~CEPAT KLIK LINK INI~

Monday, October 19, 2009

Dari Honda Cup ke Jaguar S-Type

Penceraian ibu bapa bukan penghalang kepada Mahadi Badrul Zaman untuk menjadi insan berguna kepada bangsa, agama dan negara. Keinginan untuk berjaya membawa satu transformasi hebat dalam jiwa anak muda ini. Menganggap dirinya bertuah kerana terpilih melanjutkan pelajaran ke Uitm Shah Alam dalam jurusan Diploma Sains Aktuari ia menjadi batu loncatan kepada beliau untuk meraih sebanyak mungkin ilmu di menara gading.

Mahadi menunjukkan kesungguhannya dalam akademik dengan meraih CGPA 4.00 untuk lima semester berturut-turut. Beliau kemudian berjinak-jinak sebagai perunding kewangan dengan Unit Saham Amanah di salah sebuah syarikat terkemuka. Bagaimanapun ia tidak dilakukan dengan serius kerana masih lagi mengharapkan kerja seperti mana rakannya yang lain. Lama kelamaan jiwanya tertekan melihat rakannya menikmati gaji lumayan sedangkan beliau masih lagi menunggang motosikal Honda Cup.

Namun, berkat kesungguhannya beliau berjaya mendapat pelaburan berjumlah RM100,000. Dalam tempoh lima bulan beliau mendapat pendapatan bulanan lima digit hingga pendapatannya pernah mencecah enam digit.

Dengan pendapatan yang diperolehi ini, beliau berjaya membeli kereta idaman, Jaguar S-Type dan kondominium duplex di Damansara Perdana. Yang kelakarnya, beliau membawa Honda Cup pergi tempah dan ambil Jaguar.

Beliau juga berkeinginan untuk melanjutkan pelajaran di luar negara. Sehingga kini beliau masih lagi menyimpah surat tawaran dari Universiti Macquire, Australia dan Universiti City, United Kingdom dalam bidang Sains Aktuari.

Beliau memilih untuk meneruskan minat dalam bisnes ini. Buat masa ini beliau mempunyai 2 cawangan Monalisa Private Wealth Advisor di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Sekarang beliau baru saja menerbitkan buku Jutawan Muda dan Sifu bersama Dr. Lawrence Walter Ng.
p/s: kalau Mahadi boleh memiliki Jaguar S-Type pada usia yang muda, mengapa kita xboleh.hanya dengan berusaha, kita akan mampu capai apa yang kita ingin dan mahukan..Insyaallah..

0 insan terpilih:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA