~CEPAT KLIK LINK INI~

Sunday, March 13, 2011

teruja jumpa diana danielle di kangar, perlis

assalamualaikum, akhirnya berekesempatan jugak nak update blog hari ini. minggu ini dengan minggu lepas memang sibuk yang teramat sangat. dengan test, quiz and event lagi. penat mengalahkan VIP dah. macam-macam benda nak cerita ini. tapi kita cerita satu-satu okay..

miggu lepas, aku dan kawan pergi ke kangar nak beli tiket bas untuk balik. sebenarnya aku sorang je yang nak balik rumah, kawan aku tu tukang jadi driver je. hehe.. dah sebulan weyh aku tak balik rumah. walaupun aku ini bukannya home sick, tapi perasaan nak balik itu mestilah adakan. lagi-lagi aku ini perempuan, berjauhan dengan family yang duduk kat klang itu, siapa yang tak rindu kan.

lagi satu reason aku nak balik adalah sebab sepupu aku nak kahwin 19 hb nanti kat seremban 2. so of course lah kena pulang. rugi wo kalau tak pergi. dahlah menunggu lama untuk tengok sepupu aku tu naik pelamin. sepatutnya aku tak boleh balik rumah, tiba-tiba lecturer BEL aku nak buat public speaking time tu. tapi lepas dah di pujuk-pujuk, akhirnya beliau bersetuju untuk buat pada 21 hb. fuhh mintak-mintak giliran aku bukan time tu..

oklah, nak di jadikan cerita, kami pun berjalan-jalan dekat kangar yang tak seberapa besar tu. kami cari baju, tudung untuk dibawa ke Kedah nanti. ada event dekat sana. aku rasa macam nak pengsan rasa. dahlah Arau ni panas yang teramat, rasa macam nak terbakar pun ada.

then, kami singgah ke the store. kalau kat arau ini, the store lah yang paling gah sekali, padahal takda apa-apa pun dalam tu. buat sakit kepala je kalau pergi. hehe tengah kami syok-syok pilih barang, kami terdengar yang Diana Danielle nak datang time tu buat promotion untuk produk Nano. ala kan diana ini jadi duta NANO.

mula-mula aku macam tak percaya. yela, takkanlah Diana nak datang kat tempat yang panas lagi kecik ini kan..ahakkz. tapi bila aku tengok pekerja-pekerja Nano and MC dia bersemangat cakap nak jumpa Diana ke tak, aku pun tunggu lah kejap kat situ. konon nak tengok diana lah kan. bukan senang nak jumpa. nak tunggu diorang invite pergi anugerah mana-mana memang tak lah kan..hahaha

lepas dah 3 minit tunggu, akhirnya diana danielle lalu depan aku! haha..tinggi betul dia itu..putih, cantik jugaklah.nak ambil gambar dengan dia macam tak berkesempatan pulak, tapi mujur aku ada bawak kamera. so snap snap dari jauh jelah..hehe 

tapi yang kelakarnya, aku ini dahlah pendek lagi comel, nak ambil gambar diana tapi duduk kat belakang-belakang pulak, memang tak dapat lah kan.. last-last aku suruh mamat sebelah aku yang agak tinggi amikkan gambar diana..hahaha..tak tahu malu dowh suruh orang lain amikkan. lepas dah dapat satu snap tu aku try pergi masuk celah-celah ke depan, tapi xda ruang pulak..


pencuci muka NANO

bila dah duduk kat situ terpaksalah aku beli satu produk Nano iaitu pencuci muka dia. kebetulan aku punya pencuci muka yang dulu dah habis, so sambar lah satu. hohoho..tak sangka dapat jumpa Diana Danielle kat Arau, Perlis ini tau..




inilah antara gambar yang berjaya di ambil

1 insan terpilih:

alexayussida said...

ingtkan ade gmbr awk ngn die..teheee..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA