~CEPAT KLIK LINK INI~

Monday, April 19, 2010

lelaki hodoh bersama wanita cantik

"wow!! awek dia cun siot..tapi cuba kau tengok pakwe dia tu. macam tak sesuai je aku tengok. macam manalah dia boleh dapat awek cun macam tu ek?? ni mesti ada pakai something ini. aku yang hensem ini pon tak dapat awek secun girlfriend dia tu..bahkan takda langsung awek adalah..huhu..apelah nasib aku ini"

hehe..korang semua jangan terkejut pulak bila baca dialog kat atas itu.. itu cuma rekaan aku semata-mata jew. mungkin dialog itu ada orang pernah guna masa tengah lepak-lepak kat warung mamak ke setelah melihat sepasang kekasih ibarat beauty and the beast..haha (tak baek aku ni).

mungkin ramai antara kita pernah tengok atau terserempak dengan sepasang kekasih yang bagi kita tak macam pinang di belah dua pon..malah macam dibelah-belah sampai hancur..huhu. bila kita tengok si lelaki itu biasa jew. tak lah hensem mana pon. tapi bila kita pandang awek sebelah dia, fuyoo meletup..meleleh air liur tengok..hehe

agak-agak korang la kan, apa agaknya tips-tips yang diorang ini pakai ek sampai boleh tackle awek cun tu. hmm. bagi aku la kan, maybe si lelaki tu pakai ayat-ayat manis kot sampaikan si perempuan tu boleh cair dengar..haha. tapi aku rasa betullah, sebabnya banyak dah aku dengar experience orang lain yang lelaki yang takda rupa ini sebenarnya pandai berkata-kata. tak macam orang lelaki yang hensem. dah la perasaan hensem, ayat pulak nak control macho..aduyai..

tapi aku respect gak kat perempuan tu, sebabnya dia tak pandang rupa. yelah perempuan cantik macam dia mesti nak yang setanding aka yang hensem jugak. so bila diorang kahwin nanti adalah jugak orang cakap bagai pinang di belah dua..huhu. takdalah makcik-makcik kat dapur atau bawah khemah tu mengumpat tak habis-habis. bukan diorang yang mengadap 24jam pun.kecoh je lebih..huh (emo sebentar)

tapi maybe da orang beranggapan jugak yang lelaki ini mesti dah sapu minyak dagu ke kat perempuan ini sampai kan perempuan ini boleh gila bayang kat dia..especially orang-orang kat kampungla..suka sangat pikir macam tu..tak baik tau kak non. dah memang rezeki dia nak dapat perempuan cantik. janganlah kau nak jelez pulak. haha. mentang-mentang dia tak pandang kau, kau nak cakap camtu pulak..kak non-kak non..

sebenarnya kalau tak nak lelaki itu jadi macam beast sepanjang masa, yang si beauty ini boleh jugak hulurkan bantuan, ringankan beban (macam tagline bersamamu pulak) dengan make overkan si lelaki ini. mesti disebalik beast dia tu terselindung kehensemannya. janganla jadi macam lelaki yang hensem tapi haprak takda. asyik nak memukul, memaki hamun, bila kahwin nak mintak cerai. macam ini ke nak di buat pasangan?? mak tak suke tau amik kau jadi menantu mak..haha


amber chia dan suami (dah berumur tapi hensem jugak)

walaupon tak sepadan tapi bahagia tau

heidi klum and seal

supermodel antarabangsa bersama suami

yang penting anak-anak sekalian, hati itu penting. hati dan rupa perlulah seiring. Islam sendiri sukakan kecantikan. janganlah kamu tengok luaran sahaja sedangkan dalaman hancur berkecai. lebih baik kita kenal dalaman dahulu barulah kita pandang sisi luarannya. lepas tu jangan pulak suke mengomen. ada je yang tak kena di mata dia. kita mesti ingat ye anak sekalian, tak semua orang tu sempurna. ok. sekian sahaja tazkirah kita pada hari ini. renung-renungkan dan selamat beramal..

6 insan terpilih:

nursarah said...

tak baik kan membanding2 kan kata org tak padan ke hapa, cuba kalau org mengata kita plak, cam mana perasaan. ehehe.

salam kenal, 1st time datang cni.. suka cara kamu tulis entry. ayat penuh. best baca!

~0~ said...

terima seadanya...hehehhe

fideila said...

tq sarah..bangga ada orang puji.haha

nuriz said...

mesti ada sesuatu yang membuat kan org tu tertarik, ht dan budi yg cantik kot

Nurhidayah Bahari said...

mmg ramai psgn mcm ni..rahsia tuhan..hidup saling melengkapi..putih dgn hitam..kurus dgn gemuk..tinggi dgn rendah...papepun post u mmg reality..like it!

Anonymous said...

Mengarut je hidup saling melengkapi,,wujud ke manusia mcm tu ke ayat semata2,llaki baik utk prmpuan baik,llaki jahat utk prmpuan jahat=from al-quran - pendapat manusia biasa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA