~CEPAT KLIK LINK INI~

Tuesday, February 1, 2011

johor banjir teruk, segamat yang paling terjejas

assalamualaikum, hari ini aku tak berapa nak sihat. dah 2 minggu aku demam. mula-mula dah okay sikit lepas tu demam tu datang balik. nak buat apa pun tak larat. makan tak ada selera, nak mandi tak ada mood, nak buat kerja rasa malas. rasa macam nak tidur sahaja sepanjang masa.

ubat pulak aku tinggalkan kat perlis. sekarang kan tengah cuti mid term, sebab tu aku balik rumah lepas tu tak bawak ubat pulak, makin menjadi-jadilah demamnya. hurm

oklah, sekarang aku nak cerita tentang banjir di segamat. seperti sedia maklum, dulu aku ambil diploma di uitm segamat, so selama 3 tahun aku disana, tahulah serba sedikit jalan and selok belok di segamat tu. baru-baru ini banjir melanda johor dan kawasan yang paling teruk adalah di daerah segamat.

bila aku tengok berita and surat khabar, rasa macam tak percaya pulak banjir teruk sangat kat sana. apalah jadi dekat kedai-kedai yang jual baju kat sana kan. rumah sewa kawan aku kat sana memang dah teruk. mereka cakap paras air dah sampai boleh tenggelamkan peti ais. memang dah tahap bahaya tu.

nasib baik aku sekarang sambung degree kat arau perlis, so selamat dari banjir ni. kalau dulu kawasan utara yang paling teruk dalam banjir, sekarang kawasan selatan pula yang terjejas. aku harap banjr dekat segamat tu akan beransur kurang. dah la kawasan tu ramai orang cina, so kesian mereka sambut tahun baru cina dalam banjir.


video banjir di bandar segamat

sudah pastinya bandar segamat sekarang sudah lumpuh. semua kawasan sudah di naiki air. hanya ksawasn yang tinggi sahaja terselamat. tangkak juga merupakan kawasan yang terjejas. aku harap, kawasan uitm akan terselamat dari banjir supaya pelajar-pelajar dapat pulang dengan selamat ke uitm.

tapi macam mana mereka nak balik kalau kawasan tangkak pun banjir. lamatnya cuti bersambunglah mereka..hehe..itu yang syokk tuu..hehe

2 insan terpilih:

Anonymous said...

arap2 org2 kt sgamat byk2 kn sbr...
cian2~~smoga bnjir di sna btmbh surut.

eB said...

adoi... dugaan sungguh kan?...
jemput singgah jenguk kami yer ;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA