~CEPAT KLIK LINK INI~

Friday, April 1, 2011

april fool: umat islam dilarang sambut


assalamualaikum, hari ini 1hb april 2011..bila dengar tarikh ini apa yang korang fikir? sudah semestilah April Fool kan. apa yang ada pada tarikh ini? bila budak-budak jumpa je tarikh ini, apa yang mereka buat adalah kenakan orang lain.

bagi mereka hanya pada tarikh tersebut mereka dapat kenakan orang lain. kira macam pelepasan am untuk kenakan orang lah. ada yang kenakan membe mereka dengan meletakkan katak atau ular mainan dalam kasut ataupun beg lah, ada yang buat-buat sakitlah..

tapi ada juga yang bergurau kasar. contohnya cakap salah seorang ahli keluarga mere kemalangan sampai masuk ke icu.bila membe ni dah pergi ke hospital barulah kawan-kawan dia cakap april fool..memang fool betul lah kawan diorang tu..

ada jugak kes bagi yang dah berumah tangga..yang suami cakap 'saya ceraikan awak dengan talak tiga' then bila isteri terkejut beruk barulah suami cakap april fool!! adoii benda talak macam ini mana boleh di buat main..terus jatuh talak macam itu even bukan dengan niat.


tak semua orang tahu apa sebenarnya april fool ini and dari mana dia dapat nama..untuk pengetahuan semua pada 1 april 1847 tentera salib telah membunuh dan membakar seluruh umat islam yang tinggal di wilayah granada. umat islam pada masa itu telah terpedaya dengan tipu helah tentera salib lantas mereka semua telah dibakar dan dibunuh pada tarikh 1 april. 

lantas tarikh 1 april dikenali sebagai The April Fool Day oleh penganut kristian. jika orang kafir merayakan april fool sebagai hari untuk mengenang kemenang mereka membunuh dan memperbodohkan orang islam berdasarkan tragedi di granada sepanyol, apa pula motif kita menyambut april fool sebagai orang islam untuk turut sama berlawak mengenakan orang lain pada 1 april?

jadi, saya sebagai orang islam, menyeru kawan-kawan semua supaya janganlah sambut april fool ini walaupun sekadar ingin berjenaka..kerana ia mungkin boleh menyimpangkan akidah kita..wallaualam.

0 insan terpilih:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA