~CEPAT KLIK LINK INI~

Tuesday, January 25, 2011

Fasha Sandha dan Jejai putus cinta

0 insan terpilih
assalamualaikum, hari ini aku rasa senang hati sangat sebab nya kuliah semua dibatalkan pada pagi ini hinggalah pukul 1 tadi. yang cantiknya kelas aku dari kul 9 pagi sampai kul 1 petang so memang ngam-ngam lah dibatalkan tu.hehe

tapi malangnya malam pula ada kelas..atoyaiii..rilex la chill lecturer hensem kot malam ni, so kenalah happy..haha. sebab apa aku cakap lecturer aku hensem malam ini adalah kerana dia memang hensem, tapi ada sesetengah dari kami termasuk aku tak suka sangat cara dia mengajar, macam saja je nak balas dendam time dia belajar dulu..huh

oklah, itu hanya mukadimah sahaja, sebenarnya aku nak cerita pasal hubungan antara Fasha Sandha dan Jejai yang sudah putus di tengah jalan..hahaha tengok kan Tuhan dah balas balik perbuatan mereka..opss

KINI HANYA KENANGAN...Fasha dan Jejai ketika menjalin hubungan.

dalam paper kata hubungan mereka putus disebabkan bekas isteri jejai, Nora Danish. masalahnya mereka tu bukan ada apa-apa lagi, so buat apa nak babitkan Nora pulak. tak patut tak patut. entah-entah si Jejai ini yang ada hati lagi kat Nora kot?? jeng jeng jeng...

Selepas sekian lama mengambil sikap tunggu dan lihat, Rizal Ashram Ramli, 34, atau Jejai semalam mengesahkan hubungannya dengan pelakon Fasha Sandha sudah berakhir dan pada masa sama menegaskan bekas isterinya, Nora Danish sama sekali tiada kaitan dengan perpisahan itu.


“Dia (Nora Danish) tidak pernah masuk campur urusan peribadi saya. Apa yang berlaku antara saya dan Fasha sehingga menyebabkan kami berpisah tiada kena mengena dengan orang lain,” katanya menerusi e-mel yang dihantar kepada wartawan Harian Metro, semalam.

Kenyataan Jejai itu sekali gus menamatkan teka-teki yang sebelum ini dicetuskan Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 27, apabila berkata hanya dia dan Jejai yang tahu mengenai status terkini perhubungan cinta mereka.

Kiriman e-mel Jejai itu juga secara tidak langsung membersihkan nama Nora atau nama sebenarnya Nora Danish Mohd Hanif, 29, yang sebelum ini didakwa menggunakan keluarga bekas mentuanya untuk memutuskan hubungan Jejai dan Fasha.

Jejai berkata, dia terpaksa membuat kenyataan dan penjelasan mengenai status perhubungannya dengan Fasha berikutan terlalu banyak fakta tidak betul mengenai mereka diperkatakan media dan di Internet, biarpun dalam bentuk gosip.

“Walaupun dalam penulisan (gosip di akhbar) tidak menamakan artis berkenaan, tapi sesiapa yang membaca pasti akan mengetahui siapa artis yang dimaksudkan. Sebenarnya ia tidak pernah berlaku seperti ditulis.

“Dakwaan dia (Nora Danish) menggunakan keluarga saya untuk memisahkan (saya dan Fasha) tidak pernah berlaku. Apa yang berlaku dalam keluarga saya, saya tahu semuanya,” kata Jejai menerusi e-melnya. 

Jejai turut menegaskan dakwaan mengatakan Nora gila talak amat keterlaluan. 

“Saya pasti dia (Nora Danish) tidak pernah gila talak. Dia sedang mengenali seseorang, malahan saya mengenali lelaki itu. Dia seorang yang baik dan dihormati. Fasha juga tidak pernah mengugut saya. Itu adalah pasti. Dia bukan seorang yang berkelakuan begitu,” katanya.

Jejai turut menegaskan kenyataan diberikan mengenai isu perhubungan cintanya itu yang terakhir dan berharap ia tidak lagi diperkatakan atau ada pihak cuba menjadikan ia sebagai satu isu.

credit: metro

nota: dulu masa bercinta bagai nak rak. sampai nak sorok-sorok. bila dah putus nak dihebohkan pulak. masa bercerai kaitkan dengan Fasha, berpisah pulak kait dengan Nora..atoyaii. bagi pendapat akulah, mak Jejai ini sebenarnya sayang lagi dengan Nora ni. mesti dia tak suka Fasha jadi menantu dia. yelah, dahlah seksi..opss..
lantak diorang lah..lepas ni takda lagilah insiden helikopter turun kat tempat pengambaran..hehe

Friday, January 21, 2011

MAJLIS PERNIKAHAN AYU RAUDHAH DAN ZAQUAN ADHA

0 insan terpilih
assalamualaikum, baru-baru ini baru sahaja berlangsung majlis perkahwinan antara Zaquan Adha dan Ayu Raudhah. setelah banyak rintangan yang dihadapi oleh pasangan ini akhirnya selamat juga bernikah. mari kita layan gambar perkahwinan mereka okay.

gambar kahwin ayu raudhah zaquan adha

gambar kahwin ayu raudhah zaquan adha

gambar kahwin ayu raudhah zaquan adha

gambar kahwin ayu raudhah zaquan adha

gambar kahwin ayu raudhah zaquan adha

gambar kahwin ayu raudhah zaquan adha

gambar ayu raudhah malam berinai


credit : beautiful nara, nad, picalasso

nota muka: di harapkan jodoh mereka akan berpanjangan. jangan cepat melenting, jangan jadi seperti abang dan pasangannya. hurmm. agak-agak zafuan adha dan rita rudaini datang ke tak ek??

Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010: FINALIS

0 insan terpilih
assalamualaikum, sekarang barulah aku dapat update sikit blog lapuk aku ini. mintak maaflah dekat semua readers and follower blog ini sebab sejak akhir-akhir ini aku jarang sikit update blog. sebabnya sekarang aku tengah belajar, so masa untuk blog jadi berkurang lagi-lagi dengan line broadband aku yang mengalahkan siput atau cipan ini. biasalah belum bayar bil lagi sebab tu line lembab. hahaha

oklah seperti semua sedia maklum yang Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010 akan berlangsung tak lama lagi. sebanyak 16 kategori akan dipertandingkan.
 

Hasil undian peringkat awal selama lebih sebulan, seramai 55 artis dan personaliti serta kumpulan atau penyanyi duo mendominasi kategori tertentu. Daripada senarai itu, dua artis, Raja Azura dan Anna Raffali dicalonkan dalam tiga kategori, manakala 12 artis lain seperti Shahir, Aaron Aziz, Shaheizy Sam, Lisa Surihani, Adira, Zizan, Noorkhiriah, Sharifah Shahira, Remy Ishak, Scha Alyahya, Aznil Nawawi dan Fara Fauzana pula dipilih dalam dua kategori, sekali gus bersaing dengan nama popular lain untuk merebut gelaran Bintang Paling Popular dalam majlis gilang gemilang yang akan berlangsung di Arena Of Stars, Genting Highlands pada 3 April ini.



Selain itu, antara artis dan personaliti yang tersenarai dalam peringkat Top 5 ialah Aizat, Black, Faizal Tahir, Stacy, Yuna, Azlan & The Typewriter, Bunkface, Meet Uncle Hussain, 6ixth Sense, Hijjaz, Inteam, Rabbani, Raihan, Fizz Fairuz, Fasha Sandha, Tiz Zaqyah, Nabil, Zizan, Didie Alias, Kenchana Dewi, Diana Danielle, Liyana Jasmay, Maya Karin, Ally Iskandar, Cheryl Samad, Nurul Syuhada, Faizal Ismail, Kieran, Abby Fana, Linda Onn dan Sharifah Aleya.





Penyanyi Lelaki Popular
Aizat
Anuar Zain
Black
Faizal Tahir
Shahir

Penyanyi Wanita Popular
Adira
Ana Raffali
Alyah
Stacy
Yuna

Pelakon TV Lelaki Popular
Aaron Aziz
Ady Putra
Fizz Fairuzz
Remy Ishak
Shaheizy Sam

Pelakon TV Wanita Popular
Fasha Sandha
Lisa Surihani
Noorkhiriah
Scha Alyahya
Tiz Zaqyah

Artis Baru Lelaki Popular
Daus
Maulana
Shahir
Sharnaaz Ahmad
Shahz Jaszle

Artis Baru Wanita Popular
Adira 
Ana Raffali
Mizz Nina
Nurul Elfira
Nur Syuhaida

Artis Komedi Lelaki Popular
Along
Angah
Johan
Nabil
Zizan

Artis Komedi Wanita Popular
Didie Alias
Kenchana
Noorkhiriah
Raja Azura
Sharifah Shahira

Pelakon Filem Lelaki Popular
Aaron Aziz
Bront Palarae
Remy Ishak
Shaheizy Sam
Syamsul Yusof

Pelakon Filem Wanita Popular
Diana Danielle
Lisa Surihani
Liyana Jasmay
Maya Karin
Scha Alyahya

Pengacara TV Lelaki Popular
Ally Iskandar
Awal Ashaari
Aznil Nawawi
Jimmy Shanley
Zizan

Pengacara TV Wanita Popular
Cheryl Samad
Fara Fauzana
Nurul Syuhada
Raja Azura
Sharifah Shahirah

Penyampai Radio Lelaki Popular
Aznil Nawawi
Faizal Ismail
Halim Othman
Kieran
Salih Yaakob

Penyampai Radio Wanita Popular
Abby Fana
FAra Fauzana
Linda Onn
Raja Azura
Sharifah Aleya

Penyanyi Nasyid Popular
Hijjaz
Inteam
Mirwana
Raihan
Rabbani

Artis Duo/Berkumpulan Popular
Ana Raffali/Sohaimi Mior Hassan/Altimet
Azlan & The Typewriter
Bunkface
6ixth Sense
Meet Uncle Hussein

Undian bagi menentukan siapakah juara bagi setiap kategori akan berlangsung pada 17 Januari sehingga 13 Mac 2011 dengan mendapatkan borang di akhbar Berita Harian.

Wednesday, January 19, 2011

Shah Jaszle mengaku bercinta dengan Maria Farida

2 insan terpilih

pix_gal0
SEORANG lagi muka baru yang berjaya menempatkan diri dalam senarai Top 5 ABPBH2010 ialah Shah Jaszle yang tercalon menerusi kategori Artis Baru Lelaki Popular. Sebelum ini kelibat lakonan Shah boleh diikuti menerusi drama Asmara, Tari Tirana dan Bio-Nik. Terbaru, dia bakal muncul menerusi drama Gemilang bersama Tiz Zaqyah dan Kamal Adli.

Pun begitu, nama Shah, 23, tiba-tiba menjadi sebutan dan mendapat publisiti meluas apabila tersebar gosip percintaannya bersama pelakon seksi dan jelita, Maria Farida, 40. Sekalipun tidak pernah mengaku bercinta dan sekadar memberi alasan no comment setiap kali berdepan dengan media massa, namun percintaan mereka boleh diikuti secara terang-terangan menerusi laman sembang, Twitter masing-masing. 

Baru-baru ini pula tersebar gosip kononnya hubungan Shah dan Maria berantakan apabila tersebar gosip kononnya Shah bercium mulut dengan aktres janda, Wan Sharmila ketika mereka bertemu pada Anugerah Skrin 2010 (ASK2010), baru-baru ini. Justeru, ketika bertemu dengan Shah pada majlis ABPBH2010 baru-baru ini, Zubir terus bertanyakan hal berkenaan kepada beliau. 

“Saya akui, memang saya dan Maria (Farida) tidak mahu berterus terang mengenai hubungan kami sebelum ini. Yang tahu hanyalah keluarga masing-masing. Bukan kami mahu berahsia, sebaliknya kami bimbing sekiranya berterus-terang, ramai yang tidak boleh menerima hakikat kerana jurang usia kami yang begitu ketara.

“Namun, selepas memikirkan perkara ini masak-masak, saya membuat keputusan untuk berterus-terang. Saya mengaku memang saya menyintai Maria. Saya minta maaf apabila berselindung selama ini. Namun, terpulanglah kepada Maria untuk membuat pengakuan. Sekiranya dia tidak mahu mengaku, saya tidak boleh memaksanya, itu hak peribadinya.

“Saya juga mengaku, memang hubungan saya dan Maria agak tegang apabila tersebarnya gosip saya cium mulut dengan Wan Sharmila, namun gosip itu tidak benar, kami sekadar berlaga pipi ketika bertemu pada ASK2010 baru-baru ini.

Selepas Maria menghubungi Wan (Sharmila) dan mendapat tahu cerita sebenar, hubungan saya dan Maria kembali jernih,” kata Shah berterus-terang.
Kalau dari dulu Shah berterus-terang hubungannya dengan Maria, kan senang, tak perlu berdolak-dalik, akhirnya mengaku juga.

credit: berita harian

nota muka: akhirnya mengaku juga mereka ini bercinta. buat apa nak sorok-sorok, terus terang je sudah. nanti jadi buah mulut orang baru nak melenting. sekarang ini faktor usia dah tak penting. masinmasing cantik dan hensem, memang sepadan sangatlah. tapi mintak-mintak tak lah terlalu over pulak bercinta tu..

Thursday, January 13, 2011

GAMBAR ARTIS SEKITAR RED CARPET ANUGERAH JUARA LAGU KE 25

1 insan terpilih
assalamualaikum, hari itu aku ada janji nak letak lagi gambar beberapa artis yang hadir pada malam Anugerah Juara Lagu ke 25 kan. so kali ini aku akan tunaikan. korang layan jelah ea..


sahri


hafiz


zarina


syuhada


shasha bashir



pengacara nona

credit: atan ahmad

Wednesday, January 12, 2011

GAMBAR ARTIS SEKITAR ANUGERAH JUARA LAGU KE 25

0 insan terpilih
assalamualaikum, seperti biasa kehangatan Anugerah Juara Lagu ke 25 masih belum reda lagi. ternyata pastinya ramai yang terkejut dan tidak menyangka dengan kemenangan Ana Rafali pada malam itu. tetapi apa boleh buat, tuah berpihak kepada Ana dan dari situ telah lahir lagi komposer yang berbakat besar. di harapkan Ana dapat mencipta lagi lagu-lagu yang hebat dan menarik.

entry kali ini aku akan kongsi beberapa gambar artis yang hadir pada malam Anugerah Juara Lagu ke 25. masing-masing menunjukkan style yang tersendiri. walaupun pada malam itu tiada apa-apa kaitan dengan para pelakon, tetapi semangat untuk menyokong para penyanyi lain tetap tidak dilupakan.

168414_10150161751464517_529204516_8440025_252602_n

lisa surihani


ryzal


shira


yatt


liyana jasmay



betty benafe


miasara


siti nurhaliza



ashraf muslim


ana rafali


yuna



ezlyyn

credit: dauspozi, rindok, google

ok next entry aku akan sertakan lagi beberapa gambar artis yang hadir ke ajl 25..nantikan ea..

Tuesday, January 11, 2011

shopping di kompleks arau perlis aka cmart

0 insan terpilih
assalamualaikum, adoii sangat penat sebab aku baru balik dari bershopping..wah sempat lagi kau bershopping walaupun duit sudah kering..huwawawa..aku bukannya shopping apa pun, just beli file, sepit rambut and air mineral..tapi dah cecah rm20 plus2 jugak tau..

sebelum tu aku pergi makan dengan rumates and her gang dekat warung berdekatan. sedap memang sedap tapi yang aku rasa macam takda selera ialah nyamuk banyak sangat!! aku ni dah la berdarah raja berdarah manis, so nyamuk ni memang minat betul lah nak ngendeng dekat aku.

tak selesa betulla. kalau sekali aku dah kena gigit nyamuk, boleh jadi bengkak badan aku ni. sebab itulah aku cakap badan aku ni berdarah manis..hehe. baru je hari itu kaki aku sembuh dari bengkak lepas kena gigit nyamuk. mintak-mintak lah sejarah tak berulang lagi ea. 

lepas aje makan, barulah kitaorang bergerak ke kompleks Arau aka C-Mart. tak jauh pun. depan umah je. jenguk kat tingkap nampak kompleks cmart. tunggu bas nampak cmart. takda bangunan lain ke nak nampak.hehe

bermula sekarang aku kena berjimat sikit. sebab dengar kata duit PTPTN akan dapat dalam bulan 3. so memang bankrap lah aku nantikan. takkan lah nak suruh family aku masukkan duit tiap minggu. banyak cantik muka kau..ko ingat dioramg tu bukak bank ke..hehe

oklah, itu je nak tulis kali ini. esok aku ada kelas pukul 8 pagi. macam biasa kena tunggu bas pukul 7 pagi. huwawawa awal giler kan. biasalah pelajar cemerlang..haha

Monday, January 10, 2011

KOMEN ANUGERAH JUARA LAGU KE 25

1 insan terpilih

assalamualaikum, semalam baru sahaja selesai berlangsungnya Anugerah Juara Lagu ke 25. belum pukul 9 malam lagi semua housemates sudah duduk bersila di depan televisyen. nasib baik aku keluar awal so dapatlah aku port yang terbaeekkk punya.hehe

disebabkan terpaksa duduk di lantai selama 2 jam ternyata punggung aku memang sakitt..tapi demi AJL 25 ini ku sanggup redahi jua..cewahhh!!

baiklah sekarang aku nak start komen tentang AJL 25 semalam. masa dia mula-mula start dengan menampilkan penyanyi Fransisca Peter memang dah terasa aura di situ. lepas tu Nash dan M.Nasir pula menyanyi memang kembalikan terus kegemilangan Juara lagu tahun-tahun lepas. mantap seyhh..walaupun mereka orang lama tetapi suara tetap maintain..

selepas itu, mulalah pertandingan AJL dengan menampilkan Yuna sebagai artis peryama bertanding. persembahan yuna pada malam itu ternyata memberi kelainan apabila tahun lepas dia membawa piano sekecil tapak tangan, tapi kali ini menggunakan piano sebesar orang pula. hehe..memang berhantu sedikit persembahan dia pada malam itu.


selepas itu giliran Tomok membuat persembahan. banyak kejutan di tonjolkan oleh Tomok dan kelainan yang di tampilkan dalam lagu Berlari itu. kalau ditengokkan sudah seperti Justin Timberlake pula.hehe. ingatkan Tomok boleh menang persembahan terbaik tapi sangkaan itu hanya pada permulaan sahaja.

selepas melihat persembahan dari Shahir, Hafiz, Api, Bunkface, Black dan lailain, semuanya memberi banyak kejutan. setiap persembahan mereka mempunyai gimik dan lakonan bagi menceritakan lagu mereka itu. ada sesetengah persembahan aku faham, ada sesetengah pula aku tak faham.hehe

rata-rata artis yang membuat persembahan pada malam itu memakai baju bewarna merah, putih, hitam dan biru. sudah seperti warna bendera Malaysia pula. hehe. yang paling memberi impak pada persembahan mereka ialah Faizal Tahir menerusi lagu Hanyut. memang layak persembahan itu diangkat sebagai Persembahan Terbaik.

vokal Hafiz yang mantap menerusi lagu Noktah Cinta melayakkan beliau untuk memenangi Vokal Terbaik seterusnya menangkat lagu itu sebagai tempat yang ke3. manakala suara dan kelantangan yang memukau dan susunan lirik yang mantap dari Black dan Meet Uncle Hussein membolehkan mereka mendapat tempat yang kedua.

ku sangkakan Faizal Tahir akan mendapat tempat pertama selaku juara AJL 25, tapi sangkaan bukan sahaja aku malah orang lain semuanya meleset. Ana Rafalli di angkat sebagai juara memberi kejutan kepada semua. siapa sangka gadis yang dicungkil bakat melalui Youtube boleh memenangi AJL25.


mungkin lirik yang begitu berpuitis dan bermakna termasuk juga dengan cara penyampaian telah membuatkan lagu ini di tempat pertama dengan menumpaskan lagu lagu hebat yang lain seperti Selamat Malam, Ekstravaganza dan lain-lain.


penutup sementara menanti keputusan menampilkan Ziana Zain, Dato Sharifah Aini dan Dato Siti Nurhaliza. memang itulah persembahan yang ditunggtunggu semua peminat. nostalgia kembali terimbas kerana mereka menyayikan lagu-lagu lama mereka yang pernah dipertandingkan di ajl dahulu. sebaik sahaja mereka muncul di pentas, penonton sudah mula menyorak. salute kepada mereka!!

Friday, January 7, 2011

lelaki bangla buat gangguan seksual ke atas aku akhirnya tertangkap

0 insan terpilih
assalamualaikum, sekarang aku sudah berada di Arau Perlis, menayambung pengajian aku sebagai pelajar degree. tapi sekarang aku bukannya nak cerita pasal keadaan aku di sini. aku nak cerita pasal satu berita yang keluar dekat Metro hari ini. berita ini macam ada kena mengena sikit dengan aku.hehe

korang ingat lagi tak aku ada cerita pasal ada seorang bangla buat gangguan seksual kat atas aku masa dalam komuter. kalau belum baca, korang boleh tekan link ini. harini ada cerita pasal bangla giler ini kat dalam paper.

kalau tak silap aku dialah orangnya ataupun sekutu dia. aku pun tak ingat..hehe..memang lega sebab akhirnya perbuatan dia dah terbongkar..memang tarak guna punya bangla. gila seks betul!

KUALA LUMPUR: Seorang kakitangan bank tidak menyangka menjadi mangsa seorang lelaki warga Bangladesh gila seks apabila diraba ketika dalam tren komuter, Rabu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, mangsa dikenali sebagai Yani, 25, menaiki tren di Stesen Sentral Kuala Lumpur untuk pulang ke rumahnya di Shah Alam. Beliau berkata, pada mulanya, dia tidak mempedulikan kehadiran lelaki terbabit yang berhimpit berhampirannya kerana menyangka ia tidak sengaja, tambahan pula keadaan dalam tren agak sesak dengan orang ramai.

“Tiba-tiba saya berasa ada sesuatu merayap di punggung saya, tetapi keadaan tren yang bergoyang membuatkan saya berfikir mungkin lelaki di belakang saya itu tersentuh secara tidak sengaja,” katanya.

Bagaimanapun, dia mula pelik selepas lelaki itu masih memegang punggungnya, malah mula bertindak meraba dengan berlakon seolah-olah tidak sengaja menyentuhnya.

“Perbuatan lelaki itu tidak disedari orang ramai kerana kedudukan yang rapat sehingga sukar bergerak berikutan tren kebiasaannya penuh dengan penumpang pada waktu berkenaan.

“Selepas tidak tahan dengan perbuatan lelaki itu, saya cuba menepis tangannya dan beredar ke depan sedikit di hentian seterusnya selepas ada penumpang turun,” katanya.

Beliau berkata, sangkaannya lelaki itu tidak mengekorinya meleset selepas dia sekali lagi meraba punggungnya.

Yani yang geram dengan tindakan itu kemudian menampar tangan lelaki terbabit sehingga dia terkejut lantas beralih ke belakang seolah-olah tiada apa yang berlaku.

“Saya sempat melihat gelagat lelaki itu yang berlakon seolah-olah tiada apa yang berlaku. “Saya juga sempat merakam gambarnya melalui telefon bimbit saya. “Tidak puas mengambil kesempatan ke atas saya, lelaki itu kemudian beralih pula kepada seorang lagi wanita yang berada berhampiran,” katanya.

Katanya, lelaki itu melakukan perbuatan sama kepada wanita terbabit tanpa menyedari diperhatikan. “Saya yang geram melihat perbuatannya yang tidak serik lantas menghampiri mereka dan sekali lagi menampar tangan lelaki itu.

“Tindakan saya itu membuatkan lelaki itu terkejut sehingga wanita yang dirabanya turut terpinga-pinga melihat tindakan saya. “Pada mulanya wanita itu menyangkakan saya yang melakukannya, namun selepas diterangkan baru dia faham,” katanya.

Katanya, selepas kegiatannya terbongkar, lelaki itu terus melarikan diri sebaik tren berhenti di Hentian Seri Setia bagi mengelak ditahan.

*sumber: metro

JUARA LAGU KE 25 MILIK FAIZAL TAHIR ?

0 insan terpilih
Assalamualaikum, hari ini macam biasa aku duduk kat rumah sewa tak ada buat apa. rutin harian pun sama je, pergi kelas, makan dan tidur..bab tidur tu memang best..sampaikan taknak bangun langsung. so far housemates semua okay. cuma baru kenal-kenal camtu je. budak bilik pulak takda masalah alhamdulillah.


tanggal 9 januari 2010 bersamaan hari ahad akan berlangsungnya ANUGERAH JUARA LAGU KE 25. masa mula-mula ku pikirkan tak dapat tengok ajl tahun ni. tapi nasib baik rumah sewa aku ni ada tv siap dengan astro lagi, memang mantap la..hehe..pukul 8 dah terpacak duduk bersila ramai-ramai depan tv.

sebanyak 14 buah lagu yang akan dipertandingkan pada malam tersebut dan kesemuanya memang ada aura dan style yang tersendiri yang sudah pastinya menyukarkan juri untuk membuat pemilihan pemenang.

pada tahun lepas, juara lagu ke 24 disandang oleh AIZAT dengan lagu PERGI manakala YUNA ditempat kedua dengan lagu DAN SEBENARNYA. lagu PERGI pada masa itu ibarat lagu berhantu kerana ia mempunyai aura yang mantap..mamang layak di gelar pemenang.

jadi, pada tahun ini siapa pula yang akan menjuarai Anugerah Juara Lagu ke 25? semuanya masih menjadi teka teki.. ramai yang mengatakan FAIZAL TAHIR akan menjadi juara pada malam itu dengan mempertaruhkan 2 buah lagu iaitu SELAMAT MALAM dan HANYUT..




Melodi, lirik dan susunan muzik untuk lagu Selamat Malam yang cukup segar serta bertenaga memungkinkan ia untuk bergelar juara.

Jika rezeki tidak berpihak kepada Selamat Malam sekali pun, siapa tahu Faizal masih lagi boleh tersenyum puas seandainya pihak juri merasakan lagu Hanyut juga hasil karyanya bersama Audi layak untuk menduduki tangga teratas AJL25.

Namun, siapa tahu, rezeki berganda untuk Faizal dan Audi sekiranya lagu Selamat Malam dan Hanyut mampu menduduki dua posisi dalam tiga tempat yang disediakan. Mustahil? Mengapa tidak kerana sejarah sudah pun membuktikan sebelum ini AJL yang pertama di mana dua buah lagu ciptaan Manan Ngah dipilih untuk menduduki posisi juara dan naib juara.

Dua lagu yang dipertandingkan pada tahun 1986 itu adalah Sekadar Di Pinggiran dan Aku Kehilanganmu kedua-duanya nyanyian Francissca Peter. Jadi, tidak mustahil untuk Audi dan Faizal mengulangi kejayaan 24 tahun lalu. Seandainya itu berlaku, tidak perlulah membuat bising atau mencetuskan kontroversi kerana juri lebih bijak membuat keputusan.

Atau mungkinkah tahun ini akan menyaksikan kumpulan indie popular, Meet Uncle Hussain (MUH) akan kembali menjulang kejuaraan menerusi lagu Drama King. Memang tidak mustahil kalau Drama King dijulang sebagai juara kerana keunikan dan keistimewaan lagu itu yang cukup menarik perhatian.



Ditambah dengan kemantapan vokal Black yang menambahkan merit untuk lagu itu dinobatkan sebagai Juara Lagu Ke-25. Namun, usah dipandang enteng kepada lagu-lagu lain seperti Cinta Sempurna ciptaan sepenuhnya oleh Yuna, Ekstravaganza (Bunkface), Pelita (A.P.I) dan Mencari Konklusi (Hujan) yang mampu mencipta kejutan pada malam AJL25.




yang tengah tu my cousins..hehe


Keempat-empat lagu ini berdiri atas landasan yang tersendiri dan memiliki kekuatan serta keseimbangan komposisi serta liriknya. Begitu juga dengan lagu-lagu yang mendapat perhatian meluas di corong radio seperti Noktah Cinta (Hafiz), Sofea Jane (Black) dan Ku Ada Kamu (Adira) juga mempunyai peluang untuk duduk dengan selesa di tiga tempat teratas.





Selain itu, kategori Vokal Terbaik juga tidak kurang hebatnya. Nama-nama seperti Faizal, Black dan Hafiz merupakan mereka yang dilihat akan memberikan persembahan terbaik menerusi lagu yang disampaikan. Tidak mustahil Black menjulang kategori ini untuk dua tahun berturut-turut kerana kehebatan vokalnya memang sudah terbukti satu dalam sejuta.


Kalau juri mencari kelainan tahun ini, mungkin kumpulan A.P.I menerusi gandingan vokal Azlan & The Typewriter dan vokalis kumpulan Hujan iaitu Noh mempunyai peluang memenangi Vokal Terbaik. Mengapa tidak? Kerana sebelum ini pun paduan suara Jaclyn Victor dan Lah Ahmad juga pernah memenangi kategori Vokal Terbaik pada tahun 2007.

Kalau Adira memberikan persembahan terbaik dengan mengawal gaya nyanyiannya agar kedengaran lebih sedap didengar untuk lagu Ku Ada Kamu, gelaran Vokal Terbaik AJL25 juga boleh menjadi miliknya. Mungkin juga gelaran itu akan berpindah milik kepada Yuna dan Ana Raffali yang memiliki gaya nyanyian tersendiri.




AJL25 yang dihoskan oleh Faizal Ismail, Cheryl Samad dan Ally Iskandar itu akan menyaksikan persembahan pembukaan oleh Francissca Peter, Nash dan M. Nasir yang pernah memenangi AJL sebelum ini.


Khusus untuk penonton setia mereka, TV3 akan menampilkan tiga penyanyi wanita unggul negara iaitu Datuk Sharifah Aini, Ziana Zain dan Datuk Siti Nurhaliza menerusi sebuah persembahan istimewa untuk segmen interlud.

Pemenang Anugerah Lagu:


Juara Anugerah Lagu 2000 (AJL KE-16)
-Siti Nurhaliza – Balqis

Juara Anugerah Lagu 2001 (AJL KE-17)
-Yasin – Mimpi Laila

Juara Anugerah Lagu 2002 (AJL KE-18)
-Nurul & Ajai – Keliru

Juara Anugerah Lagu 2003 (AJL KE-19)
-Misha Omar – Bunga-bunga Cinta

Juara Anugerah Lagu 2004(AJL KE-20)
-Spider – Relaku Pujuk

Juara Anugerah Lagu 2006(AJL KE-21)
-Adibah Nor-Terlalu Istimewa

Juara Anugerah Lagu 2007 (AJL KE-22)
-Estranged-itu kamu

Juara Anugerah Lagu 2008 (AJL KE-23)
- Meet Uncle Hussain-Lagu Untukmu

Juara Anugerah Lagu 2009(AJL KE-24)
-Aizat-Pergi

Juara Anugerah Lagu 2010 (AJL KE-25)
-????
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA