~CEPAT KLIK LINK INI~

Thursday, May 30, 2013

saya sudah konvo..anda bila lagi??

assalamualaikum..

lame dah tak update blog,bukan sebab busy tapi tak tahulah kenapa sejak kebelakangan ni macam bosan je nak berblog. tapi bila tahap bosan tu dah melampau sampai tak tahu nak buat apa, maka blog jugaklah tempat sheila hilangkan kebosanan.hehe

okay last two weeks sheila dah selamat berkonvokesyen di Uitm Arau, Perlis..jauh benor nak berkonvo kan. kalau dulu masa diploma sheila konvo dekat Uitm Shah Alam. sekarang degree kenalah konvo kat Perlis. mungkin inilah kali terakhir sheila akan jejak kan kaki dekat sana.huhuuu sedih.

banyak sangat memori dekat sana. mula mula sheila memang taknak belajar dekat sana dan hampir2 nak tolak tawaran tu.tapi atas nasihat family tetap teruskan jugaklah. bukan apa, sheila taknak dah belajar jauh2 sebenarnya. yelah sheila pun bukannya orang senang. kalau belajar jauh sah2 lah kos pun tinggi kan.

lepas tu sheila terpaksa alami episod sedih seorang diri kat sana. masa tu hanya kawan je tempat sheila nak happy2, walaupun dekat luar sheila mampu senyum tapi dalam hati hanya Allah sahaja yang tahu. disebabkan sheila jauh dekat sana jugaklah menyebabkan sheila tak dapat tatap wajah arwah wan buat kali terakhir. masa dapat panggilan yang arwah wan dah meninggal masa tu sheila dalam kelas, mula2 dapat tahan sedih tapi lama kelamaan mengalir jugak airmata ni. nasiblah ada kawan yang memahami.

selain itu, bila belajar jauh2 ni apa yang seronoknya sheila dapat pergi tempat orang yang dulu sheila tak terpikir pun dapat pergi. tak pernah pun lah terdetik kat kepala ni nak belajar jauh sampai ke perlis. banyak benda yang tak dapat di lupakan contohnya cuaca yang ekstrem kat sana. kalau panas tu memang sampai 39 darjah celcius.lepas tu dapat makan makanan yang sedap2, jumpa dengan orang sana yang sangat peramah. dapat makan harumanis yang tempat lain tak boleh dapat.

lagi satu, sheila berbangga lah dengan diri ini sebab dapat survive seorang diri dekat sana masa mula2 tu. hehehe.

setelah berhempas pulas selama 2 tahun dekat sana, akhirnya secara rasmi sekarang sheila adalah pemegang Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia dengan Kepujian. Alhamdulillah! banyak kesukaran semasa belajar yang sheila kena tempuh. tapi berkat pertolongan kawan2 akhirnya dapat grad dengan Kelas Kedua Tinggi pun kira bersyukur.













2 insan terpilih:

Botak said...

bes belajar jauh²., sebab masa ni lah nak tengok tempat orang., cuma yg tak besnya kalau ada ape² masalah..

btw., tahniah..

closed said...

salam kak.
saye reader baru.
nak tnye degree in hr ni mcm mne ek.
blaja ape, skop keje mcm mne.
husnamubin.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA