~CEPAT KLIK LINK INI~

Sunday, September 2, 2012

Perangai Manusia Yang Tidak Matang

assalamualaikum...


sifat dengki, iri hati, jealous, annoying, perasan lebih, memang tak boleh lari dalam kehidupan seseorang manusia. sebab ia hanyalah sifat-sifat negatif yang datang dari mereka yang tidak matang dari segi pemikiran malah juga umur. bila sifat dengki atau annoying dah cukup menebal dalam diri, maka benda yang tidak betul pun akan direka-reka supaya nampak real. haishh tak paham lah dengan orang yang macam ni. memang boleh sangat jadi pelakon popular. kahkahkah

siapa yang suka bila ada orang cakap perkara yang tidak betul tentang diri kita kan. tak boleh tengok orang lain senang ataupun lebih dari dia. haishh..yang paling kelakar bila perkara yang dia cakapkan tu totally tak betul..kalau sheila memang dah gelak-gelak dah..lawak betul lah..ada ker yang asli dikatakan edit. entah pape jer!! itulah bila dah tak ada point, di cari benda yang entah pape tok jadi point! memang sangat tak matang. suka sangat buat cerita mengarut. sesuai sangat jadi tukang karut kat Karoot Komedia tu. hahahaa!


macam mana pulak kan kalau orang yang sangat hipokrit dan pretending jadi budak baik depan orang tua? perghh tu lagi parah. lagi-lagi mereka yang berpura baik sopan, menutup aurat di sini sedangkan di tempat sendiri terdedah sana sini..haiyaa..lebih baik tak payah tutup kalau hanya partime sahaja ea! nak sound orang yang tak pakai tudung sedangkan diri sendiri pun on off buat apa kan..bukan ker kita sebagai kawan atau sahabat nasihatkan mereka yang tidak betudung itu ke arah kebaikan bukan mengherdik atau merendahkan dia! sangat tak matang!

last point yang nak dihujahkan disini adalah tentang sikap seseorang yang sangat di manjakan oleh ibu bapa sampai tak tahu bersyukur atau menghargai orang tua. setiap pilihan orang tua itu ada berkatnya. kita akan mendapat restu dari mereka kalau kita ikut cakap mereka kan. ini tak, keras kepala sangat. inilah salah satu sifat bila kita terlalu dimanjakan oleh orang tua. bila tak dapat suatu benda, mulalah mengamuk satu badan! sangat tak matang!!


P/S: tak ada kaitan dengan yang hidup atau yang mati. maap kalau ada yang terasa! ini hanya nukilan berdasarkan realiti zaman sekarang..peace yaww!

2 insan terpilih:

Anonymous said...

hehhehe
terasa ke kak sheila...
i just terdgr mulut org ckp kuulit u gtu...
i just sampaikan kt u ajee
jgn la melatah.
but still i nak tahu foundation ape yg u pakai..
because it works very well i guess..
matang????
hahahaahhaha
kalau u rasa u matang sangat lets meet eye to eye la..
man to man...
ada berani ke
kah3

Anonymous said...

Bismillahi Rahmani Rahim..
“sedang memegang pedang,
diludah, sudah berada di atas
musuh, tetapi Saidina Ali boleh
tidak meneruskan
pancungannya. malah berkata:
aku takut aku membunuh kamu,
hanya kerana aku marah, bukan
kerana ALLAH."

pada suatu hari,seorang pemuda mendatangi Rasulullah SAW dan berkata,"wahai Rulullulah,berikan aku nasihat".
Rasullulah menjawab,"jangan kamu marah".
pemuda itu bertanya lagi,"apakah ada lagi nasihat yang lain?"
"jangan kamu marah",jawab Rasulullah SAW.
sehingga ketiga kalinya pemuda itu bertanya,Rasulullah tetap menjawab,"jangan kamu marah".

p/s: sabar tak bererti kalah.malah yang sabar itu adalah yang menang,menang melawan amarah.

"dan ALLAH itu besama orang-orang yang sabar"
ayat 249,Surah Al-Baqarah.
wallahua'lam..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA