~CEPAT KLIK LINK INI~

Sunday, February 7, 2010

oh bantal busuk ku!!


BU, mana Kiki?” soal anak kecil itu kepada ibunya. “Tak payah bawa Kikilah. Kita nak pergi stesen minyak saja,” balas ibunya. “Ala, nak Kiki juga....” rengek anak sulung daripada tiga beradik itu kepada ibunya lagi.


Kiki yang dimaksudkan kanak-kanak comel berusia enam tahun ini adalah anak patung Garfield yang sudah berwarna pudar. Anak patung ini menjadi teman karib si comel ini sejak dia berusia satu tahun lagi.


bantal busuk sudah cukup sinonim dengan kanak-kanak. setiap ibu bapa seringkali menyediakan bantal untuk ank mereka. oleh itu ank-ank kecik itu akan terbiasa dengan bantal mereka yang akhirnya bile lame digunakan ia akan menjadi busuk..jadi itulah sejarah bagaimana bantal busuk tercipta.huhu


tapi kalau nk tau bagi mereka yang begitu setia dengan bantal busuk mereka, smpai ke dewasa pon mereka akan tetap dengan bantal busuk tu..bukan ape, sebenarnya mereka sudah terbiasa. bile tido bantal busuk itula yang jadi teman setia. so bile bantal busuk jauh dari kite terasa sunyi pula..


selalunye perempuan yang mempunyai bantal busuk.tapi jangan terkejut sebb lelaki pon ada bantal busuk..cuma mereka ego je nk cakap yang dorang ada bantal busuk.huhu. tadi saya terbaca paper pasal bantal busuk ni..and nk tau jugak apa sebbnya sebb dulu pon saya da bantal busuk.hehe.


Menurut Pakar Psikologi Kanak-kanak dari Institut Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa, Dr. Mastura Badzis berkata tabiat tidak mahu renggang dengan bantal ini dipanggil clinging behaviour atau tingkah laku yang bergantung kepada sesuatu benda dan tidak mahu berenggang dengannya. Ia tidak terhad kepada bantal atau anak patung sahaja, sesetengah kanak-kanak menjadikan kain selimut tertentu, sapu tangan dan seumpamanya sebagai objek selesa mereka.


em dulu pon saya da kain busuk and bantal busuk..tapi kain busuk tu telah dibuang depan mata saya sendiri masa nk sahur..sangat sedih tapi time tu bukan dipaksa buang tapi saya sendiri merelakan..huhu..mase tu baru 6 tahun.terus xleh tido. tapi xkanla nk amik balik kan,terpaksa la carik ape2 kaen sebagai pengganti sementara.huhu


Biasanya tabiat itu bermula di rumah dan berlaku kepada kanak-kanak yang kurang stimulasi dan mahukan sesuatu atau peneman untuk menenangkan diri mereka. Kanak-kanak yang begini akan memegang bantal, kain atau anak patung sebelum tidur kerana rasa ingin ada seseorang bersama mereka


selain itu, perlakuan menggentel bantal atau kain ini seakan memberi kanak-kanak tadi ketenangan dan keselesaan sehingga menjadikan mereka asyik. Dek keasyikan menggentel bantal tadi membuatkan mata mereka mudah terlelap dan perkara ini berulang-ulang sehinggalah ia menjadi satu tabiat yang sukar dikikis.


ok, kelakuan ni same macam anak buah saya, ammar.dia kalau sebelum tido tangan dia selalu merayap..kalau wan dia tidokan dia, ammar suke sgt gentel2 taik lalat wan dia tu..pastu baru dia boleh tido. bukan taik lalat jew, kadang2 idung, mata, telinga, kaki n tangan pon dia meraba2 nk pegang..isy2.


selain itu, sesetengah kanak-kanak ini juga berbual dengan bantal atau anak patung kesayangan mereka. Ini merupakan satu cara untuk mereka berkomunikasi dan ia dipanggil teman imaginasi (imaginary friends). Sebenarnya mereka mahukan seseorang untuk meluahkan perasaan, namun disebabkan kesibukan ibu bapa atau pengasuh, luahan itu terpaksa disalurkan kepada teman imaginasi tadi,” kata beliau.


tapi bagi kanak-kanak diorang da bahasa kedua tok 'berbual' dengan bantal diorang tu..sebab tu kadang-kadang kite xpaham apela yang bbudak ni cakap sowg2. tapi jangan cakap dia giler pulak..cian dia..


oleh itu, masa yang terbaik untuk memisahkan kanak-kanak ini adalah ketika umur mereka mencecah tiga tahun. Sebaliknya jika dibiarkan perlakuan ini mungkin akan berterusan sehingga mereka dewasa.


Namun, terdapat juga kanak-kanak yang boleh berpisah dengan teman akrab mereka ini dengan sendirinya selepas memasuki taska kerana malu kepada rakan-rakan yang lain. mugkin sya salah seorang kot yang melalui perkara ni..hehe


p/s: tapi kalau dah kawen tu jangan la bawak sekali bantal busuk tu..wat kacau jew..hheehe

0 insan terpilih:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA