~CEPAT KLIK LINK INI~

Thursday, March 22, 2012

bukan di culik tapi lari jumpa boyfriend-menyusahkan

assalamualaikum


Gadis ini dikatakan telah di culik ketika keluar bersama adiknya. hati ibu bapa mana yang tidak risau bila kita tahu anak gadis mereka yang masih bawah umur di culik. bimbang perkara sama berlaku seperti Arwah Dirang, kedua ibu bapa ini sepakat membuat laporan polis dan meminta bantuan orang ramai untuk menjejaki anak perempuan mereka sebelum terlambat. belum sempat gadis ini di temui, satu khabar baru mula timbul di mana gadis ini bukan di culik tetapi melarikan diri untuk bertemu dengan kekasih hati yang berumur 26 tahun. 

sheila tak paham dengan perasaan budak-budak zaman sekarang. baru umur 15 tahun dan pandai nak berasa tekanan emosi bagai. itu belum lagi umur 20 ke atas. dah belajar dekat universiti atau kolej. baru kau tahu betapa tekanan nya hidup dengan faktor sekeliling dan belajar lagi. bila kena marah dengan parents mulalah merajuk lepas tu larikan diri menyusahkan orang lain. tak pikir ke perasaan orang tua kita yang selalu bimbangkan anak dia? hurmm tak habis-habis nak menyusahkan.

lagi satu, masih bersekolah lagi dah nak ada pakwe makwe bagai. cubalah fokus dekat belajar dulu. dah dapat result SPM barulah fikir nak kahwin atau cari boyfren. disebabkan perkara macam nilah banyak kes rogol, hilang, bunuh diri berlaku. kepada parents di luar sana, tolonglah awasi anak anda. sebab itu ada pepatah menyatakan menjaga anak perempuan lebih susah dari menjaga sekandang kambing.

GADIS HILANG DI KUANTAN AHAD LEPAS MENGAKU TIDAK DICULIK - POLIS
KUANTAN :
 Gadis yang dikatakan diculik ketika keluar membeli kad tambah nilai prabayar Ahad lepas, Siti Nur Fatihah Mahadi, 15, akhirnya mengaku bahawa dia sebenarnya tidak diculik, kata polis. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang SAC T. Narenasagaran berkata, gadis itu juga mengaku bahawa dia dengan rela hati melarikan diri untuk tinggal di rumah teman lelakinya yang berumur 26 tahun disebabkan tekanan emosi yang dialami.

"Laporan yang dibuat kepada polis dengan mendakwa gadis itu diculik adalah tidak benar kerana dia mengaku dia tidak diculik tetapi melarikan diri dari rumah kerana tekanan perasaan," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Beliau berkata Siti Nur Fatihah ditemui di rumah teman lelakinya di Kampung Merchong dekat Pekan petang Selasa, selepas dikatakan diculik dua lelaki dan seorang wanita semasa bersama adik lelaki dan sepupunya membeli kad tambah nilai prabayar di Taman Tas di sini, Ahad lepas.

Narenasagaran berkata, remaja itu sendiri yang menghubungi kedua-dua lelaki dan wanita berkenaan supaya menghantarnya ke rumah teman lelakinya pada hari dia dilapor hilang oleh keluarganya.

Beliau berkata Siti Nur Fatihah kini dihantar ke Rumah Perlindungan Kanak-kanak Sultanah Fatimah di sini untuk kaunseling dan penjagaan kerana dia tidak mahu pulang ke rumah serta merayu tidak mahu menemui sesiapa. "Kes ini telah selesai dan kami menegaskan bahawa ini bukan kes culik. Mangsa keluar rumah secara sukarela dan tiada unsur paksaan atau kekerasan oleh mana-mana pihak dalam kes ini. Mangsa keluar rumah dengan tujuan hendak menenangkan fikiran dan mahu tinggal sementara dengan keluarga teman lelakinya," katanya.

Ditanya mengenai dua lelaki dan seorang wanita berumur lingkungan 20-an yang sebelum ini dikatakan melarikan gadis itu, Narenasagaran berkata mereka tidak ditahan tetapi akan dipanggil semula untuk memberi keterangan berhubung kes itu. "Mereka tidak melakukan penculikan tetapi polis akan panggil semula kedua-dua lelaki dan wanita itu untuk diambil keterangan," katanya. - BERNAMA

0 insan terpilih:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA