~CEPAT KLIK LINK INI~

Tuesday, June 26, 2012

IDEA memiliki pelamin yang super duper cantik, pelik dan comel

assalamualaikum

pelamin ibarat kereta labu cinderella

entry sebelum ini adalah mengenai kepelikan kad jemputan kahwin zaman sekarang. now, sheila nak update mengenai keunikan dan kecantikan pelamin yang menjadi pilihan pengantin zaman sekarang pula..memang macam-macam design ada..sangat kreatif, inovatif dan cantikk giler uollz. nak duduk pun terasa segan pulakk..takut pelamin anganku musnah jadinya..upsss.

pelamin ibarat snow ball

pelamin yang sangat rare dan tak terpikir nak buat..gud job

kadang-kadang ada jer pelamin yang kita sendiri tak pernah terpikir ada design yang macam tu..contohnya macam pelamin kat atas ini. tapi cuma satu jerlah yang frust sikit sebab pelamin macam ini hanya sesuai di letakkan sekiranya majlis itu di buat di dewan kan..kalau nak letak kat luar rumah boleh jugak cuma tak meletup lahh..huhu

pelamin ibarat sebiji telur

pelamin yang sedap mata memandang

pelamin yang suci murni

banyak faktor yang kita kena pikir sebelum nak bina sesuatu pelamin itu..contohnya lokasi samada di dewan, outdoor ataupun di dalam rumahh..contoh macam pelamin yang atas ini, sah-sah sesuai untuk kenduri dalam dewan atau hotel je kan..lain lah kalau rumah uollzz besar dan lebar sampai boleh letak pokok-pokok macam tu..haha

pelamin yang menyejukkan mata

pelamin yang simple and minimize

lagi satu kita kena pikir juga bajet yang kita ada..sama jugak macam kita nak mereka satu kad jemputan kahwin..kalau bajet kita banyak, maka kita boleh gunakan material yang baik dan cantik..tapi kalau bajet kita ciput, terpaksalah guna A4 paper je kan..sama jugak macam pelamin ini..SEMAKIN BESAR BAJET KITA, SEMAKIN BESARLAH PELAMIN ANDA..hahhaha

pelamin yang superb lawa!!

pelamin yang membeliakkan biji mata..wowww!

lagi satu nasihat nak bagi kat uollzz yang nak kahwin tu..pilihlah pelamin yang sesuai dengan diri dan baju pengantin anda..janganlah dah buat pelamin punyalah cantik meletup giler, tetiba pakai baju yang lari tajuk kan..memang pelik tau..lagi satu jangan biarkan pelamin anda tu memakan gambar anda. yelahh sekarang kan banyak khidmat photographer yang professional tu. takut nanti bila gambar dah siap, tercari-cari pulak mana lah pengantin dalam gambar tu kan..semuanya sebab pelamin lagi menyerlah dan meletupp..huwawawa

pelamin yang fuhh simple but nice gilerr!

pelamin yang comell!

pelamin yang cute!!

walaupun kita mempunyai bajet yang ciput, tak semestinya kita tak boleh memiliki pelamin yang woww giler..contoh macam pelamin kat atas ini. sheila rasa kita sendiri pun boleh buat design tu kan..cari wrapping paper yang comel-comel dan cantik, lipat-lipat macam nak buat kipas tu, lepas tu siap dahh..asalkan anda kreatif dan mempunyai banyak idea sudah cukup..jimat duit kat situ..

pelamin yang mempunyai bunga yang cantikk

pelamin yang mempunyai kombinasi warna yang cantik!

yang terkahir sekali, kalau nak buat pelamin, cariklah pelamin yang menggunakan bunga hidup.janganlah guna bunga plastikk..kesian mak tengokk..bukan apa, kalau kita guna bunga hidup baru nampak seri tu kann..lagi satu, jangan letak bnyak sangat bunga sampaikan kerusi pengantin pun tak nampak dahh..lepas tu, mulalah pengapit susah nak mengipas-ngipas..sebab ruang tak cukupp..alahhaaaii...

* adoii dah macam perunding perkahwinan pulak sheila ini..lari bidang sudahhh..hahaha..kalau turn sheila nanti, macam mana pulaklah pelamin time tu kan..entah-entah just ada kerusi jer kan..ahahaha..sedih nyaa..takpelah amalan bersanding tu cuma cukup syarat jer..biarlah berpatutan dengan kos kita..jangan lah nak buat grand-grand last-last lepas kahwin mulalah pening kepala mana nak cari duit..lainlah kalau ada orang nak sponsor macam artis-artis itu..huhuhu 

2 insan terpilih:

insanu ismail said...

pelamin yg c0melll tu cntik..nmpk simple..xserabut...:)

tengiling meinhardt said...

very nice la u punya pelamin. dekat mane u amik? i minat yang pelamin kerusi bentuk bulan. boleh u suggest dkt i x?

TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA