assalamualaikum
minggu ni sangat mendebarkan, excited dan macam macam lagi perasaan yang datang. mula mula berkaitan dengan interview yang baru diadakan pada hari khamis lepas. interview tu diadakan di Padini Holdings Berhad, Glenmarie, Shah Alam. position yang diapply ialah Human Resource Officer.
mula mula banyak benda berlaku sebelum pergi interview ni. firstly kena independent dengan menaiki bus, ktm and teksi ke sana. mula mula nak suruh akak hantarkan, tapi malangnya tangan dia dijangkiti kuman, jadi xboleh nak drive. nasib baiklah ada adik laki temankan g sana, xdalah bosan sangat. alhamdulillah jugak, dapat pakcik teksi yang sangat baik dan peramah. hehe
sesampai jer dekat office dalam pukul 1 petang. appointment pukul 2petang, so kitaorang lepak2 dulu dekat lobby. seriously office dia sangat cantik! semua staff nampak sempoi..masa kitaorang sampai tu diorang tengah lunch. majoriti cina lah kan..after kul 2 petang barulah sheila naik ke atas untuk di interview. ingatkan tak ramai candidate, rupa2 nya ada 12 orang. perghh memang mencabar lah kan.
interview ni plak ada banyak stage. first ada main game. lepas dah divide by group baru game dimulakan, game nyer simple jer, just macam mana nak buat menara pakai straw dalam masa 20 minit. after that, baru sesi interview. yang itu pun divide gak, sape yang nak bahagian recruitment, sape nak bahagian payroll. so sheila decide nak buat payroll. hehe. after dah interview barulah tamat..result kuar 3 minggu lagi, tapi macam biasa sheila tak letakkan harapan sangat. ada rezki okaylah kan.
next benda penting yang sheila kena buat adalah EXAM PTD atau Pegawai Tadbir Diplomatik. seriously sheila tak sangka boleh terpilih untuk jawab exam. lagipun memang berpuluh ribu yang apply. nasib baik tempat nak jawab exam tu dekat jer. paling teruk sebenarnya sheila tak prepare pon benda ni. tapi adalah jugak sheila study pasal Dasar Dasar negara, pasal bantuan and kerajaan, belajar balik matematik masa pmr dengan spm. belajar camtu jelah. takdalah beriya sangat. tapi memang tak membantu langsung.
sheila pun mula mula nak beli buku PTD tapi kebanyakannya dah habis stock, so sheila pergilah bongkar khazanah lama kat bilik belakang carik balik buku2 yang boleh menbantu.
format untuk exam PTD ni ada 4 seksyen. sekyen A pasal pengetahuan am. ada 50 soalan jawab dalam masa 45 minit. semua objektif. so, banyak soklan berkaitan dengan kerajaan, Gagasan 1 Malaysia and macam2 lagi. so far masa jawab tu ada yang tahu ada yang blur2 so kesimpulannya ada yang hentam gak ar..hehe..seksyen B tentang daya menyelesaikan masalah, ada 40 soalan dalam masa 45 minit. semuanya pasal matematik. memang jenuh gak nak mengira percent2 tu, dahlah tak boleh pakai kalkulator. so terkedek kedek lah mengira. manalah cukup masa nak peruntukkan 1 soalan 1 minit, macam tak munasabah kan. so kesimpulannya tadi sheila tak sempat jawab, so main bulatkan jelah. hahaha..
seksyen C pasal Esei Bahasa Malaysia. yang ni sheila buat tajuk pasal kesan penggunaan media sosial dalam kehidupan rakyat. alhamdulillah boleh jawab. masa diberikan 1 jam. ayat karangan ni memang skema lah jugak. mana taknya dah lama tak buat karangan bahasa melayu.hehee
seksyen yang terakhir ialah seksyen D pasal Esei Bahasa Inggeris. sheila pilih tajuk job satisfaction. nasib baiklah sheila ingat lagi apa yang sheila penah belajar dulu tu kan. so alhamdulillah jugak boleh jawab. kesimpulannya Exam PTD ni takadalah susah mana pon. haha..result dia kuar 17 mei nanti iaitu a day after my konvo.hehe.. yang ini pon sheila tak harapkan sngat pon. sebab sheila tau the next stage lagi payah. rasa macam tak layak pulak kan nak jadi PTD ni.
p/s: sekarang masih lagi mencari kerja dengan penuh kesabaran. sheila pasti setiap usaha akan ada kejayaan, dan masanya akan tiba nanti cuma sekejap atau lambat lagi. yang pentik Allah sedang sediakan yang terbaik untuk sheila. In Sha Allah.
0 insan terpilih:
Post a Comment