dan tension. boleh gila jadinya and mana tahu suatu hari nanti dia bunuh diri pulak..isy-isy.



dalam iPhone 4 ini ada bermacam-macam games seperti Scrabble, Angry Birds, Plants vs Zombies and many more. kita tak payah beli board game atau psp untuk main game sebabnya dalam iPhone 4 semuanya lengkap. kita boleh main game di mana sahaja kita berada kecuali kalau kita tengah bawa kereta baik lupekan hasrat itu sebentar okay.


 this is my favourite cartoon..oh domokun!

dah macam main psp pulak kan?

selain itu, aku sangat tertarik dengan apps for music nya. manusia dengan lagu juga tidak boleh di pisahkan ibarat irama dan lagu. in kerana, remaja sekarang seperti aku sentiasa updated with new song whether in or out of the country. selain itu, apps for music juga ada menyediakan khidmat mereka lagu. so, kepada komposer lagu di luar sana bolehlah membeli iPhone 4 kerana kita tak perlu berhabis duit lagi membeli piano, guitar, or drum. aku juga boleh mendengar radio dan sound yang dihasilkan juga sangatlah awesome. aku sangat berpuas hati dengan quality sound yang disediakan  tip top!


 

besides that apa yang aku suka dekat iPhone 4 ini adalah news apps dia. aku boleh baca paper tanpa membeli nya di kedai, bahkan boleh baca news dalam dan luar negara juga. hebat kan. kalau nak tahu aku ini memang suka sangat baca paper. kadang-kadang sampai 3-4 paper aku baca. but, sometimes aku tak ada masa nak beli atau baca secara online di internet. tapi dengan adanya iPhone 4, aku tak payah lagi beli paper, hanya dengan touch the screen, aku dah boleh tahu berita terkini sama ada di dalam atau luar negara. that's what i like!


okay, actually terlalu banyak apps yang aku dah tengok dekat iPhone 4 yang menarik perhatian aku and above is some of them. iPhone 4 is the smartest gadget nowadays. ramai orang mahukan ia including me. this is because, apps yang ada pada iPhone 4 tak ada pada sesetengah gadget lain dan ia juga sudah bersamaan dengan PSP and computer. so, buat apa membazir duit beli PSP and computer. hanya dengan membeli iPhone 4 kita boleh dapat semua itu dengan syarat kita ada banyak duit..hehe..

okay sekian terima kasih..




Friday, September 24, 2010

ayamazz roti impit

3 insan terpilih
assalamualaikum semua..pernah tak korang semua dengar pasal Ayamazz Roti Impit? ia bukan sejenis nasi impit ea, tapi sejenis roti yang lebih kurang sama dengan roti hotdog. Ayamazz Roti Impit adalah menu yang disediakan dia bawah kelolaan Ayamas.


pernah tak korang jumpa kereta sorong Ayamaz Roti Impit ni dekat universiti atau kolej korang? kalau nak tahu, kepada sesiapa graduan atau pelajar university di seluruh negara yang berminat nak berkecimpung dalam bisnes bolehlah try jual makanan ini. pihak Ayamazz Sdn Bhd memang mengalu-alukan sangat sebab mereka nak melatih graduan semua untuk berkecimpung dalam bisnes.


mesti kamu semua ingat tak untung kan? sebenarnya bisnes ini sangat untung walaupun korang hanya jual roti ni dengan air sahaja. sebab apa untung? sebabnya roti ni sangat sedap, air dia pun lagi sedap dari air kat Starbucks dan harga nya sangatlah murah. selain itu, packaging nya pun sangat menarik. tak mainlah pakai plastik, kita kena jaga alam sekitar, so packaging berasaskan kertas.



mesti kamu semua tak percaya kalau aku cakap ada seorang brother and sister ni dia jual makanan ini dekat UiTM Puncak Alam dengan Intek Seksyen 13, dapat pulangan sebulan mencecah RM13K. bayangkan umur semuda mereka dah menjadi usahawan berjaya sehingga boleh melancong ke luar negara setiap cuti semester..wah!!best giler..

bisnes nye sangat simple sahaja, hanya dengan berbekalkan kereta sorong, lepastu korang  park la kereta sorong tu dekat mana-mana dan attract student lain beli Ayamazz Roti Impit. segala modal pendahuluan, kereta sorong dan latihan akan disediakan oleh pihak KFC Holdings. korang just jual sahaja..betapa bestnya bisnes ini..huhu.


aku dapat tahu pasal ini pun masa aku pergi seminar keusahawanan kat university aku. masa tu Chairman KFC Holdings, Tan Sri Muhammad Ali Hashim datang bagi talk. memang seronok. walaupun dia berpangkat besar tapi dia merupakan seorang yang sporting. hehe


masa seminar hari tu, kitaorang semua di taja oleh KFC dan Ayamas. memang seronok. kenyang kitaorang makan..hehe..sampaikan berbungkus-bungkus kitaorang tapau..huhu.

jadi, anda berminat ingin menjadi seorang usahawan yang berjaya seperti mereka di usia muda?? joinlah bisnes ini sekarang, sebelum terlambat..hehe..boleh cepat kaya..tak payah masuk MLM tu..tak boleh dipercayai..hehe.

kalau nak tahu pasal Ayamazz Roti Impit ini bolehlah pergi ke facebook mereka.ok adioss!1

contest terbaru. menangi hadiah lumayan bernilai RM 110!

2 insan terpilih

assalamualaikum..
hari ini aku nak join satu contest lagi dari blog cik farah.
contest berlansung sehingga 3 november 2010.
objektif contest adalah untuk memperkenalkan blog baru beliau iaitu Lirik Lagu.
hadiah yang ditawarkan sangat lah lumayan.

syarat-syarat:


1. Pertama sekali kena jadi follower di blog Lirik Lagu
2. Kena Subscribe Feedburner di blog Lirik Lagu ( ada di bahagian sidebar atau pop up, masukkan email dan klik subscribe)
3.Tulis post tentang contest ini di blog anda dengan syarat di numbor 4
4. Link ke blog lirik lagu dalam format seperti ini Lirik Lagu dan link ke post ini
5.Sertakan sekali email anda dalam entri untuk pengesahan dari pihak kami
Joinlah berapa banyak nak, korang boleh hantar seberapa banyak penyertaan yang korang nak dengan syarat blog berbeza (umur blog atas 5 bulan). Makin banyak penyertaan, makin tinggi peluang nak menang :smile:
jadi tunggu apa lagi?
grab it nowww!!!
my email: sakura_shei@yahoo.com

lynn's first lucky draw

2 insan terpilih

assalamualaikum..
hari ini nak join satu contest dari blog lynn's
contest akan berlangsung sehingga 25 oktober 2010
kepada sesiapa yang belum join boleh pergi 
tengok syarat-syarat di blog beliau and join this contest.

birthday lucky draw by Naufal N Nureen

1 insan terpilih

assalamualaikum..
aku join lagi satu contest dari blog Naufal N Nureen.
lucky draw ini akan berlangsung sehingga 25 oktober 2010.
segala syarat boleh pergi ke blog beliau.
dengan itu saya mengetag:

2. isma

ok setel!

giveaway- Tiya Nak Belanja Makan

1 insan terpilih

assalamualaikum..
malam ini aku nak join satu contest dari cik tiya. 
contest ni tentang makan dan  hadiahnya pun berkaitan dengan makan. 
kalau menang, cik tiya dan en taro akan belanja kita makan..hehe..mintak je apa korang nak diaorang belanja..haha..sukahati aku je. hehe
kalau korang nak tahu lebih lanjut boleh pergi ke blog cik tiya yang comel lote..tapi not available ok..
tarikh tutup pada 20 oktober 2010, sepuluh hari selepas birthday aku..hoho..sesuai sangat kalau ada orang belanja ni..hehe

aku sangat suka makan. makanan pun suka aku sebab bagi aje makanan apa aku sapu tolak kayu ngan batu je. kalau tak percaya tengok picture bawah ni.




 banyak kan aku makan. time tu aku ngan membe aku sorang makan dekat pizza. 
aku sorang makan 4 keping pizza dengan satu pinggan spagetti..hehe.
hurm, aku memang sangat suka makan sebab kalau aku makan banyak mana pun, berat badan aku tak akan naik pun. mesti korang tak percaya kalau aku bagitau berat badan aku tak pernah cecah lebih dari 40kg.
haritu buat pertama kali berat aku 40kg, bukan main suka aku.tapi lepas seminggu berat aku dah turun balik.betapa sedihnya aku..huhu.sebab tulah aku tak risau kalau makan banyak mana pun. lagi-lagi kalau orang belanja memang aku lagi bersemangat nak makan.hehe

oklah, membebel pulak aku ni. nanti cik tiya marah pulak sebab banyak bebel. tapi cik tiya jangan risau kalau cik tiya jumpa saya depan-depan saya sebenarnya seorang yang pendiam. lagi-lagi kalau depan makanan. apa taknya, concentrate dengan makanan aje..hhuuhu..
dengan itu saya mengetag:

1. pretty nurul-tak pasti dia kuat makan ke tak

okaylah, kepada sesiapa yang nak join contest ni, bolehlah pergi ke blog cik tiya..adios..

Thursday, September 23, 2010

Pakaian Tradisional The Contest

8 insan terpilih
fieza 1

assalamualaikum..
malam ini aku nak masuk contest dari blog Hafidzah Hafidz..
tarikh tutup pada 27hb oktober 2010..
so cepat-cepat join..nanti terlepas pulak.huhu 
nak tahu syarat-syarat contest ini kena pergi blog beliau ok..
dengan itu aku mempertaruhkan gambar di bawah sebagai memenuhi syarat contest ini.


gambar di atas di ambil bersama dengan rakan sekelas aku. masa ni ada ambil picture class, 
so cameraman ada sediakan props macam kat atas tu. 
jadi, lepas dah amik picture kitaorang pun berposinglah dengan prop-prop tu. 
dah la pakai baju kurung.hehe. lagipun time tu hari jumaat so kena pakai baju kurung..hhuuhu. 
cuba teka aku yang mana?? hehe..mestilah yang suci murni berbaju putih..haha

dengan itu saya mengetag 2 orang
1. baz
2. sharifah

ok..setel!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA