assalamualaikum..
hari Rabu merupakan hari yang tersangat penat nak mampus, tapi nasib baik umur masih panjang lagi so masih mampu bertahan. kelas pada hari Rabu sangat pack, bermula pukul 8 pagi sampailah 6 petang. dan dapat rehat hanya pada pukul 1 hingga 3 petang. terasa macam sudah bekerja pulak bila waktu kelas sama macam office hour. bukan satu hari ajer, tapi setiap hari. nasib baiklah hari jumaat tak ada kelas. hehe
hari ini sheila belajar satu benda baru. ia berkaitan dengan kematian. kalau nak tahu, kita boleh tahu kat mana kita akan meninggal nanti. ia berdasarkan makanan yang di makan oleh ibu kita ketika mengandungkan kita. makanan pertama yang di salurkan kepada kita semasa dalam kandungan merupakan salah satu klu tempat kita akan meninggal dunia.
sebagai contoh makanan pertama yang ibu kita makan adalah kurma. kurma pula berasal dari Mekah. jadi kita suatu hari nanti akan meninggal dunia di Mekah. kalau makanan pertama kita semasa dalam kandungan adalah susu yang diambil dari lembu yang diimport di New Zealand, maka kita akan meninggal dunia di New Zealand..
benda ni bukan kisah bohong tapi benda yang di ceritakan di dalam Al-Quran. jadi, lepas ni bolehlah kita berfikir sejenak apakah makanan pertama yang dimakan oleh ibu kita. kadang-kadang ada yang mengidam macam-macam masa tengah mengandung. ada yang teringin nak makan sate kijang, kijang pula dari hutan. maka hutan lah tempat kita akan di kembalikan kepadaNya..wallahualam..
0 insan terpilih:
Post a Comment