~CEPAT KLIK LINK INI~

Wednesday, January 9, 2013

Akhirnya VIVA Telah ku Tempuh dengan Hebatnya..

1 insan terpilih
assalamualaikum..


mungkin inilah entry terakhir sheila di negeri perlis ni..huhuu..sedih nak tinggalkan perlis tak lama lagi..setelah setahun setengah berada dekat sini untuk menghabiskan degree..banyak cabaran dan dugaan sebelum dan selepas berada di perlis yang tak pernah sheila bayangkan untuk belajar sejauh ni..sedih, suka duka semua dekat sini..nasib baik ada kawan yang sentiasa ada susah senang..huhuuu..sedihhh! tapi sebelum tu cheq nak habaq satu cerita dulu..semuanya berkaitan dengan cheq punya thesis and VIVA..





akhirnya azab thesis sudah lepas..last week telah selamatnya sheila mengharungi hari yang penuh bermakna dalam hidup ni..eh2 sheila bukan kahwin atau bertunanglah..azab yang sheila maksudkan adalah Hari Pembentangan VIVA!!


inilah hari yang ditunggu-tunggu oleh kitaorang sebagai pelajar tahun akhir degree..
bila dah lepas Viva, terasa macam dah berjaya dapat degree pulak, padahal result and konvo belum tentu lagi..hehee

walaupun masa hari bersejarah tu, sheila sebenarnya tak terasa pon dah viva..yelah bayangkan kita buat presentation dekat pangkin bangku yang kat kaki lima tu..memang tak terasa ponlah kan nervous tu..huhuu..padahal malam sebelum tu dah kalut bagai buat preparation.menghapal semua definition untuk term dalam data..haishh..tension jugak buat research ni..

note untuk di present kan masa viva..berjela-jela

persiapan malam sebelum viva


1st draft untuk diberi pada advisor dengan examiner..takdalah tebal sangat..hehe
lepas ni kena buat pembetulan sikit and lepas tu dah boleh buat hardcover untuk thesis..yahoo..lepass tu bolehlh start jadi job hunter atau suri rumah tangga..kuikuikui..selamat tinggal Perlis..hehee..InsyaAllah bulan 5 nanti kita jumpa lagi untuk hari bersejarah yang paling ditunggu iaitu KONVOKESYEN!

Monday, December 31, 2012

Persiapan untuk VIVA..tak lama lagi saya TAMAT belajar Degree

0 insan terpilih
assalamualaikum...

fuhhh lama betul dah tak menulis dekat blog ni..maaflah sebab bulan 12 sampai lah bulan 1 ni sheila agak kebizian sikit..eh bukan sikit tapi banyak..huhu..now pun sheila ada dekat uitm arau, sebab nak setelkan thesis sheila. lepas jer tamat praktikal hari tu, terus mai perlis dok sini sampai pertengahan bulan 1, kalau ikutkan boleh jer balik rumah, tapi disebabkn nk kena jumpa advisor dengan examiner, so kenalah bertapa dekat uitm arau tercinta ni buat kali terakhir.

hari jumaat ni sheila akan ada presentation VIVA..nervous, cuak, takut, tak sabar, excited semua bercampur baur..excited sebab nanti bila setel jer viva, itu bermakna tamatlah riwayat belajar degree ni..huhu..itupun kalau result bagus lah kan..kihkihkih...segala persiapan dah buat, report dah ok, dah touchup2 sikit lepas jumpa dengan advisor and examiner..hopefully everything goes well.

esok dah masuk tahun baru 2013..ermm apa ea yang nak diazamkan pada tahun 2013 ni?? first nak dapat kan kerja bagus2, kumpul duit banyak2, kumpulkan aset banyak2 lpas tu kawennn! hahahaha...mintak2 azam sheila dengan azam korang akn tercapai okay..sama sama kita usahakan!! chaiyokkk! 

p/s: tamat jer degree itu bermakna tak lama lagi sheila akan jadi penganggur terhormatt..kuikuikuii..job, please come to me!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA