~CEPAT KLIK LINK INI~

Thursday, August 22, 2013

gambar kami di hari raya 2013

0 insan terpilih

assalamualaikum...
perghh berbulan bulan tak update blog ni..naek verhabuk dah..semuanya gara gara tak ada idea dan tak ada masa..

ok baiklah, sekarang ni kita masih lagi di mud raya kan?so kat sini sheila nak share sikit2 gambar yang kitaorang adik beradik sempat ambil kat rumah mada hati raya pertama hari haritu.


setiap tahun raya pertama kitaorang beraya dekat rumah jer sebab pagi raya tu nak kena pergi kubur arwah abah, atuk dengan wan. raya kedua barulah kitaorang berjalan raya dekat melaka. famili belah mak.


kalau sebelah arwah abah semua beraya dekat rembau.setiap kali raya  dah jadi aktiviti wajib sedara mara berkonvoi kerumah sedara mara. jadi kitaorang pun tak terlepas jugak join. dengan cara ni jer dapat mengeratkan silaturrahim




so okaylah, korang layan jelah gambar gambar raya sheila ni. ok! SELAMAT HARI RAYA..




Wednesday, June 5, 2013

anggur saya dah ada orang beli! sekarang saya tak unemployed lagi

0 insan terpilih
assalamualaikum..

jam sekarang sudah menunjukkan pukul 2.46 pagi.tapi sheila masih lagi tak tidur. sebab apa tak tidur lagi??sebab sheila nak mengupdate dulu satu khabar gumbira dan tak gumbira. huhu

ok, first nak cerita pasal khabar tak gumbira. mungkin ramai tak tahu yang sebelum ni sheila ada ambil exam PTD. so akhir bulan mei haritu result dah kuar. so dekat sini sheila nak buat pengakuan yang tak tahu malu jugak di mana sheila tak berjaya atau kata lain FAIL! hahaha..penuh bangga cakap fail kan. tapi sheila tak keciwa pon sebab ada berpuluh ribu orang yang duduki exam tu, so sheila berbangga lah dapat merasai ambil exam PTD tu..hehe

cousin sheila dah ada pengalaman ambil exam ni banyak kali, sekarang pon dia dah berjaya jadi pegawai PTD. so dia ada cakap jangan risau sebab every year exam ni akan buat 2 kali. dalam tempoh 5 tahun ni tak payah apply lagi sebab nanti automatik dia akan panggil kita lagi tok amik exam ni.

ok, stop cerita pasal khabar tak gumbira. now proceed untuk khabar gumbira pulak.hehe..actually hari isnin haritu sheila dapat kol suruh attend interview kat satu company ni. actually ni second interview yang dorang panggil. masa first interview dah buat minggu lepas.so, bila sheila attend second interview tu memang tak prepare pape pon sebab yelah apalagi yang dorang nak tanya sebab semua benda diorang dah tanya masa first interview tu kan.

jadi bila dah masuk dalam satu bilik ni, then Hr Manager dia masuk. after chit chat and asked bnyk question barulah sheila tahu the reason kenapa dia panggil untuk second interview.

rupa2 nya dia nak bagitahu yang sheila dah berjaya dapat kerja tu!!! heheheh..after discuss and brief about the job description, barulah dapat sikit2 gambaran.so next week dah kena report duty, tapi ni baru tempoh percubaan untuk 3 bulan. kalau sheila tak perform, awal2 akan kena tendang nanti. so, nak tak nak kenalah aktif dan buat yang terbaikkkk dalam tempoh 2 minggu bekerja nanti..doakan sheila berjaya okay!! aminnn..

Thursday, May 30, 2013

saya sudah konvo..anda bila lagi??

2 insan terpilih
assalamualaikum..

lame dah tak update blog,bukan sebab busy tapi tak tahulah kenapa sejak kebelakangan ni macam bosan je nak berblog. tapi bila tahap bosan tu dah melampau sampai tak tahu nak buat apa, maka blog jugaklah tempat sheila hilangkan kebosanan.hehe

okay last two weeks sheila dah selamat berkonvokesyen di Uitm Arau, Perlis..jauh benor nak berkonvo kan. kalau dulu masa diploma sheila konvo dekat Uitm Shah Alam. sekarang degree kenalah konvo kat Perlis. mungkin inilah kali terakhir sheila akan jejak kan kaki dekat sana.huhuuu sedih.

banyak sangat memori dekat sana. mula mula sheila memang taknak belajar dekat sana dan hampir2 nak tolak tawaran tu.tapi atas nasihat family tetap teruskan jugaklah. bukan apa, sheila taknak dah belajar jauh2 sebenarnya. yelah sheila pun bukannya orang senang. kalau belajar jauh sah2 lah kos pun tinggi kan.

lepas tu sheila terpaksa alami episod sedih seorang diri kat sana. masa tu hanya kawan je tempat sheila nak happy2, walaupun dekat luar sheila mampu senyum tapi dalam hati hanya Allah sahaja yang tahu. disebabkan sheila jauh dekat sana jugaklah menyebabkan sheila tak dapat tatap wajah arwah wan buat kali terakhir. masa dapat panggilan yang arwah wan dah meninggal masa tu sheila dalam kelas, mula2 dapat tahan sedih tapi lama kelamaan mengalir jugak airmata ni. nasiblah ada kawan yang memahami.

selain itu, bila belajar jauh2 ni apa yang seronoknya sheila dapat pergi tempat orang yang dulu sheila tak terpikir pun dapat pergi. tak pernah pun lah terdetik kat kepala ni nak belajar jauh sampai ke perlis. banyak benda yang tak dapat di lupakan contohnya cuaca yang ekstrem kat sana. kalau panas tu memang sampai 39 darjah celcius.lepas tu dapat makan makanan yang sedap2, jumpa dengan orang sana yang sangat peramah. dapat makan harumanis yang tempat lain tak boleh dapat.

lagi satu, sheila berbangga lah dengan diri ini sebab dapat survive seorang diri dekat sana masa mula2 tu. hehehe.

setelah berhempas pulas selama 2 tahun dekat sana, akhirnya secara rasmi sekarang sheila adalah pemegang Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia dengan Kepujian. Alhamdulillah! banyak kesukaran semasa belajar yang sheila kena tempuh. tapi berkat pertolongan kawan2 akhirnya dapat grad dengan Kelas Kedua Tinggi pun kira bersyukur.













Sunday, May 12, 2013

jawapan untuk pembaca berkaitan praktikal di sime darby plantation

7 insan terpilih
assalamualaikum..

pejam celik dah 5 bulan tanam anggur kat rumah. tak ada ke orang nak beli anggur sheila ni. tak maju maju pon. dah macam macam kaedah digunakan. tetapmtak da sambutan gak. belum rezki lagi agaknya kan.huhu
okay tujuan sheila buat entry ni adalah untuk menjawab persoalan yang sering diajukan pembaca mengenai dengan praktikal. ini kerana sebelum ini sheila ada buat beberapa entry berkaitan dengan praktikal sheila dekat sime darby plantation.

soalan pertama: macam mana nak apply praktikal dekat sime darby plantation?
okay actually cara ni sheila gunakan di semua company yang sheila apply. sebelum ni pon ada gak sheila buat entry tentang cara nak apply untuk praktikal. tapi tak apalah sheila kongsikan balik apa yang pernah sheila buat dulu. first, sediakan segala dokumen untuk praktikal anda. contohnya borang permohonan latihan industri, borang jawapan, resume, cover letter (if necessary), mini transkrip (result sampai sem 5).then, call mana mana company yang anda berminat dan tanyakan sekiranya mereka ada menawarkan latihan industri di syarikat mereka. selepas itu, pos atau email semua dokumen anda ke alamat company tersebut dan tunggu feedback dari mereka. setakat ini elaun yang paling banyak adalah dari menara maybank, kuala lumpur dan kedua tertinggi petronas dan sime darby.




soalan kedua: adakah syarikat tersebut akan menawarkan pekerjaan kepada kita selepas tamat praktikal nan
okay yang ini semuanya bergantung kepada rezeki. ada orang cakap kalau nak dapat peluang tu apply kat mana mana syarikat swasta, kilang. kalau kerajaan rasanya tak sebab diorang ada prosedur sendiri contohnya kalau nak kerja kerajaan kena apply kat suruhanjaya perkhidmatan awam. lagi satu tengok performance and pencapaian kita. contohnya kalau kita aktif, rajin, menepati kriteria mereka, kita akan diserap. selalu selalulah bodek supervisor anda nanti..hehe. kalau tempat praktikal sheila, sime darby pantation, mereka dah ada management trainee program (map).so susah sikit nak diserap. melainkan kalau kita intern, pastu kita jadi map pulak, kalau bagus diserap, kalau tak bagus tak diseraplah.jadi semasa intern nanti buat yang terbaik, jangan buat hal, jangan main main, buat macam kita sedang bekerja disitu, sentiasa tunjukkan yang kita berminat dan ingin belajar sesuatu yang baru disitu, jangan ambik kesempatan nak carik pakwe atau makwe di tempat intern nanti. takut terkantoi dengan supervisor..hehe

soalan ketiga: best ke tidak praktikal dekat sime darby plantation sdn bhd, ara damansara?
secara jujurnya memang best! korang boleh baca pengalaman sheila dalam entry sebelum sebelum ini. sebab apa best? sebab environment dia, orang orang dia. bukan senang nak dapat kerja dekat sime darby. dapat buat intern kat situ memang cukup bertuah. kalau orang lain dengar memang jeles lah. banyak aktiviti diorang buat contohnya treasure hunt, sukan sukan, makan makan. better join sebab memang syiok!kalau kita masuk bangunan sime darby plantation tu memang wowww lah. lagi lagi company tu baru berpindah kat situ, so everything was new kat sana. staff semua baik baik, sangat profesional.yang tak best bab traffic jammed. selamat menempuh lah korang ea..heheh. mana yang tak ada transport agak susah sikit. kalau naik teksi dari subang ke ara damansara caj rm20. shEila selalu terpaksa naik  teksi sebab kadang2 tertinggal bas yang disediakan company. tapi tak tahulah sekarang ada lagi ke tak diorang sediskan bus tu. haaaa ada satu lagi yang best bagi sheila iaitu best cuci mata! hahahaah

selamat berpraktikal kawan kawan semua..nanti kongsikan pengalaman dengan sheila okay!

Sunday, April 14, 2013

nervous pergi interview, excited jawab Exam PTD!!

0 insan terpilih
assalamualaikum

minggu ni sangat mendebarkan, excited dan macam macam lagi perasaan yang datang. mula mula berkaitan dengan interview yang baru diadakan pada hari khamis lepas. interview tu diadakan di Padini Holdings Berhad, Glenmarie, Shah Alam. position yang diapply ialah Human Resource Officer.

mula mula banyak benda berlaku sebelum pergi interview ni. firstly kena independent dengan menaiki bus, ktm and teksi ke sana. mula mula nak suruh akak hantarkan, tapi malangnya tangan dia dijangkiti kuman, jadi xboleh nak drive. nasib baiklah ada adik laki temankan g sana, xdalah bosan sangat. alhamdulillah jugak, dapat pakcik teksi yang sangat baik dan peramah. hehe

sesampai jer dekat office dalam pukul 1 petang. appointment pukul 2petang, so kitaorang lepak2 dulu dekat lobby. seriously office dia sangat cantik! semua staff nampak sempoi..masa kitaorang sampai tu diorang tengah lunch. majoriti cina lah kan..after kul 2 petang barulah sheila naik ke atas untuk di interview. ingatkan tak ramai candidate, rupa2 nya ada 12 orang. perghh memang mencabar lah kan.

interview ni plak ada banyak stage. first ada main game. lepas dah divide by group baru game dimulakan, game nyer simple jer, just macam mana nak buat menara pakai straw dalam masa 20 minit. after that, baru sesi interview. yang itu pun divide gak, sape yang nak bahagian recruitment, sape nak bahagian payroll. so sheila decide nak buat payroll. hehe. after dah interview barulah tamat..result kuar 3 minggu lagi, tapi macam biasa sheila tak letakkan harapan sangat. ada rezki okaylah kan.

next benda penting yang sheila kena buat adalah EXAM PTD atau Pegawai Tadbir Diplomatik. seriously sheila tak sangka boleh terpilih untuk jawab exam. lagipun memang berpuluh ribu yang apply. nasib baik tempat nak jawab exam tu dekat jer. paling teruk sebenarnya sheila tak prepare pon benda ni. tapi adalah jugak sheila study pasal Dasar Dasar negara, pasal bantuan and kerajaan, belajar balik matematik masa pmr dengan spm. belajar camtu jelah. takdalah beriya sangat. tapi memang tak membantu langsung.
sheila pun mula mula nak beli buku PTD tapi kebanyakannya dah habis stock, so sheila pergilah bongkar khazanah lama kat bilik belakang carik balik buku2 yang boleh menbantu.

format untuk exam PTD ni ada 4 seksyen. sekyen A pasal pengetahuan am. ada 50 soalan jawab dalam masa 45 minit. semua objektif. so, banyak soklan berkaitan dengan kerajaan, Gagasan 1 Malaysia and macam2 lagi. so far masa jawab tu ada yang tahu ada yang blur2 so kesimpulannya ada yang hentam gak ar..hehe..seksyen B tentang daya menyelesaikan masalah, ada 40 soalan dalam masa 45 minit. semuanya pasal matematik. memang jenuh gak nak mengira percent2 tu, dahlah tak boleh pakai kalkulator. so terkedek kedek lah mengira. manalah cukup masa nak peruntukkan 1 soalan 1 minit, macam tak munasabah kan. so kesimpulannya tadi sheila tak sempat jawab, so main bulatkan jelah. hahaha..
seksyen C pasal Esei Bahasa Malaysia. yang ni sheila buat tajuk pasal kesan penggunaan media sosial dalam kehidupan rakyat. alhamdulillah boleh jawab. masa diberikan 1 jam. ayat karangan ni memang skema lah jugak. mana taknya dah lama tak buat karangan bahasa melayu.hehee

seksyen yang terakhir ialah seksyen D pasal Esei Bahasa Inggeris. sheila pilih tajuk job satisfaction. nasib baiklah sheila ingat lagi apa yang sheila penah belajar dulu tu kan. so alhamdulillah jugak boleh jawab. kesimpulannya Exam PTD ni takadalah susah mana pon. haha..result dia kuar 17 mei nanti iaitu a day after my konvo.hehe.. yang ini pon sheila tak harapkan sngat pon. sebab sheila tau the next stage lagi payah. rasa macam tak layak pulak kan nak jadi PTD ni.

p/s: sekarang masih lagi mencari kerja dengan penuh kesabaran. sheila pasti setiap usaha akan ada kejayaan, dan masanya akan tiba nanti cuma sekejap atau lambat lagi. yang pentik Allah sedang sediakan yang terbaik untuk sheila. In Sha Allah.

Sunday, March 31, 2013

tips untuk budak lepasan SPM..

0 insan terpilih
assalamualaikum..
dah nk masuk bulan april..bilalah nak dapat kerja ni..penat tanam anggur dekat rumah..bulan 5 dah nak konvo, kalau tak dapat gak kerja tak tahulah nak buat macam mane lg..

ermm dekat seminggu result spm dah keluar..semakin peninglah kepala budak2 pikir nak masuk ipta atau ipts mana..lepas tu kena pikir lagi nak ambik course ape..masa ni lah kiter banyak berbalah dengan parents..diorang nk anak mereka amik kos medic, engineering atau law..tapi anak diorang suka muzik, sukan atau lukisan..jadi yang mana satu kiter patut pilih..?? kadang2 pilihan parents selalunya betul, tapi kalau kiter tak minat macam mana nak belajar kannn..jadi buatlh keputusan yang bijak demi masa depan anda.

tapi bagi sheila buatlah apa yang kita minat..buktikan kepada parents yang kita mampu buat..kalu tak minat susah jugak..tak boleh nak paksa2 kan..ipta atau ipts masing2 ada kelebihan sendiri..ramai yang beranggapan student yang belajar dekat ipts semua kaya2..yg ipta semua budak2 kampung..

actually semua tu terletak pada kemampuan kita..sekarang pon dh banyak biasiswa dan bantuan pendidikan macam ptptn disediakan..

lagi satu sheila nak ingatkan bile kita masuk universiti, semua bermula dari kosong balik..tak kiralah result spm korang gempak ke atau teruk, tak semestinya bila result spm kite teruk, maka kite akan jd bodoh gak kt university..semua tu tak benarr..ada jer student dapat 10 atau berbelas A kat spm tapi biler masuk univrrsity dapat pointer bawah 3.00..jadi ingatlah jangan cepat berputus asa kalau result spm kiter teruk.








moral of the story, bijaklah merancang masa depan anda..baru spm..banyak lagi koranf nak kene tempuh..belum cerita bab culture shocknya lagi..sekarang persaingan semakin tinggi, jadi janganlah kiter tersilap langkah takut nanti membawa padah,, jadilah anak yang membanggakan ibu bapa dan bukan menyusahkann..

haaa lagi satu jangan kecewa kalau kiter tak dapat masuk mane2 ipta atau ipts..tu tak bermakna kita tak layak..banyak lagi institut kemahiran di malaysia..jangan jadikan itu sebab untuk kite kecewa dan tidak meneruskan pelajaran..ingatlah tuntutlah ilmu hingga ke negara china..belajar selagi anda mampu..

Tuesday, February 26, 2013

sebulan menanggung azab demam...

0 insan terpilih
assalamualaikum..

dapat jugak update blog hari ini..sheila baru je balik dari demam..actually dah dekat sebulan sheila demam..batuk and selsema..sekejap sejuk sekejap panas..bila dah lame sangat sakitnya, mak pun ajaklah pergi hospital..

sesampainya sheila di hospital, macam biasalah kena daftar dulu..tunggu punya tunggu akhirnya nombor dipanggil..tu baru turn nak byar duit pendaftaran..lepas ni kena tunggu tok pemeriksaan suhu pulak..sepanjang kat hospital asyik kena tunggu jer..bertambah sakitlah sheila macam ni..

lepas dah check suhu doktor suruh pergi makmal untuk ambil darah..haaa yang ni lemah sikit, sepanjang hidup tak pernah amik darah..hehe..sementara mak menunggu untuk jumpa doktor jugak, sheila tanyalah dekat mak mana makmal ambil darah, sebab mak dah selalu pergi hospital tu, so dah mahir bab selok belok hospital sana..hehee

macam biasalah kena menunggu lagilah kan..dup dap dup dap nak kena amik darah tau..lepas nama dipanggil, sampailah turn sheila untuk diambil darah..encik M.A tu pun asyik tepuk2 tangan ni nak bagi nampak urat..bila dah sekali cucuk kat lengan tu, darah xnak keluar..sheila dah ketap2 gigi menahan sakit..lantaklah dia nak pikir apa pon..huhuu..bila darah xmau keluar, dia pi cucuk tempat laen pulak...adoii azab betul..

dia cucuk pulak dekat belakang tapak tangan tu..barulah darah keluar..masa ni, pikir cepatlah habis ambik darah tu..naik kebas tangan ni..bila dah habis satu botol dia amik, encik tu pon cakap, aiii pakai baju superman tapi takut amik darahh.! aishh superman pon manusia jugak, ada perasaan, lainlah vampire...huhu..

lepas result dah keluar, doktor bagitahu yang ada jangkitan kuman..tapi tak tahu kat mane..hehe..sekarang ni, dah okay sikit, kalau tak haritu dekat seminggu tak makan..tak ada selera..hurmm..

Thursday, January 31, 2013

susahnya nak mencari kerja, kenalah jadi penanam anggur sementara waktu

0 insan terpilih
assalamualaikum...

hari ini dah masuk 2 minggu sheila jadi penanam anggur yang tegar..hasilnya tetap tak nampak jugak..haishhh bosan betul bila duduk rumah lama-lama..tapi nanti bila dah kerja mulalah bising nak duduk rumah pulak kan..

susah betul nak carik kerja sekarang ni kan..patutlah ramai graduan yang menganggur sekarang ni..salah satu sebabnya terlalu memilih pekerjaan. tapi bagi sheila memang kita patut memilih pon kan..yelah kena carik tempat yang sesuai dan kerja yang sesuai dengan kita. takutlah nanti kena tipu ke...

sheila dah pun banyak hantar resume dekat berpuluh company area shah alam, subang dengan petaling jaya..sheila kena tengok jugak tempat tu senang nak dapat public transport atau tak. yelah buat masa ni tak ada transport sendiri...so kena memilih tempat lah jugak, tak boleh main rembat jer..huhu





macam-macam cara sheila dah hantar resume..first batch sheila pakai post ajer, second batch sheila pakai email jer..third batch tak tahu nak pakai ape dah..huhuu..takpelah mungkin rezki belum ada lagi..sheila selalu cakap kat diri sendiri yang mungkin Allah tengah sediakan tempat terbaik untuk sheila, so kenalah bersabar kan..sheila dah usaha, sekarang kenalah bertawakal dan redha dengan apa yang berlaku nanti..doa-doa lah supaya sheila cepat dapat kerja supaya satu hari nanti sheila dapat senangkan semua orang...Aminn

p/s: kepada sesiapa yang memerlukan human resource executive di tempat anda atau kawan-kawan anda, sulalah beritahu saya..hehehe (promote diri kejap)...lalalalaalala


Wednesday, January 9, 2013

Akhirnya VIVA Telah ku Tempuh dengan Hebatnya..

1 insan terpilih
assalamualaikum..


mungkin inilah entry terakhir sheila di negeri perlis ni..huhuu..sedih nak tinggalkan perlis tak lama lagi..setelah setahun setengah berada dekat sini untuk menghabiskan degree..banyak cabaran dan dugaan sebelum dan selepas berada di perlis yang tak pernah sheila bayangkan untuk belajar sejauh ni..sedih, suka duka semua dekat sini..nasib baik ada kawan yang sentiasa ada susah senang..huhuuu..sedihhh! tapi sebelum tu cheq nak habaq satu cerita dulu..semuanya berkaitan dengan cheq punya thesis and VIVA..





akhirnya azab thesis sudah lepas..last week telah selamatnya sheila mengharungi hari yang penuh bermakna dalam hidup ni..eh2 sheila bukan kahwin atau bertunanglah..azab yang sheila maksudkan adalah Hari Pembentangan VIVA!!


inilah hari yang ditunggu-tunggu oleh kitaorang sebagai pelajar tahun akhir degree..
bila dah lepas Viva, terasa macam dah berjaya dapat degree pulak, padahal result and konvo belum tentu lagi..hehee

walaupun masa hari bersejarah tu, sheila sebenarnya tak terasa pon dah viva..yelah bayangkan kita buat presentation dekat pangkin bangku yang kat kaki lima tu..memang tak terasa ponlah kan nervous tu..huhuu..padahal malam sebelum tu dah kalut bagai buat preparation.menghapal semua definition untuk term dalam data..haishh..tension jugak buat research ni..

note untuk di present kan masa viva..berjela-jela

persiapan malam sebelum viva


1st draft untuk diberi pada advisor dengan examiner..takdalah tebal sangat..hehe
lepas ni kena buat pembetulan sikit and lepas tu dah boleh buat hardcover untuk thesis..yahoo..lepass tu bolehlh start jadi job hunter atau suri rumah tangga..kuikuikui..selamat tinggal Perlis..hehee..InsyaAllah bulan 5 nanti kita jumpa lagi untuk hari bersejarah yang paling ditunggu iaitu KONVOKESYEN!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA