~CEPAT KLIK LINK INI~

Saturday, August 1, 2009

soalan yg sukar dijawab?? cinta @...

sheila menulis "
Ramai yang tertanya Tanya, “bagaimana saya boleh
mengetahui bahawa saya jatuh cinta?” hmmm… kita hanya
boleh kata. “sukar untuk mengetahuinya secara pasti,
khususnya ketika anda masih muda.” Sebenarnya ada
jawapan yang lebih tepat daripada itu, tapi sebelum itu
jawablah pertanyaan-pertanyaan ini dengan ya atau tidak.
Pilih ya jika itu adalah jawapan yang pasti dari dalam
hati kamu. Jika masih ragu ragu, jawab saja tidak.

(1) apakah hal itu (jatuh cinta) tiba tiba saja terjadi
pada kamu?

(2) apakah kamu cemburu dengan orang yang akrab
dengannya?

(3) apakah ketika kamu dan dia tidak bersama kamu berasa
seperti orang bingung? Macam ada sesuatu yang tak kena,
resah tak tentu pasal dan yang seumpamanya dengannya?

(4) apakah kamu bertambah tambah jatuh cinta padanya
setelah bertemu dengannya berbanding dengan hanya
membayangkannya?

(5) apakah kamu berfikri (secara jujur) bahawa dia
adalah orang paling perfect yang pernah kamu temui?

(6) apakah kamu berasa tak selesa jika duduk di rumah
bersama ibu bapa kamu?

(7) apakah kamu tahu bagaimana pendapatnya tentang anak
dan wang?

(8) apakah ketika kamu ingin bertemu dengannya, kamu
begitu bimbang tentang penampilan, cara berjalan, sikap
dan sebagainya?

(9) ada yang bersetuju bahawa satu satu pasangan boleh
serasi kerana punya hobi atau kesukaan yang sama.
Bagaimana dengan kesusahan yang sama? Apakah kamu berdua
punya keluhan yang sama tentang rumah, sekolah,
persekitaran atau apa saja dalam hidup kamu berdua?

(10) andainya si dia pergi bercuti ke satu tempat
kemudian menulis surat yang mesra dan penuh cinta kepada
kamu. Apakah kamu akan menunjukkan surat itu kepada
orang lain atau rakan rakan?

Penilaian:
Beri nilai 10 untuk setiap jawapan ‘tidak’ yang kamu
berikan dan beri nilai 0 untuk setiap jawapan ‘ya’
Jika nilai kamu….
70 – 100 : hmmm… nampaknya ini macam real love
50 – 60 : menunjukkan adanya ketidakpastian
0 – 40 : keromantikan akan menuju ke arah cinta, tapi
belum benar benar sampai
ke tahap itu!

Mungkin kamu fIkir jawapan ‘ya’ menunjukkan cinta
sejati. Kamu silap yang menunjukkan cinta sejati adalah
jawapan ‘tidak’ (kecuali pada soalan no. 7). Alasannya
begini…..

1. cinta sejati tak datang begitu saja secara tiba tiba.
Jika kamu kata “saya jatuh cinta pandang pertama
padanya”. Sebenarnya yang kamu rasakan itu adalah baru
rasa tertarik padanya dan bukan cinta! Cinta tak boleh
berputik dan berkembang, namun ia memerlukan waktu.

2. cemburu bukan merupakan tanda cinta sejati. Cemburu
adalah simbol posesif kamu terhadapnya, jika hal ini
dibiasakan, kamu mungkin akan terus menceburuinya
walaupun kamu sudah tak cinta padanya lagi.

3. menjadi orang bingung, resah dan gelisah langsung
bukan menunjukkan cinta sejati. Itu namanya obsesi pada
seseorang. Orang yang jatuh cinta pada orang lain, akan
berasa selesa dalam melakukan segala aktivitinya.
Sesungguhnya dia tahu orang yang dicintainya itu
merupakan pendorongnya. Orang yang hanya jatuh cinta
pada cinta itu sendiri akan bersikap seakan akan harus
setiap waktu memikirkan si dia dan akhirnya hanya
mengundang resah dan bingung sendiri.

4. cinta sejati tidak akan berkurang walau secara
fizikal orang yang kamu cintai tidak berada di sekitar
kamu. Jika kamu berasa bertambah cinta padanya setelah
dekat dengan dia, itu hanyalah pengaruh dari
penampilannya yang menarik. Jadi, itu merupakan daya
tarikan fizikal dan bukan cinta sejati.

5. cinta sejati tidak buta pada kekurangan orang yang
kamu cintai. Jika dia banyak salah, ya… that’s it
bererti dia tidak perfect. Orang yang menganggap bahawa
hatinya perfect, itu adalah yang terobesesi, bukan orang
yang sedang jatuh cinta.

6. kehidupan peribadi yang tidak bahagia (khususnya di
rumah) dapat mendorong seseorang untuk berfikir bahawa
dirinya sedang jatuh cinta. Biasanya Cuma dia yang boleh
membuat kamu keluar dari belitan masalah yang ada di
rumah. Tidak! Kamu bukan jatuh cinta! Kamu Cuma mendapat
seseorang yang boleh mengeluarkanmu dari masalah. And
that’s not true love.

7. dua dari beberapa elemen penting dalam perkahwinan
adalah wang dan anak anak. Pasangan muda yang sedang
jatuh cinta seharusnya tahu pandangan masing masing
tentang kedua hal ini. Jika satu satu pasangan belum
membicarakan tentang ini, maka romantisme dalam diri
mereka belum mencapai tahap cinta sejati.

8. jika kamu mencintai dia dan dia mencintai kamu, maka
kamu tidak akan bimbang tentang penampilan. Sikap kamu
di depannya dan sebagainya kerana kamu tahu dia
mencintai kamu apa adanya.

9. berpasangan dengan seseorang yang mempunyai problem
yang sama dengan kamu itu bukan bererti cinta sejati.
Yang lebih layak disebut cinta sejati ialah ketika kamu
berdua saling meluah tentang masalah masing masing dan
mampu mencari penyelesaian.

10. cinta merupakan sesuatu yang peribadi bagi dua orang
yang sedang jatuh cinta. Berkongsi dengan orang lain
mungkin sesuatu yang menyeronokkan dan untuk menunjuk
nunjuk bahawa sedang dicintai oleh seseorang. But,
kelihatannya ia juga bukan cinta sejati!.

"

0 insan terpilih:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA