~CEPAT KLIK LINK INI~

Friday, January 7, 2011

lelaki bangla buat gangguan seksual ke atas aku akhirnya tertangkap

assalamualaikum, sekarang aku sudah berada di Arau Perlis, menayambung pengajian aku sebagai pelajar degree. tapi sekarang aku bukannya nak cerita pasal keadaan aku di sini. aku nak cerita pasal satu berita yang keluar dekat Metro hari ini. berita ini macam ada kena mengena sikit dengan aku.hehe

korang ingat lagi tak aku ada cerita pasal ada seorang bangla buat gangguan seksual kat atas aku masa dalam komuter. kalau belum baca, korang boleh tekan link ini. harini ada cerita pasal bangla giler ini kat dalam paper.

kalau tak silap aku dialah orangnya ataupun sekutu dia. aku pun tak ingat..hehe..memang lega sebab akhirnya perbuatan dia dah terbongkar..memang tarak guna punya bangla. gila seks betul!

KUALA LUMPUR: Seorang kakitangan bank tidak menyangka menjadi mangsa seorang lelaki warga Bangladesh gila seks apabila diraba ketika dalam tren komuter, Rabu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, mangsa dikenali sebagai Yani, 25, menaiki tren di Stesen Sentral Kuala Lumpur untuk pulang ke rumahnya di Shah Alam. Beliau berkata, pada mulanya, dia tidak mempedulikan kehadiran lelaki terbabit yang berhimpit berhampirannya kerana menyangka ia tidak sengaja, tambahan pula keadaan dalam tren agak sesak dengan orang ramai.

“Tiba-tiba saya berasa ada sesuatu merayap di punggung saya, tetapi keadaan tren yang bergoyang membuatkan saya berfikir mungkin lelaki di belakang saya itu tersentuh secara tidak sengaja,” katanya.

Bagaimanapun, dia mula pelik selepas lelaki itu masih memegang punggungnya, malah mula bertindak meraba dengan berlakon seolah-olah tidak sengaja menyentuhnya.

“Perbuatan lelaki itu tidak disedari orang ramai kerana kedudukan yang rapat sehingga sukar bergerak berikutan tren kebiasaannya penuh dengan penumpang pada waktu berkenaan.

“Selepas tidak tahan dengan perbuatan lelaki itu, saya cuba menepis tangannya dan beredar ke depan sedikit di hentian seterusnya selepas ada penumpang turun,” katanya.

Beliau berkata, sangkaannya lelaki itu tidak mengekorinya meleset selepas dia sekali lagi meraba punggungnya.

Yani yang geram dengan tindakan itu kemudian menampar tangan lelaki terbabit sehingga dia terkejut lantas beralih ke belakang seolah-olah tiada apa yang berlaku.

“Saya sempat melihat gelagat lelaki itu yang berlakon seolah-olah tiada apa yang berlaku. “Saya juga sempat merakam gambarnya melalui telefon bimbit saya. “Tidak puas mengambil kesempatan ke atas saya, lelaki itu kemudian beralih pula kepada seorang lagi wanita yang berada berhampiran,” katanya.

Katanya, lelaki itu melakukan perbuatan sama kepada wanita terbabit tanpa menyedari diperhatikan. “Saya yang geram melihat perbuatannya yang tidak serik lantas menghampiri mereka dan sekali lagi menampar tangan lelaki itu.

“Tindakan saya itu membuatkan lelaki itu terkejut sehingga wanita yang dirabanya turut terpinga-pinga melihat tindakan saya. “Pada mulanya wanita itu menyangkakan saya yang melakukannya, namun selepas diterangkan baru dia faham,” katanya.

Katanya, selepas kegiatannya terbongkar, lelaki itu terus melarikan diri sebaik tren berhenti di Hentian Seri Setia bagi mengelak ditahan.

*sumber: metro

0 insan terpilih:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA