~CEPAT KLIK LINK INI~

Thursday, March 31, 2011

pelajar uitm perlis di benarkan pulang disebabkan banjir!! yahooo!!


assalamualaikum, sekarang saya sudah berada di rumah tercinta..hihi kenapa aku berada di rumah sekarang ni?? bukankah aku ada presentation, test, assignment and report yang perlu di hantar?? hahaha semuanya ada kerana satu benda yang tidak dapat di elakkan.

untuk pengetahuan semua, kawasan uitm arau perlis sekarang sedang dilanda banjir!! thats why saya berada di rumah sekarang..hihihi..ini adalah atas sebab tidak dapat di elakkan okay. kalau tak memang aku taknak balik pun. aku nak balik masa study week nanti..tapi bile pengarah kampus dah suruh balik, kami yang menurut perintah ini teruslah mengemas pakaian..huhuh


kawasan berdekatan yang sudah di naiki air

semalam, air kat kawasan sekeliling tak naik air sangat cuma paras sungai dah melebihi paras merbahaya. hujan pulak tak henti-henti. then, pihak uitm keluarkan amaran dan perintahkan semua pelajar dia pulang ke kampung halaman masing-masing.

punyalah lama aku buat keputusan nak balik.yelah, aku pikirkan yang petang tu aku ada presentation penting. assignment yang berlambak. report tak buat lagi. tiba-tiba kawan aku cakap nanti air tak ada pulak, sebab empangan timah tasuh akan dibuka untuk melepaskan air yang datang dari thailand tu. so air akan di catu.
aku memikirkan diri aku yang tengah datang bulan ini, dan air pulak tak ada nanti, terus aku buat keputusan nak balik rumah..hahaha drastik sungguh.

bila pihak uitm suruh student dia balik rumah, korang paham-paham jelah reaksi diorang semua. yang perempuan menjerit kegembiraan, yang lelaki tersenyum kambing..tempat menunggu bas pulak sudah penuh dengan 9000 pelajar nak balik rumah.


student uitm berpusu-pusu ingin menaiki bas

disebabkan jalan nk ke kangar sudah dinaiki air, pihak uitm sediakan 5 bas untuk ke terminal shahab perdana kedah, angkut budak-budak ini hantar balik. punyalah ramai yang naik bas. tapi nasib baik setiap 2 jam dia akan shuttle bas ke sana. tapi jenuhlah nak menunggu.

nasib baik aku ada kawan yang baik hati. sudi menghantar kami ke terminal shahab perdana alor setar. then, aku suruh kawan aku yang lagi sorang tolong belikan tiket secara online ke shah alam, yelah aku takot nanti tiket bas habis. bayangkan 9000 pelajar balik rumah dalam masa 1 hari..isy-isy

kami sampai kat terminal tu dekat pukul 5. bas aku pulak pukul 11.15malam, so nak buat apa aku tunggu kat situ lama-lama? kitaorang pun pergi makan dulu and carik motel untuk tidur..hahaha..dapatlah satu bilik rm20 untuk 4 jam..hahaha..kelakar betul. macam tak sangka kami balik dan buat keputusan secara drastik.

yang kawan aku ini, tak bawak apa baju pun, yang dia bawak cuma baju kotor je.yang dalam-dalam semuanya tinggal..mana taknya, main rembat je apa yang nampak kat depan mata..hehehe..kitaorang pun tak tahu sampai bila nak bercuti ini. alamatnya makin lambatlah aku habis belajar. dahlah 27hb april ini aku dah start exam..pening-pening..


0 insan terpilih:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA