~CEPAT KLIK LINK INI~

Sunday, October 28, 2012

Kenangan Hari Raya Korban di Kampung dan Mandi di Hotspring Gadek

0 insan terpilih
assalamualaikum..

masih belum terlambat untuk sheila ucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha kepada semua umat Islam. sheila baru saja balik dari kampung di Kg Selemak,Rembau, N9..seronok betul bila dapat balik kampung dan rugi sangatlah bagi mereka yang tak ada kampung dan beraya di bandar tu. ini jelh peluang yng kita ada untuk bersama saudara mara yang jauh.

mak sibuk memotong

kaum adam sibuk melapah


pada hari raya korban, kami saudara mara sepakat untuk menumbangkan 2 ekor lembu. dan dibahgikan kepada mereka yang mengambil bahagian dan selebihnya di sedekahkan kepada penduduk kampung. setiap tugasan telah dibahagikan. satu kumpulan melapah lembu pertama dan satu kumpulan lagi melapah lembu ke dua. kaum adam kerja diorang of courselah melapah, manakala kerja hawa memotong motong daging untuk dibhagikan dan di masak.

sempatlah jugak sheila tolong diorang semua memotong daging. masa diorang letakkan batang pinang lembu tu dalm besen, isyy masih bergerak lagi daging tu..geli pulak tengok..ada jugak rumput yang dimakan lembu tu masih tak dihadam. kalu bab bau jangan cakaplah, darah sana sini..perghh tahan jela kan..

lepas jer dah siap potong memotong maka, sesi memasak pula berjalan. menu utama of course daging. ada daging salai, daging masak kicap, daging masak lemak cili api, sup ekor dan macam macam lagi.





selesai sesi makan, belah petang ada diadakan mini family day. just main baling bola dekat tin dekat tin dan baling dart. ini memang rutin kitaorang, sukan tetap kena selitkan bila dah berkumpul. selalunya main futsal tu wajib bila berkumpul saudara mara semua.



belah malam pula, sheila dengan cousins semua pergi mandi dekat hot spring Gadek, Melaka. actually benda ni tak rancang. diorang ajk, sheila pun ikutlah. ada dalam 10 orang yang join. dan semuanya cousins yang belum berkahwin lagilah kan..bagi pakcik makcik atau mereka yang dekat rumah tu, aktiviti wajib diornag pulak adalah tengok movie yang di pancarkan dekat skrin putih. sambil tengok movie, sambil berborak. ingatkan bila kitaorng balik dalam pukul 1.30 pgi tu diorang semua dah tido, tapi rupanya tak lagi. masih duduk kt luar tengok movie..huhuh..



jadi, itulah sebahagian aktiviti sheila pada hujung minggu ini..minggu depan kena balik perlis. as usual kena jumpa lecturer kan. next week nyer pulak, kitaorang ada family day dekat Melaka..jadi tunggu jelah entry terbaru dari sheila nanti ea..bubye...wasalam!

Wednesday, October 24, 2012

tutorial untuk memohon latihan industrii/praktikal

0 insan terpilih
assalamualaikum..

ramai yang bertanya macam mana ea prosedur untuk mohon praktikal di sesebuah syarikat itu? jadi di sini sheila akan berkongsi pengalaman atau cara cara untuk memohon tempat praktikal..baca elok elok ea..hehe

1. search dekat pakcik google senarai company yang tawarkan latihan industri.

2. ataupun select atau pilih mane2 company yang teringin sangat nk kerja kat situ and google samada company tu ada sediakan latihan industri atau tidak.

3.untuk lebih kepastian, kol company tersebut samada memerlukan pelajar praktikal atau tidak. sesetengah company tidak berminat dengan latihan industri yang hanya untuk 1 bulan atau kurang dari 3 bulan.

4.dapatkan segala borang seperti borang permohonan latihan industri, borang jawapan,dari uitm anda. kalau ipta yg lain, sheila xsure samada kena pakai borang ini atau tidak.

5.sila buat resume yang terbaik dan mengikut format yang betul. boleh tnya pkcik google berkaitan format resume yang, ringkas tapi padst.

6.hasilkan cover letter [CV] yang terhebat.boleh dapatkn contoh dr pkcik google jugak. ada sesetengah company mahukn CV, ada sesetengah xmahu.

7.sila dapatkan mini transkrip dari HEP ataupun dari server. ia hendaklah dicop dan disahkan sekiranya membuat penyalinan atau photocopy.

8.pos laju atau biasa segala dokumen tersebut..atau emailkan sahaja dengan attach semua dokumen itu,atau kedua dua sekali.

9. tunggu  feedback dari company tersebut. mereka akan kol kite dalam tempoh minimum seminggu dari tarikh prermohonan. ataupun kita boleh follow up dengan wakil syariikat tersebut. ada sesetengah call atau fax koordinator atau lecterur berhubung dengan praktikl.

10.sekiranya terima lebih dari satu jawapan, hantarkan borang penolakan, atau inform mereka tentang penolakan tersebut.

*tips tambahan: hantar seberapa banyak permohonan sebab possibility untuk diterima adalh tinggi..
contoh senarai syarikat tawarkan LI atau syarikat yang sheila pernah apply:
1.bank rakyat
2.worlwide holdings berhad
3.sime darby
4.puspakom
5.sirim
6.majlis perbandaran
7.hotel
8.kilang

Friday, October 12, 2012

Perghhh! Boss Belanja Makan di Bubba Gump Shrimp, Citta Mall

0 insan terpilih

assalamualaikum..
kelmarin is my birthdayy! yeayyy sudah bertambah umur..alhamdulillah sebab masih mampu bernafas lagi selama 23 tahun hidup di dunia ini..erm, as usual nothing special on my birthday..tak ada sambutan, parti, surprise ataupun hadiah-hadiah..sheila pun dah biasa macam ni..tak mengharapkan pun sambutan dari sesiapa..cukuplah sekadar ucapan
dari family, kawan-kawan dan sedara mara..

but, apa yang best nyer on that day is my boss belanja kitaorang makan!!walaupun diowang semua tak tahu yang masa itu birthday sheila..hee..sheila cuma ada bagitahu dekat sorang akak ni, lepas tu kena marah sebab tak bagitahu dowang yang hari tu bufday sheila.

bos belanja kitaorang dekat Bubba Gump Shrimp, Citta Mall Ara Damansara...Citta Mall terletak dekat ngan opis, so wktu lunch kitaorang gerak ke sana.sampai je kat tempat yang nk dibelanjakan itu, sheila dah ternganga..haha..biar betik nak mkan kat Bubba Gump nie..

tukang belanja makan..hehe




teruja bila dapat makan kat tempat yang tak pernah pergi ni kan...lepas tu belek-belek menu banyak kali sebab tak tahu nk makan ape..actually restoran ni berasaskan filem Forest Gump..korang penah tengok tak filem tu?? semua decoration dalam tu memang based on that film and ada ala2 dalam tempat nelayan..sebabnya banyak udang-udang tersangkut dekat jaring..huhu.takut bila tengok harga makanan dia, paling murah pun dalam rm24..tapi dah boss nak belanja kann..apa lagi order lah yang mahal-mahall...hahaaaa






sheila order salmon fish with lobster sauce dengan air alabama smoothies..perghh dengar pon mesti korang dah terliur kan..yang makn ni pulak apalh lagii..ibarat macam makan makanan yang dihasilkan masterchef..hahaaa..

sedap giler kan..memang kenyang perut ni..sampai licin sheila makn..bukn senang nak makan kat tempat yang mahal-mahal nie..sekali seumur hidup agaknya..huhu..rezeki di hari lahir lah kan..

bila semua dah kekenyangan maka masa untuk bayar lah pulak n..mula-mula dia mcam nak sorok and bisik2 pasal total makan semua ni..tapi dah sheila duduk depan dia mestilah dengr..nak tahu berapatotal semua?? almost rm600 plus2..hehhe..terdiam kitaorang semua..tapi apa2 pun, memang best and cara macam nilh dapat rapatkn hubungn antara leader dengan anak buah mereka..

bila tunjuk sign ni maksudnya waiter tu takkan datang ke meja kita..dia akn lari

kalau tunjuk sign ni pulak maksudnya kita panggil waiter tu, so dia akan stop tak lari..hehe
belah malam pulak, sheila sambut birthday dekat pantai morib..hehe..best sebab ada kek!, terima kasihh!

Sunday, October 7, 2012

Komen tentang Anugerah Blokbuster..tak ada yang best dan wowww!

0 insan terpilih
àssalamualaikum..

anugerah Blokbuster 2012 baru sahaja berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam. menampilkan beberapa pencalonan yang pemenangnya dipilih oleh peminat peminat di Malaysia. antara anugrah yang di sampaikan adalah Anugerah Penyangak Terhebat, Anugerah HEro dan Heroin terbaik, Anugerah PFM dan macam macam lagi..

tapi kat sini sheila nak komen sikit mengenai perjalanan anugerah blokbuster ini. bagi sheila tak ada yang woww sangat pasal anugerah yang di hoskan oleh zizan , afdlin shauki dan juga lisa surihani. first, sheila nak komen tentng pengacara nye dulu.bagi sheila, lisa surihani sebagai pengacara xlahh best sangat..dia macam xboleh nk lawan balik lawak yang afdlin dan zizan cuba buat. malah pelat 'r' lisa tu pulak yang menjadi bahan lawak mereka..kesian pulak

yang kedua pasal penyampai anugerah..semuanya okay cuma diorang ni macam tak ada benda nak di bualkn. contohnya macam yana shamsudin dan intan ladyana. sheila sampai tak paham apa yang cuba yana cakapkan. bila masing-masing tak ada idea mulalah tergelak sorang-sorang..huhu...

lepas itu, time jehan miskin sebagai penyampai..masa tu dahlah penyampai tak umumkan nama pemenang..memanglah nama tu dah terpampamg kat skrin tapi atleast sebutlah nama pemenng tu kan. masa tu yang menang ialah shahir. dahlah tak sebut nama dia lepas tu tak bagi hadiah dekat orang yang menang..adoii..memnglah masa tu shahir tak datang so wakilnya, norman kru yang naik pentas. mulalah norman terpinga-pinga sampaikan terpaksa ambil sendiri anugerah tu dari tangan pengiring hadiah..penyampai pulak duduk berdiri dekat mic..aiyyaa..

yang ketiga tentang pemilihan penyampai anugerah..sangat tak best lah..huhuh..macam ada yang tak kena ajer diorang ni..nak kata jarang datang event yang bercirikan anugerah, punyalah berlambak ada kat malaysia ini, tapi still tak tau flow nyer..huhu..

yang terakhir tentang pemilihan lagu. masa awal-awal acara okaylh dengan lagu oppa gangnam style yang diubh lirik. afdlin mmang dh sebijik macam artis korea tu. then, ziana zain, erra fazira, zamani, alyah memang berikan persembahan yng mantap kembalikan nostalgia maria mariana dengan sembilu. amy search pulak tetap bertenaga macam biasa. then persembahan penutup dari siti nurhaliza, hazama dan bunkface memang best and mantap..

secara kesimpulan, tahniah kepada shamsul yusof sebab menang besar dengan memenangi 4 anugerah pada malam ini. dan overall, anugereah blokbuster pada tahun ini tak ada yang best and woww..boleh dipertingkatkan lagi...peace!

Wednesday, October 3, 2012

Treasure Hunt Sime Darby Group 2012

2 insan terpilih
assalamualaikum..

fuhh lama betul dh xupdate blog..nak kata busy bolehlah..tapi semua ni gara-gara tak da idea nk update apa..so,  bila dah ada idea teruslah menaipkan sebelum dia terbang tinggi..huuh

so today i decide nak update pasal aktiviti yang sheila join masa hari sabtu lepas.Treasure Hunt Sime Darby Group merupakan aktiviti yang dapat sheila join masa zaman praktikal ini. actually, sheila tak decide pun nk join, tapi semua ni last minute bila terpaksa menggantikan sorang akk ini yang terpaksa tarik diri sebb disahkn pregnant 7minggu..huhuu




so, treasure hunt ni berlangsung sepanjang perjalanan kami ke Awana Kijal Hotel, Terengganu..expedisi bermula pada jam 10 pagi di checkpoint pertama iaitu Sime Darby Convention Centre, Kl dan diharuskan sampai di Awana Kijal pada jm 4.30 petang..kalau terlambat maka penalti akan dikenakan..dianggarkan 200 kereta yang join treasure hunt ni..so memang excited lah kan.semangt membra2  nk menang..tema treasure hunt ni pulak ialah Blockbuster, so semua soalan berrkaitan dengan movies..




soalan yang mereka sediakan tu mmang sangat mencabar dan wajib fikir jawapan dia di luar minda..bukan sikit-sikit soalan, tapi ada 30 soalan..perghh mengalahkan jawab final exam dia punya tahap kesusahan tu tau.kami diberikan soalan di setiap checkpoint dan jawapan nya haruslah dikaitkan dengan apa yg kita nampk di sekeliling pada masa itu. mksdnya jawapn boleh diperoleh di nama-nama kedai, papan tanda di kawasan berkenaan. so memang mencabar sebab ada jawapan yang kene tgk dengan mata kasar dan hati..haha




jd, setelah berjaya mendpatkn jawapn, kami pun selamat sampai di awana kijal hotel pada jam 4.15ptg..ini bermakna kami xdikenakn penaltilh..uhuhuh..di sebelah malam pula diadakan Dinner dengan bertemakan blockbuster. ada artis jugak tau buat persembahan iaitu Nadia Af..yang spotingnya staff2 sime darby ini siap pkai costume lagi..yang mendapat perhatian ialah Captain Amerika, Queen of Heart, Princess Mandalela (xtau ejaan betul x)..hehe..peter pan, snow white, jack sparrow, wolverine, harry potter, hulk, Queen of Diamond.

yang paling teruja bila lucky draw time..perghh korang nak tahu apa hadiah yang diorang sediaksn sebgai lucky draw?? ada handphone samsung galaxy berapa bijik ntah, samsung galaxy tab 7.0 dengan 10.1..notebook acer and dell, digital camera, camcorder, steam iron yang tegak berdiri, vakum, pinggan mngkuk and the top prize is sony home theatre..!!!perghh! manakala the winner of treasure hunt will get rm3000..pergh2!so nak dijadikan cerita kitaorang xda luck time tu tapi atleast dpt lucky draw for car..dapatlh baucar parkson rm100..so sepanjang aktvti tu memng syiok, enjoy n paling penting Hotel Awana Kijal Terengganu sangat best!!

*xbanyak amik pic sebab xbawak camera



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA