kaunselor menulis "
Kenapa merajuk?
Seringkali orang merajuk kerana dia kecil hati orang
lain tidak mengindahkannya. Sama ada orang tidak
memuliakannya dengan memberikannya satu kedudukan atau
tempat yang istimewa, atau tidak menerima pandangannya,
atau tidak menunaikan permintaannya.
Siapa yang kena penyakit merajuk?
Penyakit merajuk ini boleh kena pada siapa-siapa sahaja.
Tidak kira lelaki atau perempuan. Tidak kira tua atau
pun muda. Orang yang besar atau pun kecil. Anak boleh
merajuk dengan emak, emak boleh merajuk dengan anak.
Punca merajuk
Merajuk ini berpunca dari hati yang kurang ada rasa
kehambaan. Bila tidak rasa diri hamba, dia akan
merasakan yang dirinya itu tuan. Sebagai ‘tuan’, dia
perlulah dimuliakan. Kata-katanya perlu didengar dan
dikotakan.
Sebenarnya, hatinya marah kerana tidak diberi perhatian.
Tetapi mungkin kerana malu atau tidak ada kuasa, ataupun
mungkin kerana beranggapan yang marah-marah itu satu
sikap yang lebih tidak baik, marahnya pun tidak
dilepaskan. Sebaliknya, dia mengalihkan marahnya kepada
merajuk. Dengan merajuk, orang akan faham yang dia
sebenarnya marah walaupun dia sekadar mendiamkan diri
sahaja.
Apakah merajuk lebih baik dari marah?
Kedua-duanya adalah sifat terkeji yang mesti diungkai.
Kedua-duanya timbul dari rasa diri mulia yang mesti
dihormati. Lebih ditakuti lagi kalau orang yang merajuk
itu menyangka yang sikapnya itu tidak salah atau dirinya
itu lebih baik daripada orang yang marah-marah. Dia
sebenarnya sudah tertipu. Dan kalau dia tidak bertaubat
atas dosanya ini, dia akan dihukum di akhirat kelak.
Bagaimana mengubati sikap merajuk?
Untuk mengubati sikap merajuk, kita perlulah tanamkan
sifat berTuhan dan sifat kehambaan. Sifat berTuhan ialah
merasakan yang Tuhan itu Maha Berkuasa. Dia boleh
timpakan apa sahaja ke atas kita sama ada perkara yang
kita suka ataupun tidak. Kalau kita membantah sama ada
dengan cara marah-marah atau merajuk, kita bukan sahaja
marah atau merajuk kepada orang yang “menyakiti hati”
kita itu, tetapi kita juga sebenarnya menentang takdir
Tuhan ke atas diri kita. Kalau Tuhan tidak izinkan
perkara itu berlaku ke atas kita, tentu ia tidak akan
berlaku. Berlakunya ia ke atas kita ialah kerana Tuhan
memang hendakkan perkara itu berlaku.
Sifat kehambaan pula ialah merasakan yang kita ini hamba
yang lemah dan tidak berkuasa. Siapalah kita yang hendak
menolak takdir Tuhan. Kita harus terima apa sahaja yang
Tuhan timpakan ke atas kita. Kalau orang tidak muliakan
kita, memang kita pun tidak layak untuk dimuliakan.
Sebagai hamba, kita juga merasakan yang diri kita banyak
berdosa. Justeru itu, layak sangatlah kalau hati kita
disakiti, moga-moga dengan kita bersabar, Tuhan akan
hapuskan dosa-dosa kita. Kita juga mungkin sudah lebih
banyak menyakiti hati orang lain. Lantaran itu, kita
patutlah bersabar bila hati kita sedikit sebanyak
disakitkan pula...
Wallahu ........"

0 insan terpilih:
Post a Comment