~CEPAT KLIK LINK INI~

Saturday, February 26, 2011

pensyarah garang dan digelar bom tak dijangka

0 insan terpilih
assalamualaikum, hurm minggu ini dan minggu yang mendatang merupakan minggu yang paling busy sepanjang aku belajar. setiap minggu ada test, kuiz, assignment, dinner, program..adoii masa bilalah aku nak balik rumah iniiii!!!

pagi ini aku buat ulangkaji QMT di library bersama kawan-kawanku. sebabnya minggu depan ada test. bukan saja ada satu, tapi ada 3 test minggu depan. adoii pening kepala otak nak baca buku. yang satu subjek ini mengira, yang lagi satu membaca, yang lagi satu mandarin.


study-study juga tapi gossip tetap tak lupa. biasalah perempuan kalau dah berkumpul, gosip tak lari dari mulut punyalah. hehe. sebenarnya kami semua tengah tension buat soalan QMT tadi. bukan tak paham, cuma tak tahu. hehe

lecturer kami ajar cara lain, dalam buku ajar cara lain, kami pulak tak tahu nak ikut yang mana satu. kami tesepit..arghh..kami semua satu kelas memang kurang suka denga lecturer kami itu. bukan apa, lecturer kami itu dikenali sebagai killer lecturer dekat uitm. so korang semua paham-paham jelah ea.

lecturer kami itu muda lagi dalam 20 an. tapi cara dia ajar kami tak suka sangat. dia sangat strict. itu biasalah kan. cuma kadang kala apa yang dia ajar tu salah and akan tukar secara last minute. so kami semua mestilah terpinga-pinga and bertambah tak paham.


lepas itu, dia suka marah and naik angin suka hati. even kami macam kesalahan kecik je tapi marah nya sangatlah macam singa. setiap kali nak masuk kelas dia mesti stress. sebab itu kami gelarkan dia bom tak dijangka sebab dia tak boleh di jangka mood dia time itu.


setiap hari mesti lepas kelas kami akan bercerita pasal dia. even budak perempuan pun tak berapa suka dengan dia, inikan pulak budak lelaki. huhu..setiap kali kami sebut nama dia dekat lecturer lain mesti diorang dah tahu perangai dia. semua lecturer akan cakap dia ini lecturer mengfailkan pelajar..seram sejuk dengar nye


siapalah yang nak repeat paper ini kan. tapi bagi aku, aku akan cuba sehabis baik fokus masa dalam kelas. kalau tak memang tertinggal kat belakang lah kau. dia ini ajar laju betul and mengalahkan prof madya pulak. hehe

oklah, aku nak sambung study QMT. walaupun pening and stress tapi assingnment pertama aku dapat yang paling highest. hehe 74/75..patutnya dah boleh dapat markah penuh, cuma terlupa nak tulis satu ayat aje..hehe
and lagi satu, kalau student dia salah eja nama dia, dia cakap nak buang je kertas student tu. isy takot mak tau..hohoh..okalah, wish me luck. hope me boleh buat sehabis mungkin dengan paper ini okay.. 

Friday, February 25, 2011

poligami cara salih yaakob

0 insan terpilih
assalamualaikum..berdasarkan tajuk kat atas itu, its obvious yang aku nak cerita pasal poligami pula pada entry kali ini. seperti yang kita tahu pelakon, pelawak, pengacara dan penyanyi Salih Yaakob mempunyai 3 orang isteri. walaupun dia mengamalkan dasar poligami, itu tidak membawa masalah kepada mereka kerana ia di dasari dengan syariat-syariat islam.


tak semua lelaki mampu mengamalkan poligami yang betul. sebab itu, sekarang ini banyak sangat kes lelaki curang dengan isteri, suami ada skandal lain, suami buang isteri, suami hilang lari dengan wanita lain. semua kes ini sebenarnya boleh di tangani sekiranya si suami tahu bagaimana caranya.

jika mereka ingin mempunyai wanita lain selain isteri mereka, biarlah ikatan yang mereka bina bersama wanita lain itu sah juga. ia boleh di lakukan dengan cara poligami. tapi AWAS kalau suami tidak mampu untuk memberi keadilan kepada isteri-isteri mereka, baik lupakan sahaja.


aku masih ingat lagi kata-kata Salih Yaakob, bagaimana dia melayari kehidupan berumah tangga bersama isteri-isteri dia dengan cukup bahagia sekali. menirut beliau, suami itu adalah imam kepada isteri-isteri mereka, sekiranya suami tidak cukup lagi ilmu agama di dada, elok lupakan sahaja. ini kerana ilmu agama itu sangat penting. suamilah yang sepatutnya membimbing isteri-isteri mereka. bukannya menghancurkan hidup mereka.


kadang-kadang ramai lelaki yang ingin berpoligami tapi tak tahu nak bersikap adil. isteri pertama tidak dapat cukup kasih sayang seperti isteri muda yang lain. sebenarnya seorang suami itu haruslah memberi kasih sayang  yang sama rata kepada isteri-isteri mereka. jika isteri pertama mendapat sebuah kereta kancil, isteri yang lain juga berhak mendapat kereta yang sama. barulah sebuah institusi kekeluargaan itu utuh tanpa ada rasa dengki.

isteri juga haruslah memainkan peranan penting. janganlah biarkan isteri pertama membuli isteri kedua atau sebaliknya. isteri-isteri haruslah menjadi kawan yang baik, tolong menolong dan jangan memberi tekanan kepada suami. sekiranya suami berasa tertekan, tidak mustahil suami mungkin akan mencari yang lain pula.


oleh itu, sekiranya seorang itu menanam hasrat untuk berpoligami, mereka mestilah pastikan ilmu agama mereka cukup, mereka mampu bersikap adil dan mampu membimbing isteri-isteri mereka. jika semua sifat ini tiada dalam diri mereka, elok lupakan sahaja kerana ia mampu meruntuhkan rumah tangga.

Tuesday, February 22, 2011

dinner tema Denim dan Masquerade-tiada idea nak pakai pakaian apa

3 insan terpilih
assalamualaikum, wah cik sheila, esok awak ada test sempat lagi nak update blog ea. hehe mintak maaf kepada diri sendiri kerana saya sudah penat mengadap buku selama 2 jam tadi. hikhik bagilah peluang nak mengadap mukabuku dan blog pula.

entry kali ini aku nak tanya pasal pendapat korang semua tentang pakaian bagaimana yang aku patut pakai untuk dinner nanti. aku ada 2 dinner yang di wajibkan pergi, wah dah macam VIP pulak kan sampai banyak sangat dinner. lepas tu pening kepala memikirkan pakaian apa yang sesuai mengikut tema.

dinner pertama bertemakan DENIM. so what should i wear? actually aku ini kurus dan kecik, so aku tak tahu nak pakai macam mana supaya tak nampak terlalu kurus dan kecik. kalau pakai seluar jeans rasa macam biasa je. arghh buntu aku nak pikir. dah behari-hari aku google nak tengok baju macam mana sesuai. tapi semuanya untuk orang yang tinggi-tinggi sahaja..hukhuk sedih saya.


should i wear like this??


or like this?? but i'm too short and kurus lah..huhu

dinner kedua bertemakan MASQUERADE. yang ini lagi pening kepala pikir. dah la aku ini muslimah terakhir. lepas tu celah mana pulak aku nak cari topeng masquerade tu. atoyai. lainlah kalau aku belajar dekat area selangor. ini tak, kat Arau ini manalah nak cari. poning den pikiaq.


suka sangat topeng yang macam ini. simple, tak ada bulu-bulu merak..tapi kat mana nak dapat? 
can someone buy for me please..hehe


ataupun nak macam ini..sangat cantik..liplapliplap

so, korang ada idea tak? kalau korang ini bukak bisnes online yang ada jual item-item macam ini suggest lah kat aku ea. aku memang dah tak ada idea. dah la wajib pergi.kalau tak kena sebat! hakhak. mintak tolong ea kwan-kawan bagi idea kepada orang yang kekeringan idea ini. terima kasih.

Sunday, February 20, 2011

sawah berapi muncul di Kedah sebab musim bakar jerami sudah bermula

0 insan terpilih
assalamualaikum, hari jumaat yang lepas aku and the gang telah pergi ke Naza di Gurun Kedah untuk melakukan lawatan sambil belajar di sana. kami seramai 4 orang bertolak dengan menggunakan kereta beca kancil milik kawan aku.

nak di jadikan cerita, sepanjang perjalanan, macam biasalah mesti lalu tepi sawah yang terbentang luas kan. aku yang sedikit jakun ini rasa macam tenang sahaja bila lalu tepi sawah walaupun jalan raya yang aku lalu dengan sawah yang terbentang tu dipisahkan dengan sebatang sungai. so dapat bayangkan tak jauhnya sawah dengan aku. argh korang paham ke tak apa yang aku cuba sampaikan ini.hehe


tapi yang tak bestnya, sawah yang sepatutnya berwarna hijau dan kekuningan itu kini sudah bertukar hitam. alamak ini bukan kes beras terbakar macam kat Langkawi itu, tapi penduduk kat kedah ini sudah mula membakar mereka punya sawah.

menurut kawan aku yang serba sedikit arif tentang sawah ini walaupun mereka bukannya pesawah, mereka cakap sekarang ini musim bakar jerami. sebabnya sudah habis musim menuai so diorang bakarlah jerami itu untuk ditanam dengan padi yang baru.


no wonder la sejak akhir-akhir ini panas yang teramat. sampai ke Arau terasa bahangnya. walaupun panas, mereka tetap membakar jerami padi mereka. habis asap memenuhi jalan sampaikan kami tak nampak dah jalan raya. terpaksalah buka lampu kereta walaupun hari masih siang. huhu


aku pun tak tahu macam mana perasaan orang yang duduk dekat dengan sawah padi itu boleh hidup. mana taknya, asap penuhi ruang angkasa, dengan panas yang membara. tapi yang aku peliknya, diorang ini rilex je, even budak-budak atau orang tua. selamba aje duduk dalam kepulan asap yang terhasil. hisy


mugkin mereka sudah biasa, tapi bagi aku, itu luar biasa. hehehehae

Saturday, February 19, 2011

lawatan ke NAZA di Gurun, Kedah untuk subjek OSHA

0 insan terpilih
assalamualaikum, alhamdulillah akhirnya Arau ni hujan jugak setelah panas yang teramat sejak kebelakangan ini. panas kat Arau ini sangatlah terik dan bahang macam dah kat gurun sahara aku rasa. kalau kat negeri lain takdalah panas macam ini. nak tidur petang-petang pun tak selesa, sebab confirm berpeluh-peluh..eiii tension betul duduk Arau ini. bawalah aku keluar dari sini!!! arghhh

stop cerita pasal panas, sekarang aku nak cerita pasal pemergian aku ke NAZA AUTOMATIVE MANUFACTURING SDN BHD di GURUN, KEDAH. aku bukan keseorangan malah pergi dengan ahli kumpulan aku seramai 4 orang termasuk myself.


here are the place...


me with my group...

kami pergi sana bukan saja-saja nak cari kerja tapi melakukan kerja yang di amanahkan oleh lecturer OSH kami. setiap kumpulan kena cari satu company untuk selidik dan cari serba sedikit maklumat tentang Occupational Safety and Health(OSH) di company mereka. so kumpulan kami decide untuk pergi ke NAZA.

macam-macam dugaan dan cabaran terpaksa kami tempoh untuk dapatkan kelulusan dari NAZA. tapi itu semua tak penting dah, yang penting kerja kami sudah selesai..yihaaaa!! 

appointment kami dengan HR department kat Naza dalam pukul 3petang, dan kami telah sampai di lobby naza pada pukul 2 petang. hhehe, kenalah awal supaya mereka tak tunggu kedatanagn kita. nak jumpa orang yang incharge kami iaitu Encik Fauzi tak boleh sebab dia cakap pukul 3, so kami pergilah sembahyang zuhur dulu.


di hadapan pintu depan NAZA

selepas sembahyang ada masa lagi kami tunggu Encik Fazli di lobby. akhirnya tepat pukul 3 petang dia pun jumpa kami di lobby. aku dah agak dah yang dia ni mesti muda lagi orangnya sebab masa aku call dia dulu suara dia amcam muda lagi. so tekaan aku betullah.hehe

kemudian dia bawa kami ke satu bilik, aku ingatkan office dia, rupanya auditorium lahh..besar pulak tu. kami duduk di depan sekali dah macam tetamu VIP pulak yelah, kami 4 orang je manakala dia berdiri kat depan tunjukkan slide berkaitan dengan apa yang kami akan tanya. 

mula-mula ketua dia iaitu Encik Haji Misbah yang bagi talk pasal OSH ini. selepas itu barulah Encik Fauzi. yang aku ini pulak asyik dikenakan aje dengan encik Misbah sebab aku yang call dia dulu mintak permission. tak pasal-pasal aku di jadikan contoh dia pulak.huhu


tunjuk plant layout..besar giler...


khusyuk mendengar...

Encik Fauzi ini muda lagi tau. baru je berumur 25 tahun. tapi jangan main-main, dia ini EXECUTIVE di HUMAN CAPITAL DEVELOPMENT tau..masih single lagi. kalau nak nombor telefon dia boleh mintak kat aku.haha..

Encik fauzi dan Encik Haji Misbah


Peugeot..pergghh cool gilerrr..

dekat pukul 5.30 petang barulah tamat discussion kami. alhamdulillah apa yang kami mahukan maklumat berkaitan Naza semuanya telah kami dapatkan, tapi ia PNC lah okay. after that, kami mulalah bergambar dengan kereta yang telah kami dapat iaitu PEUGEOT.hehe..jangan jelez, aku dah dapat ambil gambar dengan kereta yang belum dilancarkan lagi tau..kereta PEUGEOT ini siap ada turbo lagi tau. huwawawa meleleh tengok bilalah dapat pakai kereta ini.


my frenz with Peugeot...arghh jatuh cinta dengan kesmartan kereta ini..


Peugeot warna putihh..

 

me with my carrrrrr....this one with turbo!!


ok setelll...

Sunday, February 13, 2011

terima kasih kepada fadwa daud kerana menjadi follower saya

1 insan terpilih
assalamualaikum, 
kali ini just entry ringkas sahaja. 
aku nak memberi satu tanda terima kasih aku kepada 
my 200th follower iaitu FADWA DAUD 
kerana sudi menjadi follower blog capuk aku ini. hehe
sudah genap akhirnya pengikut blog yang sudah lama
 di hidupkan ini iaitu sejak tahun 2009. 
aku tak rasa yang aku ini seorang blogger yang hebat, 
tetapi aku masih merupakan seorang blogger yang 
memerlukan tunjuk ajar dari blogger-blogger lain di luar sana.
di harapkan kedatangan aku di arena blog di terima orang ramai di luar sana..terima kasih!!

kepada FADWA DAUD, this is for you!!  hehe

hope sudi terima award tak seberapa ini..hehe

ini ada sedikit review tentang FADWA DAUD:

  • HAKUNA MATATA nama blog di beri..sungguh unique..apalah agaknya maksud nama ini kan
  • menjadikan blog beliau sebagai bunga kat taman teman, sebab itu blog beliau berwarna hijau..hehe
  • rajin masuk contest, and selalu jugak menang..nanti boleh share hadiah ea..
  • umur blog beliau sudah menjangkau 1 tahun 10 bulan..bagus-bagus..kep it up!!
  • so thats all!! thank you FADWA DAUD!!

Saturday, February 12, 2011

jom check usia sebenar anda. matang atau kanak-kanak?

