~CEPAT KLIK LINK INI~

Wednesday, March 14, 2012

Pelajar PPG, KPLI dipertimbang pemberian bauce buku rm200

Pelajar Program Pensiswazahan Guru (PPG) dan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) akan dipertimbangkan untuk mendapat baucer buku bernilai RM200 kata, Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong.

Beliau berkata, perkara itu telah dibincangkan dalam mesyuarat kabinet baru-baru ini dan Kementerian Pelajaran sudah memaklumkan kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk tindakan selanjutnya.

"Sekarang difahamkan KPT sedang menilai perkara itu dan kita harap ia akan dapat diselesaikan dalam waktu terdekat,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri konvokesyen Institut Pendidikan Guru (IPG) Kementerian Pelajaran di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pertanyaan wartawan berhubung rungutan pelajar PPG dan KPLI yang tidak memperoleh bantuan buku tersebut kerana tidak layak.

Justeru itu, Wee berharap KPT akan menyediakan satu standard prosedur berhubung mereka yang layak untuk mendapat baucer tersebut bagi menggelakkan timbul masalah.

Pemberian baucer buku itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Belanjawan 2012.

credit to utusan malaysia

0 insan terpilih:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA