arini 22 ramadhan tahun 1430 hijrah bersamaan ari sabtu telah berlangsungnya satu majlis bertajuk 'Sektor B Bersama Ramadhan'. di uitm segamat terdapat 2 sektor, A dan B. kolej zamrud iaitu kolej dimane tmpat cla tggal termasuk dalam Sektor B ni lah.
tajuk ceramah yang diadakan ialah 'Ibadah Ramadhan:Sebelum dan Selepas'.penceramah kitaorang ialah Ustaz Lokman iaitu ustaz kesayangan kitaorang.huhu. ustaz ini memang kelakar giler.mana taknya ceramah sepatutnya bermula pukul 2 petang lepas solat zohor tapi ustaz ni punye mukadimah bukan maen lagi..boleh dikatakan 1 jam mukadimah dia.sepatutnya limit abis ceramah kul 4petang tapi mukadimah jew dah 1 jam bile pulak nk mulakan ceramah yang sebenarnya kan..hmm.tapi cla suke dengar ustaz ni ketawa..comel giler..hehe
ok la..ustaz ni ada tunjukkan slide yang telah disediakan oleh dirinya sendiri yang bertajuk '7 asas pembentukan sifat hamba dan peribadi muslim cemerlang'..marilah kite renung same-same yew..
Firman allah s.w.t bermaksud, dan tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabadikan diri padaKu.(surah Al-Zariyat ayat 56)
1) solat jamaah
- berasaskan ilmu dan dilakukan dengan betul dan sempurna
- dengan niat yang ikhlas tanpa riak
- dengan khusyuk
2) puasa
3) ilmu agama
- ilmu asas agama
- ilmu motivasi agama
- ilmu penerangan agama
4) mujahadah al-nafs
- lawan kehendak nafsu yang jahat
- lawan pujukan syaitan
- lawan godaan dunia yang melekakan
5) kawan yang baik
- orang yang alim
- orang yang ahli ibadah
- orang yang soleh
6) zikrullah
- selalu sebut nama Allah
7) doa
- solat itu doa dan berdoalah dalam solat
- berdoa selepas solat dengan penuh rase keyakinan
- berdoa pada mase tertentu yang mustajab
oleh itu kita sebagai umat muslim haruslah mengikut atau melakukan setiap apa yang dinyatakan diatas supaya kelak kita akan menjadi seorang muslim yang cemerlang..sekiranya diri anda terdapat salah satu daripada asas-asas diatas, Alhamdulillah..
0 insan terpilih:
Post a Comment