2 insan terpilih
assalamualaikum, tadi aku ada jalan-jalan ronda ke blog blogger yang lain. then aku ada terbaca satu entry yang dibuat bro ni tentang umur sebenar kita.

ada satu website yang boleh identify umur sebenar kita. kadang-kadang umur kita dah tua tapi perangai macam budak-budak. ada juga yang masih muda remaja tapi perangai macam dah matang. so dari sini kita boleh tahu kita ini budak-budak ke atau dah matang dari umur kita.

aku pun sajalah try nak tengok aku ni tak matang ke atau terlebih matang dari umur sebenar. so lets check it out!



mula-mula ada keluar seorang baby ibarat doctor tanya pasal umur kita


lepas itu dia akan bagi ceramah sedikit..hehe


next question dia akan tanya pasal eating habits. ada 9 soalan kena jawab..jujur tau!!


then, dia suruh kita tarik nafas and hembus, jangan lupa buat nanti doktor marah..hehe


next question pulak dia tanya pasal kesihatan kita. yang ini penting, jangan tipu!!


lepas tu dia ajak melepak sambil minum air kelapa..haha just kidding..


next question pasal lifestyle..

finally result pun kuar!!! jeng..jeng..jeng..


what!! i'm 5 years older than my age??? oh no..berperangai tua kah aku? jangan takut, cuma sedikit matang dari usia sebenar..ok what..hehe

kalau nak check, go to this website!!

Thursday, February 10, 2011

pakai seksi ingin belajar atau ke kelab? pakaian biarlah sesuai dengan status pelajar universiti

0 insan terpilih
assalamualaikum, etika berpakaian di institusi pengajian tinggi (IPT) jarang diberi perhatian khusus kerana mahasiswa bergaya mengikut kesesuaian yang boleh diterima norma masyarakat. Mereka meletakkan matlamat menjejakkan kaki di IPT untuk menuntut ilmu dan mengubah nasib keluarga dan tidak terlalu terdedah kepada aliran fesyen masa kini.

PEMBUDAYAAN ILMU...institusi adalah tempat pembudayaan ilmu, berpakaianlah dengan sopan dan melambangkan golongan cerdik pandai. - Gambar hiasan

Pakaian sopan serta mudah disesuaikan dengan semua situasi menjadi pilihan sementara jika berpakaian kurang sesuai dan pelik dipandang serong serta dilabel dengan tanggapan negatif. Bagaimanapun, kini etika berpakaian di kalangan mahasiswa mula menjadi bualan masyarakat dan sering diperkatakan pelbagai pihak kerana dikatakan sudah semakin melampau.

Bukan saja tidak mengikut tertib peraturan ditetapkan institusi, malah berani pula berpakaian seksi yang ternyata melanggar batas maruah individu dan menyakitkan mata masyarakat. Tidak kurang pula berpakaian pelik atas nama fesyen.

Foto

Ini sekali gus mencalar nama baik institusi, keluarga dan negara selain mengundang persepsi negatif umum tingkah laku mahasiswa di menara gading yang sepatutnya menjadi golongan contoh. Persoalannya, adakah etika berpakaian ditetapkan selama ini sudah tidak bersesuaian dengan jiwa mahasiswa yang kebanyakannya terdiri daripada generasi muda yang moden dan fanatik terhadap fesyen?

Adakah kurangnya pemantauan masyarakat dan institusi pengajian menjadikan mereka semakin berani melanggar peraturan, sekali gus menggunakan alasan hak sebagai perisai daripada dikenakan tindakan?

Ketua program Jabatan Seni Reka Fesyen, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka Universiti Teknologi Mara ( UiTM), Anas Musavir berkata, mahasiswa perlu bijak dan akur terhadap peraturan ditetapkan serta jangan menggunakan alasan hak sebagai ‘menghalalkan’ segala perbuatan.



Menurutnya, setiap institusi mempunyai peraturan etika berpakaian wajib diikuti bagi membezakan mereka sebagai warga berpendidikan tinggi, selain mencerminkan budaya ilmu. “Institusi tidak pernah menghalang, namun biarlah mengikut garis panduan ditetapkan, apatah lagi etika berpakaian itu mencerminkan kualiti diri dan institusi diwakili.


“Sebagai pusat pembudayaan ilmu, IPT mengharapkan warganya kelihatan profesional, terpelajar serta diiktiraf masyarakat. “Bayangkan kalau mereka berpakaian selekeh, tidak senonoh atau sakit mata memandang, apakah tanggapan orang luar?

“Etika berpakaian bukan untuk menafikan hak individu tapi lebih kepada mendidik dan mendisiplinkan juga sebagai proses awal menyiapkan mereka mengikut peraturan selari keperluan industri pekerjaan. IPT bukan tempat untuk bergaya keterlaluan,” katanya.

Setiap mahasiswa IPT tertakluk kepada peraturan berpakaian yang sudah ditetapkan iaitu kemas dan sopan.
Bagi lelaki, digalakkan memakai pakaian kasual dengan seluar panjang dan baju kemeja apabila ke kuliah atau berbaju kebangsaan.

Perempuan pula lebih manis berbaju kurung, berpakaian longgar dan bersesuaian untuk ke kuliah mahu pun ketika melaksanakan tugasan luar. Dilarang memakai selipar, berbaju jarang dan ketat, seluar pendek, seluar ketat, jeans lusuh, skirt pendek dan kemeja-T berkolar bulat.

Ditanya mengapa mahasiswa hari ini kian berani berpakaian tidak sepatutnya hingga ‘menyakitkan’ mata memandang, beliau berkata, faktor budaya dan mudahnya memperoleh pelbagai perkembangan terkini dunia fesyen melalui media menjadi penyumbang utama.

Foto

“Budaya masyarakat yang selalu bersikap terbuka dan ’tidak kisah’ menyebabkan mereka semakin berani berpakaian sesuka hati. Malah ada juga IPT tidak mengambil tindakan terhadap pelajar yang melanggar peraturan dengan alasan tertentu, sekali gus menjadikan mereka besar kepala.

“Kesalahan tidak boleh diletakkan pada satu pihak semata - mata, yang cuai perlu ditegur dan diperbetulkan. Masalahnya, bukan semua mahu memikul tanggungjawab itu, justeru yang salah terus melakukan kesalahan.

“Apatah lagi dengan segala kemudahan mengikuti aliran fesyen terkini menyebabkan fesyen tidak bersesuaian turut dipakai. Ini impak yang kurang baik kerana bukan saja boleh merosakkan perjalanan ilmu, malah mampu memberi pengaruh negatif kepada orang lain,” katanya mengakui mahasiswa wanita dan lelaki kini semakin taksub dengan gaya fesyen yang tidak mencerminkan diri mereka sebagai warga terpelajar.

Beliau berkata, meskipun ada mengatakan fesyen itu hak individu tapi tidak bermakna boleh melanggar peraturan sesuka hati. Amat menyedihkan apabila mahasiswa yang diiktiraf golongan cerdik pandai menjadi hamba fesyen terutama yang tidak senonoh.


“Misalnya, ada mahasiswa lelaki kini ‘bertukar’ karakter seperti perempuan dengan memakai gincu atau berskaf, begitu juga sebaliknya. Inikah golongan yang boleh disandarkan harapan? Fenomena ini kian menakutkan,” katanya.

Katanya, berfesyen tidak salah namun, perlu mengikut lunas tertentu supaya tidak mencalar maruah diri serta institusi yang selama ini berusaha memberi imej terbaik kepada masyarakat. “Fesyen adalah subjektif dan fleksibel mengikut kehendak masing-masing, namun biarlah ada kesopanan serta tidak menjolok mata selain boleh mendatangkan masalah kemudian hari.

“Andaian peribadi tidak boleh diukur melalui cara berpakaian, namun interpretasi awal dibuat melaluinya. Dengan kata lain, pakaian melambangkan cermin diri seseorang. Mahasiswa perlu akur, institusi bukan tempat untuk melawa atau lawan bergaya tapi menuntut ilmu,” katanya.

Bagaimanapun, beliau mengakui sebahagian besar mahasiswa tahu meletakkan kepentingan dan matlamat utama berada di IPT selain tidak terlalu taksub pada kehendak fesyen semasa.

“Menggayakan sebarang fesyen sama ada moden atau tradisional tidak salah, namun biarlah mengikut etika ditetapkan. Bukan melakukannya untuk institusi semata-mata, malah lebih penting demi menjaga peribadi dan maruah diri daripada pandangan serong masyarakat.

“Janganlah mencari glamor dengan berfesyen kerana ditakuti kalau tersilap langkah, buruk padahnya,” katanya.

Mahasiswa Management and Science University (MSU), Muhammad Redzwan Ismail berkata, kebanyakan mahasiswa suka berfesyen kerana terikut gaya idola mereka meskipun sedar ia bertentangan dengan etika berpakaian ditetapkan IPT.


“Jiwa muda sentiasa ingin bersaing dan suka pada sesuatu yang cantik, malah ada menggunakan fesyen untuk meraih perhatian atau sokongan rakan lain. Mungkin juga ingin menutup kelemahan diri. “Pendapat saya, tidak salah jika ingin bergaya, namun biarlah berpada-pada. Lebih penting, jaga nama baik institusi,” katanya.

Foto
credit to metro online

* nota muka: pada pendapat aku, kalau ditengokkan persekitaran di universiti aku, rata-rata ramai juga pelajar yang berfesyen ke kelas. begitu juga dengan aku. nak berfesyen boleh, cuma biar berpada-pada dan sopan. fesyen yang cantik dan kemas boleh menaikkan keyakinan seseorang pelajar itu.

cuma di harapkan niat mereka itu tidak tersasar seperti menganggap belajar di universiti adalah medan untuk mencari makwe atau pakwe dan sebab itu mereka bergaya ke kelas sehingga mengundang ketidak senangan di kalangan orang lain. nak bergaya boleh asalkan dengan niat yang betul, tidak berlebih-lebih dan mengikut peraturan yang ditetapkan.

Wednesday, February 9, 2011

safee sali lupa daratan, beraksi untuk kelab Indonesia, Pelita Jaya

4 insan terpilih
assalamualaikum, buat peminat bola negara pastinya sudah sedia maklum bahawa penyerang Selangor, Safee Sali sudah beralih angin dan mula tinggalkan skuad kebangsaan. 

ANGIN BARU...Safee bersama   poskad Kelab Bola Sepak Pelita Jaya  selepas sidang media di pejabat FAS, semalam.

beliau sekarang sudah berpindah ke kelabPelita Jaya di Indonesia. sudah semestinya peminat-peminat bola sepak negara berasa sedih dengan perpindahan Safee ini. tapi apakan daya, dia sudah buat keputusan begitu so kita terima sajalah.

adakah Safee menerima bayaran yang lumayan di Indonesia itu sehingga membuatkan dia menerima tawaran kelab Pelita Jaya? adakah Safee sudah lupa diri setelah berjaya menjaringkan banyak gol?? itu semua soalan yang bermain di fikiran aku ini. 


kenapa perlu dia nak berpindah ke negara orang, menolong negara orang lain, sedangkan negara sendiri lebih memerlukan. dia sudah lupa dirikah? sudah lupa daratan kah? sudah gilakan duitkah? aku rasa macam tak patut je dia pergi. 

kadang-kadang jawapan klisye yang diorang akan bagi ialah nak cari pengalaman di sana. nak cari skill terbaru. adakah di Malaysia ini sendiri tak cukup bagus jurulatih dia untuk timba pengalaman? kenapa mesti di negara orang? tak pasal-pasal nanti negara kita jadi ketinggalan disebabkan tiada pemain yang bagus.

tapi aku percaya, jurulatih skuad kebangsaan kita punya banyak strategi yang tersendiri. tak semestinya Safee Sali tiada bermakna skuad kebangsaan kita goyah. tidak sama sekali.!! bayangkan apa perasaan Safee agaknya kalau kelab Pelita Jaya berlawan dengan Skuad Harimau Malaya kita?? adakah dia akan serba salah? mintak-mintak tak ada yang gol di gawang sendiri..hehe


kenapa bila seorang pemain itu sudah meningkat naik, mula memikirkan untuk berpindah ke kelab atau skuad yang lain? adakah skuad kebangsaan kita ini hanya untuk pemain yang tak bagus, dan apabila mereka sudah mencapai satu tahap yang membanggakan mula memikirkan untuk meninggalkan skuad kebangsaan kita?

adakah mereka lupa bahawa skuad kebangsaan ini lah yang menjadikan beliau seperti mana sekarang. kenapa mereka tidak mahu beraksi untuk negara sendiri? kenapa perlu beraksi untuk negara orang lain? kenapa, kenapa dan kenapa? lu pikirlah sendiri.

Tuesday, February 8, 2011

bas rosak sebelum sempat naik, Sani Ekspress penyelamat segalanya

0 insan terpilih
assalamualaikum, sekarang aku mengupdate blog dalam persekitaran yang sangat panas. macam biasalah bila aku dah mula balik semula ke Arau, panas nye bukan main lagi. bayangkan aku bawak botol air besar yang 800ml punya pergi kelas, boleh habis licin air dia tau. betapa panasnya hatiku cuaca.


petang ini tak ada kelas, nak tidur rasa tak syok pulak, so apa lagi, di sebabkan gua ni blogger tegar so update blog la kejenya. gua aku nak cerita insiden yang berlaku ke atas diri ku pada hari ahad lepas, korang semua dengar baca ye..hehe

alkisah nya aku dah beli tiket nak balik ke Arau pada ahad lepas. malangnya semua tiket dah habis so terpaksa beli tiket untuk bas tambahan berharga rm53. then ahad tu pagi-pagi aku dah mencanguk kat stesen bas shah alam sebab bas aku pukul 10.30pagi. tunggu punya tunggu dah dekat 1 jam rupanya.


stesen bas shah alam

aku yang sudah kegelisahan mulalah tanya akak kat kaunter tu mana bas saya kak oii. dah 1 jam den tunggu tak muncul jugak ini. nasib baik ada emak ngan acik teman sama tunggu. akak tu pun reply soalan aku. dik, sori ea bas rosak tak dapat jalan ari ni. kalau dik nak balik jugak tunggu petang atau malam. kalau tak nak boleh blah boleh refund tiket tu.

masa aku dengar jawapan akak tu aku rasakan dunia bagaikan berputar. cehh padahal aku suka tak payah balik Arau. punyalah ramai orang berkerumun kat kaunter tu marah-marah sebab bas yang di janjikan tak kunjung tiba. kesian pulak kat akak tu.

disebabkan itu aku tanya mak ngan acik macam mana ni. nak balik petang ni atau refund tiket? then diorang suggest refund je tiket tu beli tiket esok atau acik anta. dalam hati aku rasa serba salah kalau nak diorang hantar. kesian pulak kat acik. bukannya dekat Arau tu. jauh woo. memerlukan kami untuk tinggal sehari di sana. hehe


klang sentral
then aku pun refund tiket and dapat balik duit aku yang bernilai rm53. kami pun bergerak pula ke Klang Sentral untuk beli tiket pulang ke Arau hari Isnin. nak tak nak aku terpaksa ponteng 2 kelas pada Isnin itu. ohh sangat sedih rasanya. yelah saya kan pelajar cemerlang..huwawawa..


setelah sampai, semua kaunter aku pergi tanya ada tak tiket ke Kangar semuanya cakap habis. then aku mencuba nasib tanya ke kaunter Sani Ekpress, akhirnya ada juga tiket pada pukul 9.15 pagi. aku terus beli dengan harga rm 47.50. save duit aku..hehe


ini adalah kali pertama aku naik bas Sani Ekpres tau. tak sabar pula rasanya..hehe..dapatlah jugak aku pulang ke Arau untuk meneruskan pengajian ku di sana, walaupun hati berasa berat untuk melepaskan aku pergi tapi apakan daya, perjuangan mesti diteruskan....heheh. okay thats all..next entry aku ceritakan pengalaman aku naik bas Sani Ekpress okay.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA