~CEPAT KLIK LINK INI~

Thursday, March 31, 2011

pelajar uitm perlis di benarkan pulang disebabkan banjir!! yahooo!!

0 insan terpilih

assalamualaikum, sekarang saya sudah berada di rumah tercinta..hihi kenapa aku berada di rumah sekarang ni?? bukankah aku ada presentation, test, assignment and report yang perlu di hantar?? hahaha semuanya ada kerana satu benda yang tidak dapat di elakkan.

untuk pengetahuan semua, kawasan uitm arau perlis sekarang sedang dilanda banjir!! thats why saya berada di rumah sekarang..hihihi..ini adalah atas sebab tidak dapat di elakkan okay. kalau tak memang aku taknak balik pun. aku nak balik masa study week nanti..tapi bile pengarah kampus dah suruh balik, kami yang menurut perintah ini teruslah mengemas pakaian..huhuh


kawasan berdekatan yang sudah di naiki air

semalam, air kat kawasan sekeliling tak naik air sangat cuma paras sungai dah melebihi paras merbahaya. hujan pulak tak henti-henti. then, pihak uitm keluarkan amaran dan perintahkan semua pelajar dia pulang ke kampung halaman masing-masing.

punyalah lama aku buat keputusan nak balik.yelah, aku pikirkan yang petang tu aku ada presentation penting. assignment yang berlambak. report tak buat lagi. tiba-tiba kawan aku cakap nanti air tak ada pulak, sebab empangan timah tasuh akan dibuka untuk melepaskan air yang datang dari thailand tu. so air akan di catu.
aku memikirkan diri aku yang tengah datang bulan ini, dan air pulak tak ada nanti, terus aku buat keputusan nak balik rumah..hahaha drastik sungguh.

bila pihak uitm suruh student dia balik rumah, korang paham-paham jelah reaksi diorang semua. yang perempuan menjerit kegembiraan, yang lelaki tersenyum kambing..tempat menunggu bas pulak sudah penuh dengan 9000 pelajar nak balik rumah.


student uitm berpusu-pusu ingin menaiki bas

disebabkan jalan nk ke kangar sudah dinaiki air, pihak uitm sediakan 5 bas untuk ke terminal shahab perdana kedah, angkut budak-budak ini hantar balik. punyalah ramai yang naik bas. tapi nasib baik setiap 2 jam dia akan shuttle bas ke sana. tapi jenuhlah nak menunggu.

nasib baik aku ada kawan yang baik hati. sudi menghantar kami ke terminal shahab perdana alor setar. then, aku suruh kawan aku yang lagi sorang tolong belikan tiket secara online ke shah alam, yelah aku takot nanti tiket bas habis. bayangkan 9000 pelajar balik rumah dalam masa 1 hari..isy-isy

kami sampai kat terminal tu dekat pukul 5. bas aku pulak pukul 11.15malam, so nak buat apa aku tunggu kat situ lama-lama? kitaorang pun pergi makan dulu and carik motel untuk tidur..hahaha..dapatlah satu bilik rm20 untuk 4 jam..hahaha..kelakar betul. macam tak sangka kami balik dan buat keputusan secara drastik.

yang kawan aku ini, tak bawak apa baju pun, yang dia bawak cuma baju kotor je.yang dalam-dalam semuanya tinggal..mana taknya, main rembat je apa yang nampak kat depan mata..hehehe..kitaorang pun tak tahu sampai bila nak bercuti ini. alamatnya makin lambatlah aku habis belajar. dahlah 27hb april ini aku dah start exam..pening-pening..


Sunday, March 27, 2011

participant development program di harvard, kedah

0 insan terpilih
assalamualaikum, wah akhirnya petang ini baru aku dapat mengupdate blog..rindu giler mahu menaip..sekarang ini sudah masuk minggu-minggu genting. setiap minggu ada sahaj test, hantar report and assignment..walaupun benda yang aku nak cerita ini sudah basi, tapi ku tetap nak cerita..hehehe cecita-cecita..

masa awal bulan itu aku ada pergi ke kedah untuk buat satu program kan..masa itu memang syiok sangat. yela, kami buat macam-macam aktivity. contohnya flying fox, catwalk, and macam-macam lagi. tapi yang aku geramnya, bila time aku nak buat hujan turun, tapi aku peduli apa, aku redah aja..hahaha

malam, itu kami ada dinner bertemakan denim versatile. dulu kan aku ada post satu entry mintak pendapat korang semua mahu pakai baju apa. so, disebabkan aku tak sempat nak beli baju apa, aku main balun aje baju lama aku. tapi it still nampak comel okay..hehehe..

.memang syok habis lah. keje kami asyik makan aje lepas buat aktivity. betullah kata penyelaras itu, tak sempat nak lapar, kami dah makan..hehehe..yang aku geram jugak, bila buat aktivity outdoor, asyik aku saja yang kena mulakan dulu, sebab aku yangpaling kecik. hisy, menyampah betull.

kawan-kawan aku cakap, masa buat aktivity itu, kami semua dah tak suci lagi. sebabnya budak laki sudah pegang-pegang and peluk. arghhh..bukan apa, kami dalam kumpulan terpaksa memerlukan kekuatan lekaki mengangkat dan memengang. takpelah, sudah darurat..malu betul, dah la kawan sekelas..hisy

okeylah, korang layan sajalah gambar aku ini okay..hehehe..sepanjang kami buat program ini, ia betul-betul merapatkan hubungan kami satu course. sampaikan sudah habis program pun kami still lagi bercerita dan bertogether gether..heheheh..

lagi satu mahu bagitahu, yang kumpulan aku menang keseluruhan tau!! walaupun masa game pertama kamilah yang paling last dan tak ada harapan lagi nak menang, tapi memang betul-betul miracle bila kami punya kumpulan no1..hahahaha..memang berbaloi-baloi, sebabnya nama kumpulan kami pun MIRACLE..hehe































Thursday, March 17, 2011

(makanan) Lokchin utara memang terbaikk..

1 insan terpilih
assalamualaikum, entry kali ini aku nak sambung cerita tentang perjalanan aku ke kedah. seperti yang semua sedia maklum, sekarang ini aku sedang belajar di uitm arau. di sebabkan aku ini jarang-jarang nak datang sini, so masa inilah aku ambil kesempatan berjalan-jalan cari pasal..haha..even bukan dengan family, tapi dengan kawan-kawan pun seronok jugak apa..

so, selepas kami semua dah singgah ke semua tempat menarik di alor setar, malam itu kami singgah pula ke kuala perlis. apa lagi kalau bukan kat jeti kuala perlis.  siyes dah dekat 15 tahun aku tak datang sini. bayangkan betapa teruja nya aku bila sampai kat situ..heheh..

sebelum samapi kat kawasan yang nak dituju, kami singgh makan kat tepi highway dulu..what? makan kat tepi highway pun jadilah..tapi kami bukan makan rumput atau lalang yang tumbuh meliar kat situ ea, kami semua makan LOKCHIN. 

korang semua tahu tak apa kebendanya makanan itu. aku rasa hanya kawasan kat utara je yang ada. kalau pergi selangor ke kl ke johor ke, aku rasa tak wujud makanan ini. so inilah specialnya duduk kat utara ini. mengikut kajian yang telah aku buat, hehe lokchin ini sebenarnya makanan yang berasal daripada seafood. dia lebih kurang macam yong tau fu tapi dia bukan rebus, makanan ini dibakar.

masa mula-mula aku memang pelik jugak, tapi bila dah makan, siyes memang sedap! kalau korang dah datang kat utara ini, jangan lupa try makanan ini tau! memang banyak variety boleh dipilih. kalau korang nak pergi ke kuala perlis itu, sepanjang highway itu ada kedai jual lokchin ini. memang syok makan tepi laut tau..sejuk je..

so, kepada sesiapa yang belum try, jangan lupa try okay kalau datang kat utara ini. gerenti tak menyesal. hehe macam buat jalan-jalan cari makan lah pulak..hehehealamak terlebeyh sudaa..



kita posing duluuu...




hahahha..gedikkz..


inilah lokchin nya..memang sedap dan kenyang..!!

Wednesday, March 16, 2011

teruja jumpa fazley yaakob dekat alor star, kedah

0 insan terpilih
assalamualaikum, entri sebelum ini aku ada cerita aku jumpa diana danielle kat kangar perlis kan. esoknya, aku dan kawan-kawan aku yang lain decide untuk pergi ke alor setar.memandangkan kat kangar ini tak ada apa-apa, so terpaksalah pergi ke alor star. 

perjalanan mengambil masa selama 1 jam setengah. bila dah sampai kat alor star, kami ambil kesempatan singgah kat semua tempat menarik di situ. habis semua shopping complex kami masuk. CITY PLAZA, PACIFIC, SENTOSA, MENARA ALOR STAR and PEKAN RABU. 

aku yang dah berpuluh tahun tak jejak kat alor star ini, of course lah rasa teruja yang teramat sangat kan. sebenarnya tujuan kami shopping kat sini adalah untuk beli baju untuk event kat kedah itu nanti. dari entry lepas aku asyik cerita pasal event kat kedah, apa sebenarnya event tu kan? nanti next-next entry aku cerita okay..hehe

nak dijadikan cerita, kami singgah ke Pekan Rabu sekejap. tujuannya nak cari tudung kat situ. sambil-sambil itu cari makanan ringan. tengah kami syok-syok belek barang makanan macam dodol yang warna-warni itu, tiba-tiba kami terpandang seorang lelaki ini. putih, hensem. muka macam aku kenal tapi siapa ea..hehe

masa itu lelaki itu dengan kawan dia. tengah belek-belek ikan masin dekat je dengan tempat kitaorang berdiri. korang nak tahu siapakah gerangan lelaki itu? lelaki itu adalah DR FAZLEY YAAKOB!! hahaha..hensem gila dowh. putih melepak. kami tengok dari jauh jelah kan. nak dekat-dekat rasa macam over pulak..hehe

kami pun buatlah hal sendiri. aku yang tengah dok syok nak ambil gambar kawan aku, tak perasan dia lalu depan aku. nasib baik tak berlanggar. haisy, nak jugak lalu depan kitaorang.lalu lah kat belakang..hehe..dia ingat kita nak ambil gambar dia lah tu..hahaha..jahat kan.

lepas itu, bukan kat situ je kami jumpa. kami pergi kat bahagian yang lain pun, ternampak dia dengan kawan dia itu. isy sibuk je ikut kitaorang ini tau..hakhak perasan je.tapi sayangnya tak dapat ambil gambar dia.. malulah..hahaha

dua hari berturut-turut aku terserempak dengan artis. ewahh, ada jodoh dengan artis ke nanti?? huh jangan nak perasan la cik sheila..hehehe..oklah, next entry aku sambung lagi okay..


menara kecik pun jadilah..hehe





masa nak ambil gambar inilah fazley yaakob lalu kat depan



Sunday, March 13, 2011

teruja jumpa diana danielle di kangar, perlis

1 insan terpilih
assalamualaikum, akhirnya berekesempatan jugak nak update blog hari ini. minggu ini dengan minggu lepas memang sibuk yang teramat sangat. dengan test, quiz and event lagi. penat mengalahkan VIP dah. macam-macam benda nak cerita ini. tapi kita cerita satu-satu okay..

miggu lepas, aku dan kawan pergi ke kangar nak beli tiket bas untuk balik. sebenarnya aku sorang je yang nak balik rumah, kawan aku tu tukang jadi driver je. hehe.. dah sebulan weyh aku tak balik rumah. walaupun aku ini bukannya home sick, tapi perasaan nak balik itu mestilah adakan. lagi-lagi aku ini perempuan, berjauhan dengan family yang duduk kat klang itu, siapa yang tak rindu kan.

lagi satu reason aku nak balik adalah sebab sepupu aku nak kahwin 19 hb nanti kat seremban 2. so of course lah kena pulang. rugi wo kalau tak pergi. dahlah menunggu lama untuk tengok sepupu aku tu naik pelamin. sepatutnya aku tak boleh balik rumah, tiba-tiba lecturer BEL aku nak buat public speaking time tu. tapi lepas dah di pujuk-pujuk, akhirnya beliau bersetuju untuk buat pada 21 hb. fuhh mintak-mintak giliran aku bukan time tu..

oklah, nak di jadikan cerita, kami pun berjalan-jalan dekat kangar yang tak seberapa besar tu. kami cari baju, tudung untuk dibawa ke Kedah nanti. ada event dekat sana. aku rasa macam nak pengsan rasa. dahlah Arau ni panas yang teramat, rasa macam nak terbakar pun ada.

then, kami singgah ke the store. kalau kat arau ini, the store lah yang paling gah sekali, padahal takda apa-apa pun dalam tu. buat sakit kepala je kalau pergi. hehe tengah kami syok-syok pilih barang, kami terdengar yang Diana Danielle nak datang time tu buat promotion untuk produk Nano. ala kan diana ini jadi duta NANO.

mula-mula aku macam tak percaya. yela, takkanlah Diana nak datang kat tempat yang panas lagi kecik ini kan..ahakkz. tapi bila aku tengok pekerja-pekerja Nano and MC dia bersemangat cakap nak jumpa Diana ke tak, aku pun tunggu lah kejap kat situ. konon nak tengok diana lah kan. bukan senang nak jumpa. nak tunggu diorang invite pergi anugerah mana-mana memang tak lah kan..hahaha

lepas dah 3 minit tunggu, akhirnya diana danielle lalu depan aku! haha..tinggi betul dia itu..putih, cantik jugaklah.nak ambil gambar dengan dia macam tak berkesempatan pulak, tapi mujur aku ada bawak kamera. so snap snap dari jauh jelah..hehe 

tapi yang kelakarnya, aku ini dahlah pendek lagi comel, nak ambil gambar diana tapi duduk kat belakang-belakang pulak, memang tak dapat lah kan.. last-last aku suruh mamat sebelah aku yang agak tinggi amikkan gambar diana..hahaha..tak tahu malu dowh suruh orang lain amikkan. lepas dah dapat satu snap tu aku try pergi masuk celah-celah ke depan, tapi xda ruang pulak..


pencuci muka NANO

bila dah duduk kat situ terpaksalah aku beli satu produk Nano iaitu pencuci muka dia. kebetulan aku punya pencuci muka yang dulu dah habis, so sambar lah satu. hohoho..tak sangka dapat jumpa Diana Danielle kat Arau, Perlis ini tau..




inilah antara gambar yang berjaya di ambil

Thursday, March 3, 2011

tempat nak beli pil ginseng ban kah chai

26 insan terpilih
assalamualaikum, sebalum ini ramai yang komen entry aku yang dulu pasal tips nak gemuk. rata-rata dari mereka tanya di mana nak beli PIL GINSENG BAN KAH CHAI ini. so di sini aku letakkan link yang korang semua boleh pergi untuk beli pil ginseng ini okay.

nak beli di sini. kalau anda semua nak beli pil ginseng ini secara online, boleh pergi ke website ini., ini atau ini.

ginseng

selain itu, pil ginseng ini boleh juga di dapati di kedai-kedai jamu, kedai tabib cina yang terpilih sahaja.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA