~CEPAT KLIK LINK INI~

Sunday, May 12, 2013

jawapan untuk pembaca berkaitan praktikal di sime darby plantation

assalamualaikum..

pejam celik dah 5 bulan tanam anggur kat rumah. tak ada ke orang nak beli anggur sheila ni. tak maju maju pon. dah macam macam kaedah digunakan. tetapmtak da sambutan gak. belum rezki lagi agaknya kan.huhu
okay tujuan sheila buat entry ni adalah untuk menjawab persoalan yang sering diajukan pembaca mengenai dengan praktikal. ini kerana sebelum ini sheila ada buat beberapa entry berkaitan dengan praktikal sheila dekat sime darby plantation.

soalan pertama: macam mana nak apply praktikal dekat sime darby plantation?
okay actually cara ni sheila gunakan di semua company yang sheila apply. sebelum ni pon ada gak sheila buat entry tentang cara nak apply untuk praktikal. tapi tak apalah sheila kongsikan balik apa yang pernah sheila buat dulu. first, sediakan segala dokumen untuk praktikal anda. contohnya borang permohonan latihan industri, borang jawapan, resume, cover letter (if necessary), mini transkrip (result sampai sem 5).then, call mana mana company yang anda berminat dan tanyakan sekiranya mereka ada menawarkan latihan industri di syarikat mereka. selepas itu, pos atau email semua dokumen anda ke alamat company tersebut dan tunggu feedback dari mereka. setakat ini elaun yang paling banyak adalah dari menara maybank, kuala lumpur dan kedua tertinggi petronas dan sime darby.




soalan kedua: adakah syarikat tersebut akan menawarkan pekerjaan kepada kita selepas tamat praktikal nan
okay yang ini semuanya bergantung kepada rezeki. ada orang cakap kalau nak dapat peluang tu apply kat mana mana syarikat swasta, kilang. kalau kerajaan rasanya tak sebab diorang ada prosedur sendiri contohnya kalau nak kerja kerajaan kena apply kat suruhanjaya perkhidmatan awam. lagi satu tengok performance and pencapaian kita. contohnya kalau kita aktif, rajin, menepati kriteria mereka, kita akan diserap. selalu selalulah bodek supervisor anda nanti..hehe. kalau tempat praktikal sheila, sime darby pantation, mereka dah ada management trainee program (map).so susah sikit nak diserap. melainkan kalau kita intern, pastu kita jadi map pulak, kalau bagus diserap, kalau tak bagus tak diseraplah.jadi semasa intern nanti buat yang terbaik, jangan buat hal, jangan main main, buat macam kita sedang bekerja disitu, sentiasa tunjukkan yang kita berminat dan ingin belajar sesuatu yang baru disitu, jangan ambik kesempatan nak carik pakwe atau makwe di tempat intern nanti. takut terkantoi dengan supervisor..hehe

soalan ketiga: best ke tidak praktikal dekat sime darby plantation sdn bhd, ara damansara?
secara jujurnya memang best! korang boleh baca pengalaman sheila dalam entry sebelum sebelum ini. sebab apa best? sebab environment dia, orang orang dia. bukan senang nak dapat kerja dekat sime darby. dapat buat intern kat situ memang cukup bertuah. kalau orang lain dengar memang jeles lah. banyak aktiviti diorang buat contohnya treasure hunt, sukan sukan, makan makan. better join sebab memang syiok!kalau kita masuk bangunan sime darby plantation tu memang wowww lah. lagi lagi company tu baru berpindah kat situ, so everything was new kat sana. staff semua baik baik, sangat profesional.yang tak best bab traffic jammed. selamat menempuh lah korang ea..heheh. mana yang tak ada transport agak susah sikit. kalau naik teksi dari subang ke ara damansara caj rm20. shEila selalu terpaksa naik  teksi sebab kadang2 tertinggal bas yang disediakan company. tapi tak tahulah sekarang ada lagi ke tak diorang sediskan bus tu. haaaa ada satu lagi yang best bagi sheila iaitu best cuci mata! hahahaah

selamat berpraktikal kawan kawan semua..nanti kongsikan pengalaman dengan sheila okay!

7 insan terpilih:

Unknown said...

salam sis..nk apply prcticl kat situ mcm mana ye??ape syarat2 dia??

Unknown said...

salam sis nk apply prcticl kat situ mcm mana ye??

Anonymous said...

From: Ann

Salam Shiela,

Contact no. yg mana 1 ye nak call tanya utk practical training ni?

Nak call direct to Sime Darby Plantation or HQ di KL or yg dekat SS16/4?

Unknown said...

Assalamualaikum syila..if nak apply fi dem darby ni dia buat secara on9 kan?saya ada pronlem waktu nak attach file tu..tak tahu kenapa..syila course apa ye waktu tu?

HannaHaibara said...

as salam sis.. susah x nk g sana kalau dr kl? sbb mcm jauh je... huhuhuhu..

nany yumi said...

macam mana nak apply kat sime darby tu? boleh mintak tunjuk ajar

email me: nanyyumi93@gmail.com

nany yumi said...

salam senior. sy student uitm arau. in operations management. nak tanya camne nak apply praktikal kat sime darby tu?
boleh mintak tunjur ajar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA