~CEPAT KLIK LINK INI~

Tuesday, November 27, 2012

minggu-minggu terakhir sebagai pelajar praktikal di sime darby semakin nervous jadinya!

2 insan terpilih
assalmualaikum...

sekarang sudah minggu ke 18 sheila jalani praktikal..nampaknya da lagi 2 minggu sebelum berakhirnya tempoh praktikal kat sime darby plantation..pejam celik tau-tau dah kena wat viva pulak..lepas tu dah konvo..fuhhh lagi berapa buln je tu..tak sabar den!

bila dah sampai waktu-waktu terakhir ini, pencarian kerja haruslah bermula kan. tadi petang sheila bru je try google2 kerja kosong kat area selangor atau kuala lumpur. terasa jugaklh yang sheila ni memilih dalam bab kerja ni. tapi bukan ker memilih tu penting gak?? hehe

agak-agak ada ke orang nak amik sheila kerja ek?heheh..nervous pulak bila kena pikir nak interview tu..huhu..sebelum ni pernh lah jugak kena interview tapi informal lah..walaupun sebagai student HR, banyak kali kitaorang belajar tip-tips masa interview, tapi tetap jugak nak rasa nervous tu kan..

semakin nervous and menggelabah bila dapat tahu classmate sheila, budak laki dah dapat kerja sebagai HR Executive!!perghhh bangga den dapat classmate cmtu..lagi bangga bile student uitm arau terpilih!! hehe ramai dah kawan2 yang dah get ready nk pergi intrview, siap2 buat resume, tapi sheila ni macam rilex jer pulak..aishhh..suka sangt wat kerja last minute tau!

haaa kalau bab thesis pulk, sekarang ni dah otw nk ker chapter 4 iaitu finding. questionnaire dah distribute, advisor dah nak msuk 6 kli jumpa..so far sheila in the track lagilah..insyallah tak ada masalah..klau Report HR Function tu pulak, still on the way, nnti jumaat ni sheila jumpa advisor dekat arau, boleh tunjuk progress thesis n report..

lastly, sekarang supervisor kt tempat praktikal dah boleh start evaluate and bgi markah..bab ni yang nervous giler2 tu..dahlah supervisor punya markah 60percent.! banyak tu knnn! hopefully, KAU lapangkanlh hati Supervisor ku supaya beri aku mrkah yang terbaik!! AMINNN

Monday, November 19, 2012

Review : Filem Istanbul Aku Datang..memang best, berbaloi kalau tengok!!

0 insan terpilih

assalamualaikum..

semalam sheila berkesempatan menonton wayang filem terbaru 'Istanbul Aku Datang' lakonan Lisa Surihani, Tomok dan Beto Kushairy. secara overall sheila bgi 5 bintang dekat filem ini sebab jalan cerita yng ringan dan tak terlalu berat atau serius macam Ombak Rindu yang asyik meleleh jer tu..

sheila rasakan filem Istanbul Aku Datang ni sangatlah sweet, romantik, komedi and comel-comel jer..lagi best kalau tengok dengan pasangan masing-masing..jadi sheila memang rekemenkan sangatlah untuk korang semua pergi tengok filem ini daripada tengok filem yng mengarut-ngarut tu..sebab ada jugak moral value dalam filem ini..so thumbs up for them especially the director..becoz manage to make me enjoy and eager to watch this movie again and againnn!!!

haa lagi satu cerita ini macam ala-ala korea sikit walaupun filem ini 100 pertus shoot dekat Istanbul..jalan cerita yang ringan dan kelakar..hhehe..so sweet tau!

sinopsis: Dian (lisa) datang ke Istanbul semata-mata ingin berada dekat dengan bf dia iaitu Azad (tomok) yang duduk serumah dengan Ajim dan Ijoi (aizat). motif Dian datang adalah dengan harapan dalam tempoh 3bulan Azad akan melamar dia dan terus berkahwin di kota Istanbul yang dipanggil Aya Sofia. pada minggu pertama di Istanbul, Dian mnumpang di rumah Azad, ttapi akhirnya Azad menyarankn Dian mencari rumah lain dengan plbgai alasan.

setelah bertemu dengan rumah sewa baru, Dian sangat happy tapi tidak menyangka bahawa rumh yang di sangka akan tinggal berseorngan itu rupanya sudah mmpunyai penyewa baru dan dia adalah seorang LELAKI bernama Haris (beto). pada mulanya Dian dengan Haris asyik bergaduh (part diorang nilah yang paling kelakar), tetapi lama kelamaan mula terbit rasa kasihan terhadap Dian yang telah ditipu oleh anak jiran penyewa dan juga Azad yang sudah mempunyai gf bru di sana.
siapakah yang akan dipilih oleh Dian?? adakah Azad ataupun Haris..?? haaa part ni yang suspen bila last2 tu...tapi nasib baiklah ending dia best so tak rugilah kalau tengokkk!! hehe


Saturday, November 17, 2012

Shariff Family Day di Desa Balqis memang terbaik!

5 insan terpilih
assalamualaikum...


baru-baru ini sheila dan family telah di amanahkan untuk organize Shariff Family Day 2012. Shariff merupakan arwah atuk sheila belah arwah abah. family day ini di adakan pada 13hb hingga 15hb Nov di Desa Balqis, Tanjung Agas, Melaka. dia berdekatan dengan Pengkalan Balak jugak lah..dekat dengan perkampungan nelayan. 
trademark depan pintu masuk
pemandangan di tepi kolam
kolam yang di conquer oleh kitaorang semua..huwawa

posing sakan nampak..hehe
berlatarkan laut dan kapal-kapal besar..
ehem-ehemm..cantik giloss gambar niee..
nak jugak sheila posing tepi kolam..huhu
family day ini di hadiri lebih dari 80 ahli keluarga termasuk kanak-kanak. itu pun ada beberapa yang tak datang atas sebab tertentu. memang setiap tahun kitaorang akan adakan family day sebagai langkah untuk eratkan ikatan silaturrahim.

antara hamper yang disediakan
di belakang tabir, tengah membungkus hadiah
cakk!
dia pon nak posing jugakk!

ruang tamu di salah satu rumah
katil di salah satu rumah..yang bestnyer setiap katil ada kelambu..huhuu
tengah melawat rumah atukk..
rumah Desa Balqis..salah satu rumah yang besar..siap ada loteng lagi..

pemandangan dari atas
dapur di salah satu rumah..
banyak game yang kitaorang adakan contohnya futsal berkain pelikat, baling bola dekat tin, aerobik, selamatkan nyawa anda, game kanak-kanak, terompah kelapa, terompah batu dan macam-macam lagi. yang paling menyakitkan sheila adalah main terompah batu tu, kesan sakit tu sampai sekarang ada. lepas main terus cramp kaki ini. tak boleh nak jalan. peha terasa longgar. yelah, mana taknya sakit, batu yang digunakan tu batu kat atas jalan yang namanya batu interlocking. adoii..memanglah berat kan..huhu

mak-mak tengah belajar poco-poco
aerobik
sheila tengah baling gelung dalam bulatan..dapat number 2 tau..hahha
baling jangan tak baling..hehe..
baling belon air.. (eh eh ada izzat HUJAN lah kat situ..huhu)
permainan selamatkan nyawa anda..paling kelakar game ni..huhu
sukaneka kanak-kanakk...lompat jangan tak lompat..
my anak buah tengah fokus nak baling bola dekat tin..
lepastu sheila pun terpaksa join futsal. lawan dengan orang laki. mula-mula sheila jadi defend, pastu jadi penjaga gol pulak. hahha..yang tak percaya sheila berjaya menepis bola yang di tendang oleh sepupu lelaki tau. tau jelah diorang tendang macam mana. hahhaa..dahlah pakai selipar jer. 

alamakk..jangan angkat kain tinggi sangat..huhu
go go gooo....!
mak tengah jaga goll..hebat jugak tau!!
inilah dia permainan yang paling menyakitkan sampai sekarang terasa sakitnya..arghh!
cuaca yang panas sehingga membuatkan muka ku terbakar..hurmm

secara keseluruhan, ramai yang memuji dan rasakan inilah family day terbaik yang pernah diadakan. kira macam berbangga jugaklah sebab family sheila berjaya organize event tuk semua orang kan. walaupun banyak rintangan tapi semua orang berpuas hati dengan perjalanan aktiviti, makanan, tempat tinggal yang ala perkampungan dan juga cuaca. walaupun kadang-kadang hujan tapi itu tak membantutkan aktiviti kitaorang. Alhamdulillah..!
sedapnya sotong bakar..!
memang best sebab semua makanan memang sedap-sedap giler!
tahun depan dengar cerita diorang nak buat Family Day dekat tempat yang sejukk..huarghhh..mestiii lagi syok kan..tak adalah terbakar muka lagi..hehhe..kesimpulannya, kumpulan sheila dapat nombor 2 keseluruhan okay..ha..hebat ke tak hebat tu..hhehee..bangga tau.!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA