~CEPAT KLIK LINK INI~

Tuesday, January 24, 2012

ramalan Anugerah Juara Lagu 26

assalamualaikum..

kehangatan Anugerah Juara Lagu ke 26 sudah terasa. berlangsung pada hari Ahad 29 Januari 2012 akan membariskan finalis-finalis yang hebat dan mantap belaka. pengacara pada malam itu tidak lain dan tidak bukan Cheryl Samad dan Faizal Ismail. siapakah yang akan menjadi juara pada malam itu? adakah Yuna dan Ana Raffali akan mengulangi sejarah kemenangan mereka semula.?

ataupun pendatang baru seperti Najwa Latiff yang semakin meletup sekarang..ataupun penyanyi yang mempunyai vokal yang mantap seperti Alyah, 3 Suara ataupun Anuar Zain? semua itu akan kita ketahui pada malam Ahad nanti.

ramalan aku untuk artis yang akan memenangi Vokal Terbaik mungkin datangnya dari 3 Suara yang membariskan vokal-vokal hebat seperti Ning Baizura, Shila Amzah dan Jac. manakala lagu terbaik mungkin di berikan kepada Yuna untuk lagu Penakut ataupun Anuar Zain untuk lagu Sedetik Lebih..hurmm saingan sengit nampaknya yer..

dan siapa pula yang akan menjadi Juara untuk AJL 26 ni? aku rasa Hafiz AF yang akan menjadi juara untuk lagu Awan Nano. hehe..yelah sebab lagu ni sudah pon jadi yang terbaik untuk Anugerah sebelum ini. jadi nak tahu sama ada ramalan ini betul atau tidak, kita tunggu dan lihat sahaja okay..!

  1. Kalau Berpacaran (Shohaimi, Ana Raffali dan Altimet)
  2. Karma (Faizal Tahir)
  3. Penakut (Yuna)
  4. Sedetik Lebih (Jacklyn Victor)
  5. Awan Nano (Hafiz)
  6. Cinta Muka Buku (Najwa Latif)
  7. Wanita Seluruh Dunia (Project Pistol)
  8. Beribu Sesalan (Ning, Shila dan Jacklyn)
  9. Kekanda Adinda (Atilia dan Monoloque)
  10. Sungai Lui (Aizat)
  11. Kisah Hati (Alyah)
  12. Gadis Semasa (Yuna)


ajl 26

Anugerah Juara Lagu ke -26 (AJL 26)


0 insan terpilih:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA