~CEPAT KLIK LINK INI~

Sunday, March 25, 2012

Review 7 Petala Cinta-menangis aku dibuatnya

assalamualaikum..

kelmarin sheila dengan membe pergi tengok wayang dekat Jitra Mall. bosan punya pasal kan, padahal pagi tu dah keluar pergi buat facial..hehe..saje gatal-gatal nak buat..mula-mula nak buat resdung jer, tapi dah alang-alang, buat terus lah facial resdung. membe cakap ada perubahan sikit. makin berseri-seri muka. hahah..i likee!


malam itu kitaorang tengom filem 7 PETALA CINTA. kawan sheila yang beria nak tengok, sheila biasa jer layankan jer. sebab sebelum ni sheila baca dekat facebook ramai kawan komen filem tu tak best sangat. rugi jer tengok. tapi nak tak nak kenalah sheila tengok jugakkan. hehe

first impression tengok filem tu, best sebab muzik dia..then macam sweet jer sebab laki tu panggil perempuan tu Cinta, and perempuan tu panggil lelaki tu Rindu. sweet kann!! filem ni jugak ada masukkan unsur-unsur lawak so takdalah serius memanjang kan.



ingatkan filem ni takdalah sedih sangat. sekali bila sampai satu part dekat titi/jambatan tu, sheila boleh menangis meleleh-leleh bila dengar ayat yang dia ucapkan. sebab tiba-tiba sheila terimbas kenangan lama yang tak patut di kenang. huwawaw..sebab ayat tu selalu sheila ingatkan kat diri sendiri bila sheila tengah bersedih. adoii..

shima anuar


cerita ni ada jugak geramnnya. sebab heroin dalam filem ni dah jadi macam lalang pulak. sekejap dengan lelaki tu, sekejap dengan lelaki ni. eii geram pulak rasanya. tak tetap pendirian. and tak jujur. semua orang dia nak..ermm mungkin sebab dia ikutkan cakap mak bapak dia kot. yang seronoknya tengok filem ni bila tengokkan wajah hero dia iaitu Aeril Zafril..hensem giler kot..i likee!! haha..

ermm tak semesinya kita belajar sekolah pondok atau madrasah kita tak punya perasaan untuk bercinta, bersuka-suka, jeling-menjeling atau berkasih sayang kan. hehe..kepada pasangan yang bercinta dekat luar sana, silalah tengok filem ni..sangat sesuai dan ada jugak sikit pengajarannya. 

DI ANTARA 7 PETALA LANGIT DAN 7 PETALA BUMI ADA 7 PETALA CINTA

0 insan terpilih:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA