~CEPAT KLIK LINK INI~

Friday, April 30, 2010

unbelievable!!

0 insan terpilih
entry kali ini tak panjang. tak tahu nak tulis ape..aku sudah ketandusan idea..hhuhhu..hmm, dekat dunia ini banyak benda UNBELIEVABLE yang kita rasa macam tak percaya tapi benda tu sebenarnya ada. kadang-kadang kita pun terpikir macam mana lah diorang boleh nak cipta sesuatu yang tak pernah dipikir dek orang len. lepas tu kadang-kadang banyak jugak benda yang UNBELIEVABLE berlaku kat sekeliling kita. and kita pun akan terpikir macam mana lah dia boleh buat macam tu..so, kesimpulannya banyak benda UNBELIEVABLE ada kat dunia ini..hehe.so layan jela picture-picture ini ok..

unbelievable things - unbelievable photo

unbelievable things - unbelievable photo
macam mana nak tido ini??

unbelievable things - unbelievable photo
fuhh, memang sedap nak tido..

unbelievable things - unbelievable photo
fuhh, innovative..

inilah dia tugu kereta..hehe

jangan pandang sebelah mata ea..ni bakal A.Samad Said ini..

memang sebuah kedai yang berjimat-cermat..

kalau kena lenyak memang sedap ni..haha

mana satu orang, mana satu barang ni? konpius2..

ini baru dikatakan jimat kain..hehe

unbelievable things - unbelievable photo
wah.. i like..

real or not... - unbelievable photo
menakjubkan..

optical illusion, phtography - unbelievable photo

optical illusion - unbelievable photo
adakah korang nampak apa yang aku nampak??hehe.

sorilah ye kalau picture-picture kat atas tu bukan pelik pun bagi korang..hehe

Thursday, April 29, 2010

apa kamu akan buat bila nampak sebuah lori terbalik?

0 insan terpilih
apa korang akan buat bila nampak sebuah lori terbalik di atas jalan raya. maybe ada di antara anda akan berhenti dan melihat apa yang telah berlaku dan cuba tok buat-buat menyibuk kat situ. atau anda akan meneruskan perjalanan kerana sakit punggung and kaki tekan brek sebab jalan jem hanya disebabkan sebuah lori termasuk dalam longkang.isy2.

tapi apa akan anda buat bila nampak sebuah lori yang membawa muatan beribu-ribu kotak beer terbalik di atas jalan raya??adakah anda akan mengutip botol-botol beer yang tak pecah lagi atau sekadar melihat sahaja??



apa pula yang akan anda lakukan jika anda sedang melalui sebuah highway yang sesak dan rupa-rupanya ada sebuah lori terbalik di hadapan. yang palik tragik nya adalah lori itu membawa muatan berjuta-juta ekor lebah..eii seram.lebih baik kita tutup cermin rapat-rapat..huu


apa pula yang korang akan lakukan bila melalui sebuah highway dan jalan sangat lah sesak and kita pulak dah terlambat nak ke tempat kerja hanya disebabkan sebuah lori terbalik. yang lebih dasyatnya adalah lori yang terbalik itu membawa muatan ALLIGATOR..arghhh!!! nak patah balik tak boleh so terpaksa redah jela. tapi jangan tutup mata. kalau tak bertambah banyak la kereta accident nanti.hehe

alligators in truck

kalau korang melalui sebuah jalan dan jalan tu sekali lagi jem disebabkan oleh lori terbalik lagi apa yang korang akan buat??marah driver tu sebab tak bawak lori betul-betul atau buat dek jew?? macam mana pulak kalau lori yang terbalik tu bawak muatan berjuta-juta buah orange??wah kalau aku, sampai je kat situ aku bukak pintu, kutip oren jela..haha


tak tahu la apa nasib korang kan, bila jalan sesuatu tempat je mesti ada lori terbalik. malang betul lah..hmm..macam mana pulak kalau lori yang terbalik tu bawak beribu-ribu keping LOTERI?? ha..bagi yang Islam jangan lah gatal tangan nak kutip pulak. memang la kamu tak beli tapi kalau kutip dikira haram jugak..hhuuuhu. ntah-ntah ada diantara tiket yang kamu kutip tu adalah jackpot siapa tahu..hehe


what would you do if the highway that you use are jammed??(ceh cakap london lak)uhhu..bukan jem biasa sebab ada kura-kura lintas ke hapa. tapi disebabkan lori terbalik lagi sekali. tapi lori yang terbalik ni bukan calang-calang punya lori. tapi lori ni bawak CASH!!! arghhh pakcik kayo!!! huhuh..agak-agak korang nak kutip ke tak ek??kalau tak kutip membazir pulak. kalau kutip rasa macam jahat pulak. dibuatnya duit tu nak buat derma ke..tapi kalau dah rezeki depan mata sapu jelaa..hahha


so, berdasarkan situasi di atas, agak-agak korang nak buat apa??jujur ea..hehe

manusia dan buku 555

3 insan terpilih
pagi ini tamat sudah aku menjawab paper Ecomal aka Ekonomi Malaysia. lepas ini ada lagi 2 paper yang sedang menunggu aku untuk menjawab dengan ghairah dan excitednya. excited bukan bermaksud aku confident giler nak jawab dan betul-betul dah ready nak jawab sampaikan confident giler boleh dapat A++ tapi excited nak jawab sebab aku tak sabar dah nak balik and nak peluk-peluk kekasih hatiku tu iaitu Ammar Mirza.hehe..Korang jangan salah paham pulak ea dia tu bukan pakwe aku ke, skandal aku ke, kucing aku ke, tapi dialah anak buah aku yang debab.haha.


ok, sekarang aku bukan nak story morry pasal si debab tu, tapi aku nak cerita pasal a person with buku 555. korang mesti dah tau pasal buku 555 tu kan. buku tu sangat penting dalam kehidupan seharian kita ( dalam kehidupan aku belum lagi lah).hehe. kadang-kadang kita taknak pun buku tu tapi kita terdapat pulak buku tu samada diutarakan oleh pekedai runcit yang kita selalu beli sayur atau ikan, ataupun peniaga yang menjual karpet, kain ataupun perabot. lagi satu kita taknak pun buku tu tapi orang tu dah nak bagi kat kita free-free so takkan nak tolak pulak kan...hhuuhu

masyarakat sekarang ini suka sangat bersaing sesama jiran, saudara, kawan ataupun adik beradik. semuanya dia nak lebih. jiran sebelah beli perabot mahal kita pun sibuk jugak nak perabot mahal padahal duduk kat rumah setinggan je dik oii..lagi satu, kalau lelaki ini nampak je kawan tukar kereta baru, spotrim baru, dia pun sibuk nak tukar jugak. kalau kawan tu punya kereta besar, dia nak lagi besar, kalau boleh lagi besar dari lori..huhu.apa nak jadi lah..cermin lah cikit diri tu. kalau takda duit buat lah cara tak ada duit. jangan disebabkan nak bergaya jadi papa kedana..isy.

dalam situasi ini, wanita lah yang kuat sangat nak bersaing. bersaing ke arah yang sihat takpe, tapi yang ini bersaing ke arah mendapatkan hutang.huhu. sebenarnya ada sesetengah perempuan ni tak kisah sangat pasal hutang-piutang ini asalkan diorang dapat apa yang diorang nak tapi yang memeningkan kepala nak bayar hutang tu adalah cik abang kita. kalau cik abang kita tu dah botak sebelum masanya, janganlah kita merungut dan marah, sebabnya ia adalah silap kita jugak sebab cik abang kita tu selalu berpikir macam mana lah nak langsaikan hutang yang dah kita buat bertimbun-timbun tu..kesian-kesian

tapi sebagai pelajar pun kita tak lari dari hutang. belum bekerja dah ada hutang.belum beli kereta dah ada hutang kena bayar. bukan seratus ke dua ratus ke tapi beribu. itulah penangan PTPTN. kalau kita nak berhutang boleh, asalkan kita pandai and tahu nak bayar balik. kalau kita dah pinjam tapi tak reti nak bayar balik alamatnya rumah kita akan di baling cat merah la.huhu tapi itu dalam konteks kalau kita pinjam kat along. masa nak meminjam bukan main ayat, berbunga-bunga cinta lagi, tapi bila time nak bayar balik terus lesap entah kemana..isy-isy

jadi kepada sesiapa yang suka berhutang itu cepat-cepat lah bayar hutang. jangan nak tunggu hutang tu dah berjuta-juta ringgit baru nak bayar k. kalau nak berhutang boleh tapi tunggulah hutang yang lama tu setel dulu ok. kepada sesiapa yang aku pernah hutang, kira halal jelah ea..hehe

Sunday, April 25, 2010

disebabkan kau bilik aku porak peranda!!

2 insan terpilih
semalam, masa itu dalam pukul 12.30 malam. aku study kat bilik sorang-sorang. rumate aku pulak pergi bilik kawan dia. tiba-tiba, time aku tengah nak rehat kejap aku terpandang la dekat lantai. lepas tu nak di jadikan cerita aku ternampak kelibat satu makhluk ini berlari laju terus masuk dalam almari rumate aku. aku time itu dah nak menjerit tapi memandangkan waktu dah lewat, aku control la ayu kejap padahal dalam hati dup dap dup dap macam baru jumpa orlando bloom..huhu

lepas itu, aku terus message rumate aku. " khalida katne? datang bilik kejap"...then, rumate aku pun sampai. lepastu aku pun bagitau lah dia..

aku : khalida, tadi akak nampak da satu binatang masuk almari khalida
khalida: binatang apa? (sambil membuka almari)
aku : binatang nya besar ada ekor panjang..
khalida : oo cicak kot sebab hari tu ada cicak besar masuk dalam almari..(ayat nak sedapkan hati.huhu)
aku : tak! ini bukan cicak..yang akak nampak tu lagi besar dari cicak..ANAK TIKUSSS !!
khalida : ha! (terus melompat atas katil)..akak biar betul..
aku : iye betul khalida..akak nampak. dia datang dari meja khalida..
khalida : mana kak..xda pun (sambil mengeluarkan segala khazanah di dalam almari, manakala tangan disebelah pula tak lekang dengan penyapu)

sambil khalida tengah godek-godek almari dia, aku pun sambung study sikit sebab esoknya tu aku ada exam fin. then, budak depan bilik aku ternampak pulak khalida tengah kemas-kemas almari dia.

sha : wah khalida rajinnya mengemas malam-malam buta ni
khalida : biasalahh (padahal aku tengah cari anak tikus la oii)
aku : mengemas la sangat sha. sebenarnya da binatang masuk.
sha : binatang apa?
aku : anak tikus!!
sha : ha?!! (terus lompat atas katil aku). betul ke ada anak tikus?? kat mana dia. meh sini sha tengok..(konon berani.huhu)

sambil diorang mengerjakan almari khalida, aku pulak sambung study (padahal dah tak boleh nak masuk dah study nye). sambil tu aku jeling-jeling kat lantai takut-takut tikus tu kat bawah kaki aku ke tetiba.huhu

aku : ada tak? (banyak tanya je tapi tak tolong pun sebab aku takut hoho)
khalida : tak da pun kak
aku : cuba khalida tarik laci khalida sampai habis. keluarkan laci tu.
sha : meh sha tolong tarik sebelah sini..

***bila laci sudah di tarik**

sha : tak da pun..kosong je..
***tiba-tiba***
khalida : ha!! tu dia, aku dah nampak dah..eii geli...(sambil melompat-lompat atas kerusi. aku pulak dah terus berdiri atas kerusi..huhu..geli doe.)

dekat setengah jam kitaorang berdiri atas kerusi. masing-masing takot nak halau..sebab geli.huhu..lepas tu sha pun panggil la mek (wingmate aku ini orang kelate)..mek pun datang la dengan konconya aka rumate dia..hoho

yang si mek ni boleh pulak dia agah-agah si tikus tu..ingat baby ke nak agah-agah..aku dah duduk betul-betul kat hujung katil tu.huhu. mek dengan berani nya terus menghayunkan penyapu aku ke arah tikus tu..dah la tak bagi amaran. dah masing-masing menjerit terlompat-lompat sampaikan si mek ni boleh terjatuh dari kerusi..huhu. disebabkan kau tikus, bilik aku dah jadi macam kapal perang..huh.

lepas tu mek dengan selambanya terus menghayunkan penyapu menghalau tikus tu keluar ibarat seorang atlet sukan menghayunkan kayu hoki memukul bola masuk ke gol.. dan akhirnya..GOLLLL!!!..adoii..yang mampu aku lakukan hanyalah ketawa dan ketawa sampaikan muka aku ini dah naik bengkak rasanya..hhuuhu.

itulah dia kisah aku pada malam semalam. hanya disebabkan anak tikus porak peranda bilik aku..terima kasih kepada mek, sha and zie, sebab sudi tolong kitaorang..lepas ini kalau ada binatang masuk kitaorang panggil korang lagi ea..hehe. k adios amigos.

Tuesday, April 20, 2010

pendaki solo berjaya selesaikan misi

0 insan terpilih


just a simple entry untuk hari ini. hari ini malaysia melakar sejarah lagi sekali, dan sekaligus mencatat rekod apabila pendaki solo, Mohd Noor Mat Amin telah berjaya menamatkan misi beliau sekaligus menjadi manusia pertama di dunia menakluk Gunung Kinabalu sebanyak 111 kali. tahniah kepada beliau. ia sedikit sebanyak telah mengharumkan nama negara. berkat usaha gigih beliau walaupun banyak cabaran dan dugaan yang ditempuhi ketika mendaki telah berjaya beliau tempuh dengan sabar. dimana ada kemahuan, disitu ada jalan. tahniah.

Monday, April 19, 2010

lelaki hodoh bersama wanita cantik

6 insan terpilih
"wow!! awek dia cun siot..tapi cuba kau tengok pakwe dia tu. macam tak sesuai je aku tengok. macam manalah dia boleh dapat awek cun macam tu ek?? ni mesti ada pakai something ini. aku yang hensem ini pon tak dapat awek secun girlfriend dia tu..bahkan takda langsung awek adalah..huhu..apelah nasib aku ini"

hehe..korang semua jangan terkejut pulak bila baca dialog kat atas itu.. itu cuma rekaan aku semata-mata jew. mungkin dialog itu ada orang pernah guna masa tengah lepak-lepak kat warung mamak ke setelah melihat sepasang kekasih ibarat beauty and the beast..haha (tak baek aku ni).

mungkin ramai antara kita pernah tengok atau terserempak dengan sepasang kekasih yang bagi kita tak macam pinang di belah dua pon..malah macam dibelah-belah sampai hancur..huhu. bila kita tengok si lelaki itu biasa jew. tak lah hensem mana pon. tapi bila kita pandang awek sebelah dia, fuyoo meletup..meleleh air liur tengok..hehe

agak-agak korang la kan, apa agaknya tips-tips yang diorang ini pakai ek sampai boleh tackle awek cun tu. hmm. bagi aku la kan, maybe si lelaki tu pakai ayat-ayat manis kot sampaikan si perempuan tu boleh cair dengar..haha. tapi aku rasa betullah, sebabnya banyak dah aku dengar experience orang lain yang lelaki yang takda rupa ini sebenarnya pandai berkata-kata. tak macam orang lelaki yang hensem. dah la perasaan hensem, ayat pulak nak control macho..aduyai..

tapi aku respect gak kat perempuan tu, sebabnya dia tak pandang rupa. yelah perempuan cantik macam dia mesti nak yang setanding aka yang hensem jugak. so bila diorang kahwin nanti adalah jugak orang cakap bagai pinang di belah dua..huhu. takdalah makcik-makcik kat dapur atau bawah khemah tu mengumpat tak habis-habis. bukan diorang yang mengadap 24jam pun.kecoh je lebih..huh (emo sebentar)

tapi maybe da orang beranggapan jugak yang lelaki ini mesti dah sapu minyak dagu ke kat perempuan ini sampai kan perempuan ini boleh gila bayang kat dia..especially orang-orang kat kampungla..suka sangat pikir macam tu..tak baik tau kak non. dah memang rezeki dia nak dapat perempuan cantik. janganlah kau nak jelez pulak. haha. mentang-mentang dia tak pandang kau, kau nak cakap camtu pulak..kak non-kak non..

sebenarnya kalau tak nak lelaki itu jadi macam beast sepanjang masa, yang si beauty ini boleh jugak hulurkan bantuan, ringankan beban (macam tagline bersamamu pulak) dengan make overkan si lelaki ini. mesti disebalik beast dia tu terselindung kehensemannya. janganla jadi macam lelaki yang hensem tapi haprak takda. asyik nak memukul, memaki hamun, bila kahwin nak mintak cerai. macam ini ke nak di buat pasangan?? mak tak suke tau amik kau jadi menantu mak..haha


amber chia dan suami (dah berumur tapi hensem jugak)

walaupon tak sepadan tapi bahagia tau

heidi klum and seal

supermodel antarabangsa bersama suami

yang penting anak-anak sekalian, hati itu penting. hati dan rupa perlulah seiring. Islam sendiri sukakan kecantikan. janganlah kamu tengok luaran sahaja sedangkan dalaman hancur berkecai. lebih baik kita kenal dalaman dahulu barulah kita pandang sisi luarannya. lepas tu jangan pulak suke mengomen. ada je yang tak kena di mata dia. kita mesti ingat ye anak sekalian, tak semua orang tu sempurna. ok. sekian sahaja tazkirah kita pada hari ini. renung-renungkan dan selamat beramal..

Sunday, April 18, 2010

kisah artis bercerai

0 insan terpilih
sejak akhir-akhir ini, semakin banyak kisah, berita, khabar angin, ribut, taufan tentang artis bercerai. aku pun tak paham la dengan artis zaman sekarang ini. bercerai je tau. kan bercerai tu dilarang dalam Islam. tak paham-paham lagi ke diorang ini..ke nak tolong aku pahamkan?? hehe

kadang-kadang aku pun pelik jugak. iyelah dah dapat suami hensem, kaya, berpangkat, isteri cantik, meletup, comel, bergetah pun nak bercerai jugak..huhu..tapi aku respect la sebab dari situ aku tahu diorang mesti tak pandang harta and rupa punya..huhu (iyolah tu)..

lepas itu, lagi satu yang aku rasa pelik nya ialah, masa bercinta bukan main lama, bahagia, happy ever after and kahwin tapi lepas kahwin tup-tup tak sampai berapa bulan je dah bercerai..adoii..memangla jodoh semua terletak di tangan Tuhan tapi kenapa masa berpakwe-makwe bukan main bahagia lagi tapi bila bersuami isteri hancur berantakan??

lepas itu, artis-artis ini, rasanyalah kan diorang ini tak pikir panjang lah. yelah asyik-asyik bercerai..itu jelah kerja diorang. cubalah pikir dulu sehabis-habis sebelum membuat keputusan nak bercerai..setiap masalah itu ada jalan penyelesainnya..masa bercintan-cintun dulu ada jugak bergaduhkan tapi boleh je settlekan. takkan la masa dah berkahwin terus tak tahu macam mana nak settlekan..(nak aku ajarkan tak??)huhu

lagi satu yang aku rasa frust sangat sebab masa artis-artis ini berkahwin, bukan main grand lagi..sampai jadi wedding of the year gitu, tapi tak berkekalan jugak..membazir je tau..kita dah hebohkan satu dunia pasal wedding kita tu tup-tup bercerai jugak..huhu..kalau gitu lebih baik buat majlis yang simple-simple je tapi berkekalan hingga akhir hayat..i like gitu..

contoh pasangan yang telah bercerai..









takpelah, soal jodoh semua di tangan Tuhan, aku tak berhak nak komen apa-apa. tapi selagi boleh diselamatkan, baik kita berusaha..fikirlah anak-anak kita tu (kalau ada anak)..janganlah bila dah bercerai mula lah nak bukak rahsia pasal pasangan masing-masing..sangat berdosa tau. lagi-lagi dia tu pernah jadi suami atau isteri kita. ingat! syurga isteri terletak di kaki suami..

semoga lepas ini tak dengar lagilah cerita, berita, kisah, khabar angin pasal artis bercerai..i dont like ok..biarlah cerita itu pasangan itu je tau..yang wartawan toksah la nak sibuk-sibuk..tak baik tau..ok..semoga kalian diluar sana berbahagia bersama pasangan masing-masing..adios amigos.

Thursday, April 15, 2010

The Tales of Colorful Thinking

0 insan terpilih
last Tuesday, our class had done a drama. there are two group in each class. our group consists of 19 members include me. our drama title is ' THE TALES OF COLORFUL THINKING'. we all had so much fun..semua kerja keras yang kitaorang buat selama ini sangat memuaskan..memang best semua!! ada yang sanggup sewa baju pengantin untuk drama ini, beli topeng and macam-macam lagilah. dua-dua group yang involve drama memang meletup..group lagi satu memang touching habis..congrats..tapi group kitaorang tetap the best..ehehe..anyway congrats to all friends sebab berjaya mempersembahkan drama masing-masing dengan jayanya and we had so much fun and happiness together..so enjoy this picture..
















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA