~CEPAT KLIK LINK INI~

Sunday, October 28, 2012

Kenangan Hari Raya Korban di Kampung dan Mandi di Hotspring Gadek

assalamualaikum..

masih belum terlambat untuk sheila ucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha kepada semua umat Islam. sheila baru saja balik dari kampung di Kg Selemak,Rembau, N9..seronok betul bila dapat balik kampung dan rugi sangatlah bagi mereka yang tak ada kampung dan beraya di bandar tu. ini jelh peluang yng kita ada untuk bersama saudara mara yang jauh.

mak sibuk memotong

kaum adam sibuk melapah


pada hari raya korban, kami saudara mara sepakat untuk menumbangkan 2 ekor lembu. dan dibahgikan kepada mereka yang mengambil bahagian dan selebihnya di sedekahkan kepada penduduk kampung. setiap tugasan telah dibahagikan. satu kumpulan melapah lembu pertama dan satu kumpulan lagi melapah lembu ke dua. kaum adam kerja diorang of courselah melapah, manakala kerja hawa memotong motong daging untuk dibhagikan dan di masak.

sempatlah jugak sheila tolong diorang semua memotong daging. masa diorang letakkan batang pinang lembu tu dalm besen, isyy masih bergerak lagi daging tu..geli pulak tengok..ada jugak rumput yang dimakan lembu tu masih tak dihadam. kalu bab bau jangan cakaplah, darah sana sini..perghh tahan jela kan..

lepas jer dah siap potong memotong maka, sesi memasak pula berjalan. menu utama of course daging. ada daging salai, daging masak kicap, daging masak lemak cili api, sup ekor dan macam macam lagi.





selesai sesi makan, belah petang ada diadakan mini family day. just main baling bola dekat tin dekat tin dan baling dart. ini memang rutin kitaorang, sukan tetap kena selitkan bila dah berkumpul. selalunya main futsal tu wajib bila berkumpul saudara mara semua.



belah malam pula, sheila dengan cousins semua pergi mandi dekat hot spring Gadek, Melaka. actually benda ni tak rancang. diorang ajk, sheila pun ikutlah. ada dalam 10 orang yang join. dan semuanya cousins yang belum berkahwin lagilah kan..bagi pakcik makcik atau mereka yang dekat rumah tu, aktiviti wajib diornag pulak adalah tengok movie yang di pancarkan dekat skrin putih. sambil tengok movie, sambil berborak. ingatkan bila kitaorng balik dalam pukul 1.30 pgi tu diorang semua dah tido, tapi rupanya tak lagi. masih duduk kt luar tengok movie..huhuh..



jadi, itulah sebahagian aktiviti sheila pada hujung minggu ini..minggu depan kena balik perlis. as usual kena jumpa lecturer kan. next week nyer pulak, kitaorang ada family day dekat Melaka..jadi tunggu jelah entry terbaru dari sheila nanti ea..bubye...wasalam!

0 insan terpilih:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA