~CEPAT KLIK LINK INI~

Monday, September 28, 2009

Balik Raya ( 2nd Series )

0 insan terpilih
Hari raya kedua kitaorang di Rembau, kitaorang beraya dekat uma pakcik-pakcik yang len plak…ada satu rumah ni dia berdepan dengan uma Pak Ndak, selama ni kitaorang xtau pon tu rumah sedara kitaorang gak, tapi lepas diberitahu barula kitaorang tau..huhu

Yang best nye, dekat uma tu dia wat masakan orang Negeri Sembilan..yang paling cla excited ialah lauk kegemaran cla ada kat situ..huhuh..nak tau pe lauknye?? Pucuk ubi masak tempoyak. Memang cla tersenyum lebar la bile nampak lauk tu..ape tak nya, dah lame betul cla xmerasa lauk tu. Bile dah dekat depan mata, cla pon sambar la tanpa berkata apa-apa..haha..habis licin cla makan. Memang meletup la lauk tu..huhu

Lepas dah abis makan, kitaorang pon bergerak ke rumah Pak Ndak yang xjauh dari rumah tadi..dekat rumah Pak Ndak, kitaorang berehat sebentar…cla duduk kat kerusi 2 sampai nk tertido dah…penat sangat kot. Bile cla bangun jew, cla tengok dorang semua dah siap-siap makan kuih raye..cla ketinggalan sebentar huhu..disebabkan lambat, abis dah kuih nye..kuih kegemaran cla iaitu kuih popia gulung tu pon cla dapat rasa 3 batang jew.hhuuhu..sedih nya..

Lepas tu, kitaorang pon bergerak ke Simpang Ampat, Melaka…yang kat Melaka ni plak uma abang mak merangkap Pak Long cla..kat sana kitaorang tido satu malam…memang kecoh la..ada ke anak buah cla boleh pegi kejar ayam plak. Macam xpena tengok ayam plak. Padahal dah biasa kot and yang lagi satu klakanya angsa boleh dikatakan itik..adoiii

Pastu esoknye kitaorang pon bergerak balik. Sebelum tu g uma Mak Teh dulu kat Seremban 2. kitaorang beraya dulu kat sana. Dah abis beraya kat sana, kitaorang pon on the way la blik uma…



posing di rumah makteh

adik, me and azam

Balik Raya (1st Series )

0 insan terpilih
Hai, I’m back…setelah cla bercuti selama seminggu disebabkan hari raya, cla xdapat la nak tulis entry baru. Yela kat uma bukannya ada broadband pon.cla pon bukannya ada benda tu. So, terpaksa la menahan diri daripada menulis entry..huhu..

So, banyak x duit raya yang korang dapat?? Mesti banyak dari cla kan..yela sapela yang nk bagi cla duit raye kan.huhu…raya taun ni memang best ckit dari taun lepas. Sebabnya cla dapat balik kampong. Kampong cla kat Rembau, Negeri Sembilan. Cla blik kampong dari raya pertama sampai la raya ketiga. Habis satu Rembau tu kitaorang pusing. Saudara cla banyak tinggal dekat Bongek. Yang klakanya ada yang cla xkenal pon orang 2, tapi rupa-rupanya saudara cla jugak...huhu...layan jelakan..

Kitaorang balik kampong ni pon sebab wan beriya-iya nk jumpa ank cucu dia..dah lame xjumpe agaknya...setiap mase asyik call kitaorang tanya bile nk sampai kampong..lepas tu wan boleh plak marah kitaorang sebab xtido kat kampong. Kitaorang sebenarnya tido kat uma Pak Tam kat Bongek. Kitaorang xtido kat kampong sebab dah penuh kat kampong tu, xda tempat kitaorang nk tido..tapi upe-upenya wan dah reserved satu tempat tok kitaorang...sowila wan ea...

Mase kitaorang sampai kat uma Pak Cik yang kat Bongek gak, memang best giler. Sebabnya semua sepupu sedara ada kat situ..penuh la gak umanya..yela family sebelah arwah abah nie memang besar..kalau sekali datang dekat 100 orangnya..huhu..yang sepupu lelaki semunya maen mercun dekat halaman uma Pak Cik. Macam-macam mercun dorang persembahkan. Memang best giler la. Kitaorang siap berlawan lagi dengan kampong sebelah, siapa yang paling kuat bunyi mercun nye haha…tapi ternyata mercun kitaorang the best la.huhu


me and adik

myself

Saturday, September 12, 2009

ibadah ramadhan:sebelum dan selepas

0 insan terpilih
arini 22 ramadhan tahun 1430 hijrah bersamaan ari sabtu telah berlangsungnya satu majlis bertajuk 'Sektor B Bersama Ramadhan'. di uitm segamat terdapat 2 sektor, A dan B. kolej zamrud iaitu kolej dimane tmpat cla tggal termasuk dalam Sektor B ni lah.
tajuk ceramah yang diadakan ialah 'Ibadah Ramadhan:Sebelum dan Selepas'.penceramah kitaorang ialah Ustaz Lokman iaitu ustaz kesayangan kitaorang.huhu. ustaz ini memang kelakar giler.mana taknya ceramah sepatutnya bermula pukul 2 petang lepas solat zohor tapi ustaz ni punye mukadimah bukan maen lagi..boleh dikatakan 1 jam mukadimah dia.sepatutnya limit abis ceramah kul 4petang tapi mukadimah jew dah 1 jam bile pulak nk mulakan ceramah yang sebenarnya kan..hmm.tapi cla suke dengar ustaz ni ketawa..comel giler..hehe
ok la..ustaz ni ada tunjukkan slide yang telah disediakan oleh dirinya sendiri yang bertajuk '7 asas pembentukan sifat hamba dan peribadi muslim cemerlang'..marilah kite renung same-same yew..
Firman allah s.w.t bermaksud, dan tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabadikan diri padaKu.(surah Al-Zariyat ayat 56)
1) solat jamaah
- berasaskan ilmu dan dilakukan dengan betul dan sempurna
- dengan niat yang ikhlas tanpa riak
- dengan khusyuk
2) puasa
3) ilmu agama
- ilmu asas agama
- ilmu motivasi agama
- ilmu penerangan agama
4) mujahadah al-nafs
- lawan kehendak nafsu yang jahat
- lawan pujukan syaitan
- lawan godaan dunia yang melekakan
5) kawan yang baik
- orang yang alim
- orang yang ahli ibadah
- orang yang soleh
6) zikrullah
- selalu sebut nama Allah
7) doa
- solat itu doa dan berdoalah dalam solat
- berdoa selepas solat dengan penuh rase keyakinan
- berdoa pada mase tertentu yang mustajab
oleh itu kita sebagai umat muslim haruslah mengikut atau melakukan setiap apa yang dinyatakan diatas supaya kelak kita akan menjadi seorang muslim yang cemerlang..sekiranya diri anda terdapat salah satu daripada asas-asas diatas, Alhamdulillah..

Thursday, September 3, 2009

puasa yg berkesan

1 insan terpilih
Gejala-gejala yang berlaku semasa berpuasa:

Beberapa perkara akan berlaku disebabkan oleh pembuangan toksin dan bahan buangan ketika kita berpuasa seperti nafas berbau, peluh juga
berbau, kulit kering bersisik dan gatal, air kencing pekat dan berbau dan mungkin juga kerap kencing, buang air besar selepas beberapa hari
berpuasa, sakit kepala, lenguh badan dan demam (kesan toksin keluar dari lemak ke darah, sebelum keluar dari badan), dan mungkin juga berlaku selsema dan kahak serta lendir dan keputihan.

Pesanan: Jika gejala ini tidak serius, jangan cuba ubatkan kerana ia akan berhenti dengan sendirinya.

Cara berbuka dan bersahur yang berkesan:

(i) Berbuka dengan buah dan air bertapis yang tidak dimasak (guna water-filter).
(ii) Solat Maghrib terlebih dahulu bagi memberi peluang perut mencerna makanan
(iii) Makan makanan yang senang hadam dan kurangkan masakan berminyak, berempah dan pedas. Seelok-eloknya makan sayur, tahu dan kekacang.
(iv) Kurangkan kadar makanan dari biasa
(v) JANGAN minum air sambil makan. Insya-Allah jika makan secara perlahan-lahan, masalah tercekik tidak akan berlaku.
(vi) Minum air putih atau teh herba atau minuman yang mengandungi getah anggur, buah kembang semangkuk dan biji selasih sebanyak yang terminum. Waktu sahur elok makan buah dan susu atau sebarang makanan cecair.

Cara berpuasa yang tidak berkesan:

(i) Makan terlalu banyak (waktu sahur dan berbuka)
(ii) Makan makanan yang pedas dan berempah serta payah hadam
(iii) Makan terlalu banyak daging binatang terutama bagi pengidap batu karang, gout dan alahan.
(iv) Mengulangi makan sepanjang malam.
(v) Kurang minum air pada malam hari atau lebih minum air semasa makan
(vi) Tidur selepas kenyang makan

Makanan yang menjejaskan khasiat puasa kerana mengandungi bahan kimia:

(i) Kopi dan teh.
(ii) Air paip masak yang tidak ditapis.
(iii) Makanan yang ada bahan pengawet, pewarna, perasa tiruan seperti burger, sosej, mee segera, air tin & kotak, air squash, nugget dan
seumpamanya.
(iv) Makanan masin perlu dielakkan semasa berpuasa kerana ia menyebabkan air bertakung dalam badan (water retention)
(v) Merokok

Fasa-fasa puasa yang berjaya:

Fasa pertama (2-3hari):
Perut akan terasa lapar, badan cepat letih, cepat marah kerana kadar glukosa dalam darah rendah

Fasa kedua (3-14 hari):
Kurang selera makan, senang gelap mata, nafas berbau, lidah menjadi putih atau berdaki manakala badan menjadi lesu.

Fasa ketiga(14-akhir puasa):
Lidah menjadi bersih, nafas hilang bau, selera makan baik, tenaga mula pulih dan kadar glukosa menjadi normal kembali. Di fasa ini juga mental, emosi dan badan semakin optimum dan diri menjadi orang baru. Keadaan puasa begini hanya dicapai oleh mereka yang benar-benar mengawal makan dan minum supaya proses asidosis dan ketosis di dalam badan berjalan lancar.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA