~CEPAT KLIK LINK INI~

Wednesday, February 9, 2011

safee sali lupa daratan, beraksi untuk kelab Indonesia, Pelita Jaya

assalamualaikum, buat peminat bola negara pastinya sudah sedia maklum bahawa penyerang Selangor, Safee Sali sudah beralih angin dan mula tinggalkan skuad kebangsaan. 

ANGIN BARU...Safee bersama   poskad Kelab Bola Sepak Pelita Jaya  selepas sidang media di pejabat FAS, semalam.

beliau sekarang sudah berpindah ke kelabPelita Jaya di Indonesia. sudah semestinya peminat-peminat bola sepak negara berasa sedih dengan perpindahan Safee ini. tapi apakan daya, dia sudah buat keputusan begitu so kita terima sajalah.

adakah Safee menerima bayaran yang lumayan di Indonesia itu sehingga membuatkan dia menerima tawaran kelab Pelita Jaya? adakah Safee sudah lupa diri setelah berjaya menjaringkan banyak gol?? itu semua soalan yang bermain di fikiran aku ini. 


kenapa perlu dia nak berpindah ke negara orang, menolong negara orang lain, sedangkan negara sendiri lebih memerlukan. dia sudah lupa dirikah? sudah lupa daratan kah? sudah gilakan duitkah? aku rasa macam tak patut je dia pergi. 

kadang-kadang jawapan klisye yang diorang akan bagi ialah nak cari pengalaman di sana. nak cari skill terbaru. adakah di Malaysia ini sendiri tak cukup bagus jurulatih dia untuk timba pengalaman? kenapa mesti di negara orang? tak pasal-pasal nanti negara kita jadi ketinggalan disebabkan tiada pemain yang bagus.

tapi aku percaya, jurulatih skuad kebangsaan kita punya banyak strategi yang tersendiri. tak semestinya Safee Sali tiada bermakna skuad kebangsaan kita goyah. tidak sama sekali.!! bayangkan apa perasaan Safee agaknya kalau kelab Pelita Jaya berlawan dengan Skuad Harimau Malaya kita?? adakah dia akan serba salah? mintak-mintak tak ada yang gol di gawang sendiri..hehe


kenapa bila seorang pemain itu sudah meningkat naik, mula memikirkan untuk berpindah ke kelab atau skuad yang lain? adakah skuad kebangsaan kita ini hanya untuk pemain yang tak bagus, dan apabila mereka sudah mencapai satu tahap yang membanggakan mula memikirkan untuk meninggalkan skuad kebangsaan kita?

adakah mereka lupa bahawa skuad kebangsaan ini lah yang menjadikan beliau seperti mana sekarang. kenapa mereka tidak mahu beraksi untuk negara sendiri? kenapa perlu beraksi untuk negara orang lain? kenapa, kenapa dan kenapa? lu pikirlah sendiri.

4 insan terpilih:

Admin said...

kte ttp gah tnpa dia!
insyaallah :)

Nazz@Purple said...

memang agak kecewa..tp mungkin dia ada sebab tertentu..utk masa dpn nya yg lebih cerah..ape pun tak salah terus menyokong dan berbangga jika dia membuktikan dia mampu lebih cemerlang dgn pasukan luar..naikkan jg nama Malaysia..

flow said...

Nah, not exactly beliau dah lupa akar. Beliau hanya pindah kelab saja, belum pindah negara lagi. Chill out there. Adat dalam bola sepak pemain main pindah-pindah kelab, tapi kalau pindah negara tu memang nak kena bunuh la kot haha.

Bagi saya ok lah dia pergi kelab Indo tu. Kasi lagi matang/asah permainan beliau dengan main dgan orang lain. Lepas tu baru boleh beliau ajar pemain-pemain junior kat Malaysia. Ada profitnya tu.

kuman gemok said...

its obvious dat u dont have any idea of what football is..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA