~CEPAT KLIK LINK INI~

Friday, April 29, 2011

GAMBAR PERKAHWINAN PUTERA WILLIAM DAN KATE MIDDLETON

0 insan terpilih
assalamualaikum, alhamdulillah, hari ini aku dapat habiskan 2 chapter untuk subjek Organizational Behavior. kena study awal sebab gap untuk paper ini dengan paper QMT tak ada, so disebabkan paper ini membaca kena study awal. yang qmt itu just mengira je. mungkin esok aku akan start belajar qmt pulak.


okay untuk pengetahuan semua, hari ini Putera William dan Kate Middleton akan berkahwin. sudah pastinya ia menjadi Royal Wedding of The Year. sampaikan aku buka facebook pun penuh dengan status royal wedding royal wedding. perkahwinan mereka ada di siarkan di NTV7. kat rumah aku ini pulak tak ada tv, so tak dapatlah tengok. huhu..lagi pun aku terlupa yang hari ini mereka berkahwin.

mesti cantik kan baju pengantin mereka. meletup gituu..harap-harap Kate Middleton tak akan jadi macam perempuan lain yang gilakan harta sahaja. moga perkahwinan mereka akan berkekalan. mereka pun sangat cantik dan sangat hensem. memang sesuai sangat pasangan ini..i like!! hehe..

lagi satu aku suka dengan sikap Kate yang sangat tak sombong, baik, peramah, sopan sama dengan sifat yang ada pada Lady Diana dulu. mungkin itu yang memikat hati William untuk memperisterikan Kate..congratulations to both of them!!









berapa elalah kain baju pengantin ini..


baju perkahwinan Kate sangat simple but gorgeous


begitu ceria Kate Middleton


gereja westminster tempat berlangsung perkahwinan mereka



putera william dan putera henry


david beckham dan victoria turut hadir 
ke majlis perkahwinan putera william


rakyat yant turut memeriahkan majlis perkahwinan mereka


so lovely...


lady diana and prince charles


Monday, April 25, 2011

filem animasi Rio memang best, penuh dengan moral : sinopsis

0 insan terpilih
assalamualaikum, hari ini mood aku okay sikit so bolehlah aku update blog. lagi beberapa hari sahaja lagi aku akan menghadapi final exam pada khamis ini. diharapkan aku akan dapat buat yang terbaik, lebih baik dari diploma dulu dan insyallah aku ingin dapat anugerah dekan nanti. tapi aku taknak mengharap sangat sebab takut nanti frust menonggeng.

masa kawan aku semua sibuk balik rumah study week (padahal aku pun nak balik tapi malas..hehe), kami yang tak balik ini pun kebosanan lah kan duduk kat rumah sewa tu. so kami iaitu bertiga buat keputusan secara mengejut dengan pergi tengok wayang di alor star mall. 

kalau ikutkan arau dengan alor star mall dalam 1 jam setengah perjalanan. kalau tak sesat so cepat sikitlah sampai..hehhe. sebenarnya kami tak plan pun nak pergi. tengah makan tiba-tiba rasa macam bosan pulak kan duduk rumah takda buat apa, so kami pun decide nak pergi tengok wayang. tapi tak plan lagi nak tengok cerita apa.

bila dah sampai kat alor star mall, aku pun decide nak tengok cerita RIO memandangkan itu yang paling awal start. siapa yang belum tengok lagi movie animasi ni, baik tengok cepat sebab cerita RIO ini memang best and sedih.


RIO ini berkisar tentang seekor burung kakak tua yang bernama Blue sebab dia berwarna biru yang merupakan satu-satunya spesis yang tinggal di situ. so satu hari hutan yang didiami burung kaka tua ini di serang dengan pemburu bertujuan untuk menjual mereka, tapi dalam perjalanan Blue terlepas dari kotak yang di bawa oleh pemburu tu. kemudian seorang budak kecil perempun telah mengambil Blue dan menjaganya sehingga besar.


yang sedihnya, Blue ini tak boleh terbang, tapi dia sangat bijak..suatu hari ada seorang scientist nak kan Blue untuk di 'kahwinkan' dengan seekor lagi spesis dia yang tertinggal supaya spesis ini tak pupus tapi yang burung betina ini sangat garang dan active. bab yang sedihnya ialah, Blue hanya mampu melihat kawan-kawan dia terbang riang di angkasa sedangkan dia tidak boleh terbang.


suatu hari, Blue tertangkap oleh seorang lelaki yang mahu menjual dia. tapi nasib baik ada kawan-kawan Blue yang lain, akhirnya dia berjaya di lepaskan. dan akhirnya Blue boleh terbang jua. moral of the story, kalau kita tak berusaha kita tak akan berjaya. 

so kepada sesiapa yang belum tengok cerita ini, bolehlah ajak anak-anak kecil anda pergi tengok movie Rio ini okay. memang best!

Sunday, April 24, 2011

trip to Gunung Jerai memang syok

1 insan terpilih
assalamualaikum, hari ini hari ahad, lagi beberapa hari sahaja lagi aku akan start final exam. walaupun orang lain dah habis 2 paper diorang tempuh, tapi aku satu apa pun tak tempuh lagi. takpe, aku akan gunakan peluang yang ada sebaik mungkin untuk study supaya mission aku untuk dapat anugerah dekan akan tercapai. amin..

petang ini sangat lah panas. aku tak tahu kenapa negeri perlis ini panas yang amat. disebabkan panas, aku tak boleh nak tidur so kerja aku adalah layan blog, facebook and youtube..mesti korang tanya kenapa aku tak study? sebenarnya otak aku dah jammed baca pasal OSH ini..tak paham satu, lagi satu aku sebenarnya dah habis baca sampai chapter 12, so tinggal lagi satu chpater tu, rilex-rilex lah kejap..otak pun perlukan rehat..betul tak.

okalh cukup sampai situ sahaja mukadimah aku. sekarang aku nak cerita pasal trip aku dengan class mate ke Gunung Jerai..korang tahu tak Gunung jerai itu kat mana? haa sebenarnya ia terletak di Gurun, Kedah..bukan Gurun Sahara tauu..


kami pergi bertujuh. sampai kat sana kitorang lepak dulu dekat rumah kawan aku kat Gurun. memang keluar rumah dia dah nampak gunung tu. so, pukul 11 pagi kami bertolak ke sana dari rumah kawan aku. sampai kat entrance gunung jerai itu, kami tak boleh naik pakai kereta sendiri, kena sewa van. sebab jalan nak naik atas gunung tu bahaya..macam kat bukit putus tu..

so, sewa van naik turun rm10 seorang..masa nak naik itu awal-awal okay lagi..syok je dikelilingi pohon rerimba..bila dah sampai pertengahan, masing-masing dah pening-pening lalat. bila dah nak sampai puncak masing-masing dah tak terkata apa. bayangkan perjalanan nak sampai ke puncak tu mau dekat setengah jam, mana tahan dengan jalan bengkak bengkok tu.

tapi yang syoknya bila dah sampai kat atas, memang sejuk. pakcik yang bawak van tu drop kami kat satu level ini untul ambil gambar permandangan kat situ. serius aku cakap memang lawa. kitaorang boleh nampak sawah-sawah terbentang luas, boleh nampak tanjung dawai senang cakap satu kedah boleh nampaklah..memang tak terkata apa bila dah naik kat atas tu.




bila kami semua dah puas bergambar kat atas tu, hujan dah turun renyai-renyai. so kami terus naik van pergi ke destinasi yang kami mahukan iaitu air terjun gunung jerai. bila dah sampai, satu benda yang kami tak suka ini ialah nak turun ke tempat air terjun tu. penat sungguh..ingatkan dekat lah..upenya nun jauh di bawah sana..hahadooi..


bila dah sampai tempat yang dituju, kami pun carik port yang takda orang. nasib baiklah bukan time cuti sekolah, so tempat tu di conquer oleh kami oranglah..hehehe..yang malunya, bila aku nak jalan ke port kami itu, boleh pulak aku tergelincir..mula lah aku pikir bukan-bukan sampaikan matilah aku kena hanyut dengan air sungai ini..padahal, airnya takat paras buku lali je kat situ..belum pergi tempat yang tinggi lagi..hahadooi betul aku ini..


lepas dah melahap dengan bekalan yang kitaorang bawa, lepas tu salin baju semua terus kami bergerak ke air terjun. aku yang dah trauma jatuh tadi berjalan slow-slow sebab batu kat situ licin bangat..taknaklah jatuh lagi depan diorang..malu den..hehehe

mula-mula kami pergi kat tempat yang rendah dulu, then membe ni rasa tak syok sangat dia ajak naik tempat tinggi sikit kat betul2 tempat air turun, aku ini yang takot jatuh ikutkan jelah..orang lain dah sampai kat atas, aku terkedek-kedek jalan nak naik..hehehe..tapi air kat situ memang sangat sejuk. macam air dalm peti ais je aku rasa..huhu

lepas dah 1 jam kitaorang kat atas tu, siap kawan aku ini syampoo rambut lagi, kami pun berpakat turun sebab tengok air dah macam nak deras..aku pun penuh dengan hati-hati jalan lah slow slow sambil tengok bawah takot terpijak batu yang licin. sekali malang memang tak berbau. terjelepuk aku jatuh!! punyalah sakit punggung aku and kaki..sampaikan aku menangis sebab kaki aku sakit..huwawawa..

kawan-kawan aku punyalah terkejut terus tanya okay ke tak. diorang dah risau semacam sebab aku dah dua kali jatuh..hahatoii betul aku ini..hurm lepas dah turnu tu, kami semua salin baju, kemas-kemas and naik semula dekat tempat yang pakcik turunkan kami tu.. ya allah bila nak naik tu rasa macam naik gunung kinabalu je. punyalah penat, sampaikan terpaksa berhenti sekejap di pertengaha jalan..hooho

lepaas dah sampai kat atas, beberapa minit lepas tu pakcik van tu pun sampai dan bawa kami turun ke tempat entrance di bawah..memang pengalaman tak boleh dilupakan lah..tak sangaka aku dah berjaya sampai kat gunung jerai..bak pepatah lagu 'ku ukir namamu di atas gunung jerai' hahaha..wasalam..







gambar pertunangan Ashraf Muslim dan Noor Dayana

0 insan terpilih
assalamualaikum, waktu sudah menunjukkan pukul 1.17 pagi, dan aku pulak sibuk nak mengupdate blog ini..hehe..bialah, blog aku sukahati aku nak update bila. kang tak update tak ada orang pulak nak baca blog aku ini..hahaha

entry kali ini aku nak cerita pasal seorang pelakon lelaki terkenal yang diberi jolokan Ustaz Amirul. mesti korang dan boleh kenal siapakah gerangan pelakon ini kan. pelakon lelaki yang aku maksudkan ialah Ashraf Muslim. untuk pengetahuan semua, Ashraf Muslim sudah selamat di tunangkan dengan teman istimewa beliau yang bernama Noor Dayana Haji Lokman. tunang Ashraff ini dah macam gadis melayu terakhir tau. patutlah Ashraf jadi pengacara Gadis Melayu 3..heheh





Noor dayana berumur 24 tahun dan merupakan bakal doktor. beliau sekarang tengah belajar di Manipal University Melaka. bibit-bibit percintaan mereka bermula ketika Ashraf berkunjung ke Pusat Perubatan Syifa  Al Hidayah dan terserempak dengan Noor Dayana yang merupakan anak kepada tuan punya Pusat perubatan itu iaitu Haji Lokman. sejak itulah, mereka mula rapat dan sekarang pun Ashraf sudah buka klinik sendiri. setelah mendapat restu, akhirnya mereka di tunangkan.



Majlis perasmian klinik Ashraf yang di beri nama Pusat Perubatan Islam Al-Hidayah di Gombak akan di rasmikan selepas majlis pertunangan selesai, manakala ayah Noor Dayana akan menjadi business partner beliau..wah, bagus betul bakal menantu dan bakal pak mertua ini. sudah berkolaborasi bersama. Haji Lokman ini juga selalu jugak muncul di Oasis Astro dalam rancangan Penawar Syifa.

Apa kata Ashraf Muslim mengenai tunangnya ni:
Apa yang boleh saya katakan, perkenalan kami bermula ketika bertemu di klinik saya kemudian kami terus berkawan rapat. Dia seorang yang bertudung, solehah, serta sedap mata memandang. Saya memang cukup selesa dengannya.
“Lagipun, saya tertarik dengan hati budinya yang suka merendah diri dan baik hati serta selalu menasihati saya. Kami memutuskan untuk tidak mahu mengikat tali pertungan terlalu lama. Jika diizinkan Allah, kami mahu segera nikah dan jangkan pada tahun ini juga ,”
“Memandangkan saya baru bukak secara rasmi klinik saya pada tahun ini, jadi saya mengambil keputusan untuk fokus dahulu dengan klinik saya pada tahun ini.
“Jika saya sambung berlakon pun, selepas ini saya akan cuba mengelak dari melakukan adegan berpegang-pegangan tangan atau bersentuhan dengan wanita termasuk semasa menjayakan sesi fotografi.
“Saya juga akan cuba mengelak untuk bergambar berdua-duaan dengan wanita . Harap semua pihak meghormati keputusan saya.”
Baguslah tu, lepas ini janganlah ada perempuan nak tergedik-gedik dengan Ashraff Muslim ini tau. dia dah warning dah tu..heheh

Sunday, April 17, 2011

Dinner B-HUREC bertemakan Masquerade

0 insan terpilih
assalamualaikum..akhirnya setelah lama menyendiri tanpa menupdate blog, kini sudah tiba masanya untuk aku membalas dendam..yeehaa..aku nak mintak maaf kepada semua readers atau bloggers yang pernah menjenguk  ke blog aku yang buruk ini..

sebenarnya lately ni aku sangat busy dengan test, presentation, report and event..semuanya dalam masa satu minggu..sampaikan nak study untuk test tak sempat, so paham-paham koranglah kan aku buat jahat macam mana? of coz lah dengan bawak TOYOL..bukan aku yang pinta, tapi keadaan terlalu mendesakk..maafkan aku ya lecturer..

hari rabu lepas, course aku iaitu Bachelor In Human Resource ada buat dinner bertemakan Masquerade..dahlah pagi khamis itu kami semua ada test OSH..tapi dah kawan aku ini beria-ia nak suruh aku pergi, lagi-lagi aku dah beli topeng, so nak tak nak kena pergi, walaupun dalam kepala tengah risau dengan test esoknya tu..

bagi aku, dinner malam itu, tak best sangat pun. xbanyak gambar pun kami ambil..orang yang datang pun tak ramai..tapi yang bestnya aku dapat cabutan bertuah!! dah lah meja yang aku duduk tu belakang sekali, lepas tu bila nak ambil hadiah kenalah pergi naik ke pentas kan..malu giler aku dowhh..sampai kan MC itu cakap 'jalan cepat sikit' huhu

geram aku, aku kan perempuan, so kenalah jalan dengan sopan dan ayu..kalau berlari tak ke macam excited sangat..poyo je laki itu..nyampah i tauu..tapi peduli apa aku, asalkan aku dapat hadiah kat depan itu..hahaha..sampaikan Prof yang sampaikan hadiah kat aku nyanyikan aku lagu lagi..tak tahulah dia perli ke apa tapi ada bunyi 'manis-manis' jugaklah..hahahaha

disebabkan aku ini taklah gile bergambar sangat so tak banyak lah gambar yang aku ada..tapi aku tetap nak letak jugak okay..hhuu..korang layan jelah okayy..next sem turn batch kami handle dinner..agak-agak tema apa ek nak kami pakai..kalau ada idea, boleh lah sumbangkan okay dengan tulis comment di bawah.. xiexie..













Wednesday, April 13, 2011

anuar zain berkahwin secara senyap

0 insan terpilih
Gambar Kahwin Anuar Zain

assalamualaikum..anuar zain sudah berkahwin secara senyap? jeng jeng jeng..berita hangat ni..
tapi semua jangan terpeday..xmungkin abang nuar kita ni berkahwin senyap-senyap kan. lagi-lagi dia tak jemput aku, memang tak lah kan..huhu.

kalau nak kahwin jangan lupa jemput saya yer abang nuar..dapat dok tepi jalan macam kak ziana dulu pun tak pela..hehe..pastinya perkahwinan abang nuar akan lagi-lagi meriah dari kak ziana..apa taknya ramai dah menanti ni..siap ada yang dah reserve anak dara dia tok abang nuar..hahaha..

oklah..sebenarnya aku dah tak da cerita sebenarnya..tu yang merepek meraban je ni..minggu ini busy sangat sampai blog ini kena tinggal je..huhuh..oklah tata..

Wednesday, April 6, 2011

(GAMBAR) DATO' SITI NURHALIZA

0 insan terpilih
assalamualaikum, pagi-pagi aku dah bangun, siap mandi semua, tiba-tiba dapat mesej cakap kelas batal, so daripada aku tidur balik, baik aku buat assignment yang berlambak. at least buta-sikit-sikit tak terasa sangat. 

bila dah tak tahu nak tulis apa lagi dalam assignment aku tu, so aku layanlah sekejap blog. terasa macam nak update. tapi tak tahu nak update pasal apa. then, kepala aku tiba-tiba terpikirkan siti nurhaliza. entah kenapa aku pun tak tahu. terus aku google cari-cari gambar dia. maka terhasillah entry aku hari ini..hahaha..korang layan jelah ea siti nurhaliza dulu dan sekarang..


kad pengenalan siti


semasa zaman remaja




gambar-gambar sebelum siti memakai tudung




gambar-gambar semasa siti berkahwin




gambar-gambar siti bersama suami, datuk khalid







gambar-gambar siti memakai selendang

so, itu sahaja cerita saya pada hari ini..terima kasih..hehehe :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA