~CEPAT KLIK LINK INI~

Thursday, January 12, 2012

Cinta Strawberry Abadi-nama yang sangat unik

assalamualaikum..

di kesempatan tengah free-free ini aku nak post satu entry mengenai NAMA. ada apa dengan nama?setiap nama membawa maksud yang berbeza. ada nama yang cantik maksudnya dan ada pula yang sebaliknya. setiap mereka yang baru sahaja mendapat zuriat hendaklah menamakan anak mereka dengan nama yang baik maksudnya..hati-hatilah dalam membezi nama kerana tak semestinya nama sedap membawa maksud yang baik.

jadi hari ini aku nak post mengenai satu nama yang bagi aku sangat unik..nama anak kepada Irfan Khairi, (IK) jutawan internet muda. nama anak beliaua yang bongsu ialah CINTA STRAWBERRY ABADI.. sangat unik kan. mula-mula aku baca satu blog ini mengenai beliau dan salasilah dia. aku ingat itu nama timangan anak dia. rupa-rupanya setelah di google, memang nama sebenar rupanya..sangat unik kan..


mereka memanggil anak mereka dengan panggilan CINTA.sangat comel dan sweett..hehe..tapi aku teringin juga nak tahu apa maksud di sebalik nama ini ea.? kalau kita tengok nama anak-anak di Indonesia, mereka juga mempunyai nama yang unik dan pelik. contohnya seperti BUNGA CITRA LESTARI. cantik seperti orangnya juga..

aku rasa, nama Cinta Strawberry Abadi ini di ambil semasa isterinya mengandungkan anak bongsunya ini, mesti selalu mengidam nak makan buah strawberry. bila dah bersalin, terus di berikan nama strawberry..hehe..sangat comel!

kadang-kadang ibu bapa sekarang suka nama anak yang panjang-panjang yang akhirnya di panggil pendek sahaja nanti. bagi mereka nama itu melambangkan seseorang anak itu sendiri. InsyaAllah, sekiranya kena dengan maksudnya maka baiklah akhlaknya. walahualam..

0 insan terpilih:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA