~CEPAT KLIK LINK INI~

Saturday, January 9, 2010

memodenkan bas henti-henti


BAS baru milik CBS kelihatan moden dan ceria berbanding bas lama (gambar bawah).

TEMPAT duduk tidak selesa, lantai berbunyi dan panas berbahang bagaikan matahari. Itu antara rungutan biasa sebahagian besar pengguna perkhidmatan pengangkutan awam khususnya bas henti-henti di negeri Perak.

Dengan kebanyakan bas yang digunakan mencecah usia dua dekad dan lebih, senario penumpang terutama pengunjung dari luar negeri ini yang resah tatkala menggunakan perkhidmatan itu bukanlah menghairankan.

Bahkan bagi banyak pihak, bas awam tempatan di negeri itu dikatakan bagai langit dan bumi jika dibandingkan dengan apa yang ditawarkan pemegang-pemegang permit Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) di Lembah Klang mahupun Pulau Pinang.

Ternyata dakwaan sedemikian mempunyai asasnya jika diambil kira kondisi bas-bas berkenaan.

kalau diikutkan,bas di Segamat pun macam tu gak..bas di Segamat yang dikenali sebagai Yoe Hoe juga memerlukan perubahan dari segi physical..tapi percayalah yang bas di Klang bagi cla lagi teruk berbanding di Segamat terutama bas mini.

bayangkanlah bas mini yang hanya sebesar bas sekolah yang lame tu seboleh2nya nk disumbatkan dengan penumpang.dah la bas nye kecik bilangan penumpangnya plak dah terlebih2 muatan sampaikan ada yang kene berdiri kat tangga2 bas.patutkah perkara ini berlaku??sape yang harus dipersalah kan??adakah pemandu yang xreti bahasa yang bas tu dah penuh macam tin sardin??atau penumpang sendiri yang buta xnampak yang bas tu dah penuh tahap cipan tapi nak naek gak??

aduii..cla paling xsuke naek bas mini kat klang tu. tapi apakan daya bas mini kat sana lebih banyak dari bas cityliner.tp yang paling cla xsuka ialah bas mini tu dipenuhi dengan orang2 yang sentiasa setia dengan negara kita and xnak pergi dah negara laen..iaitu orang indon, nepal, bangladesh, and macam2 lagi la.kadang2 bile cla naek bas mini terasa macam cla tengah naek bas kat indon pun ada, bas kat bangladesh pun ada.best jugak sebb xpayah nk pergi negara2 tu tok nek bas kat sane.kat Klang pon dah dapat rase aura bile berada kat sana.hehe

apa2 pon cla harap bas mini kat Klang tu dilupuskan lah atau pon di upgradekan jadi lg panjang atau lebar..jangan sampai bas tu sampai tercabut tayar sebb penumpang penuh and padat sangat baru nk tukar sudah..huhu

1 insan terpilih:

fideila said...

ekelew..kalau boleh..ape kata kite cadangkan wat macam kat luar negara tu..bas dah macam tren..haha.tren atas jalan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA