~CEPAT KLIK LINK INI~

Thursday, April 29, 2010

manusia dan buku 555

pagi ini tamat sudah aku menjawab paper Ecomal aka Ekonomi Malaysia. lepas ini ada lagi 2 paper yang sedang menunggu aku untuk menjawab dengan ghairah dan excitednya. excited bukan bermaksud aku confident giler nak jawab dan betul-betul dah ready nak jawab sampaikan confident giler boleh dapat A++ tapi excited nak jawab sebab aku tak sabar dah nak balik and nak peluk-peluk kekasih hatiku tu iaitu Ammar Mirza.hehe..Korang jangan salah paham pulak ea dia tu bukan pakwe aku ke, skandal aku ke, kucing aku ke, tapi dialah anak buah aku yang debab.haha.


ok, sekarang aku bukan nak story morry pasal si debab tu, tapi aku nak cerita pasal a person with buku 555. korang mesti dah tau pasal buku 555 tu kan. buku tu sangat penting dalam kehidupan seharian kita ( dalam kehidupan aku belum lagi lah).hehe. kadang-kadang kita taknak pun buku tu tapi kita terdapat pulak buku tu samada diutarakan oleh pekedai runcit yang kita selalu beli sayur atau ikan, ataupun peniaga yang menjual karpet, kain ataupun perabot. lagi satu kita taknak pun buku tu tapi orang tu dah nak bagi kat kita free-free so takkan nak tolak pulak kan...hhuuhu

masyarakat sekarang ini suka sangat bersaing sesama jiran, saudara, kawan ataupun adik beradik. semuanya dia nak lebih. jiran sebelah beli perabot mahal kita pun sibuk jugak nak perabot mahal padahal duduk kat rumah setinggan je dik oii..lagi satu, kalau lelaki ini nampak je kawan tukar kereta baru, spotrim baru, dia pun sibuk nak tukar jugak. kalau kawan tu punya kereta besar, dia nak lagi besar, kalau boleh lagi besar dari lori..huhu.apa nak jadi lah..cermin lah cikit diri tu. kalau takda duit buat lah cara tak ada duit. jangan disebabkan nak bergaya jadi papa kedana..isy.

dalam situasi ini, wanita lah yang kuat sangat nak bersaing. bersaing ke arah yang sihat takpe, tapi yang ini bersaing ke arah mendapatkan hutang.huhu. sebenarnya ada sesetengah perempuan ni tak kisah sangat pasal hutang-piutang ini asalkan diorang dapat apa yang diorang nak tapi yang memeningkan kepala nak bayar hutang tu adalah cik abang kita. kalau cik abang kita tu dah botak sebelum masanya, janganlah kita merungut dan marah, sebabnya ia adalah silap kita jugak sebab cik abang kita tu selalu berpikir macam mana lah nak langsaikan hutang yang dah kita buat bertimbun-timbun tu..kesian-kesian

tapi sebagai pelajar pun kita tak lari dari hutang. belum bekerja dah ada hutang.belum beli kereta dah ada hutang kena bayar. bukan seratus ke dua ratus ke tapi beribu. itulah penangan PTPTN. kalau kita nak berhutang boleh, asalkan kita pandai and tahu nak bayar balik. kalau kita dah pinjam tapi tak reti nak bayar balik alamatnya rumah kita akan di baling cat merah la.huhu tapi itu dalam konteks kalau kita pinjam kat along. masa nak meminjam bukan main ayat, berbunga-bunga cinta lagi, tapi bila time nak bayar balik terus lesap entah kemana..isy-isy

jadi kepada sesiapa yang suka berhutang itu cepat-cepat lah bayar hutang. jangan nak tunggu hutang tu dah berjuta-juta ringgit baru nak bayar k. kalau nak berhutang boleh tapi tunggulah hutang yang lama tu setel dulu ok. kepada sesiapa yang aku pernah hutang, kira halal jelah ea..hehe

3 insan terpilih:

Sarabat said...

kena taruk shout box kat sini... senang nak tinggal jejak..!! hehe

www.crownigua.blogspot.com

fiz mr.beloved said...

hutang wajib dibayar wlpn xdituntut..eh awk, letak la shoutmix dlm page awk..senang ckit nk tinggalkan jejak..

sheila said...

ok2..akanku cube..huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA