~CEPAT KLIK LINK INI~

Thursday, May 31, 2012

interview berjalan dengan lancar dan berjaya ~ Alhamdulillah

0 insan terpilih
assalamualaikum..



akhirnya hari ini dapat jugak keluar dari rumah setelah terperap selama beberapa hari dengan penuh kebosanan. nasib baik my sister cuti so dialah yang bawak sheila keluar dari kepompong rumah tu. hehe..aktiviti petang tadi adalah ke Giant Shah Alam, untuk membeli barang dapur, ke Stesen Bas Seksyen 17 untuk membeli tiket baslah, of coz..and then ke WorldWide Holdings Berhad untuk sesi interview.

beli barang dapur sebab decide nak buat Apam Polkadot..hehe first try ni tak tahulah menjadi atau tak..tapi tadi ada satu bahan tak cukup iaitu ovallette, so tak tahulah sama ada boleh atau tak nak meneruskan pembuatan tu. takut tak menjadi jer..hehe


and then about my interview...all iz well..hehe..mula-mula nervous, but after menunggu dekat setengah jam, hilang terus dah nervous tu. pekerja-pekerja dekat situ pon okay, surrounding pon okay, first time jejak kaki dekat syarikat tu rasa macam teruja pulak kan. besar dan selesa..kalau pergi kerja naik motor pon rasa tak ada masalah sebab parking space pon banyak. tak sesak, tak jammed.


my supervisor pon nampak macam okay. sometimes funny and sometimes serious..hehe..and syukur sebab sheila satu-satunya candidate yang terpilih untuk internship di bahagian Human Resource Department..sheila akan mula report duty on 1st August. adoii bulan puasa pulak tu kann..hurmm..anyway, hopefully, everything gonna be okay, so that it is easy for me to make my thesis and get a good result thus get a 1st Class Degree..insyallah..lagi sikit jer nak capai tu..aminn.. =)

Wednesday, May 30, 2012

luahan hati, perasaan dan menjawab segala persoalan

0 insan terpilih
assalamualaikum..


hurmm..sakit yang melanda diri ni dah semakin okay sikit..nampak dah surut walaupun dah decide esok nak pergi klinik nak mintak ubat antikuman. hopefully, bila doktor cek, dia tak adalah nk buat apa-apa contohnya nak belah-belah ker, cucuk-cucuk ker, atau cungkil-cungkil ker..hehe..takooottt..sekarang ini, timbul pulak masalah yang lain berhubung dengan personal problems. 

1) ada orang ingat, sheila buat entry sebab nak tarik perhatian orang lain = memang pun lah kan, kita buat blog sebab nak suruh orang lain baca..kalau tak, buat apa kita menaip panjang lebar tapi tak ada orang nak baca. sheila juga bukan nak meraih simpati dan tolonglah jangan salah paham. sheila atau dia memang dah tak ada kena mengena lagi. sheila pun bersyukur sebab hubungan sebagai kawan itu hanya sementara dan kadang kala menyesal sebab terlalu senang mempercayai orang lain. bertambah sakit bila kepercayaan itu di salahgunakan..but it's okay, after this i will be more carefull.. =)

2) bila dia menganggap sheila seorang yang berpura-pura di hadapan, padahal di belakang lain pulak perangainya = okay, sometimes as a human kita tak pernah lari daripada menjadi hipokrit so, its not a big problem..asalkan, kita tak buat salah kepada orang lain atau pon menimbulkan masalah. orang yang kenal kita, akan tahu siapa kita sebenarnya dan bukan dengan mendengar cerita mengenai kita daripada orang lain dan mempercayainya, kerana itu tidak menjamin apa-apa. seeloknya tanyalah kepada tuan empunya badan tentang perkara yang sebenar =)

3) menuduh bahawa sheila seorang yang suka mengadu domba = kadang-kadang kita sebagai manusia tak pernah lari daripada kesilapan. tak ada orang yang sempurna di dunia ini. sometimes kita ada jugak tersilap cakap, atau tersilap fakta..itu semua lumrah kehidupan. sheila takkan bercakap tentang seseorang jika tanpa sebab. sheila juga tak suka nak mencari masalah atau membuat masalah. 


sheila sedaya upaya nak menjernihkan keadaan dan betullah kadang-kala orang akan menganggap sheila berlakon baik. itu semua hanyalah kerana sheila tak mahu masalah menjadi makin teruk, makin besar sampai satu tahap tak boleh di selamatkan lagi. tak perlulah kita nak mengungkit hal lama kepada orang luar. sehingga mereka yang tak kenal siapa diri kita sebenarnya akan menganggap kita sebagai seorang yang sangat teruk. api tak akan di balas dengan api sebab ia akan membakar diri. jadi seeloknya sheila akan cuba memendam dan biarlah diri sendiri sahaja yang tahu akan hal yang sebenar. tapi sampai satu tahap sheila terpaksa juga lepaskan dengan bercerita kepada orang lain sebab dengan cara itu sahaja dapat menenangkan perasaan..tapi nampaknya, dengan bercerita kepada orang lain tentang masalah kita bukanlah satu perkara yang baik..hurmm =(

4) menuduh sheila suka keluar dengan ramai lelaki = sheila akui kadang-kadang ada keluar dengan ramai lelaki yang sheila anggap hanya sebagai KAWAN. sheila tak pernah berniat nak memainkan perasaan,  merosakkan hubungan orang lain, berlaku curang ataupun ingin kelihatan seperti murahan. sheila masih tahu batas diri dan pergaulan bersama orang lain. tapi satu yang sheila nak tekankan, sekiranya sheila sudah menjadi atau berkapel dengan seorang lelaki, maka sheila akan sedaya upaya untuk menjadi yang terbaik di mata dia. itu JANJI sheila. 


5) sheila akui bukan seorang yang cantik = sheila sedar akan kekurangan yang ada dalam diri ini. setiap orang ada kekurangan masing-masing. ada juga melakukan kekhilafan. dengan itu sheila mintak maaf. walaupun demikian, sheila akan sentiasa berusaha untuk nampak cantik di mata ALLAH dan bukan di mata manusia kerana cantik di mata manusia hanya akan membawa kepada perkara-perkara yang tak sepatutnya. jadi sheila akui sheila tak cantik seperti orang lain, dan saya bersyukur dengan apa yang saya ada. walaupun saya tak kaya atau apa, tapi sheila sentiasa bersyukur. cantik akhlak akan menyerlahkan kecantikan luaran kita..InsyaAllah. no one is perfect in this world, unless you always work hard to be a perfect khalifah, so you will be look as a perfect person. Insyallah. tak guna kalau cantik di luar, tapi dalaman hodoh..sebab cantik di dalam lah yang menjamin kita di akhirat nanti. =)

* mungkin lepas ini, sheila akan berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu. memikirkan pasal orang lain sehingga lupa akan perasaan sendiri. setiap manusia susah nak di puaskan hatinya. sampai satu tahap diri sendiri yang akan penat. jangan sesenang hati percaya kepada orang lain, kerana kepercayaan itulah yang akan memakan diri kita. tak berniat untuk mencari perhatian atau masalah dengan orang lain. terima kasih atas segala yang terjadi kerana dari insiden ini dapatlah sheila mematangkan diri, mengenal baik buruk, dan sentiasa bermuhasabah..jadi, let this matter stop here. nice to know everyone.  =)

Tuesday, May 29, 2012

sakit penyebab malas untuk mengupdate blog

1 insan terpilih
assalamualaikum...


sejak akhir nie mood nak mengupdate blog sangatlah rendah..tak ada semangat langsung..idea pun kurang..readers pon ala kadar ajer..sedih lahhh..bertambah sedih bila diri ini di landa sakit. dah nak dekat 2 minggu penyakit ini tak mau hilang. dah macam-macam cara buat..tapi still tak elok jugak. dah cuba petua-petua traditional pun masih sama. makin sakit dan pedih lagi adalah. adoiii

Ya Allah, kau sembuhkanlah sakit ku ini..Lindungilah diriku daripada penyakit yang merbahaya Ya Allah. Sesungguhnya hanya pada Kau aku memohon pertolongan..Aminn

sementara sheila tengah bercuti di rumah ini bolehlah berehat sebentar. inipon cuti seminggu jer..tapi kalau dah masuk nanti macam mana? sejak terkena penyakit ini, hilang terus keyakinan diri. mulalah tahap kemalasan makin tinggi. mak ajak keluar, sheila malas, semua benda jadi malas..

kalau tak elok jugak sakit ini, hari rabu ni decide nak pergi klinik. nak mintak antibiotik sebab takut terkena jangkitan kuman..hurmm..macam-macam dugaan tahun ini..sabarlah wahai sheila yer..hari rabu ini jugak, maybe sheila akan pergi interview..so, doakanlah sheila yer..mekasih..wasalam.

Monday, May 28, 2012

kereta berlainan tapi nombor plat sama iaitu WWW 1

2 insan terpilih


senarai pembida yang telah berjaya membida nombor plat WWW..nampaknya setakat ini, WWW 1 merupakan nombor plat yang termahal di dunia..agak-agak nombor plat WWW 1 ni untuk kereta atau motor Sultan Johor yang mana pulak ea? mungkin ia akan di gunakan semasa kembara mahkota johor nanti mungkin. 




kereta yang berlainan tapi mempunyai nobor plat yang sama??? macam mana ni? mana satu agaknya kereta Sultan Johor ea? nampaknya JPJ kena buat semakan semula, kalau tak nanti di saman..hehee

cuba tengok pembida yang bernama Ta Hui Hean tu..dia siap bida dua nombor plat..kaya punya orang ni kan. total dia bida untuk dua nombor plat WWW 13 dengan WWW 14 adalah RM34,210.00..wah wah wahh..kebanyakan yang membida ni adalah orang Cina, mungkin diorang dah tak tahu nak buat apa dengan duit tu..janganlah sampai nombor plat dah cantik tapi tak bersesuaian dengan kereta atau motor pulak kan..hehe

agak-agak, sheila punya nombor plat kereta macam mana pulak ea..kalau dapat WXY pun okay jugakk..hehehhee..takpelah, apa yang jpj bagi tu terima jelah kan..tak melambangkan apa-apa pun sebenarnya..hehe


Sunday, May 27, 2012

hukum ganti puasa dan puasa sunat serentak adalah SAH

5 insan terpilih
assalamualaikum..

bulan ini merupakan bulan Rejab dalam kalendar Islam. jadi sekiranya kita berpuasa sunat di bulan ini, terlalu besar ganjaran yang kita akan peroleh. selepas berakhirnya bulan Rejab, maka bulan Syaaban dan Ramadhan pula yang akan menyusul. sudahkan kita bersedia untuk bertemu dengan Bulan Ramadhan sekali lagi?

sudahkah kita melangsaikan hutang-hutang kita bersama Allah SWT? bagi sesiapa yang masih belum mengqadhakan puasa anda, cepat-cepatlah berbuat demikian sebab ajal maut semua di tangan Tuhan. jadi, sekiranya tak sempat, maka kita akan mati dalam keadaan masih berhutang dengan Allah SWT.

banyak isu telah timbul samada bolehkah kita sebagai umat Islam menggantikan puasa Ramadhan kita serentak dengan membuat puasa sunat di bulan Rejab? isu ini jugak sering merunsingkan ramai orang samada boleh atau tidak kita berbuat demikian..jadi, setelah di google dan di baca oleh sheila, maka inilah jawapan kepada permasalahan kita pada masa ini..sebab kadang-kadang sheila pun was-was sama ada sah atau tidak menggantikan puasa Ramadhan dengan berpuasa sunat..jadi di sini ada jawapannya.


1) Soalan: menggabungkan niat puasa sunat dgn puasa ganti dlm satu masa,adakah sah?

Jawapan: Sah puasa menggabungkan niat puasa sunat dengan puasa wajib (ganti)..Sekiranya diasingkan adalah lebih baik.

2) Soalan: Boleh kah puasa sunat kita selitkan dgn membuat puasa ganti(membuat kedua-dua puasa serentak dgn niat puasa sunat dan puasa ganti bulan ramadhan)

Jawapan: Puasa qadha' (ganti bulan ramadhan ) boleh di satukan dengan puasa sunat dengan niat puasa qadha' (ganti) dahulu kemudian niat puasa sunat.Sekiranya diasingkan adalah lebih baik.

3) Soalan: adakah sah bila kita niat puasa ganti wajib dengan niat bahasa melayu sahaja?apakah niat untuk puasa ganti?

Jawapan: Sah puasa dengan hanya niat dalam bahasa Melayu sahaja.Niat untuk puasa ganti ialah "sahaja aku qada' puasa Ramadhan kerana Allah S.W.T."

Satu soalan perlu ditanya manakah yang lebih utama di antara puasa sunat syawal dan puasa qadha?. Jawapannya sudah tentu adalah puasa Qadha.Kerana ia merupakan kewajipan yang boleh disamakan seperti hutang kita kepada Allah SWT. Ini terbukti dari sebuah Hadis Qudsi yang sohih:

.......))وما تقرب إلي عبدي بشيء أحب إلي مما افترضت عليه وما يزال عبدي يتقرب إلي بالنوافل حتى أحبه((........رواه البخاري

Ertinya : "..dan tidaklah hampir kepadaku seorang hambaKu dengan apa juapun, maka yang lebih ku sukai adalah mereka melaksanakan amalan fardhu/wajib ke atas mereka, dan sentiasalah mereka ingin menghampirkan diri mereka kepadaKu dengan mengerjakan amalan sunat sehinggalah aku kasih kepadanya..." (Riwayat Al-Bukhari, no 6021)

* tetapi seeloknya mengasingkan antara puas aganti dengan puasa sunat yer..dan sekiranya ingin berniat secara serentak, maka hendaklah berniat puasa qadha dahulu barulah berniat puasa sunat..

Wednesday, May 23, 2012

saya tujukan lagu ini untuk seseorang yang telah lama menyepi

1 insan terpilih
assalamualaikum..

malam ini nak berjiwang-jiwang sikit walaupun hati tengah sakit sebab dekat rumah sewa ni tak ada air langsung. setitik pon tak ada..dah macam musim kemarau dah. nak terkencing ker apa ker, semua kena tahan. kalau ada jugak yang membuang tanpa menggunakan air, memang salute lah kat dia. eiiii..

hari ini nak cerita pasal satu lagu lama ni..dari kumpulan Carpenter. actually lagu ini ada sorang Hamba Allah ni suruh dengar..jadi, sheila pon dengar lah. lama-lama layan, best pulak kan. actually, dah lama dah dia bagi lagu ni, tapi baru hari ni nak cerita. hhehe

sheila tahu mesti dia akan baca blog ini, sebab dia dah janji dia akan baca blog picisan ni. yelah, dia pun dah lama menghilang, jadi dengan adanya blog ini mungkinlah dia dapat tahu pasal perkembangan sheila. tak tahulah kenapa dia menghilang tiba-tiba. sedih jugak sebab tanpa ucap apa-apa, terus jer senyap kan. bila entah dia nak muncul balik pun tak tahulah..hurmm


lepas dah dengar lagu ni, sheila pun tujukanlah sebuah lagu dari kumpulan Carpenter jugak, tajuknya Only Yesterday. actually, sheila suka lagu ini sebab lirik dia. muzik dia pun best jugak. lagu-lagu lama ni sebenarnya ada nilai sentimental jugak kan. hehhee..hope, si dia tu akan bacalah blog ini. bukan penulisan ini ditulis sebab rindukan dia. tapi cuma sajer, nak bertanya khabar. hahahha..buat apa nak ingat orang lain yang tak mungkin ingat kat kita kan. kalau ingat pasti akan mesej, tapi kalau tak, buang masa pulak kan. banyak lagi benda boleh buat. huhu..okalah, selamat melayan lagu dari Carpenter ini. wasalam



Tuesday, May 22, 2012

Sultan Perlis menjemput rakyat bergambar di Istana Arau

1 insan terpilih
assalamualaikum


ahad lepas, pertama kali dalam sejarah sheila memasuki sebuah istana..walaupun bukan Istana Negara, tetapi Istana Arau tetap juga sebuah istana. hehe..Istana Arau di buka kepada rakyat untuk bergambar kerana Hari Ulangtahun Baginda yang ke 69tahun pada khamis lepas. jadi, peluang ini tak akan di lepaskan sebab bukan senang nak masuk sesebuah istana kan..lainlah istana pasir..kita sendiri boleh bina kan..hehe..jadi di bawah ini adalah serba sedikit gambar yang di ambil di sekitar kediaman Sultan Perlis.


dalam kawasan rumah pun ada kereta kebal..dasyat betul kan. kalau rumah tu bukan istana, jangan haraplah nak ada kereta kebal parking kat laman. nak harapkan kereta BMW 6series parking depan rumah pun susah kan..hehe..jadi, marilah kita sama-sama tinggal di dalam istana..huwawa


apa yang menariknya istana ni pada waktu malam adalah kerana lampu-lampu yang ala-ala I-City Shah Alam tu..memang cantik sangat uollzz..teruja sheila tengok..masa lalu jer depan istana ni, memang dah excited sebab macam nak masuk jer dalam tu..sekali masa hari ahad tu, dia buka untuk rakyat jelata masuk, memang tak lepaskan peluanglah..walaupun tak dirancang sebenarnya, sebab tu muka sememeh masing-masing..baju pun tak vogue..kalau dah plan nak masuk malam tu, memang pakai vogue-vogue lahh..yelah mana tahu ada cucu cicit sultan berkenan kerr..huwwawawa..


walaupun Istana Arau tak adalah sebesar mana, tapi inilah Istana yang menjadi kebanggaan rakyat Perlis. untunglah sesiapa yang belajar dekat Uitm Perlis..dahlah duduk dekat bandar diraja Perlis. lepas tu, dekat pulak dengan Istana dan Masjid Negara Perlis..macam tak sangka pulak kann negeri sekecil ini tak kurang juga hebatnya..dan pada 2015 ni, Perlis pula akan menjadi sebuah negara maju..




sempat jugaklah bergambar dengan hulubalang istana..hehe..famous diorang malam itu..semua orang nak bergambar..mula-mula tak ada siapa pun nak amik gambar dengan diorang. puaslah diorang ni berdiri lama-lama dekat situ, tapi tak ada pun yang ajak bergambar..lepas aje, kitaorang ni ajak hulubalang sekalian ini bergambar, tetiba jadi famous pulak dia..huhuhu...terima kasihlah pada kami ea..hehehe


lampu kat tulisan Istana ini dah ala-ala broadway pulak kan..hehe..mintak maaplah atas ketidakjelasan gambar-gambar ini. bukan pakai DSLR pon..nama pun secara kebetulan singgah kan. jadi sesiapa yang bawak handphone malam tu, camera dialah yang menjadi mangsa. jadi semua gambar ini di ambil dengan menggunakan handphone HTC sahaja..milik kawan sheila..kalau ada DSLR, maunya kitaorang setiap ceruk tu bergambar. yang tak cantik pun boleh nampak cantik kan..



actually, sheila suka sangat tengok pokok-pokok kat belakang yang berlampu putih tu..sebab cantik sangat,,jadi taknaklah lepaskan peluang untuk bergambar..hehe..hurmm, jadi inilah serba sedikit gambar kami, sepanjang berada di Istana Arau Perlis. bagi sesiapa yang tinggal berdekatan, jemputlah datang ke rumah saya..ehh opss salah, jemputlah bergambar di dalam Istana Arau..jangan lepaskan peluang yang ada ini okayy..wasalamm..nak amik shooting untuk gambar kahwin pun bolehh..

Sunday, May 20, 2012

Mark Zuckerberg getting married with Priscilla Chan

1 insan terpilih


SAN FRANCISCO (AP) — Facebook founder and CEO Mark Zuckerberg updated his status to "married" on Saturday.

Zuckerberg and 27-year-old Priscilla Chan tied the knot at a small ceremony at his Palo Alto, Calif., home, capping a busy week for the couple, according to a guest authorized to speak for the couple. The person spoke only on the condition of anonymity.

Zuckerberg took his company public in one of the most anticipated stock offerings in Wall Street history Friday. And Chan graduated from medical school at the University of California, San Francisco, on Monday, the same day Zuckerberg turned 28, the person said.




The couple met at Harvard and have been together for more than nine years, the person said.
Zuckerberg designed the ring featuring "a very simple ruby," according to the person. The ceremony took place in Zuckerberg's backyard before fewer than 100 guests, including Facebook's chief operating officer Sheryl Sandberg.

The guests all thought they were coming to celebrate Chan's graduation but were told after they arrived that the event was in fact a wedding. "Everybody was shocked," the guest said.




Rather than his trademark hoodie, Zuckerberg wore a suit for the ceremony, while his bride wore a traditional wedding dress.Food was served family-style and included dishes from the couple's favorite Palo Alto sushi restaurant. The two had been planning the marriage for months but were waiting until Chan had graduated to hold the wedding, the guest said.




The timing wasn't tied to the IPO, since the date the company planned to go public was a "moving target," the guest said.Even after the IPO, Zuckerberg remains Facebook's single largest shareholder, with 503.6 million shares. And he controls the company with 56 percent of its voting stock.The site, which was born in a dorm room eight years ago, has grown into a worldwide network of almost a billion people.




Zuckerberg founded Facebook at Harvard in 2004.He was selected as Time's Person of the Year in 2010, at age 26.Zuckerberg grew up in Dobbs Ferry, N.Y.

Saturday, May 19, 2012

tutorial mencari JOURNAL dengan pantas dan berkesan

6 insan terpilih
assalamualaikum...


kehidupan pelajar dengan pencarian journal memang tidak boleh dipisahkan. setiap subject memerlukan pelajar untuk mencari journal yang berkualiti dan bertepatan dengan tajuk yang di inginkan. susah sebenarnya nak jumpa journal yang betul-betul seperti yang kita inginkan. kadang-kadnag kita memerlukan 20 journal untuk tajuk yang kita mahukan. jadi di sini sheila akan tolong kawan-kawan semua macam mana nak cari journal yang best, pantas, mudah dan banyak pilihan. 

tak perlu bayar, tak perlu download..free of charge..hehehe..tapi kaedah ini hanya boleh di gunakan pelajar UITM sajalah, sebab memerlukan kita untuk login..kalau universiti atau kolej lain tak pasti pulak sama ada boleh gunakan aplikasi yang sama atau pun tidak.


step-step yang diperlukan:
1. pergi ke website ezaccess.library.uitm.edu.my
2. scroll ke bawah dan akan terjumpa ezaccess login..masukkan id (no matrix uitm) dan password (no ic)
3. lepas itu akan keluar banyak link-link database..
4. pilih link yang bertulis EBSCO: Academic Search Premier, Emerald, Proquest Education, (yang ni semua yang sheila biasa gunakan)
5. bagi pelajar engineering, medical, law ataupun science..journal untuk anda adalah berasingan dengan pelajar-pelajar business atau management
6.BMJ sesuai untuk pelajar medical, ASCE sesuai untuk pelajar engineering, FSTA sesuai untuk pelajar food science
7. selepas dah tekan link yang menjadi pilihan anda, bolehlah terus search tajuk apa yang anda inginkan..dan mulalah mendownload pdf yang diberikann.
8. selamat mencuba!

pinjam gambar ea..

BE seterusnya~Maxis Hotlink Bagus Lifestyle

0 insan terpilih
assalamualaikum..

weehuuu..di hari sabtu yang membosankan. tak tahu dah nak buat apa..assignment semua sudah beta siapkan, perncarian journal pun telah di lakukan. walaupun petang nanti ada program bersama Menteri Pertahanan, tapi rasanya beta kemalasan untuk pergi..hehhe

tak paham betullah apa kena mengena Menteri Pertahanan dengan course yang kitaorang amik nie..lainlah yang datang tu Datuk Subramaniam, Menteri Sumber Manusia..barulah ada related field kan..ini semua propaganda menjelang pilihan raya ni.isy-isy..


oklah, sebenarnya nak bagitahu yang blog Konichiwa bertambah lagi satu iklan tertepek dari Maxis Hotlink Bagus Lifestyle..jadi, yang ini kira iklan BE yang ketiga masih aktif di dalam blog Konichiwa.alhamdulillah .rezeki-rezeki..

KENAPA HOTLINK 5, LAGI BAGUS




mintak-mintak lepas ini makin ramai pengunjung, maka makin banyak iklan tertepek yang Nuffnang bagi,  maka masing-masing pun akan happy-happy..hehhee..jadi marilah kita meriahkan lagi blog Konichiwa..insyallah tuan belog juga akan berusaha untuk mengupdate walaupun entah pape kan..insyallahh..wasalam

*ingin tahu lebih lanjut silalah click ini PELAN MAXIS BAGUS

Friday, May 18, 2012

LEGOLAND Malaysia - harga tiket sangat mahal

2 insan terpilih
assalamualaikum..


tidak lama lagi, Malaysia akan mempunyai satu lagi theme park yang diberi nama LEGOLAND Malaysia yang terletak di Nusajaya, Johor. Legoland ini menyasarkan pengunjung dari Malaysia dan juga Singapura kerana kedudukannya yang berdekatan dengan negara jiran itu. tidak hairanlah kalau pelancong dari Singapura ataupun Indonesia akan semakin bertambah di Malaysia nanti.



bukti menunjukkan yang Legoland menyasarkan pengunjung dari Sinagapura adalah dengan melihat harga tiket yang ditawarkan.


TicketReg. price
Special Promotion Price
(For a limited time offer)
Online
(Coming Soon)
1-Day Ticket Adult (12-59)
RM 140RM 96 / SGD 40 *-
1-Day Ticket Child (3-11)
RM 110RM 70 / SGD 29 *-
1-Day Ticket Senior (60+)
RM 110RM 70 / SGD 29 *-

*Single day ticket can be purchased now at:

Raffles City, Singapore: 25th May 2012 - 24th June 2012, 10am - 9pm.

Iskandar Malaysia Information Centre (IMIC), Danga Bay: Every Saturday and Sunday from 2pm - 7pm (starting 28th April 2012 onwards).

*Same bulding as Kong Inn Seafood Restaurant and near Lazio Italian Restaurant.

Use the LEGOLAND Annual Pass on all days of regular park operation including weekends, public and school holidays at LEGOLAND Malaysia for a full 12 months. At the LEGOLAND Ticketshop you can save MYR30 / SGD13. Hurry, limited time offer.

Ticket       

Reg. pricePromotion price
LEGOLAND Annual Pass
(Adult, 12-59 years old)

RM275 / SGD115RM245 / SGD102
LEGOLAND Annual Pass
(Child, 3-11 years old)

RM210 / SGD88RM180 / SGD75
LEGOLAND Annual Pass
(Senior, 60+ years old)
RM210 / SGD88RM180 / SGD75





jadi, kalau dapat masuk sekali seumur hidup kat dalam Legoland tu pun jadilah kan. hehe..memang seronok giler lah kan..kalah Genting Highlands macam ni.bukan setakat kanak-kanak jer seronok, orang tua pun seronok nak main permainan dalam tu. hehe..kalau tengok harga tiket tu, rasa memang berbaloi kot kan. memang terbuktilah diorang target warga Singapura untuk  berkunjung ke sana. start dari sekarang kenalah mula mengumpul duit kawan-kawan sekalian..

Legoland ini akan mula di launchkan pada 15 September 2012..untuk maklumat lanjut atau ingin menempah tiket dan menjadi pengunjung terawal, bolehlah berkunjung ke website ini LEGOLAND.

RHB Now: The Awesome 3 bagi BE lagi

0 insan terpilih
assalamualaikum..


alhamdulillah, hari ini blog Konichiwa ada tetamu yang menepek lagi..hehe..mintak-mintaklah kali ini dia menepek lama sikit..walaupun blog ini tak adalah ramai sangat yang view, tapi tetap diberi peluang untuk menyebarkan iklan. kali ini Konichiwa dapat Buffered Earning dari RHB Now: The Awesome 3.

BE yang masih lagi kekal dalam blog ini adalah Digi WWWOW Awards..dah berapa minggu dah dia tertepek kat situ..bagus jugaklah..dapat income sikit walaupun tak banyak..syukur lah apa yang ada kan. harap-harap lepas ini makin banyaklah BE tertepek dekat blog Konichiwa ini ea..

Thursday, May 17, 2012

semalam mimpi best, dapat kapel dengan lelaki hensem..

0 insan terpilih
assalamualaikum..

hari ini sheila holiday sebab Hari Keputeraan Raja Perlis..esok pulak memang tak ada kelas. jadi minggu ni dapatlah sheila berholiday selama 4 hari..tapi holiday-holiday pun sama jer macam tak holiday sebab banyak benda kena siapkan. tak boleh dah nak postpone nanti makin bertambah kerjanya. kalau ada orang nak buatkan tak per jugak kan. hehe


sebenarnya sheila nak cerita something pasal mimpi semalam. dalam mimpi tu, sheila macam tengah berkapel dengan seseorang..hensem orangnya..tinggi, badan pun sedap-sedap jer. putih mukanya..memang nampak jelas lah muka mamat tu. pandai bergaya jugak. memang seronoklah kalau dapat kapel ngan mamat nie..hehe

laki ini pulak sekejap kerja DJ Radio lepas tu tukar jadi chef pulak. dia dalam tu memang sangat romantik dan lembut jer tau..soft spoken jugak..eii memang suka sangatlah. nama dia dalam tu Afiq. macam kebetulan pulak, sebab ada nama sorang membe ni Afiq jugak. tapi dah lama tak contact mungkin sebab busy kot. lepas tu tak pernah pun tengok muka dia. entah-entah muka sebenar Afiq yang membe sheila ni sama macam muka Afiq dalam mimpi tu..huwawawa..

mungkin sebab terpikir banyak sangat pasal dia kan sampai termasuk dalam mimpi. isy2..lepas tu, mimpi tu macam bersambung-sambung pulak even sheila dah terjaga..lepas tu tidur balik sebab rasa macam happy jer dalam mimpi tu, sampai tak nak bangun dah. gatal betul kan..hehe

siapalah gerangan lelaki yang bernama Afiq dalam mimpi tu kan? wujud ker tak lah dia tu..kalau satu hari terjumpa lelaki yang sama macam muka dia, mesti rasa happy..kalaulah dia tak ada gf lagi..kalau dah ada gf, hurmm melepas lah kan..hehe..mintak-mintak malam ni mimpi bersambung lagi..hehe..tak sabar nak tidur..sweet dream uollz..wasalam


Wednesday, May 16, 2012

kenangan di Hari Guru

0 insan terpilih
assalamualaikum..


hari ini tanggal 16hb MAY merupakan Hari Guru untuk semua guru-guru tak kira guru besar atau guru kecil, guru penolong kanan atau guru penolong kiri. jadi hari ini, sheila dan housemate telah belikan sekutum bunga mawar merah untuk lecturer kitaorang. disebabkan sekarang dah belajar dekat universiti so, lecturer tu di kira guru jugaklah kan. kebetulan semalam dan hari ini ada konvo di uitm perlis, jadi banyaklah gerai-gerai yang menjual bunga. nak tunggu orang lain bagi memang tak adalah kan. jadi kita lah yang kena bagi dekat prang lain sebagai membalas jasa mereka.

teringat dulu masa zaman sekolah-sekolah, setiap kali hari guru, mesti kena pikir nak bagi hadiah apa. macam dah wajib pulak kena bagi kan. yelah kalau kita tak bagi, nanti kawan-kawan lain cakap kita tak ada duit. lepas tu mulalah nak membandingkan hadiah siapa yang paling best dan besar. hehehe

macam-macam hadiahlah yang diorang akan bagi contohnya pen, brooch, frame gambar, jam dinding, bunga, patung, mug..hehe..tapi budak-budak sekarang ini ada lagi ker nak bagi macam tu? entah-entah diorang pun dah malas nak bagi..yelah budak zaman millenium kan..

dulu sheila ada jugak bagi brooch dekat cikgu..masa tu malu nak bagi sebab sheila punya hadiah kecik jer kotaknya. jadi sheila bagi dah nak last-last masa kelas nak habis tu..hehe..yelah nanti kawan-kawan sibuk jer tanya hadiah apa yang sheila bagi..taulah hadiah kite tak sebesar diorang tapi takpelah asalkan ikhlas kan kan..huhu


kalau cikgu-cikgu sekolah pulak, mesti dah siap sedia bawak beg plastik besar dari rumah. heheh kelakarlah..macam dah tau pulak yang dia akan dapat hadiah banyak..huhu..kalau kite jadi cikgu fevret mesti banyak dapat hadiah kan..tapi kalau jadi cikgu garang, tak ada siapa nak bagi pun..

jadi kepada semua cikgu di luar sana, especially guru-guru di tabika kemas telok menegon, sekolah rendah telok menegon, sekolah menengah kampong jawa klang, sekolah menengah syahbandaraya, uitm segamat johor, uitm arau perlis, kepada abang ipar, kazen-kazen, makcik pakcik sedara, dengan ini sheila mengucapkan SELAMAT HARI GURU!

Tuesday, May 15, 2012

kena pergi interview lah pulak ~ hurmm

0 insan terpilih
assalamualaikum..

hari yang sangat panas cuacanya, ditambah lagi dengan kerja yang menimbun, membuatkan kepala saya menjadi pening seketika. bilalah, semua kerja ni nak settle ek? siap satu, datang satu lagi, siap satu, datang bertimbun lagi. dengan kena menatap laptop nyer, macam manalah mata ku ini tak bertambah rabunnya. aiyakk..


hurmm tadi sheila baru dapat call dari WorldWide Holdings. company yang sebelum ini ada call menyatakan sheila dah berjaya dapat praktikal dekat situ. dia call sebab nak bagitahu, bila boleh datang company dia sebab bos nak tengok. aik teruslah sheila terkejut. memang nak kena tengok dulu ker baru boleh dapat offer letter? hehe

sheila tanyalah dia, kenapa bos tu nak tengok? dia cakap ini memang prosedur yang diorang selalu buat. kena interview sikit..waaaahhh takutlah denn..gi mana ni sih? nasib baik bukan jumpa big bos. tapi cuma jumpa bos di bahagian sumber manusia..agak-agak soalan apa yang dia akan tanya ek? janganlah tanya bab-bab yang sheila tengah belajar ini. memanglah tak ingat. kalau tanya pasal personal details bolehlah..hehe

nasib baiklah 24hb ini sheila balik rumah sebab Uitm bagi cuti seminggu demi Hari Gawai so bolehlah pergi sekejap menunjukkan diriku ini di company tu. hurmmm tapi ramai lecturer cakap masa cuti tu maybe ada pilihan raya..walahualam. hopefully interview tu adalah interview yang simple-simple ajer, dan bolehlah saya diterima berpraktikal di sana. kalau tak, jenuhlah nak mencari company lain lagi. masa dah semakin suntuk ini. huhu..baru jer nak excited sebab dah dapat tempat, tapi sekarang rasa macam nervouslah pulok..


* ada tak tips untuk pergi interview?

Monday, May 14, 2012

berjaya bawak motor dan drive kereta! satu pencapaian yang membanggakan

0 insan terpilih
assalamualaikum..

hari ini nak update sikit jer..just nak bagitahu tadi sheila dah berjaya drive kereta and bawak motor balik dan pergi Uitm. hehe..mula-mula nervouslah jugak..tapi akhirnya sampai jugak destinasi dengan selamat. actually housemate yang suruh bawak, konon nak biasakan dirilah. yelah, ada lesen tapi still takut-takut lagi kan. pastu ada hati lagi nak mintak motor..huhu..so, tadi dah biasakan bawak skuter housemate. bawak waktu malam pulak..silau tak silau lah kan..walaupun slow jer, tapi biar lambat asal selamat..huhu..lepas ni kena biasakan bawak. walaupun tadi ada jugak hampir-hampir nak jatuh..nasib baik berjaya mengawal keadaan..hehe..macam manalah nak bawak kat jalan besar kan? tawakal jelah..

Friday, May 11, 2012

permohonan praktikal sudah di luluskan..Alhamdulillah

6 insan terpilih
assalamualaikum...

alhamdulillah berkat hari Jumaat Penghulu segala hari ini sheila dah dapat panggilan yang ditunggu-tunggu. tadi petang masa tengah syok tido walaupun tidur-tidur ayam ajer sebab cuaca panas sangat, adalah satu panggilan masuk. nombor yang tertera adalah nombor ofis dari selangor..so, dalam hati dah dapat agak ni mesti nombor company mana-mana ni..mood tengah excited time tu..


after dia perkenalkan diri, then dia cakap I have a good news for u..masa dengar tu hati berbunga riang..akhirnya permohonan sheila untuk jalani latihan praktikal di syarikat WorldWide Holdings Berhad sudah di luluskan!! yahooo!!

lepas tu, sheila pun tanya pasal elaun..hehe..orang tu cakap aikk belum apa-apa dah tanya..heehee tapi dalam nada bergelak lah..huhu..nasib baik ada cuma tak banyak sangat lah..same jer amount dia dengan Bank Rakyat yang sheila dapat jugak tu..cuma Bank Rakyat tu jauh..so susahlah cikit kos tinggi..

nanti pihak diorang akan hantar surat dekat lecturer yang jadi penasihat untuk praktikal ini. alhamdulillah, walaupun company ni bukan berada di tangga teratas pilihan sheila, tapi tetap jugak terima.. kalau ada company lain yang luluskan permohonan jugak, sheila akan pilih based on elaun yang diberikan..hehehe..

sekarang ini kena pikir pulak macam mana nak pergi WorldWide Holding Berhad yang terletak dekat Seksyen 7 tu..walaupun dekat ajer dengan rumah, tapi kalau naik bas rasa macam penat jugak, lagi-lagi time tu tengah puasa..hurmm nampaknya niat untuk mintak skuter kenalah di luluskan. kalau tak, sia-sia jer bayar tok lesen motor..hehe..nak mintak kereta macam melampau pulak kan, so mintak skuter jadilah..comel sikit..huwawawa..

Tuesday, May 8, 2012

Cepat Vote HUJAN dalam Versus !

0 insan terpilih
assalamualaikum..


salam sejahtera dan salam 1 malaysia..korang pernah dengar tak rancangan bernama VERSUS.  rancangan ini di tayangkan di TV9. ia adalah sebuah rancangan dimana kumpulan band popular tanah air akan bertanding secara battle. antara kumpulan yang bertanding adalah Hujan, 6ixth Sense, Black Parallax, Go Gerila! dan Sofazr.


pengacara mereka ialah Hunny Madu dan juga Aidi Marcello.setiap kumpulan akan di undi oleh penonton untuk melihat siapakah yang akan membuat persembahan pada malam itu. mereka yang mendapat undian tertinggi dari juri akan menang piala pusingan setiap minggu.

jadi, motif entry ni sebenarnya nak mintak anda semua undilah kumpulan HUJAN supaya sepupu saya aka Izzat selaku pemain bass dapat bermain secara solo pada Jumaat ini..hehe..cara nak vote adalah dengan menaip:

VS HJN (for 1 vote) VS5 HJN (for 5vote) VS10 HJN (for 10 vote)

izzat HUJAN

Sunday, May 6, 2012

tawaran tinggal selama 6 bulan di United Kingdom secara percuma!!

0 insan terpilih
assalamualaikum...

harini cheq bosan sikit walaupun banyak kerja tengah menunggu, tapi tu semua tunggu mud sampai barulah cheq dok buat ok..harini cheq nak try apply tempat praktikal lagi. sebab satu apa pun tak ada feedback melainkan Bank Rakyat jer.tu pon cheq rasa nk tolak lah sebab jauh bebeno..allowance pun tak banyak sangat, so susah sikit nak menampung kehidupan di kota Kuala Lumpur..hehehe

entry ni cheq cuma nak bagitahu..ada sesiapa tak yang nak pergi duduk oversea tok 6 bulan secara percuma. bukan duduk dekat Singapore, Thailand atau Vietnam tau walaupun tu dikira oversea jugak..hehe..tapi ni duduk dekat Seafield United Kingdom. besttt woo!! percuma lagi tu, semua di tanggung beres..hehe

actually cheq punya cousin nak melanjutkan pelajaran kat sana selama 6 bulan. so dia decide nak bawak anak dia 2 orang. sebab dia punya anak ni tak boleh berenggang dengan mama dia ni..then, dia nak mintak tolong ada tak Nanny yang sudi jaga anak dia kat sana. tolong tengokkan and masak simple-simple jer for her sons.

flight ticket, accomodation, semua dia tanggung..gaji pon boleh negotiate..kalau cheq tak ada praktikal time tu, dah lama cheq menawarkan diri..hehe..dia pergi lepas raya nanti..hurmm sapa yang taknak kan tawaran macam ni..bukan senang woo...jadi kalau berminat tu bolehlah apply yer..hantar resume sekali..hehe..

Saturday, May 5, 2012

Gambar Pernikahan dan Persandingan Awal Ashaari dan Scha Al Yahya

0 insan terpilih

tahniah di ucapkan kepada pasangan selebriti Malaysia, Awal Ashaari dan Scha Al Yahya yang telah selamat menjadi suami isteri dengan hanya sekali lafaz di Hoel Pullman, Putrajaya. mereka juga akan dibawa untuk makan bersama di River Curise Putrajaya bersama Kuzie Catering. sebelum ini, Awal telah pun melamar Scha di set Propaganza. semoga perkahwinan mereka akan berkekalan hingga ke Syurga Firdausi. Aminn..














credit to: facebook Scha Al Yahya & Awal Ashaari
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA